Showing posts with label Luahan Hatiku. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hatiku. Show all posts

08 March 2011

Hanya PadaMU

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Hati berbolak-balik. Hidup tidak tenang. Sentiasa dirundung gelisah dan murung yang berpanjangan. Tiada yang menginginkan kehidupan sebegitu rupa. Ya Allah, hanya padaMu aku memohon. Hanya padaMu aku meminta. Perkenankanlah doa hambaMu ini. Hanya padaMu.

Tatkala kita perlukan teman untuk berkongsi kedukaan, tiada yang sudi menemani. Hanya padaMu ku mengadu. Hanya padaMu Ya Allah.

Ya Allah, Kau kuatkanlah aku dalam menghadapi pahit getir hidup ini
Kau mudahkanlah urusan sehari-harianku ini
Kau jauhkanlah aku dari keluh-kesah yang berpanjangan


UNIC: Lafaz yang Tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Nur: Semakin dekat ku menghampiriMu semakin dekat Kau menghampiriku

18 January 2011

I Never Lie



I'll back off so you can live
Say it directly
Looking at me
Say it looking into my eyes
Did you just say you wanted to break up?
Did you want to end it with me?
(I know) You probably got a lady
(I know) You probably got sick of me
even though the tears are rushing to me

I'll back off so you can live
That is all i can say
I'll forget you so you can live better
I'll back of so you can live
So that you will be happy without me
The Love you tossed away
You can take it
Don't leave even a trace behind and take it all
Don't even say you are sorry
Don't worry about me

Sorry My Sweety
Your lips that told me that you were going to leave
Why does it give me a reason to be angry today?
I need to stop you
The words don't go out
And you are already moving far apart

(I know) You will forget me
(I know) I will really hate you
Even though you know everything

I'll back off so you can live
That is all i can say
I'll forget you so you can live better
I'll back of so you can live
So that you will be happy without me
The Love you tossed away
You can take it
Don't leave even a trace behind and take it all
Don't even say you are sorry
Don't worry about me

(You) The reason i lived
(You) You were all i wanted
You~
It was me who only looked at you
(Why) Why are you leaving?
(Why) Why are you tossing me away?
If you were going to be like this
Why did you love me in the first
place?

Do you happen to remember that day?
That day when we first met
I still remember it
The promise you made to me
That you will only care for me
That you will only protect me
That you will only love me
I believed your lies
I believed it

(Oh) Oh Oh Oh Oh
Did you really love me?
(Oh) Oh Oh Oh Oh
No No No No
(Oh) Oh Oh Oh Oh
I'll forget so you can live better

Nur: I never lie....

17 January 2011

Peluang Untuk Update

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Waa...Rindunya untuk update blog setelah sekian lama update yang ringkas je. Ambil peluang dan gunakan sebaiknya. Banyak yang ingin dikongsikan..

1. Kisah adik bongsu pergi sekolah hari pertama

Al-kisah disebutkan cerita, dia balik sekolah abah janji nak ambil kat bus stop. Dia pun beria la tunggu kat bus stop yang kat atas seksyen 6. [sape tau tu tahu la kan] tempat aku tunggu masa kecik2 dulu dan kadang2 kena balik jalan kaki. Allah, tabahkan hati ini menghadapi kenangan lama ini. Last-last dia balik jalan kaki dengan sendirian berhad dengan beg yang berat dengan berani dan semangat wajanya. Owh! Adikku Amin sayang. Half way ada orang hantar balik. Kemain lagi dia sorang ni. Abah dok call umah tanya dah sampai belom adikku sorang ni. Waa. Stress i tau! Haha. Guro jek. Sudahnya sampai bukan kat umah, tapi umah Mak Lang okay [adik mak no.3]. Aigoo.. Amim. Amim [sambil gelengkan kepala tanpa henti]

2. Kisah aku di'tipu' konon ada interview.

Aish! Tahu la aku fresh graduate, tapi tolonglah jangan men tipu-tipu pasal ada keje kosong. Mulanya aku cam agak dan sangat berat hati nak pie coz dah rasa sumting. Tapi, at last pie gak atas nasihat mama kata ccuba je pie interview. Kat KL kay. Agakla jammed dan banyak keretanya. Nak keje kat KL ke? Takmo! Aku sayang tempat aku tinggal sekarang lebih sangat2 tau! Haha.Pergi tengok. OMG! Ramainya orang. Ada apa ni? rupanya just TAKLIMAT okay! Tipu. Tipah tertipu la bang. Huk. Huk.



