28 October 2009

Muhasabah Cinta


 Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

27 October 2009

KASIH + SAYANG = BENCI + DENDAM

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku begitu bencikan situasi ini. Kenapa semuanya berlaku? Apakah yang ingin Kau tunjukkan padaku? Mampukah aku memilih antara keduanya? Tidak. Kerana aku mahukan keduanya KASIH + SAYANG. Kerana tanpa KASIH tiadalah SAYANG. Tanpa SAYANG tiadalah KASIH.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku hanya mampu memandang tapi tidak memikulnya. Bukan aku tidak mahu memikulnya, tapi aku tidak mampu menampung beban perasaan yang makin memberat. Jika ku tambahkan lagi dengan rasa ini, empangan air mata ku akan mengalir deras. Ini yang aku cuba elakkan.

Janjiku untuk tidak menangis sendirian. Tapi siapakah yang ingin menemani tangisku ini? Jujurnya aku inginkan KASIH + SAYANG menemani tangisku ini. Tapi, aku menyedari sesuatu. Takkan selamanya aku berada di bawah limpahan KASIH + SAYANG. Kerana ada ketikanya BENCI + DENDAM yang menemani tangisku ini. Wajarkah aku berbuat demikian?

Aku buntu, aku keliru
Aku resah, aku gelisah


Ingin ku elakkan semua rasa yang membelenggu diri ini, namun aku tidak mampu menolaknya. Aku amat dambakan KASIH + SAYANG mengiringi tiap langkahku. Dan aku mahu usir jauh-jauh kewujudan BENCI + DENDAM . Doaku moga KASIH + SAYANG sentiasa bersatu dan tiada kurangnya tapi ada lebihnya dan BENCI + DENDAM lupus dari kamar yang menemani kegusaran diri ini.



Buntu, keliru, resah, gelisah. Aku lelah dengan semua ini. Kenapa aku yang menerimanya? Kenapa bukan mereka? Ya Allah, benar, beban yang kau datangkan ini mampu ditanggung olehku. Tapi, izinkan aku memilih untuk mengusir beban ini. Hadirkanlah kedamaian, ketenangan, jua kebahagiaan kembali dalam kamar yang mengiringi perjalanan hidup ini. Dalam mengutip sisa dan serpihan kasih-sayangMU, usirkanlah benci dendam antara KASIH + SAYANG kerana selayaknya gabungan itu tidak dipisahkan oleh BENCI + DENDAM..


Done,

Nur Qistina
9.48 malam
27 Oktober 09


~Seindah Bicara Kasih~

26 October 2009

Guling dan Mengguling


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum buat semua...

New update again. Yay! Akhirnya aku 'memaksa' jua diri untuk update cerita terbaru. Actually weekend yang lalu penuh dengan aktiviti. Dan aktiviti yang ingin aku warnakan di sini (translate from highlight) adalah peristiwa guling dan mengguling. Rata-rata aku lihat entry terbaru barisan pimpinan Steadfast yang telah digulingkan membawa tajuk utama guling. Tahniah! Kerana anda telah digulingkan atau dengan rela hati menggulingkan kerajaan yang sedia ada. Tapi aku, rela hati digulingkan dari tampuk biro RND tapi dipaksa menggulingkan tempat TOT dan sekaligus mengutip tanggungjawab itu.

Entry yang sebelum ini adalah berkaitan dengan entry sebelumnya. Aku di'gesa' supaya mengambil alih. Memetik kata-kata dari shoutbox yang ditinggalkan oleh pengunjung setia ini (I know who u're) 'Kadang2 diri kita akan sentiasa diuji.Berdoalah smoga Dia memberikan kemudahan'. Ya! Mungkin ini adalah ujian yang ditaklifkan padaku, lantas aku menerimanya dengan hati yang terbuka separuh. Dan aku akan terus berdoa agar dibuka sepenuhnya pintu hatiku ini bagi memikul beban tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan. Memetik kata-kata abah, 'Ikhlaskan hati dalam perbuatan. Jangan buat kerana terpaksa.' Benar, natijahnya bila mana ikhlas mengiringi perbuatan dan paksaan mengiringi perbuatan, ketara hasilnya yang akan diperolehi.





