Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Oh! Gaya motivator kononnya. Eceh! Tajuk entry yang tidak boleh di'belah'kan. Alhamdulillah, setelah mencari-cari akhirnya bertemu jua dengan kerja yang sesuai. [sementara] Jadi guru tuisyen. Ajar subjek Sejarah & Geografi. Aigoo. Siapa yang minat Sejarah, sila angkat tangan anda tinggi-tinggi. Hehe. Aku? Haha. Tak MINAT. Dan ini serius.
Teringat masa 'mengaji' kat Sambestari Jais dulu, Cikgu Rafedah ajar sejarah masa aku Form 5. Ups! Daku tidur dalam kelas okay. Hahaha. Pap! Cikgu panggil dan tanya soalan.
Apakah maksud barangay. Dengan terpinga-pinga terus aku menjawab daerah-daerah kecil. Hoho. Betul! Hah! Ada lagi aku nak cite ni. Ada sorang 'makhluk' sampai sekarang aku tak tahu sape dok conteng kertas ujian Sejarah aku. Aku dapat full mark dan ada 'cikgu' tambahan tulis, tengok SPM nanti cane.
Alhamdulillah, aku dapat A1. Nak je aku cari siapa. Haha. Kenangan sungguh. Hampir 6 tahun berlalu. Oh! Sekolah memang best. InsyaAllah, Jumaat ni aku start ngajar Geo. Doakan aku jadi cikgu-cikgi yang baik. Aigoo. Amin~
Doakan aku juga kawan-kawan di'lamar' kerja yang sesuai dengan kelulusan aku. Wat sementara aku jadi 'bibik' aka surirumah tak bertangga je. Oh my. My. Aku rindu dan kangan sama 'dia'.
Nur: Awak, saya tidak faham atau awak yang tidak faham karangan BM ni? Ngee~

























