Showing posts with label ::Practical::. Show all posts
Showing posts with label ::Practical::. Show all posts

02 July 2010

Today is the Day?



Today is the day!

But it wasn't be today. T_T

30 May 2010

Menambahkan Kelajuan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..


Hoyyeah! 'Feel' itu sudah kembali. Minggu bermuram-durja bakal pergi. Aku suka dia pun suka. Kata lain 'Sukanya bila dia ceria'. Hah! Apa agaknya yang membuatkan aku perlu menambahkan kelajuan? Banyak perkara. Antaranya, cuba kawan-kawan lihat pada jadual hidup aku di kanan page. Jadual hidup. Praktikal. Hingga 2 Julai 2010 bukan? Yay! Perlu tambahkan kelajuan dalam menyiapkan laporan dan juga catatan harian. Risau kalau-kalau secara tiba-tiba supervisor terjah. Maunya tak siap, mau pengsan aku dibuatnya. 

Aku ada tiga alasan kenapa aku baru mula nak terkedek-kedek nak siapkan semuanya. Baru nak perlahan-lahan panaskan enjin.

1. Sebab aku tak tahu.
2. Sebab aku tak tahu.
3. Sebab aku tak tahu.

Okay. Cukup! Aku bukan nak suruh korang baca alasan 'sebab aku tak tahu' tu sebenarnya. Hehe. Aku tahu tapi tidak mahu tahu. Hah! Bagaimana tu? Sebenarnya aku dok sibuk wat 'assignment' yang ditugaskan sampai terlepas pandang laporan dan catatan harian yang MESTI aku buat. Oh! Jangan cepat sangat kata aku CARI NAHAS. Walaupun aku tak sempat buat catatan di log book yang diberi, aku masih mencatat di dalam Microsoft Word. Dek kerana hari-hari aku akan mengadap comp untuk key in database, sambil-sambil tu aku key in sekali laporan harian aku. Bak kata bahasa programnya backup plan. Tak ada Plan A guna Plan B. Kan? Kan? Kan? Hehe.

CUMANYA SEKARANG


Aku kena pindahkan dari versi original ke cetak rompak. Eh! Dari versi digital ke tulisan tangan. Maklumlah, aku kan 'trainee' mestilah kena ada log book ala-ala cikgu pelatih tu. Oleh yang demikian, aku harus menambahkan kelajuan dalam proses pindah-randah ni. 


Mari! BERTABAH untuk tempoh sebulan lagi. Dan PIALA BOLA SEPAK DUNIA bakal menjelang tiba tak lama lagi. Hehe. Rajin pulak aku tengok bola kan? Ngee~

Nur: Alhamdulillah, atas kebahagiaan dan kedamaian yang KAU kurniakan Ya Allah. ^^,

16 April 2010

Eh! Dah Seminggu. Cepatnya...^^,

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca.

Pertama-tamanya terima kasih buat MR TENET coz tak buat hal hari ni. Smooth je. Ha! Sedar tak sedar dah seminggu aku ber'practical' di sana. Sedikit demi sedikit yang dipelajari. Nak buat laporan dari hari pertama hingga ke- 5 ke? Boleh juga, sementara aku masih 'Rajin' ini. Susah woo rajin ni nak datang.

Day 1

Mendaftar di tempat kerja. First time ada punch card sendiri. Teruja sikit. Terujakah? Biasa saja. Haha. Lepas tu berkenalan dengan rakan sekerja. Mereka semuanya pangkat akak-akak. Hanya sorang je pekerja lelaki kat department aku. Yang lain semuanya perempuan. Then, mula didedahkan dengan cara bekerja di sana. 

Pelan-pelan aku hafal tentang berapa rate untuk tempahan bilik penginapan, bilik seminar dan sebagainya. First day ni, biasalah baru mula kenal dengan orang-orang kat situ. Cuba sesuaikan diri. Dalam pukul 5.30 petang sebelum balik, jumpa my supervisor refer about my assignment dan sebagainya.

First day juga aku mengembara ke seluruh alam di situ, menjejak buruan. Hehe. Buruan? Apakah agaknya? Baca lagi sampai habis. Nanti akan tahu 'buruan' itu apa.