Memetik kata-kata dari buku La Tahzan,
Sesungguhnya jika diriku adalah seseorang,
yang saling berjauhan dengan sahabatku,
di bumi dan langit,
maka akulah orang yang akan menolongnya,
melepas bencananya, dan menyetujui ajakannya.
Bila dia mengenakan pakaian indah,
tidaklah aku akan berkata,
'Seandainya aku mendapatkan keindahan pakaiannya.'

Nur: Temanku, iringilah tiap langkahku dengan kata azimatmu.

24 October 2009

Dilema Dalam Tanggungjawab


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...


Banyak entry yang aku janjikan untuk diadakan sambungan tidak dapat dilakukan dalam jangka masa terdekat ini. Kerana apa? Kerana aku dengan sengaja menyerabutkan diri dengan situasi yang tidak perlu pun akan kehadiran aku? Benarkah begitu? Tidak. Tidak sama sekali. Aku bukanlah jenis yang suka nak 'busybody' pada sesuatu yang tiada kena-mengena dengan hidup jua matiku. Kecewa, adakah perkataan yang paling sesuai aku samakan dengan situasi aku ini? Beberapa jam lagi, aku akan hadiri siri penurunan takhta yang telah kupegang hampir seabad lamanya. Pembetulan, bukan seabad tapi hanyalah setahun, tapi bagiku amat berat beban tanggungjawab yang kutanggung ini. Apakah dia? 

Andai aku punyai pilihan, aku hanya ingin menjadi ahli senyap dan low-profile. Tapi, Allah telah taklifkan aku dengan tanggungjawab ini, yang mana Dia Mengetahui aku mampu jalankannya dengan sebaik-baiknya. Benar, jujurnya aku menolak secara diam. Dipaksa mungkin. Tapi, dek kerana kuatnya ikatan antara satu sama lain, aku teruskan jua perjuangan ini. Dalam senyuman pasti ada duka. Dalam senyuman jua pasti ada derita. Hanya aku yang tahu apa yang aku rasa sepanjang aku dalam keluarga ini. Benar, semua ini adalah pilihan aku sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak yang lain. Tersalah jalankah aku? Menyesalkah aku? Tidak. Aku tidak maksudkan sampai begitu sekali.


Saat pertama aku dikhabarkan dengan 'berita' pahit itu, maaf jika aku telus dengan kata-kata ku ini, aku menyoal dan menyoal dan terus menyoal, kenapa aku masih lagi di sini? Pernahkah mereka berada di tempatku walau sesaat? Benar, mereka berkata ' kami faham dengan semua itu, tapi kami yakin yang anda mampu'. Hanya dengan kefahaman mereka itu, adakah mampu menerbangkan semua rasa hatiku ini? Mampukah? Berat bahu yang memikul lebih terasa. 


Tolonglah faham, aku sudah cukup 'tua' untuk semua ini. Aku ingin mengutip kembali masa yang telah kuabaikan untuk diriku sendiri. Terkadang aku kesian pada orang lain hingga aku terlupa untuk kesian pada diri sendiri. Adilkah aku? Adilkah aku terhadap diriku ini? Aku tak tahu bagaimana lagi harus ku kata bagi membuatkan 'mereka' faham akan rasa hatiku. Jika empanganku pecah dan mengalir deras pernah 'mereka' tahu? Kerapkali aku tersedu dek kerana semua ini. Aku enggan menuturkan lagi kata yang aku sering ucapkan ini. 'Maaf'. Andai dengan ucapan maafku ini, mampu merubah segalanya aku takkan serik mengucapkannya. Dan aku akan sentiasa jadikan kata-kata ini kata keramat bagiku.


Ya Allah, benar aku lelah dengan semua ini. Tapi, Kau yang datangkan tanggungjawab ini padaku, tanpa aku memilihnya, tanpa aku menghendakinya, tanpa aku memintanya, kerana Kau tahu aku mampu dalam menjalankan tanggungjawab ini. Kau tidak akan bebanku hambaMu dengan sesuatu yang tak mampu dipikul mereka.


