16 September 2009

Diari Hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Ke hadapan diari hati,
Tahniah diriku ucapkan padamu kerana berjaya memegang janjimu, agar tiada lagi sebarang ikatan yang melibatkan hati. Dan tentunya apa yang dirimu rasa adalah ketenangan tanpa sebarang kekacauan dan keresahan yang jika sebelum ini membelenggu dirimu. Jika sebelum ini, tentunya kau seringkali berperang dengan hatimu, antara yang patut kau lakukan dan yang patut kau jauhkan. Tapi kini, semuanya telah berlalu dan akan tinggalkan pengajaran buat dirimu. Pahit bukan jika ianya melibatkan kegagalan dalam soal hati. Hingga ke saat ini, biarkan soal hati menjadi milikNya. Apabila saat dan waktunya tiba, aku berjanji padamu wahai hati, akan membuka lembaran diari hati yang baru. Biarlah saat ini aku dan kau kekal begini dan bahagia begini tanpa melibatkan hati yang lain. 
Lots of Love,
~Pemilik Diari Hati~

Akhir Ramadhan-Checklist

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...
5 Hari lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita. Begitu cepat sekali masa yang berlalu. Apakah kita masih berpeluang menghadapi Ramadhan yang akan datang? Doakan agar sama-sama kita masih berpeluang menemui Ramadhan yang akan datang. Amin..
Sepanjang 25 hari kita menjalani ibadah puasa, cuba kita senaraikan kembali, apakah yang telah kita lakukan. 
Khatam Al-Quran = Berjaya @ Tidak
Bersedekah = Pernah @ Tidak
Terawih = Penuh @ Tidak
Berlebih-lebihan dalam berbelanja = Pasti ada!
Tidur yang berlebihan = Pasti ada!
Berkata-kata yang tidak elok = Pasti ada!
Dan pelbagai lagi yang mungkin telah, sedang, atau akan kita lakukan tanpa sedar, sengaja mahupun tidak. Ayuh! Mari kita bersama-sama muhasabah kembali akan perlakuan kita selama ini. Adakah kita berjaya menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan berharga dari yang sebelumnya? Fikirkanlah wahai temanku sekalian.
Nur : Ramadhan kali ini amat bermakna dengan kehadiran insan tersayang di sisi...=)

15 September 2009

My Brother

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...
Hah! Apa tengok-tengok? Haha. Just kidding. Cool la. Ups.. Sorry gang. Mengarut pulak. Kesan bergosip malam tadi. Okies. Now aku nak share with all of you guys about my little big brother that i have. Siapa lagi kalau bukan si kecik yang nakal tu : Syamim @ Amim (konon-konon manjala tuh!) Haha. Cerita apa agaknya ya? Teruskan bacaan anda. Chaiyok!! Hehe..
Waktu : Berbuka puasa
Tempat : Meja makan
Suasana: Meriah
Watak: Amim, bla..bla..bla..
Haha. Tak boleh blah setting tempat. Alamak, takde pic nak show to you guys. Later la ye bila i dah update my handphone. (Bila agaknya tu?) My handphone just can received call, SMS and adalah sikit sound system yang agak-agak best bunyinya. Camera? Adeh! Tak mampu nak beli yang canggih-canggih ni. Maklumlah aku ni buta IT orangnya. Haha. Panjangnya mukadimah baru nak masuk isi kan. Okies, back to main point.
Cerita 1
Muhsin: Karang harimau gigit Amim baru tau.
Amim : Amim tak takut pun. Semua kawan-kawan Amim takut. Cikgu pun takut. Amim sorang je yang tak takut. Hari tu Amim pergi zoo.
Kami : Bila Amim pergi zoo?
Amim : Minggu depanla...
Kami : Ketawa masih ingat dunia. Haha..
Cerita 2
Syahmi : Kat sekolah tadi Amim makan apa?
Syamim : Roti John. (Tengah makan roti john time tu)
Syahmi : Cakap la betul-betul.
Syamim : Amim makan roti anggur.
Syahmi : Rasa apa roti tu?
Syamim : Strawberi.
Aku : Aik?? Haha...