3. Kisah Cinta

HOT! Haha. GAGAL. Sila cuba lagi. Ngee~

Nur: Ketahuilah, saya xpernah berubah awak. ^^,

21 June 2010

Perjuangan Pahit Manis Itu Memerlukan Ketabahan


Bismillahirrahmanirrahim,,.
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Aku semakin hilang rentak tari bicara. Semakin ketandusan 'semangat'. Semakin bercampur-baur rasa. Kekangan masa, kekangan tenaga untuk terus stay up di malam hari, dan pelbagai 1001 alasan lagi yang ingin kuberikan. 

Satu kata-kata yang memberi sedikit 'semangat', secebis barangkali,

"Kita mempunyai 1001 alasan untuk terus beralasan, namun kita punya satu sebab sahaja yang memungkinkan untuk kita tidak terus memberi alasan 'KERANA AKU MAHU BERUBAH' "

Ya! Aku mahu untuk melakukan perubahan itu. Dan seharusnya aku perlukan perubahan itu kerana yang pasti dapat membawaku ke arah kebaikan. 

Aku hanya manusia biasa, yang kadang-kadang terlepas laku, tersalah bicara, terlanjur kata, namun aku sentiasa mencuba untuk tidak terus beralasan lagi. Mungkinkah? InsyaAllah. 

Walau terkadang kerap aku melanggar 'tatasusila' dalam erti kata pada seseorang yang mempunyai 'taraf' bawahan, namun aku juga punya hati dan rasa yang ingin difahami. Biarlah aku mengalah walau ku pasti bahawa tiada kalahnya jika aku mengalah, bahkan aku akan berada di kalangan mereka YANG JUARA kerana mampu mengawal 'amarah' yang membukit.

Ampunkan aku Ya Allah. Hanya doa yang mampu ku titipkan kerana hanya dirinya yang mampu mengubah segalanya. Walau ku tahu semua itu tak akan pernah berlaku melainkan dengan izin-Mu, namun aku sentiasa berharap agar sinar bahagia itu akan muncul lalu terus terus menemaniku. Jauhka segala mimpi ngeri itu. Kerana aku jua manusia yang ingin dimengerti.


Aku tahu bahawa dia takkan pernah membaca coretan ini, Jika dia bisa memahami dan cuba menyelami hati seorang insan yang tandus 'pengertian' darinya, pasti dia memahami mengapa jiwa ini memberontak. Moga dia mendapat pimpinan dari-Nya untuk cuba belajar memaafkan dan me'bebas'kan dari 'dunianya' itu. Lakukan apa yang dikata dan tunjukkan teladan yang seharusnya.

Nur: Ya Allah, Kau bukakan pintu hatiku dan hatinya...Amin~

27 May 2010

Terusik

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Di balik perpisahan kita, banyak sebenarnya yang ingin aku nukilkan. Namun, sengaja aku menahan rasa hati itu agar tidak terbuai-buai dengan gabungan rasa remuk-redam hati ini. Walau ingin aku luahkan segalanya, namun, ada batu yang menghalangnya. Mampukah aku me'noktah'kan seperti yang dikata. Tidak semudah itu.

Ada yang berkata pucuk dicita ulam mendatang. Semudah itukah membicarakannya. Maaf. Aku ingin sendiri. Aku enggan membuka ruang untuk terus terluka. Biar yang lama sembuh. Walau lama masa yang diperlukan. Kata doktor, parut yang ada itu terkadang akan rasa sakit seketika. Ngilunya akan terasa. Selagi mampu bertahan, tahanlah sehabis daya. Jalan yang lain ada, tapi harus bertabah dengan jalan yang ada. Bertabah!

