Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Hoyyeah! 'Feel' itu sudah kembali. Minggu bermuram-durja bakal pergi. Aku suka dia pun suka. Kata lain 'Sukanya bila dia ceria'. Hah! Apa agaknya yang membuatkan aku perlu menambahkan kelajuan? Banyak perkara. Antaranya, cuba kawan-kawan lihat pada jadual hidup aku di kanan page. Jadual hidup. Praktikal. Hingga 2 Julai 2010 bukan? Yay! Perlu tambahkan kelajuan dalam menyiapkan laporan dan juga catatan harian. Risau kalau-kalau secara tiba-tiba supervisor terjah. Maunya tak siap, mau pengsan aku dibuatnya.
Aku ada tiga alasan kenapa aku baru mula nak terkedek-kedek nak siapkan semuanya. Baru nak perlahan-lahan panaskan enjin.
1. Sebab aku tak tahu.
2. Sebab aku tak tahu.
3. Sebab aku tak tahu.
Okay. Cukup! Aku bukan nak suruh korang baca alasan 'sebab aku tak tahu' tu sebenarnya. Hehe. Aku tahu tapi tidak mahu tahu. Hah! Bagaimana tu? Sebenarnya aku dok sibuk wat 'assignment' yang ditugaskan sampai terlepas pandang laporan dan catatan harian yang MESTI aku buat. Oh! Jangan cepat sangat kata aku CARI NAHAS. Walaupun aku tak sempat buat catatan di log book yang diberi, aku masih mencatat di dalam Microsoft Word. Dek kerana hari-hari aku akan mengadap comp untuk key in database, sambil-sambil tu aku key in sekali laporan harian aku. Bak kata bahasa programnya backup plan. Tak ada Plan A guna Plan B. Kan? Kan? Kan? Hehe.
CUMANYA SEKARANG
Aku kena pindahkan dari versi original ke cetak rompak. Eh! Dari versi digital ke tulisan tangan. Maklumlah, aku kan 'trainee' mestilah kena ada log book ala-ala cikgu pelatih tu. Oleh yang demikian, aku harus menambahkan kelajuan dalam proses pindah-randah ni.
Mari! BERTABAH untuk tempoh sebulan lagi. Dan PIALA BOLA SEPAK DUNIA bakal menjelang tiba tak lama lagi. Hehe. Rajin pulak aku tengok bola kan? Ngee~
Nur: Alhamdulillah, atas kebahagiaan dan kedamaian yang KAU kurniakan Ya Allah. ^^,




















