15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Maal Hijrah semua. Omo! I'm getting older. Semalam ber'WhatsApp' dengan adik aku yang nun berada jauh di negara orang dan berbeza benua itu. Dok bersembang macam-macam. Berikutan Taufan Sandy (bukan Sandy dalam cerita Spongebob itu =p) aku sedikit bimbang keselamatannya di sana. Alhamdulillah kawasannya tidak terjejas. Sedikit jauh dari kawasan yang terkena penangan Taufan Sandy. Gerun aku memikirkan keadaan yang terjejas teruk dengan banjir dan sebagainya. Kelihatan seperti sama dalam filem-filem yang mereka tayangkan di kaca televisyen.

29 Dzulhijjah 1433H
(2:216) Jangan bersedih okay?!
'...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu...'

Ya. Mana mungkin semua yang kita benci itu tidak baik bagi kita dan mana mungkin yang kita suka itu semuanya baik bagi kita. Walau apapun, membenci dan menyukai akan sesuatu itu hendaklah secara bersederhana.

Cuti Deepavali pada hari Selasa yang lepas, aku berkesempatan menghadiri Heroes Conference 2012 di Taman Ilmu dan Budi tempat belajar yang tercinta. Semuanya tidak dirancang. Kadang-kadang, walau sehebat manapun kita merancang, mana mungkin dapat menandingi perancangannya yang Maha sempurna.

Mendapat peluang untuk kembali ke tempat jatuh bangun selama 4 tahun itu, membuatkan hati terasa membuak-buak untuk kembali ke zaman bergelar seorang pelajar. Betapa zaman sebagai seorang mahasiswa antara masa-masa yang paling bermakna. Jadual yang rutin pergi kelas balik kelas. Agak terasa jemu berhibur sekejap dengan menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh Universiti. Oh! Sunggu aku rindukan zaman itu.

Betapa nostalgia dan memori itu tidak dapat tidak dipisahkan dari ingatan.

Semalam di ofis, tiba-tiba loceng kecemasan kebakaran berbunyi. Pegawai keselamatan bangunan membuat pengumuman agar bertenang dan tidak cemas. Entah kenapa aku rasakan 'Fire Drill Training again?'. Huwaaaaa. T_T rasa lemah lutut secara tiba-tiba. Untung la mereka yang masih di dalam mood cuti. Dan aku masih setia di tingkat 29 ini menunaikan amanah dan tanggungjawab demi sesuap nasi. Ececeh! Berdrama sungguh.

'Kindly evacuate the building RIGHT NOW. And please don't use the lift. You must use the staircase to get down.'

Ottoke? 29 tingkat lagi perjalanan yang harus ku tempuhi. Nangis laju-laju sampai banjir dalam hati. Bertabah! Hanaya 29 tingkat sahaja. Anda mampu lakukannya. Ya! Memang sangat3 mampu kerana ini kali keduanya sepanjang aku menabur bakti di sini. Sila enjoy!


Ya! Aku memang sangat3 menikmati perjalanan turun ke tapak perhimpunan. Gotcha! We caught in pink colour today. What a coincidence. Hehe. Tak merancang pun untuk sama-sama memakai baju berwarna pink pada hari itu. Last day of tahun 1433H meninggalkan kenangan sungguh.

Apapun Selamat Tahun Baru semua! ^^,

" Ya Allah jadikan tahun ini tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. "

Nur: Sesekali eksesais turun tangga ni syok gak! =p


14 November 2012

Sakit Membuatkan Aku Kalah

Bismillahirrahmanirrahim...

Wah! Akhirnya aku muncul untuk entry yang baru. Kesuntukan masa dan keburuan waktu lantas menyebabkan aku mengabaikan teratak sepi nan indah ini tanpa catatan yang baru. Oh! Kerap saja aku beralasan tentang waktu. Apa benar waktuku itu sungguh suntuk hingga aku langsung meng'anak tiri' kamar yang setia menemani aku selama ini tatkala duka yang merantai diri ini. Oh! Benar saja aku tidak sibuk malah sengaja pura-pura sibuk.