Sekadar  itu yang ingin dinukilkan. Cukup rasanya. Jangan diganggu dan goyahkan pendirian ini. Berdoalah moga ada jalan keluar yang lebih baik. Bertahan saja masih perlukan pelindungnya. Alangkan rumah masih perlukan tiang untuk berdiri kukuh, apatah lagi manusia yang kerap goyah hatinya.

Nur: Cukuplah kasih-sayang Allah yang tak bertepi itu bagiku. Ya Allah, permudahkanlah. Amin~

24 October 2009

Dilema Dalam Tanggungjawab


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...


Banyak entry yang aku janjikan untuk diadakan sambungan tidak dapat dilakukan dalam jangka masa terdekat ini. Kerana apa? Kerana aku dengan sengaja menyerabutkan diri dengan situasi yang tidak perlu pun akan kehadiran aku? Benarkah begitu? Tidak. Tidak sama sekali. Aku bukanlah jenis yang suka nak 'busybody' pada sesuatu yang tiada kena-mengena dengan hidup jua matiku. Kecewa, adakah perkataan yang paling sesuai aku samakan dengan situasi aku ini? Beberapa jam lagi, aku akan hadiri siri penurunan takhta yang telah kupegang hampir seabad lamanya. Pembetulan, bukan seabad tapi hanyalah setahun, tapi bagiku amat berat beban tanggungjawab yang kutanggung ini. Apakah dia? 

Andai aku punyai pilihan, aku hanya ingin menjadi ahli senyap dan low-profile. Tapi, Allah telah taklifkan aku dengan tanggungjawab ini, yang mana Dia Mengetahui aku mampu jalankannya dengan sebaik-baiknya. Benar, jujurnya aku menolak secara diam. Dipaksa mungkin. Tapi, dek kerana kuatnya ikatan antara satu sama lain, aku teruskan jua perjuangan ini. Dalam senyuman pasti ada duka. Dalam senyuman jua pasti ada derita. Hanya aku yang tahu apa yang aku rasa sepanjang aku dalam keluarga ini. Benar, semua ini adalah pilihan aku sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak yang lain. Tersalah jalankah aku? Menyesalkah aku? Tidak. Aku tidak maksudkan sampai begitu sekali.


Saat pertama aku dikhabarkan dengan 'berita' pahit itu, maaf jika aku telus dengan kata-kata ku ini, aku menyoal dan menyoal dan terus menyoal, kenapa aku masih lagi di sini? Pernahkah mereka berada di tempatku walau sesaat? Benar, mereka berkata ' kami faham dengan semua itu, tapi kami yakin yang anda mampu'. Hanya dengan kefahaman mereka itu, adakah mampu menerbangkan semua rasa hatiku ini? Mampukah? Berat bahu yang memikul lebih terasa. 


Tolonglah faham, aku sudah cukup 'tua' untuk semua ini. Aku ingin mengutip kembali masa yang telah kuabaikan untuk diriku sendiri. Terkadang aku kesian pada orang lain hingga aku terlupa untuk kesian pada diri sendiri. Adilkah aku? Adilkah aku terhadap diriku ini? Aku tak tahu bagaimana lagi harus ku kata bagi membuatkan 'mereka' faham akan rasa hatiku. Jika empanganku pecah dan mengalir deras pernah 'mereka' tahu? Kerapkali aku tersedu dek kerana semua ini. Aku enggan menuturkan lagi kata yang aku sering ucapkan ini. 'Maaf'. Andai dengan ucapan maafku ini, mampu merubah segalanya aku takkan serik mengucapkannya. Dan aku akan sentiasa jadikan kata-kata ini kata keramat bagiku.


Ya Allah, benar aku lelah dengan semua ini. Tapi, Kau yang datangkan tanggungjawab ini padaku, tanpa aku memilihnya, tanpa aku menghendakinya, tanpa aku memintanya, kerana Kau tahu aku mampu dalam menjalankan tanggungjawab ini. Kau tidak akan bebanku hambaMu dengan sesuatu yang tak mampu dipikul mereka.


