Keterangan:
1. Promosi Nasi Ayam Penyet di Ani Sup Utara
2. Teh Ais (my favorite drink)
3. Sup Kosong
4. Nasi Ayam
Nak karang cerita juga ke? Baiklah. Hari ni tiba-tiba nak makan nasi ayam. (Join korum ngan adik aku) Nak pulak adik aku yang no 6 tu dok bising nak makan kat Ani Sup Utara. Entah apa yang bestnya. Aku pun layan je la.
Istimewa ke Nasi Ayam ni? Boleh la. Untuk memenuhi keperluan bahawa makan untuk terus hidup. Okay la. Aku pun dah tak tahu nak karang apa. Sebenarnya ada cerita yang aku nak story-mory dengan kawan-kawan semua. Maklumlah sejak dilanda angin kus-kus ni, macam-macam rasa yang timbul. Kejap bolak sana, kejap balik sini. Dok bolak-balik je hati ni.
Dan asyik dok menjadi Yang Terkalah je. Ya la, mana taknya asyik gagal mengawal rasa amarah tu. Syaitan dok suka la sebab umat manusia ni dok layan rasa amarah tu. Entah diorang dok 'berpesta' apa melihat manusia yang asyik ber'perang' emosi dan rasa ni.
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Aku berlindung dari syaitan yang direjam. Ampunkan aku Ya Allah.
Hati terpujuk dengan kata-kata ' Cuba belajar untuk menerima. Lihat dari sudut yang positif.'
Benar, banyak positifnya. Tapi, bila menjadi 'yang terkalah' tu, mulalah. Habis punah segalanya. Mari! Sama-sama kita muhasabah diri dan saling nasihat-menasihati. Apapun, sayang semuanya.
Nur: 'Ya Allah, lindungi hati ini dari rasa Yang Terkalah ini.'




No comments:
Post a Comment