Day 2

Sambung kerja day  1 key-in data dan sambil tu belajar gunakan mesin faks. Hari ni juga, mula menjawab panggilan telefon. Dialognya begini : 'Hello, sales. Boleh saya bantu?' Dah macam operator dah gayanya. Tapi, apapun enjoy dengan ragam-ragam pemanggil.

Petangnya, ada POCO-POCO. Owh! NO! Aku tak berapa reti dengan step poco-poco ni. Tapi, kita kena proaktif dan punya semangat ingin tahu dan eager to learn. Adakah POCO-POCO ini sebahagian dari task? Ya! Hehe. Supaya boleh kenal dengan staf-staf di sana.

At last! Aku berjaya jugak ikut step poco-poco ni. Yay! Nanti kita wat poco-poco pasang lagu tarian salsa kay. (Aku poco-poco pakai baju kurung kay) Jangan hairan dan pelik bin ajaib pulak.Takde hal la semua tu. Bak kata member-member STEADFAST, semua boleh.

Day 3

As usual, key in data and membantu faks, telefon dsb. Menariknya tentang hari ke-3 ni. Aku menjawab panggilan dari client. Tanya tentang rate bilik penginapan dsb nya. Dalam hati aku, macam mana aku nak jawab ni. Time tu pulak aku sorang je kat ofis coz yang lain ada meeting department. Rasa macam, kepala kena hempap dengan batu. Berlagak profesional 'Ya Encik. Boleh saya tahu nama, organisasi dan no telefon En. Saya akan ambil dulu maklumat tentang tempahan En. Sebarang urusan nanti bolehla berhubung dengan PIC.' Wow! Mantap sekali. 

My abah said: Make yourself learn something. 

And I have push myself to act out of the box. To move from one zone which is comfort zone to gigantic zone. Awesome!!

Day 3 ni jugak kena jadi 'jaga' kat ofis. My colleague pesan ' Naj, you ambil semua pesanan. Jangan ada call yang 'miss' pun tau. Jaga-jaga. We all ada CCTV ni.' Aku pun bertindak mengikut arahan. 'Baik mem' Sudahnya, tak putus-putus call masuk. Saja je tak nak bagi I rehat tau. Hehe.

Day 4 

Hari ke-4 pulak aku mengembara ke serata alam di tempat kerja untuk familiar dengan surrounding kat sana. Risau akak-akak kat situ kalau-kalau aku hilang. 
Day 5

Bos takde. Yay! Hehe. Tapi, sunyi gak bila ramai yang takde. Al-maklumlah ofis tu kecik je. Bila sorang takde rasa cam tak cukup korum.

Day 6

Esok. Sabtu kena kerja jugak. Half day. 9.00am-1.00pm. After all, aku enjoy learn something new. Try to adapt with working environment. Apply what that learned in class during this practical training 

Apapun, aku harap suasana ni akan kekal sampai habis practical training. Almost 3 months. 11 week left. 1 week gone. Miss the moment to go to the class, diulit dengan assignment, berkejar dengan due date, baca buku sampai lebam mata nak jawab exam, quiz dan sebagainya. The important thing miss my fren there.  

Sayang, hope that you are doing well.

Nur: 'Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini'

13 April 2010

1st Day Begin A New Life

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Seperti yang dijanjikan, aku akan laporkan (perlukah?hehe) tentang pengalaman bekerja pada hari pertama. Belajar banyak perkara baru. 

First and foremost, learn on how to punch a card for attendance. Kat tempat kerja ni different from tempat belajar. Kalau dulu, lecturer will pass around attendance list and kita akan turunkan signature kita. Konon-konon bajet artis la kan. Perasan you! Tapi, sekarang pergi kat security stand and cari your card and punch in also punch out. 

Remember, don't be late. Mungkin at your watch still show belum pukul 9.00 am but you have to be careful person because time showing at punch box usually will be 5 minutes faster. 

To conclude please be PUNCTUAL. (tiba-tiba teringat kat my friend ADA) Bagai terngiang-ngiang ayat ni di telinga. Baik mem, saya takkan datang lambat. InsyaAllah. Pray for me and i will pray for you guys. Win-win situation kay? 

Okay guys, i need to sleep early because i have a long day tomorrow. Tomorrow will be my third day working there. Asyik3. ^^, This is just a short entry for those who are waiting for my update. (Ada ke?) =)

Nur: Ya Allah, berkatilah perjalanan hambaMu ini. Amin..