Nur: Hancur, Lebur, Lumat...T_T

16 September 2009

Diari Hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Ke hadapan diari hati,
Tahniah diriku ucapkan padamu kerana berjaya memegang janjimu, agar tiada lagi sebarang ikatan yang melibatkan hati. Dan tentunya apa yang dirimu rasa adalah ketenangan tanpa sebarang kekacauan dan keresahan yang jika sebelum ini membelenggu dirimu. Jika sebelum ini, tentunya kau seringkali berperang dengan hatimu, antara yang patut kau lakukan dan yang patut kau jauhkan. Tapi kini, semuanya telah berlalu dan akan tinggalkan pengajaran buat dirimu. Pahit bukan jika ianya melibatkan kegagalan dalam soal hati. Hingga ke saat ini, biarkan soal hati menjadi milikNya. Apabila saat dan waktunya tiba, aku berjanji padamu wahai hati, akan membuka lembaran diari hati yang baru. Biarlah saat ini aku dan kau kekal begini dan bahagia begini tanpa melibatkan hati yang lain. 
Lots of Love,
~Pemilik Diari Hati~

13 March 2009

~seKadAr sAtu rASa~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Result mid-term satu demi satu diterima. Alhamdulillah, semuanya okay walaupun ada yang tak seperti yang diharapkan. Sesuailah dengan usaha yang dilakukan barangkali. Tarikh final exam juga sudah diketahui. Apa lagi, buka lah buku dan bersedialah dari awal. Jangan bila di saat akhir baru nak pulun semua. Presentation OB pada hari Rabu yang lepas memberi aku tentang satu pengajaran baru. Pentingnya untuk kita sentiasa berjumpa dengan ahli group discussion.

"You work as a group not as a team right? You should spend more to discuss together,"said Dr Arif.

Apapun aku enjoy dengan group member yang masing-masing memberi komitmen seperti diharapkan. Cabaran yang perlu dihadapi adalah saat untuk sama-sama berbincang tentang assignment yang diberi agar maklumat yang diperolehi tepat dan jitu tanpa sebarang kesangsian.

12 Februari 2009, 2 meeting berlaku serentak. Aku hadirkan diri ke meeting pertama memandangkan kerap kali aku tidak hadir. Banyak info yang agak ketinggalan. Meeting kedua agak lewat aku hadir. Suasana yang pada mulanya agak tenang semakin terasa bahangnya. Mungkin kesabaran yang terbina selama ini semakin nipis. Bukanlah niat aku untuk menghangatkan suasana, tapi sekadar untuk meluahkan apa yang aku rasa bila kita dituduh sewenang-wenangnya tanpa memberi peluang untuk diterangkan sebab musababnya.

Maaf kawan-kawan. Mungkin tak sepatutnya kata-kata itu yang aku keluarkan. Mungkin pada pandangan kawan-kawan hanya aku sahaja yang tahu rasa begitu. Seolah-olah orang lain tidak merasainya. Tapi lebih baik berterus-terang walaupun pahit. Benar kata-kata bahawa semakin hari semakin penat dan letih jika selamanya keadaan dibiarkan begitu. Fahamilah apa tujuan sebenar kita berada di situ. Semua atas dasar amanah yang dipikul atas bahu kita semua. Jangan lupa setiap amanah itu akan dipersoalkan satu demi satu. Betulkan kembali niat.

Aku berkata bukanlah bermakna diriku hebat dan tak pernah melakukan silap, tapi sekadar saling mengingatkan antara satu sama lain. Kita semua ibarat satu binaan, ibarat satu jasad, paha kiri dicubit, paha kanan turut merasai sakitnya. Bukankah begitu? Jika bukan kita siapa lagi yang akan menggerakkannya?

Friendship is made by choice not fate.
Friendship is eraned by sincerity not material wealth,
Friendship true value is to be treasured always,
Not after it was gone,
Friendship require both,
Selflessness and forgiveness...

06 March 2009

~lUka di hAtI~


Assalamualaikum..