Nur: Hancur, Lebur, Lumat...T_T

21 October 2009

Like Being Hit By A Bullet



Enjoy Your Life

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Terasa lama tidak diupdate dengan entry yang baru. Rupanya baru 4 hari blog ini ditinggalkan sepi tanpa update yang terbaru. Begitu banyak yang ingin diceritakan, namun ada sahaja halangan yang mengekang daripada niat tersebut diteruskan.

Bila mana mood untuk update wujud, timbul pula kekangan dari segi masa, internet slow, dan sebagainya. Bila mana idea tak muncul, semua halangan tadi bagai hilang begitu sahaja. Itulah yang dinamakan dugaan hidup.



****

****

****

****


21 Oktober 2009. Makin hampir semester 1 2009/2010 melabuhkan tirai. Bakal meraikan tahun 4 menjengah berbaki 1 semester. InsyaAllah, saat untuk bergelar graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pastikan tiba jua. Amin~

Okay, memutar kembali masa beberapa minggu ke belakang. Saat semester kembali dibuka setelah 2 minggu bercuti (Cuti mid-semester da cuti Aidilfitri), menyaksikan pelbagai peristiwa demi peristiwa yang bakal kucoretkan dalam diari seorang pelajar. Dimulakan dengan menziarahi rumah terbuka Zaihan bersama teman-teman seangkatan dan kebetulan menyaksikan 4 orang daripada 5 orang berbaju hijau. Peace for green world. Hehe. Aku, Farra, Ada dan Dayah berbaju hijau seolah-olah berjanji. Aton yang keseorangan berbaju ungu berlagak cool di hadapan yang lain dengan memberikan alasan 'Aku tak gemar warna hijau ni'. Haha. Rileks Aton~


~Si baju hijau~


~K.A.M.I-Friends forever~

Kemudian, aku mula menyibukkan diri dengan Convocation Fiesta 2009. Menguruskan bahagian Catering Stabaz 09 bersama ahli seangkatan Farra, Khairus, Helmy dan Shafiq. Merupakan biro yang paling kewl walau adakalanya salah faham itu timbul. Tanpa kami, barangkali komiti yang lain bakal kebuluran. Ahaha. Just kidding kay?


 ~Bureau of Catering Stabaz '09'


~Bagaikan biro yang paling bahagia..Semestinya!!~

STABAZ kali ini menyaksikan pelbagai aktiviti dan program yang dilangsungkan, termasuklah Nasyid Gala anjuran Nasyid Club IIUM, konsert amal Amy Search bersama anak-anak yatim. Sungguh, aku terharu dengan budi pekerti yang ditunjukkan oleh anak-anak yatim dari Gombak ini. Daku mendoakan agar mereka berjaya dunia dan akhirat.

Sempat juga aku melarikan sebentar tugas dengan mengikuti Seminar On Woman Issues. Panel jemputan adalah Miss Ras Adiba, En Kamal Affendi dan Dr Zaleha. Hebat-hebat sungguh hujah yang mereka yang dikongsikan bersama peserta yang hadir. Sungguh berbaloi menghadiri Seminar ini, yang memberikan intipati penting bagi semua insan yang bergelar wanita. InsyaAllah, perkongsian mengenai input akan dibicarakan dalam entry yang akan datang.

~T.B.C~

Nur: Alhamdulillah akan indahnya aturan hidup ini...

**Entry bakal disambung..
***Other pictures also will be upload later..
****Coming soon~~

16 October 2009

Hati Seorang Murid- Ep 1


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca Seindah Bicara Kasih...

Setelah sekian lama tidak berbicara di sini, diari hati ini ditinggalkan sepi dek kerana kesibukan mengejar due assignment dan aktiviti pelajar yang makin bertambah (sengaja ditambah) dengan tujuan untuk lebih fokus. Hari ini, aku ingin mendedahkan sesuatu. Sebuah kisah yang tiada kaitan dengan yang hidup mahupun mati. Jika ada yang terasa cerita ini terkena mengena dengan hidup anda, maaf dipinta terlebih awal supaya tiada salah faham di kemudian hari. Terimalah sebuah pendedahan eksklusif hanya di Seindah Bicara Kasih.

****


****


****


****


****



Kring....