13 September 2009

2 Jam = 1 Juzu'

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat pembaca sekalian...
Hari ni merupakan hari yang ke-23 kita berpuasa. Cepat sekali masa yang berlalu. Apa agaknya yang telah kita jadikan amalan di bulan yang mulia ini? Selain solat sunat Terawih, bertadarus, dan bersedekah, apalagi agaknya yang telah kita lakukan? Ayuh! Sama-sama kita muhasabah kembali sepanjang 23 hari kita berpuasa ini.
Abah: Kalau 2 jam tu dah dapat habis satu juz kan?
Aku: ..........
Terpukul dengan kata-kata abah. Terfikir sejenak. Masa 2 jam dihabiskan dengan menonton Cerekarama di TV3 sedangkan jika dihabiskan dengan membaca Al-Quran tentunya satu juz atau lebih berjaya dihabiskan bukan? Lemahnya iman. Seringkali urusan duniawi terasa begitu sekejap masa berlalu, sedangkan apabila datangnya urusan ukhrawi, ada sahaja rasa yang mengganggu seperti: Penat la, Malas la, Nanti la.
Nur: " Ya Allah, lemahnya imanku ini. Bantulah aku dalam mencari keredhaanMu."

12 September 2009

Gombak-Shah Alam-Melaka-Gombak-Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca Seindah Bicara Kasih..
Kali ni, aku ingin menceritakan tentang perjalanan pulang bercuti ke rumah tercinta tentunya. Yay! Ketika aku menulis ini tentunya aku sedang berada di rumahku syurgaku. Amin... Mungkin tak pernah lagi aku bawa kalian kembara ke rumah tempat aku dibesarkan selama ini. InsyaAllah, satu hari (yang tak pasti bila) aku akan bawa kalian kembara mengenaliku dengan lebih dekat.
Okies! Berbalik pada tajuk kita pada hari ini iaitu, dari Gombak menuju ke Shah Alam. Dari Shah Alam menuju ke Melaka kemudian ke Gombak dan kembali ke Shah Alam. Penat kan? Tapi bukan aku yang memandu pun. Entah bila agaknya boleh memandu. Al-maklumlah, masih di bawah 'umur'. Sedih. Sedih. Takpe la kan? Isk..Isk..
Kembali pada cerita asal. Jam 11 pagi adikku menelefon dan bertanya ' Nak ikut gie PKNS tak?'. Aku terus jawab tak nak. Ye lah. Pada jam 11 juga aku ada satu meeting yang perlu dihadiri. Tapi, taklah wajib. Konon-konon ahli yang komited nak la pergi ke meeting tu. At last, aku terfikir ' Lepas diorang gie PKNS takkanlah semata nak patah balik ambil aku kemudian baru teruskan perjalanan ke Melaka.' Terus aku buat keputusan untuk turut serta ke PKNS.
Hah! Apa agaknya yang terjadi di sana? Apa lagi, membeli-belah la. Hehe. Nak dijadikan cerita, aku baru lepas dapat gaji (Part-timer di cyber cafe Mahallah), apa lagi aku pun turut serta dalam acara sesi beli-belah tu. Sepasang kurung Pahang dan 3 helai tudung menjadi sasaran. Ok la tu kan? Yang bestnya warna kurung Pahang tu adalah hijau. Warna flora lagi. Eceh! Walaupun aku sebenarnya menyukai warna merah (Patutlah garang kan? Garang ke aku? Heh!), tapi sedikit demi sedikit aku terdidik dengan warna hijau. Tapi apapun semua warna yang cantik aku suka! Ya lah. Semua orang suka pada sesuatu yang cantik bukan?
Usai baju yang mereka (tunang adik dan kawan dia) cari ditemui, kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Sepanjang perjalanan, pelbagai isu dibincangkan. Termasuklah isu yang mengejutkan aku seawal jam 4.26 pagi. Manakan tidak, seorang teman seuniversiti menghantar SMS ' Betul ke student 2nd year and 3rd year kena duduk luar?'. Apa kes la diorang ni nak halau pelajar-pelajar duduk luar kampus pulak. Bukankah masih mampu nak tampung semua pelajar duduk di dalam kampus? Apa lagi alasan diorang kali ni? Ada je yang tak kena. Pembaharuan yang mungkin bakal menyusahkan mereka dan pelajar sendiri. Hmm.. (Tapi, aku terselamat kerana telahpun berada di tahun akhir pengajian. Nasib mereka yang lain? Adakah terbela?)

