Bismillahirrahmanirrahim,,.
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Aku semakin hilang rentak tari bicara. Semakin ketandusan 'semangat'. Semakin bercampur-baur rasa. Kekangan masa, kekangan tenaga untuk terus stay up di malam hari, dan pelbagai 1001 alasan lagi yang ingin kuberikan.
Satu kata-kata yang memberi sedikit 'semangat', secebis barangkali,
"Kita mempunyai 1001 alasan untuk terus beralasan, namun kita punya satu sebab sahaja yang memungkinkan untuk kita tidak terus memberi alasan 'KERANA AKU MAHU BERUBAH' "
Ya! Aku mahu untuk melakukan perubahan itu. Dan seharusnya aku perlukan perubahan itu kerana yang pasti dapat membawaku ke arah kebaikan.
Aku hanya manusia biasa, yang kadang-kadang terlepas laku, tersalah bicara, terlanjur kata, namun aku sentiasa mencuba untuk tidak terus beralasan lagi. Mungkinkah? InsyaAllah.
Walau terkadang kerap aku melanggar 'tatasusila' dalam erti kata pada seseorang yang mempunyai 'taraf' bawahan, namun aku juga punya hati dan rasa yang ingin difahami. Biarlah aku mengalah walau ku pasti bahawa tiada kalahnya jika aku mengalah, bahkan aku akan berada di kalangan mereka YANG JUARA kerana mampu mengawal 'amarah' yang membukit.
Ampunkan aku Ya Allah. Hanya doa yang mampu ku titipkan kerana hanya dirinya yang mampu mengubah segalanya. Walau ku tahu semua itu tak akan pernah berlaku melainkan dengan izin-Mu, namun aku sentiasa berharap agar sinar bahagia itu akan muncul lalu terus terus menemaniku. Jauhka segala mimpi ngeri itu. Kerana aku jua manusia yang ingin dimengerti.
Aku tahu bahawa dia takkan pernah membaca coretan ini, Jika dia bisa memahami dan cuba menyelami hati seorang insan yang tandus 'pengertian' darinya, pasti dia memahami mengapa jiwa ini memberontak. Moga dia mendapat pimpinan dari-Nya untuk cuba belajar memaafkan dan me'bebas'kan dari 'dunianya' itu. Lakukan apa yang dikata dan tunjukkan teladan yang seharusnya.
Nur: Ya Allah, Kau bukakan pintu hatiku dan hatinya...Amin~
No comments:
Post a Comment