Aku terluka dengan tindakan mereka. Aku tidak tahu apa yang telah aku lakukan yang menyebabkan sewenang-wenangnya mereka menuduh aku dengan tuduhan yang begitu kejam sekali. Tak bolehkah mereka faham bahawa bukan semua perkara aku mampu lakukan. Dan bukan semua perkara aku tahu? Kenapa harus mereka lepaskan kemarahan mereka pada aku? Sedangkan aku tidak bersalah dalam hal itu? Aku tidak tahu-menahu tentang hal itu. Sungguh aku maksudkan yang aku benar-benar tidak tahu.

Ikutkan hati yang geram dan marah mahu rasanya aku hamburkan segala kemarahan yang kusimpan selama ini. Tapi aku cepat-cepat beristighfar. Saat kemarahan menguasai diri, musuh utama anak Adam bersorak keriangan. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, kuatkan hatiku menghadapi tuduhan mereka itu. Dan berikanlah jalan untukku menepis segala tuduhan yang tidak berasas itu. Aku sangat kecewa dengan mereka. Selama ini, madu yang kuberi racun yang dibalas. Apapun terima kasih atas racun yang diberi.

*Heart Hurt*

05 March 2009

~sAaT iNi~




Assalamualaikum...

3 hari blog dibiarkan sepi. Dalam tempoh itu juga aku kembali menyusun rutin hidupku agar lebih teratur. Saat itu juga banyak peristiwa yang menyedarkan aku tentang sesuatu. Aku masih bertuah berbanding insan lain. Walaupun terkadang rasa seperti berputus asa, saat aku melihat insan itu aku insaf. Ujianku yang tidak seberapa dibandingkan dengan insan itu yang terpaksa berhadapan dengan kenyataan hidup yang begitu pahit. Ya Allah, ampunkan aku kerana tidak putus-putus mengeluh dengan ujian yang hanya sekecil ini.

Saat ini, aku cuba untuk bangkit kembali dari kekecewaan semalam yang begitu pahit sekali. Kerapkali aku menyoal diri ini, adakah aku mahu mengulangi kisah lalu yang amat menyakitkan itu? Yang bakal menjadikan hidup aku suram, sepi, dingin dan pelbagai rasa yang tidak indah itu? Tak mungkin aku akan benarkan semua itu berulang buat kali yang entah ke berapa pun aku tidak pasti. Yang pasti saat itu, menjadikan aku begitu mudah meyerah kalah dan mengalah. Sedangkan diriku bukanlah orang yang sebegitu.

"Saat kau merasakan dirimu lemah, usahlah risau dan khuatir kerana Dia sering bersamamu menyuntikkan kekuatan agar kau kembali pulih"


13 February 2009

~nOthIng~


Assalamualaikum...

Keriangan hari ini harus diteruskan untuk hari berikutnya.Benarkah? Tapi jika wujudnya halangan di persimpangan jalan antara dua hari tersebut, apakah yang harus dilakukan? Berdiam diri? Bersuara? Atau mengambil jalan untuk tidak peduli pada apa yang berlaku?
Memikirkan banyak perkara yang harus diberi perhatian yang lebih, untuk apa meletakkan perkara yang boleh menambahkan kekusutan di minda ini?

Teruskan perjuangan hingga nafas yang terakhir.Setakat yang mampu lakukan. Mengambil berat akan orang sekeliling.Perlu? Tapi untuk apa hingga membiarkan diri terumbang-ambing dan terluka buat kesekian kalinya? Luka yang ditinggalkan adakah mampu untuk sembuh dengan begitu cepat?

11 February 2009

~tHinKing..~


Apakah tiada jawapan lain yang lebih baik daripada jawapan itu?
Apakah itu yang terbaik? Tiada yang lain?


'Every sunset gives us 1 day lesser to live but every sunrise gives us 1 day more to hope'

Apa lagi yang diinginkan? Tak cukup dengan semua yang ditunjukkan? Apa lagi yang diperlukan?

'Hidup ini akan memberi 1000 alasan untuk bersedih, tapi Allah boleh memberi kehidupan ini dengan berjuta alasan untuk tersenyum'

Perlukan?
Tidak!
Inginkan?
Tidak!
Mahukan?
Tidak!