Dalam jam 6.15 petang kami tiba di Melaka. Singgah sebentar membeli sedikit juadah tambahan berbuka puasa, kemudian menghantar kawan kepada tunang adikku. Tiba di rumah tunang adikku pada jam 6.50 petang. Dalam perjalanan tadi pengumuman berbuka puasa 'Bagi seluruh Negeri Melaka, waktu berbuka adalah pada 7.13 petang.' Yay! Buka awal. Hehe. 6 Minit awal je pun dari kebiasaan. Jom berbuka! Selesai berbuka, solat Maghrib ditunaikan. Berehat sebentar, sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Gombak semula. Hah? Ni apa hal pula balik ke Gombak? Bukan patut balik ke Shah Alam ke?
Ni yang aku nak cerita la ni. Time angkat barang nak masuk kereta, adik aku cakap, dah tak muat nak sumbat dah. Adeh! Macam mana ni soalku pada adikku? Nanti patah balik ambil barang kamu ni la.Hah! Itula ceritanya. Barang 5 orang. Memang tak muat. Laptop dah sorang satu. Ada barang-barang lain lagi. Hah! Dah tak muat. Senang cerita, patahlah balik semula kan? Betul3 (nada Upin dan Ipin).
Time nak bayar tol di Tol Duta: RM 2.30. Aku dah mula pelik. Ye la. Biasanya RM 2.60. Tengok jam kat dashboard dah pukul 12.08 pagi. Patutlah pun, rebat 5 % dari jam 12.00 pagi- 7.00 pagi. Tol kedua yang sepatutnya RM 1.10 hanyalah RM 1.00. Jimat 40 sen kan. Hah! Begitulah kisahnya perjalanan pulang cuti semester dan cuti Aidilfitriku kali ini. 
Nur: Seronoknya la cuti 2 minggu. Asyik3..=)

11 September 2009

Ramadhan Bulan Mulia

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamulaikum kawan-kawan yang kusayangi sekalian...
Begitu cepat sekali Ramadhan berlalu. Di mana hari ini merupakan hari yang ke-21 kita semua menjalani ibadah puasa. Tak terasa Ramadhan kian meninggalkan kita dek kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Dengan mengejar due assignment, mengulangkaji pelajaran, sedar-sedar tinggal 9 hari lagi untuk kita merebut peluang nikmatnya bulan yang paling mulia antara semua bulan.
 
Ayuh! Gandakan usaha kita dan pertingkatkan amal ibadah. Jangan dek kerana mengejar urusan duniawi, bekalan ukhrawi kita tinggalkan dan abaikan. Wahai orang yang beriman, bahagilah masa kalian dengan bijak. Antara yang mana keperluan dan kemahuan, bezakanlah. Kelak, kebahagiaan akan sentiasa mengiiringi hidup kalian. Amin...

10 September 2009

Pulang Bercuti

Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni, warga UIA masing-masing beransur-ansur pulang ke kampung halaman. Bagi mereka yang tiada kelas pada esok hari, tentunya saat ini mereka telahpun berada di dalam perut bas yang akan membawa mereka kembali ke kampung halaman yang dirindui sekian lama. Tapi aku? Masih setia berada di sini. Nape tak  balik lagi? Hah? Nak tahu kenapa? Sebab aku sayang nak tinggalkan UIA ni. Bergenang dah empangan air mata ni. Menanti saat waktunya untuk pecah je. Eceh! Haha. Tak la. Sebenarnya aku tunggu hari esok. Nak merasai suasana berbuka puasa bersama teman-teman yang mungkin ini merupakan kali terakhir berpuasa bersama di bumi UIA. Rata-rata mereka bakal bergelar graduan pertengahan tahun hadapan. Sedih pula bila mengenangkan UIA tercinta bakal ditinggalkan.
 
