26 November 2008

~moTivaTion 4 tOday~


"If a man like Muhammad were to assume the dictatorship of the modern world,he would succeed in solving its problems that would bring it the much needed peace and happiness"

-George Bernard Shaw

"Lihatlah pada pengucapanku dan bukan pada diriku,jika ada yang silap tegurilah aku agar dpt kuperbetulkan kesilapan itu dan xkan kuulanginya dlm jagaku yg masih wjd dlm diriku"

25 November 2008

~moTivaTion 4 tOday~


Beberapa hari yg lalu..aku mendengar radio..channel yg kupilih adalah Sinar Fm..dan elok sahaja ak mendgr Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi motivasi pagi..kata beliau..manusia perlu membuat 3 perkara untuk menjadikan diri sentiasa bersemangat dari hari ke hari..beliau menggunakan konsep 3R..tapi bukan Rileks,Respons dan..hmm ak xdpt ingt yg satu lagi..tetapi 3R tue adalah:

R-Rehat
R-Rawat
R-Recharge

Dan satu yang ak sentiasa lakukan dari masa ke masa adalah Recharge dgn kata lainnya 'optimized charging'. Bagi pengguna hp Sony Ericsson..mereka tau kenapa..tapi bukanlah bermaksud di sini 2R yg pertama ak abaikan..tapi untuk keadaan dan situasi sekarang..ak perlu charged semangat ak untuk merealisasikan impian insan tersayang kerana tanpa mereka siapalah aku..

~jOke 4 tOday~


From my beloved father:

"If you don't know what you're talking about, you just go around the roundabout"

From my beloved mother:

" Kami tak perlukan pemandu berhemah tapi kami perlukan pemandu berotak"


Bile ak pikirkan balik kata kedua-duanya..ade mksud yg tersimpan yang begitu mendalam bagi yg memahami..walaupun nmpk kelakar tapi fahami mksud di balik 2 pernyataan di ats..

"Jika kau fikir kau mampu untuk mencapainya..maka kau pasti akan mencapainya"

~SET 2008~


SET 2008 meninggalkan pelbagai memori suka dan dukaku sebagai seorang ahli Steadfast..namun aku cukup gembira kerana dari situ pelbagai pengalaman yang kupelajari..tidak semua dalam hidup ini indah..dgn keindahan yg sedikit itu padaku dapat menutup segala kedukaan..tapi apapun byk yg kupelajari..tentang bagaimana mengawal emosi ketika mempertahankan hujah,ketika memasak,ketika menempuh halangan,ketika dan ketika dan ketika..

Nampaknya mata dah layu..jadinya akan bersambung ke entry seterusnya..

"Andai kau tabah..kau pasti berjaya"

~rOyaL DebAte~


Alhamdulillah akhirnya keinginan untuk menjadi salah seorg drpd committee debate berhasil jua..walaupun sebelum nie pnah dioffer ntuk jadi judge for Interschool Debate..ak pcaya..jika peluang ader pasti akn tiba saatnya jua..seawal jam 6.30 pagi btolak dri rumah tercinta..berat nk tgglkn rumah..huhu..tapi demi pglmn yg ingin ku kutip n impian yg ingn ku capai..akhrnya pada jam 7.40 pagi sampai di UIA..

Setelah check-in di bilik..menanti kedtgn Sakeenz dgn kesabaran..haha..poyo plak..n tggu Zaihan..jam 11.00pagi sampai kat moot court..tepat?x..tapi hmpir..gathering bmula jam 11.25pagi n abes jam 1.00tgh hari..then mkn,solat n kwsan sewaktu dgnnya..kembali ke moot court semula..bermulalah pdebatan dgn kata len 'Mock Debate' dibarisi 2 gagasan drpd phk kerajaan n pembangkang dgn usul.."Pembangkang tidak Bijak"

To make it short..taklimat abes jam 5.00ptg..bersiar2 sekitar UIA n memenuhi hajat Sakinah melihat mahallah Ameenah yg bkl menemptkn para peserta,hakim n semua yg terlibat dlm progrm nie..tiba di Nusaibah..

"Nak naik tgga btu caves ker?(istilah yg digunakn sister di UIA merujuk pd tgga tinggi menuju ke mahallah Nusaibah)"tny Sakinah..

