Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kepada semua pembaca...
Hari ini Jumaat ke-3 bagi bulan Januari Tahun 2015. Aku berusaha menerima kenyataan bahawa anak aku sudah pun pergi menghadap Illahi. Aku seolah-olah hilang arah, Tatkala menaip entry yang baru ini, berapa banyak airmata yang mengalir. Aku cuba untuk tidak membimbangkan orang sekeliling dan cub membuat mereka faham akan keadaan aku. Aku belajar untuk menerima kenyataan bahawa Shauqi telah pun tiada.
Aku boleh bermanis muka di hadapan mereka. Tapi adakah mereka sebagai seorang lelaki pernah berhadapan dengan perasaan dengan kehilangan anak. Anak yang dikandung selama 9 bulan sudah cukup sifat semua dan hanya menghitung untuk dilahirkan meninggal di dalam kandungan.
Aku ditakdirkan demam sekembalinya aku bercuti dengan suami di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bermula dengan perginya kami ke Klinik Bersalin An-Nur, tapi kami ditolak untuk tidak ke sana.
"Emergency ke?" kata salah seorang petugas di sana.
"Kami nak jumpa doktor."
"Maaf, doktor hanya attend untuk kes bersalin sahaja."
Sudahnya aku mengajak hubby pergi ke Restoran Syed Seksyen 3 untuk mengisi perut dan menghilangkan serta menenangkan rasa marah. Kalau kira daripada saat itu aku dah mula sakit dan demam panas ku bermula.
No comments:
Post a Comment