"Bangun,"  ketua kelas bersuara mengarah ahli kelas 6 A yang lain berdiri untuk memberi salam hormat pada guru tingkatan yang disayangi.

"Terima kasih cikgu." Lantang suara ketua kelas 6 A mengetuai ucapan terima kasih pada Cikgu Ibrahim.

"Terima kasih cikgu." Pelajar darjah 6 A mengucapkan terima kasih usai guru mereka menamatkan sesi pembelajaran hari itu.

"Yay! Dah habis sekolah untuk hari ini," Qistina bersorak riang.

"Qis, petang ni kita pergi library nak tak?" soal Amira seraya mengerling pada Hana di sebelahnya tanda memerlukan sokongan akan cadangan yang diberikan.

"Erm, susah sikit la. Lain kali la ya?" Qistina menolak lemah ajakan Amira.

Amira hanya mengangguk tanda faham akan penolakan temannya itu. Acapkali ajakannya ditolak. Seakan mengerti dengan jawapan daripada Qistina terkadang membuatkannya merasa kasihan akan Qistina. Dia mengerti akan hidup Qistina yang sukar untuk mendapat pelepasan dari kedua ibubapanya.

Pernah juga Qistina menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu akan kawalan ketat ibubapanya, namun Amira hanya mampu menasihati Qistina agar terus bersabar dan bersabar. Dia tahu dan dia yakin, Qistina mampu bertahan dengan situasi itu. Qistina yang dikenalinya seorang yang patuh pada kedua ibubapnya walau terkadang terlepas jua pemberontakan jiwanya yang baru mengorak langkah mengenali kehidupan yang penuh dengan liku dan pancaroba ini.

Qistina yang dikenalinya juga, dalam diam dan lembut peribadinya, mempunyai jiwa yang tegar dan amat susah untuk mengalah. Jika hitam yang dikatanya, maka hitamlah keputusan yang harus diambil. Jangan pernah sekali dikatakan putih. Ini kerana, kelak rajuk Qistina  yang panjang tak pernah diminta dipujuk itu, terkadang membuatkan Amira sedih. Dia tahu, jauh di sudut hati Qistina, mempunyai hati yang amat lembut bak jeli yang makin mencair.

Seringkali Amira lihat, Qistina mengelap matanya dengan hujung jarinya. Mata Qistina kerap dilihat berkaca. Jika ditegur, pantas sekali alasan habuk masuk mata yang diberikan. Amira terkadang geram dengan Qistina yang berpura-pura menunjukkan dirinya kuat dan tabah. Bila ditanya mengapa? Qistina hanya menjawab dengan senyuman. Amira tahu, Qistina bukanlah seorang yang kuat dan tabah seperti yang dilihatnya.

Pernah suatu hari, guru pendidikan seni mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar muntah dari mulut seorang guru, "Awak ingat saya simpati dengan awak? Pidato yang macam t**i kucing tu awak ingat bagus sangat? Kalau hebat tak apa, ni tahu nak menyusahkan saya je."

Merah padam muka Qistina menahan malu sambil mengekang airmata yang bertakung di kolam matanya mengalir membasahi pipi yang mulus itu.

Sambil melontarkan senyuman, Qistina bersuara, "Saya tahu saya banyak menyusahkan cikgu. Cikgu banyak beri peluang kepada saya untuk terus maju. Tapi pernahkan cikgu faham akan situasi yang saya hadapi sekarang ini? Saya tak pernah meminta semua ini berlaku pada saya dan saya tak pernah cuba meraih csimpati cikgu. Salahkah saya dalam situasi ini? Atau situasikah yang bersalah? Maaf cikgu, saya tak berniat untuk lepas bicara sebegini. Tapi, saya kecewa dengan anggapan cikgu dan simpati cikgu seolah-olah saya ini adalah pelajar yang paling teruk dan bermasalah."

Selesai mengeluarkan kata-kata itu, Qistina terus berlari menuju ke tandas. Dia malu, sedih dan sebak. Tak pernah dia pinta akan kenangan yang sebegitu rupa di akhir alam rendah persekolahannya. Tapi, andai penghinaan begitu yang harus ditanggung, dia pasrah. Seumur hidup malu itu akan ditanggung. Dengan bersaksikan 35 pasang mata, seolah-olah dia merupakan pesalah yang berada di tali gantung menanti hukuman gantung dilaksanakan, dia dihukum tanpa diberi peluang untuk menjelaskan situasi sebenar.