Bila pulang bercuti nanti, aku percaya masing-masing akan sibuk dengan persiapan raya. Ada yang mula sibuk mencari buluh di hutan untuk dibuat lemang dan termasuklah meriam buluh sekali (HAH! jangan main mercun. Kang hilang anggota badan, baru nak menyesal. Ingatlah pepatah mengatakan 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'. Jangan nasi dah jadi bubur baru nak menyesal.), daun palas untuk anyam ketupat, (Teringin nak rasa ketupat sotong-Ainun nanti jangan lupa wat untuk kita n Diyana tau. Hehe.) dan macam-macam lagi aktiviti yang bakal direncana dan dilaksanakan.
Tapi, jangan kita lupa bahawa dalam kesibukan kita membuat persiapan menjelangnya tiba hari lebaran, kita hanya berbaki 10 hari untuk menikmati suasana Ramadhan. Adakah kita bakal bertemunya lagi di tahun hadapan? Tiada siapa punyai jawapan itu. Justeru, ayuhlah kita gandakan ibadah dan amal kebaikan dan sama-sama kita capai impian untuk bertemu dengan Malam 1001 Malam iaitu malam Lailatul Qadar. InsyaAllah. Andai kita berusaha ke arahnya, pasti kita akan temui kejayaan. Kita telahpun bercucuk tanam, hanya nantikan hasilnya di kemudian hari.




Pulang bertemu ayah dan bonda,
Berbaktilah selagi punyai daya,
Selamat kembali ke kampung tercinta,
Berhati-hati di jalan raya.

Nur: Seronoknya cuti 2 minggu. Asyik3..
"Ya Allah, terima kasih atas anugerah tak terhingga dariMu."

090909- Siri 2

Bismillahirrahmanirrahim..
Welcome back! Seperti dijanjikan aku nak sambung story telling kita tadi. Ala-ala story telling competition gitu. Eceh! Nasib baik sempat sampai sebelum member tadi tunggu lebih lama. Tu pun muncung dah sedepa. Agak-agak boleh sangkut baju dah. Hah! Mengarut lagi. Okies. Back to story back. Apa yang menarik sangat kisah aku ni? Tak de la menarik pun. Just saje. Hehe.
Okies. Kita mulakan dengan hari selasa. Dengan kata lain adalah semalam. Cuba rujuk balik to do list entry. Nampak di situ ada iftar bersama STEADFAST. Hah! Bagus pun. Pandai cari kat mana. Anak sape la tu. Aish. Sudah-sudah. ( Teringat kat my little big bro- Syamim) Suka nak sebut ayat tu. Hehe.
Continue. Semalam, KAMI yang membawa maksud ahli-ahli STEADFAST ada majlis iftar bersama. Seronok sangat! Majlis dimulakan dengan tadarus Al-Quran beramai-ramai. Juz 30 yang dibaca. Alhamdulillah, usai 7.13 malam, bacaan disudahi dengan surah yang terakhir dari 114 surah iaitu An-Nas. Seronok sangat dapat sama-sama join dalam majlis ni. Teringat zaman khatam Al-Quran dulu, time tu dalam darjah 4 ke 5. Eh! Silap. Lupa pulak yang aku tak merasai zaman darjah 4. Terus melangkau ke darjah 5. Mula-mula susah jugak kawan-kawan nak terima. Al-maklumlah kita tak sekapal ngan mereka. But at last cam isi ngan kuku lagi U...Haha.
Time 7.13 malam tu, masing-masing sibuk untuk mengambil juadah berbuka. Best menunya: Ayam rempah 'kot' + Kubis + Nasi putih + Tembikai (Petani berjaya-hasil dari tuaian di FarmVille ku..Hehe..)
Allahuakbar..
Allahuakbar..
Cepat-cepat baca doa. Dah buka puasa ni. Alhamdulillah, masuk hari ke-18 kita semua menunaikan ibadah puasa di bulan  Ramadhan yang mulia ini. Majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjama'ah. Syahdu sekali suasana tika itu. Benar kata orang, sebaik-baik pekerjaan adalah secara berjama'ah. Kemudian, sesi perkongsian rohani dengan Bro Khairul Zain. Topik yang dikongsi adalah Masalah dan Manusia. Beberapa isi yang dapat dipetik di sini. Manusia seringkali terburu-buru dalam membuat tindakan. Di mana mereka bertindak dan kemudian baru berfikir. Seharusnya, apa yang perlu dilakukan adalah FIKIR DULU SEBELUM BUAT. Teringat iklan 'FIKIR DULU SEBELUM BUANG'. Hah! Apa lagi, bukankah kita telah diwar-warkan dengan semua itu. Cuma mahu atau tidak saja untuk dituruti.
Usai solat terawih, sesi mass gathering dijalankan. Time ni, ahli-ahli Steadfast diuji sejauh mana pengetahuan mereka tentang Steadfast, IIUM, pengetahuan agama, pengetahuan am, dan kreativiti mencipta slogan.
Ramadhan will make me rest, refresh and recharge my soul as a Muslim. 
Yes! That was from me. I love to take rest, refresh back my memory and recharge back my soul, so that i can make my today better than tomorrow and toworrow better than today. Ahha! Details plak kisah ni. Tapi takpe, aku nak teruskan lagi. Supaya aku sendiri dapat membaca catatan kasih ini hari demi hari sebagai semangat bagi diriku melalui liku-liku kehidupan ini.
Yay! Hari ni, K.A.M.I (Cak, Una, Afsa, Jat) berbuka puasa bersama. LOVE u guys. Dah besar panjang dah kawan-kawan aku ni. Al-kisahnya, plan begini-begini dan akhirnya jadi begitu-begitu. Haha. Apa agaknya ya. Kempunan Cak nak makan tomyam kat cafe Mahallah Agam ni. Takpe masih ada lebih kurang 6 bulan lagi ko di sini. Sempat nak merasa. And kat bawah ni, presenting K.A.M.I kini. Untuk K.A.M.I yang lama, i will post the picture later kay. Aku akan buat satu entry khas akan perjalanan kami sepanjang duduk sebilik. Eceh!
                           
~Credit to Cak for this lovely pic ~
Sambung lagi ke untuk 090909 siri ke-3? I think the answer was NO. Coz this all that i wanna shared wif u guys. I'm happy knowing nice, lovely, kind-hearted friend in this lovely place which is Garden Knowledge and Virtue. Di bumi inilah banyak mengajar aku akan 1001 ragam manusia. Yang mana kawan tika susah, yang mana kawan tika senang, dan yang mana kawan DULU, KINI dan SELAMANYA, iaitu sahabatku dunia dan akhirat.
Nur: Indahnya hidup ini jika semua kegembiraan dikongsi bersama. Alhamdulillah, puji-pujian buatMu atas anugerah sahabat yang memahami dan menerima diriku seadanya.

09 September 2009

090909

Bismillahirrahmanirrahim...
Tarikh yang cantik dan unik 09.09.09. Ada apa dengan tarikh ini agaknya? Ramai yang menanti akan tibanya hari ini. Pelbagai perancangan yang mereka ingin lakukan. Dan aku? Seperti biasa hari-hari yang dilalui dengan suasana penuh kedamaian dan keharmonian. Eceh! Ya. Memang itu yang sebetulnya.
Seawal jam 2.00 petang (awal ke?) perjalanan hidupku sebagai seorang mahasiswi bermula. Menuju ke kelas EAP dan diikuti kelas LAW. Apa yang seronok akan kedua-dua kelas ini, selalu habis kelas awal. Yay! Itu yang kami selaku pelajar mahukan. Hehe. Tiada bantahan. Pernah ke anda apabila lecturer habiskan kelas awal anda merungut. Siapa yang kata pernah angkat tangan! Jawapan yang amat sukar sekali untuk kita temui. Benar kan kawan-kawan?
Alhamdulillah, hari ini macam-macam urusan dapat diselesaikan. Submit slip yuran (Dari 1st year hingga sekarang, seakan-akan menjadi tabiat untuk bayar yuran lambat) Jangan contohi perilaku ini. Bahaya untuk kesihatan anda. Aish. Mengarut apa ni.
Banyak lagi yang aku nak cerita tentang apa yang berlaku hari ini. Dan mungkin juga dalam satu minggu ni. Tapi, masa mencemburui aku. Eceh! Gaya pemidato pulak dia. Bukan itu yang sebenarnya. Jap lagi aku akan ada iftar ala-ala reunion dengan ex-romate MCIIUM KC 921. Jadinya perlu bersiap. Salah seorang dari mereka dah dok panggil-panggil aku. Kang sape yang jenuh nak pujuk kalau bukan aku. Hah! Kan dah jadi satu keje. Okies. Nanti aku sambung lagi ya. Nantikan 090909 siri 2. Daa~
Nur: Happy. Happy. Happy. Alhamdulillah...=)