Kesimpulan?

Aku senang menjadi diriku
Bebas melakukan apa saja
Bukan kritikan yang kupinta
Tapi sokongan yang kuinginkan

Jika itu yang mereka simpulkan
Siapalah aku untuk menghalang
Biarkan mereka dengan cara itu
Biarkan aku dengan cara ini

"Ya Allah..Aku hamba-Mu yang lemah.. Memohon pada-Mu agar dikuatkan hati ini dari segala ujian yang datang melanda diri ini.. Jauhkan aku dari kata-kata mereka yang mampu menggugat ketenangan diri ini.. Biarkan aku tenang dengan kehidupan kini tanpa gangguan dari mereka.. Ya Rabb pada-Mu jualah segala pintaku dikhabarkan.."

10 February 2009

~tIrEd~


Assalamualaikum kawan-kawan...

Penat? Tajuk utama pada hari ini. Lately banyak sangat yang perlu dilakukan instead of kehidupan sedia ada sebagai seorang pelajar. Again.. Really want some rest.. Nak balik rumah.. Tapi minggu ni ada Cocu Week.. Plus next week ada 3 mid-term.. Rest.. Rest.. Rest.. Tetiba nak guna 1st formula.. Yelah mana taknya sebelum ni asyik recharge je.. Nak rest puas-puas.. Hmm.. Actually nak kata penat tak la sangat.. Cuma minda yang perlukan rehat..

Tekanan demi tekanan.. Sampai sekarang tak kenal lagi group member Recreation 2. Plus ada assignment nak kena submit membuatkan tekanan berada di tahap 3.. Ini tidak adil! Ya itu kata-kata yang keluar bila aku melihat nama aku tersenarai dalam kumpulan pelajar from Kuliyyah Architecture.. Kenapa aku? Bukan orang lain?
Sedih? Pasti.. Tapi nak buat macam mana.. Itu yang terpaksa ku tempuhi.. To do list.. Contact salah seorang dari mereka.. Tapi siapa? Hmm.. Be patient.. InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaiannya.. You're strong!

08 February 2009

~iTu yaNg mAhU iNi yAng pUnya~


Kemahuan dan kepunyaan. Kemahuan yang banyak tapi kepunyaan yang sedikit. Benarkah? Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dipunyai. Sentiasa bertambah kemahuan yang diingini dari hari ke hari. Pantang melihat orang lain punyai sesuatu akan timbul kemahuan itu.

"Lihat pada apa yang kita ada. Bukan lihat pada apa yang orang ada."

Nasihat dan teguran dari abah. Begitu menusuk hatiku. Benar kata-kata abah. Jika aku renung kembali diriku punyai semua asas kehidupan yang lengkap dan sempurna.

"Dia lebih di sana kurang di sini. Kamu lebih di sini kurang di sana."

Nasihat dan teguran dari mama. Benar kata-kata mama. Kenapa agaknya aku sering membandingkan diriku dengan orang lain?

Terkadang aku merasakan amat rendah diri saat berada di kalangan teman-temanku. Kerana apa? Kerana mereka tidak seperti diriku. Benarkah? Kenapa perlu untuk menjadi mereka sedangkan aku adalah diriku. Mungkin jika diberi peluang mereka jua mahu menjadi orang lain.

Aku merenung kanak-kanak itu
Dirinya tersenyum padaku
Manis senyumannya itu
Hatiku tertawan padanya

Saat dirinya melangkah
Aku tersedar sesuatu
Dirinya tidak sempurna seperti aku
Langkahnya pincang dan perlahan

Ya Allah maafkan diriku
Tak pernah puas dengan apa yang ku miliki

Aku merapati penjual lelaki itu
Dirinya menarik perhatianku
Lalu aku meminta sesuatu darinya
Dengan pantas dirinya mencapai apa yang kupinta

Saat dirinya memenuhi permintaanku
Aku tersedar sesuatu
Dirinya tidak sempurna seperti aku
Matanya tak pernah melihat cahaya