Banyak kisah yang terlakar dalam hidup seorang aku tidak dicatat mahupun dicoret di mana-mana. Sejauh manakah ingatan aku terhadap kisah suka-duka seorang aku itu? Entah dan tidak aku punya jawapan untuk semua itu.

Sangkaku di dalam bulan Oktober barangkali akan ada sekurang-kurangnya dua atau tiga buah catatan, namun azam tinggal azam sahaja.

Sambutan Hari Raya Aidiladha yang diraikan di kampung halaman bondaku. Perjalanan pulang ke Felda Keratong yang memakan masa hampir 7 jam itu amat meletihkan. Sepanjang perjalanan, aku cuma mampu untuk memejamkan mata dan melayan kantukku. Aku bukanlah jenis yang mudah melelapkan mata bila mana berada di dalam kenderaan. Namun, entah mengapa perjalanan kali ini aku mudah sekali terlelap. Mungkin faktor usia yang semakin bertambah menyebabkan badan tidak lagi kuat dan segar. Atau mungkin sebenarnya fikiranku yang berpusar mengelilingi cakerawala.

Aigoo. Bila mana aku sudah mula memainkan kata, sudah jauh sekali seperti aku. Bukanlah ingin menjadi pakar bahasa, namun sekadar mencuba menggunakan kata-kata yang amat janggal di pendengaran telingaku. Mungkin ada penggunaannya yang langsung tidak kena pada tempatnya. Mana mungkin salah untuk mencuba bukan?

Masa cutiku dihabiskan dengan terbaring longlai di atas katil. Entah kenapa sejak dari hari Khamis lagi aku sudah mula tidak sedap badan. Dek kerana itu aku berusaha untuk melelapkan mata di dalam kenderaan. Mungkin letih bekerja dan berulang-alik menaiki kenderaan awam. Sejak akhir-akhir ini kerap benar tergendala waktu perjalanan. Mungki kerana cuaca yang tidak begitu baik. Hujan panas hujan dan petir sabung-menyabung, menyebabkan sistem bekalan terganggu seketika.

Awalnya aku cuba untuk bertahan dan melawan rasa sakit dan panasnya badan. Namun, lenaku kerap terganggu. Batuk diselang-seli dengan soseh-soseh hidung yang tersumbat. Akhirnya aku mengalah dan meminta ubat pada ayahandaku. Terus dimintanya sepupuku membelikan sepapan Panadol.

Aku jenisnya jika sakit selagi mampu untuk bertahan aku tidak akan mengambil sebarang ubat. Namun, aku tetap kalah dengan sakit. Suhu badan yang naik mendadak dan selera makan yang menurun membuatkan aku terpaksa juga mengambil dua biji Panadol. Usai menelan ubat, aku kembali ke tempat pembaringanku. Sekejap saja aku terlelap. Panas badan yang tidak lagi  dapat ku tahan seakan-akan hilang. Aku lali dengan ubat.

Sedar-sedar Asar menjelma. Bingkas aku bangun dan menapak longlai menunaikan kewajipan seorang hamba. Walau panasku sudah kebah, aku masih lemah. Selera makanku hanya tertumpu pada lemang dan ketupat. Ikutkan bonda melarangku menikmati juadah tersebut kerana bakal melambatkan prosesku sembuh. Namun, hanya itu sahaja yang mampu memenuhi selera makanku.

Pastinya, 2 hari aku berada di kampung hanya dihabiskan di atas katil. Langsung tidak aku berdaya bercerita dan melayan celoteh sepupuku, makcikku dan nendaku. Apakan daya. Sakit membuatkan aku kalah.

Nur: Salam Maal Hijrah 1434H. Buang yang keruh ambil yang jernih.