29 July 2010

Tulus Hati

DOAKU BUATMU SAHABAT

Tuhan, sentuhlah hati sahabatku ini saat DIA JAUH DARI-MU..
.

peluklah hatinya saat DIA MENCINTAI SESIAPA LEBIH DARI-MU...


peliharalah IMANNYA selalu dan jangan biarkan 

DIA TERHASUT DGN KESERONOKAN DUNIA 

YANG SEKETIKA CUMA...


banyakkanlah BERISTIGHFAR, BERDOA dan MENANGIS dihadapan ALLAH agar diberi

kekuatan dan kesabaran....


kerana setiap sesuatu datang dr Nya....


KAULAH SAHABATKU YANG KU KASIHI KERANA ALLAH

25 July 2010

Maaf Untuk Bicaraku

Bismillahirrahmanirrahim..



Terlalu banyak rasanya berbicara. Menutur patah kata. Bait demi bait. Terangkum membentuk sebaris ayat. Yang bermaksud. Jua tidak bermaksud. Terasa lelah patah-patah kata itu diucapkan. Kerana kesannya banyak hati yang akan terluka.

Sungguh aku insan yang lemah. Tanpa sedar, banyak hati yang telah terluka. Benar kata pujangga, kata-kata itu ibarat pedang yang terhunus tajam, silap langkahnya pasti ada yang terluka. Benar juga pepatah hati-hati mengeluarkan bicara. Kerana santan, pulut binasa. Kerana mulut, badan binasa.

Wajarnya diam yang harus dipilih. Mengalah tak beerti kalah. Dan yang kalah itu tak semestinya dipandang hina. Cukuplah sekadar penerimaan baik buruk akan seseorang itu. Diri bukan sempurna. Dari hari ke hari, mencuba untuk menjadi seorang yang lebih baik. Enggan berpaling pada kisah lalu yang menyakitkan.

Kata-kata itu, terkadang lahir dari hati yang sakit. Dan sakitnya hati itu terkadang tidak dipinta datangnya. Barangkali, kurangnya kesedaran terhadap fitrah asal kejadian dicipta. Terus terbuai dengan asyiknya hiburan duniawi. Mudah menuturkan. Sukar melaksanakan.

Entah berapa banyak hati yang pernah 'terluka', 'dilukai' dan 'disakiti' hasil kata-kata yang dikeluarkan. Mudah sungguh mulut mengata itu dan mengata ini. Bersorakan Syaitan menyaksikan umat Adam terus dalam berbalah-balahan. Berat rasanya untuk melafazkan maaf. Ibarat jatuhnya ego barangkali. Mungkin rendah martabat barangkali. Ah! Manusia. Dan aku juga tergolong dalam manusia. 

Berubahlah wahai diri. Renungkan kata-kata nasihat yang tak putus-putus dari insan yang menyayangi dirimu. Biarkan mereka yang membencimu, yang mengatamu itu hanyut. Namun. kau doakan mereka agar menjadi seorang yang mahukan perubahan itu. 

Sikap seseorang sukar diubah apabila ianya telahpun menjadi tabiat. Terimalah baik buruknya kejadian itu. Bantulah selagi termampu. Ketuklah pintu hati mereka dan bukalah pintu hatimu sendiri untuk melakukan perubahan itu. Dan kerana kau manusia yang dipilih untuk terus diuji, bukan bermakna kau kalah menghadapi ujian itu. Renungkanlah kisah kekasih agung Rasullah s.a.w. Walau dikeji dan dihina terus tegar dalam melaksanakan tugasnya.


Penyanyi: In-Team
 
Tajuk Lirik Lagu: Bicara Kata

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara 

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata 

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita 

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna 

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti 

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata 

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Nur: Serulah dirimu dan sucikanlah dirimu untuk melakukan perubahan dan ajaklah yang lain bergerak seiiringan denganmu. 


Maaf untuk bicaraku yang  telah melukai hati-hati kalian.....

Pergi Tanpa Kembali

Hari makin kelam
Hati semakin pilu
Ingin diluah tidak termampu
Ingin ditelan terasa sesak


Benar aku kuat
Benar aku tabah
Benar aku cekal
Benar aku sabar



Tapi,
pernah kau tahu apa yang ku rasa?
Pernah kau tahu apa yang ku lalui?
Mudah kau menghukum
Mudah kau berkata


Ah!!
Sudah! Matikan saja bicaramu
Aku lelah dan sesak
Butir katamu makin celaru
Fikiranku makin membeku

Usah kau hirau akan rasaku

Aku egois denganmu
Kau juga yang mengajarku
Bersikap keras dan tegar

Mata semakin layu

Ingin diterus bait kata
Ingin diluah resah dijiwa
Aku kalah dan mengalah

Esok akanku bangkit

Tanpa peduli akan kau lagi
Aku enggan melihat kau kembali
Pergi dan terus pergi


Aku bukan kau untuk dipujuk
Dan pastinya aku takkan pernah menjadi kau
Kau bawa haluan kau
Jangan pernah pedulikan aku

24 July 2010

Oh Happy Day! (.^ ^ ,.)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum to all my readers...