Tak pernah sekalipun, kisah ini luput dari kotak memorinya. Masih segar akan tayangan itu. Maafkan? Adakah semudah coklat yang mencair di mulut. Seperti iklan M&M, coklat cair di mulut? Tak semudah itu. Jika lukanya telah sembuh, parutnya masih ada. Kekal dan sentiasa kekal di situ. Kemaafan yang diberi hanyalah mampu untuk menyembuhkan luka tetapi bukan melenyapkan parut kesan luka yang ditinggalkan.

Maafkan Qistina cikgu. Kerana pengajaran yang cikgu tinggalkan suatu masa dahulu, hingga kini saya berada di tahap sekarang. Kelak, jika saya berhadapan dengan anak cikgu mungkin, dan kisah yang sama berlaku, maafkan saya cikgu. Saya tak berniat untuk membalas perlakuan cikgu itu, tapi semuanya berlaku kerana pilihan tidak pernah diberikan pada saya. Yang ada pada saya hanyalah jalan yang ditunjuki. Bukan pilihan untuk jalan yang boleh diikuti.

~T.B.C~

09 October 2009

Kerjayaku


Bismilllahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kawan-kawan..

Entry kali ni aku nak cerita sikit tentang kerjaya aku sebagai seorang pelajar sepenuh masa. Aku dah bekerja kay. Iaitu sebagai seorang pelajar sepenuh masa, di mana elaun bulanan ditanggung sepenuhnya oleh pa & ma. Untung bukan kerja yang aku buat sekarang ni? Kerja tak la susah sangat, just attend class, buat assignment, jawab kuiz and exam. Semuanya sepenuh masa. Bukannya ada gangguan lain pun. Terkadang terfikir, betapa bertuahnya aku bila mana kerjaya aku ini mudah sekali jika dibandingkan dengan orang yang makan gaji. Tapi kenapa aku tak dapat perform dengan baik dan terbaik sekali?

Teringat kata-kata mama, kamu bukannya nak sibuk fikir cari duit ke apa, jaga anak ke, dll. ( My mom graduated in Diploma Pentadbiran Awam and Bachelor in TESL ) . Beliau baru sahaja (hampir 2 tahun) bekerja sebagai seorang guru Bahasa Inggeris. Di sini membuktikan bahawa usia dan status tidak menghalang seseorang itu mengejar cita-cita mereka. Ya! Benar akan kata-kata mama. Aku bukannya sibuk nak jaga anak atau bancuh susu anak malam-malam, kerja sampai tak menang tangan untuk perbelanjaan harian, dll. Semuanya dah tersedia dengan lengkap dan sempurna. Seharusnya aku boleh lakukan semuanya dengan baik sekali. Lihat contoh yang paling dekat, iaitu mama, berjaya meraih segulung ijazah walau di usia pertengahan 40-an. Sedangkan aku? Masih di awal 20-an dah merungut macam-macam. Hmm.. Fikirkan kembali dan muhasabah diri ini.

Itu lah sedikit sebanyak tentang kerjayaku. Di mana saat ini aku sedang bertungkus-lumus menyiapkan semua tugasan yang diberi dengan terbaik. Ayuh! Kawan-kawan, kita gandakan usaha kita dan tingkatkan prestasi serta kurangkan kontroversi dalam meraih kejayaan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar dan bergelar graduan yang mampu berbakti pada agama, bangsa dan negara.

Assignment Due:

ECON 3430        (8 OCTOBER & 27 OCTOBER 2009)

ECON 2210        (16 OCTOBER 2009)
LE 4000            (19 OCTOBER 2009)
LAW 3112         (T.B.D)


Quizzes:

ACC 3515        8 October 2009

ECON 3430     13 October 2009

 Nur: Serabut, penat dan perlukan rehat yang secukupnya.~

*YA ALLAH, permudahkanlah urusanku ini~

**Berusaha, berusaha, dan terus berusaha.
***Strive 4 The Mission!!


07 October 2009

Oh Happy Day! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua..