"Xpe Sakinah tggu biar Najat naik..in case x bka Sakinah xpnt sgt,"kataku pada temanku nie..

Tapi kami bdua mendaki bsama2..hampa skali pgr xdibuka..maka trnlah kami n menapak menuju ke pintu utama..

"Xpelah exercise,"kata Sakinah padaku..

Sampai situ ntuk ksh hari nie..akan disambung dr masa ke masa..insyaAllah..Semoga perjalanan program selama lbh kurg 8 hari nie bjalan dgn lancar..

Preparation programme: 24 November 2008-27 November 2008
Programme: 28 November 2008-3 December 2008

24 November 2008

~My fAvoRite sOngz~




Pilihlah dirinya kerana agamanya nescaya kau akan gembira hidup bersamanya.Ku bawakan kengkawan satu kisah di mana seorang hamba Allah ini redha dengan ketentuan Illahi di mana bakal isterinya itu tidak dapat melihat,mendengar,mahupun bercakap. Akan tetapi Maha Suci Allah isterinya itu cukup sempurna sekali.





"Rabbana hab lanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa qurrata a'yuni waj'alnaa lil muttaqinaa imaamaa"



KISAH DINDA

Buat kengkawan yg setia menanti sambungan..nie je yang mampu untuk Nur sambung..insyaAllah lepas nie Nur akn selalu update cite nie..doakanlah diberi kekuatan untuk menunaikannya..jika ad sbrg comment jgn malu2 untuk send ye..mungkin agak pendek..asif jiddan ye kengkawan..

Part 2

Sesi temuduga berjalan dengan begitu lancar sekali. Soalan demi soalan yang diajukan aku jawab dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu. Pelbagai isu yang disoal termasuklah isu yang hangat ketika itu tentang perlantikan Dato’ Seri Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain itu isu hangat yang dimuatkan dalam media massa mengenai perkahwinan penyanyi popular tanahair Siti Nurhaliza dengan Datuk K.

‘Kenapalah isu ni yang diorang tanya. Cubalah tanya isu yang menarik dan mampu buka minda sikit,’ getus hatiku.


‘ Qina, kenanya Kak Syifa’ tanya tentang isu-isu global sekarang ni, pasti ko tak boleh jawab. Bersyukurlah sikit dengan soalan yang mudah tu,’ hatiku dan mindaku saling bertingkah ingin menegakkan pendapat masing-masing.

“Okay, adik Ain Syauqina binti Ahmad Syamim, cantik nama ni. Akak rasa cukup sampai sini sesi temuduga kita. Soalan yang terakhir, Qina yakinkan kenapa kami harus memilih Qina sebagai ahli baru Steadfast dengan kata lain menjadikan Qina sebahagian daripada family ni,” Kak Syifa’ bersuara sambil melirikkan matanya ke Abang Yasin.

‘Macam ada pape je akak ngan abang dua orang ni,’ aku membuat andaian sendiri.

“Qina..Qina..Ain Syauqina binti Ahmad Syamim?” Kak Maria memanggilku.
Aku tersentak mendengar namaku disebut. Aku cepat-cepat mematikan andaian yang bermain di fikiranku.

‘Penuh tu panggil nama aku. Senang kot nak sebut.’

Dengan lagak salah seorang peserta The Apprentice aku meyakinkan ketiga-tiga ahli panel di hadapanku dengan menyatakan sebab mengapa mereka harus menjadikan aku sebagai ahli Steadfast.

“Saya Ain Syauqina binti Ahmad Syamim ingin menyatakan dua sebab kenapa saya harus dipilih. Pertama kerana minat saya datang ke sesi temuduga ini walaupun tanpa ditemani kawan-kawan kerana di sini saya percaya kebanyakan mereka yang hadir adalah kerana adanya kawan. Tapi saya bukanlah mereka, saya hadir atas pilihan sendiri, atas kemahuan sendiri berbekalkan keyakinan bahawa saya akan dipilih. Kedua kerana saya yakin saya mampu menjadi seorang ahli yang baik dan mampu memberi sumbangan dari segi masa dan tenaga bagi memastikan motto Steadfast dicapai “Aslih Nafsak Wad’u Ghairak” yang bermaksud “Sucikanlah dirimu dan serulah yang lain”. Akhir kata ingin saya tegaskan sekali lagi, pilihlah saya sebagai salah seorang ahli Steadfast.”