08 September 2009

To Do List 4 Today

Bismillahirrahmanirrahim...
"Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga esok lebih baik dari hari ini."
8.30-9.50 am > Cost Management Accounting
10.00-11.20 am > Managerial Economics
11.30-12.50 pm > Islamic Banking Finance
1.00-2.00 pm > Preparation
2.00-2.30 pm > Settle with S-dev
2.30-3.00 pm > Settle with security
3.00-5.00 pm > Preparation
5.30- 9.30 pm >  Grand Iftar STEADFAST
9.30-11.00 pm > Mass Gathering STEADFAST
12.00 -5.15 am > Optimized Charging
Nur: Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

07 September 2009

Cuti 4 Hari + Shopping

Alhamdulillah, selesai sudah semua mid-term exam untuk semester ini. Usai kertas Malaysian Business Law berakhir, aku menuju pulang ke mahallah nun di atas bukit yang tersergam indah di Taman Ilmu dan Budi ini. Dalam perjalanan pulang, satu panggilan telefon diterima.
Mama
016*******
Calling
Mama: Assalamualaikum..
Aku: Wa'alaikumussalam..
Mama: Tengah watpe tu?
Aku: ODW balik mahallah. Baru habis exam. Nape ma?
Mama: Nak balik rumah tak? Nak balik abah nak amek ni.
Abah: Balik la. Cuti 4 hari kan? Abah amek b4 jumaat. Abah jumaat kat sana.
Aku: Okay.
Untuk cuti 4 hari (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin) aku berada di rumah tercinta. Walaupun minggu lepasnya dah balik rumah (Pada asalnya xtau nak keputusan), minggu ni juga aku balik juga. Homesick? Taklah. Since ada peluang untuk balik, balik je la kan. Tambahan pula, di bulan Ramadhan ni, boleh dikatakan aktiviti persatuan hampir tidak ada (Ada pun 'rajin' sangat nak pergi). 

Pada malam Jumaat, aku meminta kebenaran daripada abah untuk keluar keesokan harinya bersama adikku yang ke-4, menemaninya ke Masjid Jamek bagi membeli keperluannya. (Kopiah Raihan yang teramatlah susah untuk dicari). 
Aku: Abah, orang nak gi Masjid Jamek ngan Syakir esok boleh tak?
Abah: Nak watpe?
Aku: Syakir nak beli kopiah dia.
Abah: Sampai Masjid Jamek beli kopiah? Tanya semula esok.
Aku: Alaa..Hm..Okay la..

Esoknya, ayahku membenarkan aku pergi ke Masjid Jamek. Dengan menaiki LRT dari Taman Jaya, menuju ke Masjid Jamek. Tiba di Masjid Jamek, ramainya orang tak usah cakapla. Dari satu kedai ke satu kedai dikunjungi, namun, kopiah yang dicari tidak ditemui.
Aku: Syakir, aku cari tudung dulu la.
Syakir: Okayla.

Tambahan pula, adikku kelihatan seperti penat. Mungkin tidur lewat malam tadi barangkali. Disebabkan terlampau ramai orang, jumpa sahaja tudung yang agak-agak serasi dengan citarasaku, terusku beli tanpa banyak soal.
Pulang ke rumah jam 5.20 petang.  