Apa khabar kalian pada hari ini? Moga sihat hendak-Nya di samping insan tersayang. Cewah! Ahha! Apa yang seronok sangat hari ni tuh? Well as usual my class for today start at 2 pm. Orang lain dah habis kelas, aku baru terhegeh-hegeh nak gi class. Nak buat macam mana, dah nasib badan.

During lunch hour tadi, seseorang belanja makan. Thanks to Along for your treat today. Yang tak tahannya, muqadimah nak pergi makan. ' Sebenarnya, ada hajat hari ni,' kata Along. 'Amenda?' soalku. 'Hari ni nak belanja Najat makan.' Terkesima aku dengan ajakan yang penuh dengan sopan-santun itu. Ahha! Ups kelihatan Along sudah tersipu-sipu. Jangan marah ye Along, Najat tulis kat sini.

Benar kata orang, andai kebaikan yang dilakukan oleh sahabatmu itu, coretlah di atas batu, kerana sukar untuk dipadamkan, jika keburukan yang dilakukan, coretlah di atas pantai, kelak datangnya ombak, membawa pergi akan keburukan itu. Ya! Di sini pentingnya toleransi dalam persahabatan.Betul ke ek ayat yang aku susun tu?Betul la kan? Janji maksud sampai kan?

Congrats to Along coz dah tamat degree in Bachelor of Economics. Jeles i ngan u. But well, my journey and your journey was not same. Pray for both of us so that we can achieve our target in this life and hereafter. InsyaAllah. So that guys, LETS STRIVE FOR OUR MISSION!! Yay!!

And today, class EAP habis dengan sungguh awalnya hingga membuatkan aku tidak percaya. Ahha! Bukan tak percaya, tapi percaya. Layankan aje la ayatku ini. Class start at 2 pm but in reality start 2.10 pm finish at 2.20 pm. Oh! I like u Sir Khan. Well my lecturer ni ada kaitan ngan adik-beradik Khan tau. Jangan memain. Sebut pasal my Sir Khan ni, teringat akan perkongsian Sir dalam class. InsyaAllah aku akan kongsi dengan anda apa yang diceritakan olehnya yang boleh jadikan pedoman hidup kita. InsyaAllah.

Nur: Asyik3..In a very GOOd mooD toDaY~

06 October 2009

Hanya Kau Di Hatiku

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua pembaca...

Rindu aku akan satu masa dahulu. Tatkala diri hidup dalam ketenangan dan kebahagiaan yang nyata. Di mana tika insan lain tertawa, aku jua merasai akan manisnya tawa itu dan tika insan lain berduka, aku juga merasai pahitnya duka itu. Hidup jika berkongsi rasa indah bukan? Jika semua rasa bahagia, suka, gembira dapat dipindahkan insan pertama yang bakal aku pindahkan semua rasa itu adalah kekasih jua ratu hatiku. Maaf, andai diri ini sukar untuk memahami dirimu.

Sesungguhnya, ingin sekali diri ini mengurangkan beban rasa yang kau alami dan tanggung, Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Ya! Perumpamaan yang begitu jelas. Jika aku berada di tempatmu, entah apa yang akan ku lakukan untuk menenangkan rasa hati yang terluka jua ku tak tahu. Tapi, pintaku usahlah jadikan apa yang telah berlaku dari sudut yang negatif. Sukar untukku berkata akan patah yang seterusnya. Jika saat coretan ini penuh dengan emosi, tentunya mudah untuk ku sampaikan.

Satu yang ingin ku sampaikan, usah pernah kau sangsi akan sayangku padamu, kerana demi sesungguhnya, tak akan ada insan yang pernah dapat menggantikan tempatmu walau ku selam lautan api, walau ku daki gunung yang tinggi, walau ku jejaki jalan berliku. Tempatmu di hatiku, di tempat yang tertinggi kerana denganmu aku kenal hidup ini, denganmu aku lalui jalan yang berliku ini, denganmu aku terus berdiri dan memperjuangkan hidupku ini.


Nur: Usah di duga hati ini yang kerap berduka. Tapi, ceriakan hati ini dengan senyuman dari wajahmu.

Why?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Ahha!!Kenapa agaknya dua-tiga menjak ni entry semuanya dalam mood sedih dan layan perasaan. Yang pasti aku tak punyai jawapan tentang itu. Betul ke? Mungkin ya dan mungkin tidak. Lately, banyak yang berlaku secara mendadak, sampaikan minda aku tak mampu nak serap semuanya. Dalam masa yang sama juga dek kerana keletihan fizikal turut mengheret  mental ke lembah yang sama.

Apapun, benar jika saat menulis mood berada dalam keadaan baik tentunya perkongsian dan bahasa yang digunakan mudah difahami. Jika tidak.. Hah! Baca la macam mana pun, mesti ada yang berkata, bahasa apa yang digunakan ni. Satu patah pun tak faham. Ooh.. Cool..Cool.. Tak perlu pun untuk difahami. Aku tak minta pun untuk difahamkan semua yang ditulis. Cukup sekadar aku punyai jalan untuk melepaskan beban yang merantai jiwa dan raga. Membelenggu diri dalam penjara kehidupan. Aku ingin bebas melalui tirai kehidupan dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Salahkah jika hanya itu yang ku pinta? Usah fahamkan aku jika kau tidak faham dirimu. Understand!!

Mungkin ada suara-suara sumbang yang mengatakan, semua nak tulis, semua nak bagitahu, semua nak hebahkan. Ooh. Berhenti sekejap. Hidup punyai pilihan bukan? Jika tak suka akan sesuatu kenapa masih melaluinya? Mudah bukan formula yang digunakan? Jika suka teruskan jika tidak tinggalkan. Sila lihat dari sudut yang positif dan cuba untuk faham apa yang disampaikan. Hah! Tadi kata tak minta untuk difahami, sekarang lain pulak. Apa masalahnya. Ooh. Jangan pening-pening fikirkan ya. Coretan ini hanyalah sekadar tatapan si penulis yang mahu mengingati akan apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Jika ada yang terasa, mahupun terpukul dengan kata-kata penulis, jari disusun memohon kemaafan kerana tiada niat untuk menghubung-kaitkan dengan sesiapa pun. Mengerti!!

Nur : Macam-macam yang dibebel. Entah apa agaknya yang bersarang di fikiran. Hmm..



02 October 2009

Nothing

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua..

x: dear, promise don't cry alone n secretly..just take care urself..
y: can i? i wish dat i won't cry..but really can't..
x: i believe in u dear..promise me?
y: pray 4 me so that i can..
x: dat's is all wat i've done 4 long time..
y: tq..i luv u with all heart dat i've..
x: InsyaAllah..all of us love u too dear..
y: crying..T_T n smile ..^_^

01 October 2009

No & With

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama kali No Name hadir dalam pertemuan itu, hati No Name terus terpaut pada With Name. Tak tahu kenapa, tapi No Name perhatikan ada sesuatu dari raut wajah With Name bagai tersimpan kemas sebuah memori yang ingin disembunyikan. Ingin sekali No Name  menyapa With Name lantas menerokai rahsia di balik wajah tenang itu, tapi No Name cepat-cepat mematikan niat itu menyedari akan kekurangan diri. Yang pastinya kehadiran No Name tak pernah disedari oleh With Name.

"Sukar memahami hati insan bila hati sendiri tidak difahami."

.::.


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Syawal menjengah menggantikan Ramadhan yang berlalu pergi. Sepeninggalan Ramadhan buat sementara memberi peluang pada Syawal meraikan bersama hari gembira buat umat Islam tentunya. Sedih dan sebak hati Ramadhan untuk meninggalkan kita semua, namun harus akur akan ketetapan yang tak dapat disangkal bahawa masa berlalu pergi tanpa ada sebarang saat yang terhenti. Ramadhan akur, dan tentunya mengerti tugasnya mendidik jiwa umat Islam habis sepenggal. Dan akan kembali dengan azam yang membara. Tugas berikutnya akan diserah pada Syawal, Zulkaedah jua Zulhijjah.

Nur : Buntu. Bingung. Serabut.
**Perginya Ramadhan memadamkan memori, hadirnya Syawal mencipta memori.