Ya Allah maafkan diriku
Tak pernah puas dengan apa yang kumiliki

Aku melalui sebuah kawasan
Seorang kanak-kanak bersendirian
Aku bertanya kenapa tidak menyertai rakannya
Dia hanya mampu menggeleng

Saat dia menggelengkan kepalanya
Aku tersedar sesuatu
Dirinya tak sempurna seperti aku
Pendengarannya sunyi dari sebarang bunyi

Ya Allah maafkan diriku
Tak pernah puas dengan apa yang kumiliki

"Ya Allah..Ampunkan diriku yang seringkali menginginkan sesuatu yang telahpun Kau berikan tanpa aku sedari..Ya Rabb aku memohon padamu..Peliharalah diriku dari menjadi hamba-Mu yang lalai dan tidak mensyukuri apa yang telah Kau kurniakan..Ya Allah..Pada-Mu aku panjatkan kesyukuran kerana masih berada dalam ni'mat Iman dan Islam..Amin.."

26 January 2009

~mAaF vS eGo~


Kadang-kadang salah faham menyebabkan semua keadaan menjadi kucar-kacir..perkara yang kecil dibesarkan..yang besar diperbesarkan lagi..pentingnya tolak-ansur dalam satu perhubungan..mengalah bukan bermakna kalah..mungkin pada tanggapan seseorang..orang yang meminta maaf itu adalah seorang yang lemah..tapi sebenarnya orang yang meminta maaf itu adalah orang yang hebat kerana dia menyedari akan kesalahan yang dilakukannya..

Haha..intro yang begitu mendalam sekali maksudnya..apa agaknya yang menyebabkan aku berkata sebegitu? Rata-rata jika kita lihat teman-teman di sekeliling kita amat sukar sekali untuk menuturkan maaf setelah kita melukakan hati seseorang..mungkin kerana keegoan yang merantai diri kita dari berbuat begitu.. Keegoan juga menyebabkan kita sukar untuk mengaku salah kita.. Keegoan juga yang meretakkan sesuatu hubungan..

Sekali lagi aku petik pada kata-kata dari temanku..
"Orang yang meminta maaf itu adalah orang yang hebat..dan orang yang memberi maaf itu mempunyai jiwa yang besar.."

Justeru di sini..aku menyeru diriku dan kengkawan semua..Ayuh!! maafkanlah apa yang telah orang lakukan pada kita..dan jangan malu untuk mengaku salah kita..

'When i say that i'm sorry..i really mean that i'm very sorry..i really hope everything will be clear enough..and may what has happened between us can make us become close and understand one another..'


25 January 2009

~aPA dAlaM fIkIraN?~


Semangat dah pulih..fikiran tak runsing..mood dah okay..tapi..Apa lagi yang bermain dalam fikiran? Kadang-kadang susah untuk kita leraikan kekusutan yang melanda..baik dalam hubungan persahabatan mahupun percintaan..wah2..sudah berani mengatakan tentang cinta..apakah itu cinta?hmm..tapi setiap permasalahan yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya..terpulang pada kita sejauh mana kita berusaha mengatasi masalah yang melanda..

Kalau dalam perhubungan tiada salah faham anehlah hubungan itu..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan sesama manusia..pasti akan timbul rasa xpuas hati, sakit hati,dan segalanya yang berkaitan dengan hati..bahagian hati ini lah yang paling susah sekali untuk difahami..

'Jika timbul satu titik hitam dalam hati seseorang..hapuskan dengan segera..kelak satu titik itu akan bertambah satu demi satu dan mewarnai keseluruhan hati itu..'

Soal hati milik siapa? Sukar sekali untuk menjawab bila disoal tentang hati..kenapa ianya sukar? Kerana bila hati sudah mati..seolah-olah seluruh jasad turut merasainya..bila hati tiada rasa lagi..pasti hilang keindahan hidup ini..

Dari kerana hati senyuman tersirna..
Dari kerana hati jiwa tersiksa..
Dari kerana hati fikiran tak menentu..
Dari kerana hati diriku begini..

Hati-hati dengan hatimu..jagalah hatimu dengan sebaiknya..jangan biarkan hatimu mudah terbuai dengan segala penyakit hati..