Nur: Jujur itu perlu dalam kehidupan. Hilang kejujuran maka hilanglah kepercayaan.

05 September 2009

'Torture Week'

Bismillahirrahmanirrahim...
Minggu yang busy dan memenatkan pada pandanganku akhirnya berakhir jua.Alhamdulillah puji-pujian buatMu Ya Allah. Dengan mid-term exam berturutan setiap hari, menjadikan diriku lelah seketika. ME.EAP.IBF.LAW.Semuanya memerlukan tumpuan penuh. Akan tetapi, aku puas berhadapan situasi begitu. Setiap hari pasti tempatku di meja study. Jika tidak mungkin lain tempat yang menjadi tumpuan. Enjoy, santai dan relaks. (bukankah sama maksudnya?Heh!) Namun begitu, aku bagaikan tersedar sesuatu. Sibukku hingga aku terlupa akan tanggungjawabku yang lain.
Bukan maksudku untuk tidak mengajak dirimu. Aku cuba untuk memahami dirimu yang mungkin perlukan waktu untuk bersendirian. Namun, perkiraanku  itu salah. Ya! Aku akui seolah-olah aku mengabaikan kewujudanmu. Namun, jauh di dasar hatiku, ingin sekali ku luangkan masa buat dirimu. Akukah yang tidak memahami dirimu? Maafkan aku andai tersasar dalam perkiraanku ini. Aku jua perlukan pengertian dari dirimu. Terkadang mungkin aku tidak sedari perlakuanku membuatkan dirimu terasa. Jujur sekali, aku amat perlukan pengertian darimu. Bukankah kau antara yang memahami diriku? 
Kembali ke cerita asalku. Minggu yang penuh dengan aksi 'perahan otak'. Tentang berapa agaknya hasil perahan, tidakku ketahui. Doaku semoga semuanya dipermudahkan dan hasilnya setimpal dengan usaha yang ku lakukan.  Permulaan minggu ini, dengan exam di pagi Selasa diteruskan dengan kelas hingga jam 1.oo lelahnya sedikit terasa. Tapi, sedikit keseronokan mengiringi hari itu di mana kelas yang kebiasaannya habis jam 1.00, selesai 30 minit lebih awal. Sedikitkah?
Diteruskan lagi dengan hari Rabu, mid-term EAP. Sudah sekian lama aku tidak membuat essay, pada hari ini aku kembali ke alam itu. Essay yang paling teruk pernah aku karang. Aku jadi benci!Aku jadi menyampah! Aku jadi meluat! Tapi..benci,menyampah dan meluat itu kutujukan pada siapa? Biarkan. Biarkan. Usah ditanya akan semua itu. Kelak jawapan yang keluar akan melukai diri sendiri. Alergik seketika dengan perkataan ini 'ANIMAL TESTING'. Walaupun pernah dibaca mengenai isu ini, pernah dibincangkan tentang isu yang sama, kenapa semua itu tidak hadir tika aku perlukannya? 
Disusuli dengan hari Khamis. Mid-term yg ke-4 buat semester ini. Apa yang ku rasakan boleh ditulis dan dihuraikan terus ku larikan penaku di atas helaian putih yang diberi.Alhamdulillah, sedikit kelegaan wujud pabila soalan yang diberi meringankan bebanan fikiran ketika itu. Terus larian pena dilajukan selari dengan lajunya waktu berlalu. Sedar-sedar, masa menjawab telah tamat.
Akhirnya, penamat dan kesudahan torture week semakin hampir. Paper terakhir yang ku hadapi membuatkan aku terkedu sebentar. Melihat teman-teman di dalam dewan peperiksaan yang begitu sibuk menyelak helaian demi helaian Act 1050 & Act 1957, menarik aku untuk turut melakukan hal yang sama. STOP!!
Nur: Entah apa yang ditulis. Minda berselerak. Perlu dikemas semula.

"YA ALLAH, padaMu kudambakan pertolongan. Permudahkanlah urusanku ini."