07 March 2021

Biarkan Ia Berlalu....

Bismillahirrahmanirrahim...

Ke hadapan semua pembaca yang dikasihi,

Sedang menghitung hari habis berpantang. Ada orang kata Gen-Y pantang 20 hari je. Hebat tak hebatnya. Tapi sebaik-baiknya tunggu tempoh sekali suci (haidh) kemudian baru ehem faham sendiri bagi yang dah berkahwin. Semenjak berkahwin nie aku cuba memahami hati seorang lelaki. Alhamdulillah mama sangat-sangat beruntung mendapat lelaki sebaik abah. 1 orang dalam 1000 orang. Memandangkan hubby aku pun juga lelaki yang baik. Aku kena jaga makan minum dia baik-baik. Aku kena buat dia bahagia sebagaimana dia menjaga aku di Hospital PPUM. Aku diuji sekarang dengan 3 benda iaitu kematian anak, denggi dan BIPOLAR DISORDER. Nanti aku akan cerita bagaimana aku dapat penyakit nie. Tapi yang penting aku benci sejarah hitam keluarga aku.

No comments: