31 August 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedang saya melayari laman sesawang Facebook tadi, terbaca satu notes tentang 10 Sifat Calon Suami Yang Baik. Rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua. Bagi kawan-kawan yang seangkatan dengan saya, jom kita baca sama-sama ciri seorang imam yang boleh memimpin kita untuk membentuk keluarga yang diredhai Allah. [Ehem! doa-doa moga kita dapat suami yang seperti ini. InsyaAllah]

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
** Kenapa lihat time bersukan? Sebab biasanya seorang lelaki suka pakai seluar pendek. Bila ditanya kenapa, mudah untuk bergerak katanya. Tapi auratnya? Hmm..

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
** Kata-kata yang diucapkan mampu menusuk hati si pendengarnya. Bagai ada aura bila dia bercakap yang membuatkan untuk kita terus mendengarnya. Kata lainnya, hujah yang disampaikan memang bernas.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
** Berkunjung ke tempat yang sememangnya sedia maklum akan suasana hingar-bingar, hiruk-pikuk. Indahnya kalau masjid yang menjadi rutin tempat persinggahannya tiap kali tiba waktu solat. Dan majlis-majlis ilmu yang menjadi rutin mingguannya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
** Bila diberikan kuasa, dia merendah diri bukannya besar diri.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
** Kalau dia boros, macam mana dengan isterinya nanti? Sedia maklum sifat perempuan itu sendiri suka berbelanja pada hal-hal yang tak berapa nak penting.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
** Aip. Aip. Jangan pandang perempuan lain time bercakap-cakap. Fokus! =p

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
** Betul-betul. Hormat akan batas-batas yang perlu dijaga.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
** Kalau baik kawannya, maka sedikit sebanyak terkena la tempiasnya. Teringat kata-kata abah, kalau kawan dengan kawan-kawan yang suka tengok bola, 3-4 pagi pun sanggup nak pergi tengok bola. Hmm..

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
** Family man or friend man?

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
 ** Ni memang best. Tengok wajahnya tenang je. Kita pun turut merasai ketenangan itu. Aip. Aip. Tengok sekejap je. Jangan lama-lama. Hee..

Sources: http://wanwma.com/motivasi/kempen-aurat-saya-maruah-saya/

Nur: Siapa ada semua ciri-ciri kat atas, sila angkat tangan.Hehe..=p

30 August 2010

Lucky Draw : Who's The Lucky One

Assalamualaikum kawan-kawan,

Sape nak hadiah angkat tangan. Eheh!
Kak Nurul  kita ni baik hati nak bagi hadiah kat kawan-kawan semua.
Hadiahnya sangat kiut-miut macam tuannya [ehehe.ayat bodek.=P]

Hah! Nak tahu lebih lanjut tentang Lucky Draw ni, boleh klik banner kat bawah ni.
Super Dooper Kawaii Mommy & Lil' Ones



10 orang bertuah akan mendapat hadiah chumel ini.




Beg mesra alam serba guna tajaan Sayang Baby Ibu

Boleh wat beg shopping, wet bag cloth diaper atau baju kotor anak2, dan macam2 lagi.
 
***Tapi bagi yang macam saya yang bujang lagi ni, boleh bawak untuk gie shopping especially hari Sabtu coz takde plastik kan hari tu. Hehe. Rajin ke saya shopping? Ngee~


Mau Kah??
So what are you waiting for?
Jom terjah sekarang!

DUE DATE: 31 OGOS 2010 (esok tau!)
Saya nak tag semua kawan-kawan yang singgah sini. Jom join. ^^,

Nur: Thanks Momento Akma Faizal coz tag saya. ^^,

28 August 2010

Simptom Exam

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..


*Cuba kawan-kawan tenung gambar kat atas ni lama-lama. Apa yang korang rasa?*

Hari ni aku nak cerita tentang simptom exam yang aku sedang hadapi. Aku ada dua exam dalam minggu ni. Alhamdulillah, satu exam dah pun selesai. Aku tak tahu kenapa aku ada simptom macam ni bila exam kali ni. Simptom yang sangat kritikal aku kira. Simptom mim alif lam sin. Setiap kali aku buka buku nak baca a.k.a study je, mesti tahan dalam masa 15 minit je fokus aku. Lebih dari tu aku akan mula melilau-lilau cari tempat nak 'buang masa'. 

Alhamdulillah tadi aku dah selesai satu exam. Tu pun jenuh aku paksa diri aku untuk buka buku dalam seminggu ni dan tegak sampai habis study. Boleh kawan-kawan bagi tahu cara nak hilangkan simptom ni? Tolong. Tolong. Next week aku ada exam lagi. Kalau simptom ni berterusan aku rasa makin parah jadinya. 

Nur: Salam Nuzul Qur'an untuk semua.

**Doakan aku dipermudahkan segala urusan dalam menjawab exam esok.

26 August 2010

Big Grin ^______ ^

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembacaku yang budiman...

Aigoo.. Berbudi bahasa pula aku kali ni. [Aip! Selama ni aku berbudi bahasa tau. Ngee~] Tiba-tiba aku nak nyanyi lagu 'Oh Happy, Happy Day!' Yabedabedu. Time aku tulis entry ni, aku dok sengih dengan selebar-lebarnya. Dah sampai ke telinga dah tau! Mesti nak tahu kenapa? 

Ingat lagi tak Giveaway yang aku join dulu? Yang ada gambar apron kuning yang comel tu? Ala, yang aku cakap bila aku menang aku nak rajin masak. Ish! Korang ni, lupa la tu. Hah! Pie tengok kat SINI. Diumumkan, AKU terpilih sebagai pemenang! Waa, terharu sungguh. Aku tak sangka aku menang. 

Aku ingat lagi time aku nak comment entry ni, nak letak link aku buat entry pasal apron ni, punya la susah. Lepas tu aku dok bebel pasal tak boleh komen kat SINI. Lepas tu lagi aku  cerita lagi kat kawan-kawan kenapa aku 'Rajin' comment entry semua kat SINI


Tapi, hari ni aku tak nak bebel apa-apa dah. Aku nak senyum selama 24 jam sebab aku terpilih sebagai penerima apron yang comel tu. Owh! I loike~ 

Time aku baca entry Kelly's Life, aku gosok mata banyak kali. Sebab aku terpilih. Yay! Jom kita masak untuk berbuka time cuti 2 minggu nanti. 


**Klik gambar untuk lebih jelas...


To Kak Elly,
Thank you so much! ^^,

Nur: Oh Happy, Happy Day!

Aku Takde Keja 2


Aku takde keja lagi
Abes aku godam layout blog ni
Sudahnya aku 'menyesal' tak sudah
Jadi aku biar je macam ni

Bila aku takde keja lagi
Aku tukar lagi langsir aku ni
Sampai aku ada keja

Waaaaaaaaaaaaaaa
Aku tengah pening dan serabut sebenarnya
Aku ada dua exam minggu ni
Aku berlagak konon aku takde keja
Walhal aku MEMANG PATUT ADA KEJA

Korang faham ke aku bebel apa?
Jangan korang jadi macam aku
Sibuk cakap takde keja
 Padahal aku saja pura-pura je




v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



@,@    -_-   > _<




Nur: Argh! SERABUT & SERABAI

Tidurlah Sayang

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Hari ni aku nak kongsikan dengan kawan-kawan tentang satu article yang menarik. Apakah? Mari sama-sama baca article di bawah tanpa skip-skip. Pendek je. Tapi sangat bermakna tau. Untuk diri kawan-kawan, kebahagiaan kawan-kawan, dan demi kesihatan kawan-kawan yang berpanjangan. Ayuh! Sama-sama kita baca untuk tambah ilmu dan cuba amalkan. Tak rugi pun tau!

Is there a best time to sleep?
 
There is a saying that sleeping early and waking up early is good for your health. How true is that? Is it alright to sleep late and wake up late?

You actually have an amazing biological clock ticking inside your body. It is very precise. It helps to regulate your various body functions including your sleeping time.

From 11pm to 3am, most of your blood circulation concentrates in your liver. Your liver gets larger when filled with more blood. This is an important time when your body undergoes detoxification process. Your liver neutralizes and breaks down body toxins accumulated throughout the day.

However if you don't sleep at this time, your liver cannot carry out this detoxification process smoothly.

If you sleep at 11pm, you have full 4 hours to detoxify your body.

If you sleep at 12am, you have 3 hours.

If you sleep at 1am, you have 2 hours.

And if you sleep at 2am, you only have 1 hour to detoxify.

What if you sleep after 3am?

Unfortunately, you won't have any time to actually detoxify your body. If you continue with this sleeping pattern, these toxins will accumulate in your body over time. You know what happens next.

What if you sleep late and wake up late?

Have you tried going to bed very late at night? Did you realize you feel very tired the next day no matter how much you sleep?

Sleeping late and waking up late is indeed very bad for your health. Besides not having enough time to detoxify your body, you will miss out other important body functions too.

From 3am to 5am, most blood circulation concentrates in your lung. What should you do at this moment? Well, you should exercise and breathe in fresh air. Take in good energy into your body, preferably in a garden. At this time, the air is very fresh with lots of beneficial negative ions.

From 5am to 7am, most blood circulation concentrates in your large intestine. What should you do at this moment? You should poop! Pass out all unwanted poop from your large intestine. Prepare your body to absorb more nutrients throughout the day.

From 7am to 9am, most blood circulation concentrates in your stomach. What should you do at this moment? Have your breakfast! This is your most important meal in a day. Make sure you have all the required nutrients from your breakfast. Not having breakfast causes lots of health problems for you in the future.

Nur: Kena ubah semula waktu tidur. Teringat dulu zaman kecik-kecik kanak2 ribena a.k.a kecil2 cili padi dulu selalu kena hambat dengan abah untuk tidur awal. Awal tu jam berapa? 9.00-10.00 malam. Habislah movie-movie time malam hari tu~ @,@

**Kalau malam2 tu dok sibuk baca buku or baca Qur'an takpe gak kan? Ish3. Pe nak jadi ni?

23 August 2010

Riang Ria Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke-13 kita berpuasa. Begitu cepat masa berlalu tanpa kita sedari. Ramadhan telahpun masuk ke fasa yang ke-2. Moga fasa yang pertama yang berlalu itu telah kita manfaatkan sebaiknya. 

Sabtu dan Ahad yang lepas aku telah ber'kampung' di rumah selama 2 hari 2 malam. Hoyyeah! 2 hari ini juga time berbuka puasa akhirnya dapur kami berasap juga. (Ahaha. Mesti tertanya kenapa before ni tak berasap kan?) Hah! Meh sini aku cerita. Kalau kami sibuk nak berasapkan dapur kami juga, pak cik mak cik kat bazar yang jual ayam golek, ayam percik, ayam berempah, ayam goreng (eh?! Nape semua ayam kan? hehe) sape yang nak beli? Betul tak? Kalau ada penjual, mestilah ada pembeli bukan? Bertuahnya aku fikir macam tu kan? Aku lah antara pembeli yang paling supportive sekali. Cewwah!

Setelah kami (adik-beradik) bermesyuarat, kami sepakat untuk berasapkan dapur kami pada hari Sabtu. Akhirnya pasaraya Tesco a.k.a Stecko (sebutan adik Syamim zaman dolu-dolu) dituju. Adik aku yang no 3 ni sibuk dok cari udang. Malang sekali udang sold OUT! Rakyat Malaysia ni memang suka makan udang eh? Akhirnya, ikan merah dan ikan bawal hitam jadi pilihan kalbu. Oh! Ni satu lagi perkara yang menggugat ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Untuk menunggu ikan disiang, sangat panjang beratur kay! Bukan takat orang je yang beratur, ikan-ikan pun turut beratur amek turn nak kena siang.

Hah! Aku tau korang nak cakap apa. Nape tak siang ikan kat rumah je. Alaa..Korang tu macam pandai siang ikan. Haha. Ops. Jangan emo kay! Actually, ikan tu besar, dan kat umah aku takde pisau yang panjang selalu orang guna time raya korban nak siang daging tu (Alasan je ni. Padahal malas. Cakap je la. Haha). Lagi satu, taknak la bagi pekerja yang memang tugasnya siang ikan tu takdak keja. Kang makan gaji buta je. Jadi, apa salahnya aku gunakan servis yang ada bukan? Hah! Puas hati aku dah terangkan ni? Tak puas hati pie men jauh-jauh. Heee...

So, siaplah sesi berasapkan dapur. Hasilnya menu pada hari itu adalah:
1. Ikan merah masak pedas
2. Ikan bawal masam manis
3. Cendawan goreng
4. Air blackcurrant
5. Air bandung

Petang tu, family aku invite family mak lang n pak lang aku yang rumah selang tiga buah je berbuka bersama-sama kami. Mak lang aku pun bawak menu tambahan:
1. Ayam masak kicap
2. Bayam + Udang

Hah! Gambar takde. Akunya hp takdak kat tangan time tu. Sibuk masak. Hehe.

Lupa pulak, dan kami ada menu tambahan special created by my abah: FRUIT SALAD. Ada 5 jenis buah yang digunakan. 
1. Epal hijau
2. Epal merah
3. Mangga
4. Belimbing
5. Mangga muda depan umah
Extra: Asam prune.

Hah! Amacam? Meriah tak? Alhamdulillah, seronok berbuka beramai-ramai petang tu.

Hari Ahad pada mulanya nak support pak cik mak cik bazar. Entah tiba-tiba plan berubah. Usai solat Zohor di Masjid SSAAS Shah Alam, kami menuju ke MYDIN Subang Jaya. Wah! Ramainya olang. Ada apa ni? Polis pun manyak ramai. Rupa-rupanya ada kempen Balik Kampung Dengan Selamat. Hoho. Tips nya? Nanti aku update kalau rajin eh?! Hee..

Dipendekkan cerita, menu pada hari Ahad:
1. Cendawan goreng tepung
2. Ikan merah + ikan tenggiri goreng
3. Udang goreng tepung
4. Sotong masak kicap
5. Air bandung
6. Air soycau (soya+cincau)

Nur: Alhamdulillah....

Hati Terusik

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah. Hati ini terusik lagi. Jauhkan aku dari segala rasa keluh-kesah ini. Moga suatu hari nanti ketenangan itu bakal menjadi milikku. Sering aku menafi. Sering aku menidakkan. Namun, jauh di sudut hati aku memerlukannya. Moga tiada lagi yang menekan. Aku yakin akan janjiMu. Sesekali aku takkan pernah berhenti berharap. Moga ianya akan berakhir dalam sebuah kemanisan yang berpanjangan. Wahai diri. Tabahlah!

Nur: Hate this feeling!!

20 August 2010

Aku Takde Keja

Aku takde keja.
Aku pie tukar langsir blog aku.
Sudahnya aku yang pening tengok.
Biarlah pening kejap.

*Aku rasa best langsir lama lagi kan?*


Aku takde keja tapi malas.
Biarlah dulu langsir baru ni hilang bau kedai.
Mintak-mintak takde yang pening tengok.
Sebab aku sendiri dah pening.

Aku takde keja? 
Betul ke aku takde keje ni?
Mungkin kot agaknya.
Tu sebab aku tengah cicah biskut ngan air milo.
Maknanya aku takde keja la eh?



Nur: Gara-gara kuiz tadi aku memang takde keja.

19 August 2010

OSK Investment Challenge

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Alhamdulillah, tadi baru je habis sesi dengan OSKIC Staff yang menerangkan tentang how the game is all about. Speaker tadi sangat kelakar and comel tu. Ups! Bulan puasa kena jaga pandangan. Kurang pahala puasa nanti. Aigoo. 

After dengar penerangan daripada staff OSKIC, sedikit sebanyak dah dapat gambaran tentang game ni dengan lebih jelas. Kalau tak selama ni aku main hentam je jual beli stock. Okay! Esok hari Jumaat, kaunter akan ditutp pada jam 5.00 petang. Bersedia untuk lihat mana-mana stock yang ingin dibeli dan dijual. Owh! This game is gonna kill me. Seriously I'm addicted to watch the stock goes up and down. 

Setakat ni, Alhamdulillah, my game portfolio still atas RM 100k. Ada among my frens dah make loss dengan banyaknya. My ranking pun still below 500. Awesome! But somehow aku tertanya macam mana 'she' boleh buat profit about 38% in just 4 days! Tips 'she' apa agaknya? Apapun. Main point join game ni untuk dapatkan 5 marks for my Investment Analysis course. RM 3k profit is killing me! Sob. Sob.

Kat bawah ni, gambar cenderahati yang diberikan oleh OSKIC kepada aku dan rakan. Oh! I'm lovin' it! Tak dapat netbook minggu ni pun tak apa coz dah dapat sarungnya. Oh! Just a laptop bag. Huhu. And what more inside the paper bag? Enjoy this picture. ^^,



Amacam? Best tak? Hehe. Jangan jeles tau! [Sorry la quality gambar tu tak sharp. Maklumlah, hp zaman Pak Kadok je. =p)

Nur: Doakan saya, malam ni ada quiz 1 Compensation Management. *Seram*

18 August 2010

Air Mata Duka


Bismillahirrahmanirrahim..

 Saya tidak OKAY! JIWA + RAGA.

Celaru

Serabut

Sedih

Buntu

Keliru


Resah


Gelisah

Tambah lagi dengan keadaan diri kejap sejuk kejap panas. Cuaca tak menentu di luar. Begitu juga dengan cuaca diri saya.



Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).



Nur: Ya Allah, jiwa ini keluh-kesah. Lorongkan aku agar menemui ketenangan itu.

Gerimis Mengundang


Bismillahirrahmanirrahim..

Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh...
Dalam tak sedar ku menangis

Nur: Nostalgia 1999-2009 [10 years] *sigh* 

Kenapa Saya 'Rajin' Komen Entry Anda

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua..

Satu perkara yang aku sangat 'rajin' nak buat adalah komen entry kawan-kawan blogger aku. Antara sebab-sebab yang buat aku bertambah 'rajin':-

1. Bila aku tekan button komen lepas aku dah komen berjela-jela panjangnya ala-ala karang surat cinta gitu, tiba-tiba komen tuh hilang. 

2. Bila mana aku kena masukkan verification code.

3. Bila mana aku dah 'rajin' la senang cite.

Aku akan jadi terlebih rajin  [Ini rajin yang betul-betul. Tak tipu punya.] untuk mengomen bila mana entry tu sangat-sangat menyentuh hati aku. Cewwah! Ada hati ke aku ni? Haruslah ada kan?

Oh! Ya. Off topic. Bercerita tentang hati ni, ada dua fungsi hati:-

Hati yang pertama
Adalah organ tubuh badan

Hati yang kedua
Adalah organ emosi

Kesimpulan 
Islam memberi keutamaan kepada kesihatan kedua-dua hati ini. tapi yang dinilai oleh Allah adalah hati yang kedua itu. Nak tahu kenapa? Kerana di situlah terletaknya keikhlasan yang menjadi syarat asa segala amal ibadat diterima Allah.

Tiba-tiba aku teringat satu lagu: 
'Pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih' [Nostalgia 2009]

Nur: Terima kasih sebab komen. ^^,

OSK Investment Challenge

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Bagaimana keadaan hari ini? Semoga sihat sejahtera sentiasa. Back to the story, hari ni aku nak cerita tentang OSK Investment Challenge. Di mana game ini banyak membantu bagi sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang Investment. 

Bagaimana aku tahu tentang game ini? Mulanya berdasarkan iklan yang ada pada Nuffnang. Tapi, disebabkan kurang jelas tentang apa game ini aku abaikan hinggalah lecturer subjek Investment Analysis menyebut tentangnya. Dan ini adalah aasignment bagi kami. [Habislah! Dah la tak tahu apa-apa tentang ni. Sob. Sob] Katanya lagi, tak ada apa yang akan anda rugi. Hanya dengan virtual money sebanyak RM 100000, kita dikehendaki melakukan aktiviti jual beli stock dan cuba dapatkan untung sebanyak yang mungkin. Menarik bukan?


Kat atas tu contoh gambar yang dicapture. Jom! Sama-sama sertai. Anda takkan rugi apa-apa. Jika menang, RM 25000 menjadi milik anda. Bukan itu sahaja, sepanjang 33 hari pertandingan ini dibuka, jika anda aktif log in [hanya log in] anda akan mendapat certificate dari pihak OSKIC. Untuk lebih lanjut, layari OSK Investment Challenge.

Nur: Kena capai RM 3000 profit untuk dapatkan 5 marks project assignment. Gigih!

17 August 2010

Oh Happy Day! ^_~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Kini aku kembali...Cewwah!

Dengan mood yang lebih ceria dan happy. Happykah? Ngee~

3 Hari yang lepas aku pulang ke rumahku yang tercinta. Dapatlah aku berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga tersayang. Fewwit! Hehe. [overexcited] Di rumah tak perlu untuk aku fikirkan tentang juadah berbuka puasa. Tak seperti 2 hari pertama aku berpuasa di kampus. Owh! Sangat pusing fikir nak buka apa. Masalahkah? Yes! Masalah BESAR!

Malam harinya, usai berbuka puasa dan solat Maghrib, bersiap-siap ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah [Masjid Negeri]. Waktu keluar dari rumah, hampir masuk waktu Isya'. Oh! Parking. Parking. Sangat susah nak cari parking okay. [Ceh! Gaya macam aku yang jadi drebar. Hehe.]

Imam terawih pada malam itu, menurut sumber-sumber yang aku perolehi, katanya Imam Masjid Madinah. Oh! Sangatlah masyuk bacaannya. Cumanya, hampir semput nafas kerana pantas sekali. [Harus bersenam setiap hari menguatkan stamina. Ayuh!]

Lama aku tak cerita tentang adik Syamim. Dia sudah besar dan makin 'nakal'. Aigoo. Makin besar makin panjang akalnya. Mestilahkan? Hehe.

On the wat pergi ke bazar Ramadhan sibuk tanya kami semua.

Syamim: Hah! Siapa tahu nama kawan Amin 6 Tahun.

Kami: Amar Mukhlis, Danial, bla.bla.bla.

Belum sempat habis nama kawan-kawannya yang kami sebut Syamim dah bersuara dulu.


Syamim:  Amar Mukhlis, Danial, Rais, [lain-lain aku tak ingat dah. hehe.]


Hari Ahad sebelum pulang ke Garden Knowledge and Virtue, adik aku ajak pergi ronda-ronda di PKNS. Usai solat Zohor, kami menuju ke destinasi yang dituju. [macam jauh je lagaknya dari rumah. Hehe.] Hampir 3 kali tawaf di sana. At first nak beli a.k.a shopping sepasang baju kurung pahang yang cantik menarik lagi da bomb! Tapi, nasib baiknya bila aku cuba test try, oh! Sangatlah tidak menarik jadinya. CANCEL!

At last aku shopping juga sehelai jubah. Pening juga asalnya nak pilih warna jubah tersebut. Hasil dari pandangan nasihat orang yang hebat dan mantap lagaknya, 'adik aku la. sape lagi.' Muktamad! Akhirnya, aku beli warna HITAM! Senang. Untuk emergency kalau-kalau bangun lambat gie kelas. Ups! Kantoi di sini. [Rejected. Kurang satu kriteria untuk jadi isteri mithali =p].

Nur: Jangan tinggal terawih yach!

Selamat Ulangtahun Kelahiran Abang

Bismillahirrahmanirrahim...


Selamat ulangtahun kelahiran buat the 'only' abang Muhammad Najibulmuti'e. Semoga dengan pertambahan usia ini menambahkan lagi rasa ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Semoga dimurahkan rezeki, dimudahkan segala urusan dan bahagia bersama yang tersayang.

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan Abang

Allah selamatkan kamu

                                                                                                                    

'A birthday represents an anniversary of the day you were born,
a date that is celebrated by most people.
To other people it is a date that they would rather forget,
but you are  only as old as you feel!'
~Kak Awin a.k.a your Love one. ^^,

Nota: Bila nak dapat anak saudara? Ngee~ =p

13 August 2010

Hujung Minggu Nan Indah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua...

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. Hari ini merupakan hari Jumaat pertama dalam bulan puasa ini. Uniknya bulan puasa kali ini, kita akan berjumpa dengan 4 kali Jumaat. (Tahun sebelumnya tak tahu pulak. Tak sempat nak kira. Hehe.) Dan insyaAllah raya puasa juga akan jatuh pada hari Jumaat. (eh! baru 3 hari puasa dah bicara tentang raya? hehe. semangat nampak!) Dalam kesibukan melayari bahtera bulan Ramadhan ini, jangan dilupakan tentang amalan-amalan sunat yang digalakkan untuk dilakukan. Ayuh! Gandakan amalan kita bersama-sama. (Solat sunat terawih, bersedekah, membaca Al-Quran, qiamullail, dan sebagainya.)


Di kesempatan ini, aku tinggalkan teman-teman berhujung minggu dengan merenungkan akan kelebihan bulan Ramadhan ini sambil menggandakan usaha merebut kemanisan dalam beramal. InsyaAllah.

Keistimewaan Bulan Ramadhan:

1) Bulan diturunkan Al-Quran

2) Bulan diwajibkan berpuasa

3) Bulan kehidupan 

4) Bulan bersimpati

5) Bulan bertambahnya rezeki orang mu'min

6) Bulan pengampunan

7) Bulan rahmat

Istimewanya bulan Ramadhan ini diibaratkan seperti 1001 bulan.

Nur: Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih makna.....Amin~

Kenapa Komen Dihalang? Akukah Yang Bersalah?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua..

Hari ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua satu ceritera kisah penglipurlara yang membuatkan hati saya berdukacita. Hampir saja saya merekacipta falsafah baru tentang kenapa komen dihalang. Dari 11 Ogos 2010 saya berusaha keras untuk meletakkan komen pada 3 entry di bawah (di blog masing-masing). Ini kerana saya terjatuh hati lalu jatuh cinta dengan giveaway mereka yang sangat comel. Berjayakah saya? Semuanya terletak pada keputusan juri-juri yang professional. Yay! Erk, saya sudah keluar topik ke?

Berbalik pada topik asal, tak tahu bagaimana nak gambarkan kekecewaan tak dapat nak post komen di entry mereka. Rasa hampir putus asa untuk turut serta dalam Give Away anjuran mereka. Hasil kesabaran dan ketabahan serta keteguhan yang tinggi lagi jitu (Cewwah!) saya berjaya juga meletakkan komen pada entry mereka. Hampir sahaja banjir bilik saya yang comel ini. (Hiperbola terlampau! Hehe)

Justeru di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih pada En Browser Internet Explorer, kerana telah berjaya membuatkan saya senyum tak henti-henti hingga ke telinga. (Kononnya lebar la kan. Hehe) Elok sahaja saya berjaya meletakkan komen pada entry mereka, Mr Browser Mozilla Firefox pula seakan-akan mula cuba mengambil hati saya dengan membenarkan saya komen pada entry mereka. Namun, saya masih 'berkecil hati' dengannya. Aigoo. Lagaknya seperti berbicara dengan kekasih gelapku saja. 

Ops! Sudah lari bicara ini. Ngee~ Sekian, dimaklumkan.

Nur: Mr I.E vs Mr M.F .. Ngeh..ngeh..ngeh...=p (Ops! Bukan nama calon saya yach! Hehe)

12 August 2010

Give Away From Polkadot's Cottage

Bismillahirrahmanirrahim..

Polkadot's Cottage baru first time nak buat GA ni..
bermula 12 Ogos 2010 - 23 Ogos 2010
Keputusan akan diumumkan pada 24 Ogos 2010


Mudah je nak sertai......ini adalah syarat-syaratnya...
1. Mestilah followers di dalam blog Polkadot's Cottage
~Done ^^, ~ 
 
2. Terbuka kepada semua followers Polkadot's Cottage di Malaysia sahaja
~Saya memang kat Malaysia. Dulu, kini dan selamanya. Cewwah! ~

3. Buat satu N3 mengenai Polkadot's Cottage 1st Give Away dan berikan sebab2 mengapa korang layak memenangi hadiah dari Polkadot's Cottage (hehehe...)

~Ehem. Ehem. Kenapa saya layak untuk memenangi 1st Give Away ini adalah kerana saya sangat suka dengan glass coaster yang comel itu. Selain itu, saya juga tertarik dengan homemade bookmark. (Peminat bookmark yang comel2) I like. Di samping itu, pada tarikh diumumkan keputusan adalah hari ulangtahun kelahiran adik saya. Jadinya, bila saya diumumkan sebagai pemenang (happy3x), saya boleh kongsikan kegembiraan dengan adik saya kata laiannya, giveaway dari Polkadot's Cottage akan saya bagi padanya. How sweet... Aigoo.. Malu pulak banyak celoteh di sini. (Macam buat karangan je lagaknya. Heee..=p) Sekian, dimaklumkan.  

4. Link kan http://www.pikoponpon.blogspot.com di dalam N3 anda

5. Upload gambar di atas sekali di dalam post anda


6. Tag rakan-rakan untuk turut serta dalam GA ni

7. Tinggalkan komen di N3 ini dan sertakan

link N3 :
email :

Wokeyh! Tadahal punya..Ngee~ (happy3x)
Nur: Hadiahnya sangat comel. Oh! Jatuh cinta dibuatnya.

11 August 2010

Syifa Punya Kraf: 1st GiveAway

Bismillahirrahmanirrahim...


Organize by: Syifa Punya Kraf

Tarikh tutup: 2nd September 2010

Tips untuk Syifa:

-Rajin-rajin BW and tinggalkan jejak tentang barangan kraf yang comel itu
-Buat promosi besar-besaran
-Selalu buat Giveaway...hehe..=p

Nur: Moga-moga dapat..^^,

Kelly's Life: GA Datang Lagi

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni saya rajin BW. Tengah BW saya terjumpa blog Kelly's Life. Dan saya ternampak apron yang comel. Saya ulang. Comel okay. Hah! Jika saya bertuah, boleh la saya gunakan apron ni time masak juadah buka puasa. (Saya pandai masak ke?) Hehe. Tak pun saya boleh bagi pada mama saya apron yang comel ni. Nak pulak warna kuning (warna favorite mama saya tuh). Jadi mama saya pasti suka nak masakkan juadah berbuka untuk kami. Yay! Happy2x.


Cantik kan apron set ni?
Berminat untuk memilikinya?
Kalau jawapannya, YA...jangan lupa join GA dari Kelly's Life
Ada 10 apron set ( yellow ) untuk dimenangi

Syarat2 nya mudah sahaja : -
 Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
Link kan blog Kelly's Life
Letak komen kat N3 ni
Mestilah follower kat blog Kelly's Life
Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je

Jadi, tunggu apa lagi kawan-kawan, jom kita join ramai-ramai. Meriahkan GA Datang Lagi kali ini. Yay!

Nur: Aish. Makin seronok pulak join contest yang pelbagai ni.

10 August 2010

Ramadhan Menjelma Kembali

Bismillahirrahmanirrahim..


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Kini kau menjelma kembali
Membawa sinar-sinar kebahagiaan
Buat mereka yang sedia bersamamu


" Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna."

Bagaikan terngiang-ngiang lirik lagu nyanyian kumpulan nasyid tanahair Kumpulan Raihan itu. Bermakna sekali maksud yang cuba disampaikan pada pendengarnya

Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga Ramadhan kali ini dapat melengkapkan rukun Islam yang ke-3. Berpuasa bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga bermula terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari. Kita harus menahan nafsu amarah , menahan mata, menahan hati dan menahan seluruh anggota dari melakukan perkara-perkara yang tidak seharusnya dilakukan yang boleh mengurangkan keberkatan ibadah puasa itu sendiri.

Nur: Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 makna dan kesan pada diri..

05 August 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

 
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah makhlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

 
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

 

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


 
-----@***@-----

 
( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. )