Miss my words? Or miss me. Aha ha. You guys should be lie. I know that i'm not the 'person' that can make people miss me. Ahaha. Just kidding. If you guys wanna miss me go ahead. BUT! Only three second. Ahha! Just kidding. Okay! What i wanna shared with you guys is all about my life being a Steadfastian's members. My life, my memorable moment, my journey, my not so called a 'heart feeling' and the 'happiness' is all begin here. Aigoo. I'm not a good person in writing a story. Especially in (English). This is because I love to use my mother tongue language. Where here, I'm proud to be a Malaysian. Cewwah!! ^^,

Feel like don't want to say a word more. Just let the picture tell a story. A journey of a not so 'hardcore' life being bullied by all the committees. Wanna know the committees? All the MAN IN BLUE was the bulliest in this era. The top 'hardcore' bullying team. Aha ha. I'm just kidding guys. No heart feeling okay? Seriously, I'm really enjoy the journey of the 'hardcore' day being bullied by you guys in BLUE SHIRTS.


Ehem! Better watch out guys. Yes! You're the bullier now. But the day after, I will be the very 'nice' bullier to you guys. Am I? Nope. Coz I'm very nice person. Right? Ngee~


Let us enjoy the pictures. Smile.....1....2....3....CLICK! 





And when WE become a MAFIA, the bullying team (committees) been bullied by US! 

1. Bullier A
***********

2. Bullier B
***********

3. Bullier C


4. Bullier D
************

5. Bullier E



Due to several factors, other 'bullier' pictures cannot be upload.

21 July 2010

How to Print at General Lab KENMS

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Rasanya, mesti ramai yang mengalami kesukaran untuk print di General Lab KENMS. Aku pun begitu. Mula-mula first week masuk semester, rasa macam 'Lost' sekejap. Mana taknya, nak print confirmation slip, report practical, slip mahallah dan lain-lain. Sebelum ni, aku biasa guna printer sendiri. Tapi, disebabkan printer masih berada di rumah, memaksa aku untuk menggunakan kemudahan yang sedia ada.

Sewaktu aku nak print segala dokumen yang disebut di atas, timbul satu masalah yang mana sistem print telah berubah. Bertambah-tambah 'serabut' jadinya. Sabar. Sabar.

Kebetulan sewaktu aku dalam keadaan terpinga-pinga bagai pelajar baru gayanya, seorang siswi di sebelah aku baru sahaja ditunjukkan cara untuk menggunakan printer di General Lab KENMS. Aku pun apalagi, turut sama mengikuti langkah-langkah. Akhirnya, selesai satu masalah. Yay! ^^,

Kat bawah ini aku sertakan langkah-langkahnya:-

1) Go to Start Window

2) Select Print and Faxes

3) Add a Printer

4) Click Next

5) Click 'Connect to this printer or (to browse for a printer, select this option and click Next)'


6) Select 'Shared Printer-PRINTSERVER-ENM GL P'


7) Click Next


8) Set as default printer 'Yes'


9) Finish


Jadi, sekarang anda boleh la print dengan jayanya. TAPI harus diingat!! Dalam akaun anda masih ada baki. Kalau tak, tetap tidak berjaya. Okay, semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Nur: Fighting!!

20 July 2010

Update!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Wah! Lama aku tak update blog ni. Ada alasan nak diberikan? Ada. Sila baca. Ngee~ ^^,

1) Elok je lepas aku tamat practical, terus dah teputus dari internet kat rumah.

2) Masuk je kampus balik, Mr Lappy kesayangan buat problem, tak boleh connect dengan internet.

3) Aku MALAS. Ups! Ya. Ini memang benar. Tiba-tiba rasa malas dah nak update. Mana taknya, dengan internet yang lembab. Bla. Bla. Bla. Bla. [Membebel  macam-macam]

Cukup la tiga kan? Harapnya, lepas ni aku RAJIN balik.Sebenarnya, banyak cerita yang aku nak kongsikan dengan kawan-kawan. Mana taknya hampir 3 minggu lamanya aku tak update. Sikit hari lagi genap sebulan. Takpe-takpe. Nanti, bila aku ada masa yang SANGAT BANYAK sampai tak tahu nak wat apa, aku update sampai kawan-kawan dah tak lalu nak baca. Lagipun, kisah aku ni bukan kisah selebriti mahupun artis. Ups! Tak maksudkan siapa-siapa.

Sekarang ni, masing-masing sibuk cerita isu harga minyak, gula dan barang-barang lain naik. Isu World Cup dah tamat. Spain menang. Belanda kalah. Semua sedia maklum akan hal ini. Sotong Paul pun sedia maklum. 

Mula-mula aku taip entry ni kononnya nak pendek je. Sekali dah melalut-lalut macam-macam isu. Nak taip lagi, tapi aku perlukan rehat sekarang. Malam nanti aku ada kelas sampai pukul 11.00 malam. Al-maklumlah, seorang pelajar yang berdedikasi katakan. Haruslah bersemangat waja mendengar lecture. Bukankah begitu kawan-kawan? Okay, aku undur diri dulu ya.

Petang-petang main bola, 
Nanti-nanti, aku sambungla..

Psst: I dah terikut U la sis..Ish...^^,

02 July 2010

Today is the Day?



Today is the day!

But it wasn't be today. T_T