Showing posts with label ::Rumah::. Show all posts
Showing posts with label ::Rumah::. Show all posts

17 January 2011

Kerja di Rumah Menguntungkan? Ahha!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Wah! Sekarang I busy dok jadi surirumah tak bertangga di samping menjadi guru tuisyen berhampiran dengan umah...Oh..My..my...Busykan aku?

Sejak ada sepupu yang baru pas SPM ni dok umah Mak Lang rajin gak kami dok wat kuih-muih dan sebagainya petang-petang hari. Tiap hujung minggu Sabtu dan Ahad je mesti dok berkelah tepi padang dekat dengan umah. Nak pie jauh abah tak bagi. Namanya je ada lesen keta. Tapi, tak diperkenankan lagi untuk bawak keta oleh JP umah. Huk. Huk. Takpelah. T I hire drebar merangkap my husband. Aigooo... Kemain lagi kan anak encik ni kan? Haha.


Wat kuih apa?

Kek Coklat 










dan 

Kuih Buah Melaka





tak lupa juga Karipap [takde gambar ori]

Nur: Suka kek coklat tak? Tadi baru buat lagi. Mai la pekena sket. ^^,

20 November 2010

Hari Jalan-Jalan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Tengah buat apa tu? Makan rendang daging ke? Hehe. Sebut pasal rendang daging, akhirnya daging-daging yang banyak itu dibuat rendang. Itu pun abah aku yang cadangkan. Sebab katanya nanti boleh makan dengan roti. Agak-agak nak lagi best, keringkan betul-betul buat serunding. Hah! Amacam? Dah kenyang makan daging semua? Ngee.

Korang ada dengar berita pasal Mekah banjir tak? Tak tahulah kan. Menurut abah aku masa nak balik rumah usai tamat waktu kerja, dia dengar radio ada kata pasal Mekah banjir. Harapnya para jemaah haji di sana selamat. 

Hari ni hari jalan-jalan sedunia. Yay! Suka2x. Dalam pukul 6.00 petang kami keluar rumah. Cadangnya nak ke 1 Utama. Entah nak buat apa kat sana aku pun tak tahu. Tup. Tup. Lepas je daripada flyover menghala ke Sunway Piramid jammed. Baca kat papan kenyataan [apa nama tah yang ada keluar-keluar tulisan] melaporkan jalan raya sesak hingga ke simpang Cheras. Terus cancel nak pergi 1 Utama.

Sudahnya abah masuk jalan menghala ke PJ. Masa ni dah nak hampir masuk waktu manghrib, terus kami menuju ke Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer. Menurut abah, masjid ni best sebab parkingnya ada bumbung. Hehe. Kebetulan hari nak hujan. Masa sampai kat masjid masih awal lagi. Baru 6.49 petang. 

Usai solat maghrib pergi makan A & W kat Petaling Jaya. Yuhuu. Best2x! Gendang-gendut tali kecapi. Kenyang perut senang hati. Lepas makan terus menuju pulang ke Shah Alam. Sampai je Shah Alam terus singgah Masjid Negeri dan tunaikan solat isya' di sana. Pastu abah tanya nak pergi mana lagi. Mulanya adik-adik semua nak pergi Shah Alam Mall. Tapi, dah pukul 8.50 malam. Dah nak tutup shopping complex. Last-last pergi Giant Seksyen 13.

Beli kobis, bendi, dan macam-macam lagi sayur-sayuran. Kata nak hidup dengan sihat. Mestlah makan sayur dengan banyaknya. Huahua. Lepas tu, balik rumah. Sekian hari jalan-jalan. Haha. Cam karangan budak nak UPSR je bila aku baca balik. Layan~

Isu daging lagi. Esok cadangnya nak masak daging goreng. Tapi, esok dan lusa ada kenduri kahwin di beberapa tempat. Terus cancel. Huahua. Sok pagi makan roti dengan rendang daging. Tengahari makan kat kenduri kahwin. Ada 3 tempat. Malam?? Makan angin je. Cukupla kan? Hehe. =p


Ni nak cerita pasal Adik Syamim.

Mama: Amim nanti bila besar agak-agak jadi apala ya?

Syamim: Jadi penggembara.

Mama: Bukan penggembara tapi pengembara. 

Oh.Oh. Sejak dia mula membaca ni, banyak perkataan-perkataan yang superb digunakan. Moga adikku ini menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Go Amim! Tomoi jom. =p

18 November 2010

Daging Masak Apa Ya?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Salam aidiladha. Wah! Sebentar cuma cuti Raya Haji ni kan. Masing-masing dah kembali bekerja, bersekolah dan menjawab exam. Kenapa tak macam Raya Puasa eh? 

Hah! Pasti kat rumah kalian tengah ada stok daging yang fresh. Bak kata orang 'terbaik dari ladang' kan? Jadi, menu daging apa yang kwan-kawan masak untuk daging korban tersebut? 

Daging kicap?
Daging singgang?
Daging masak merah?
Daging bakar?
Daging goreng?
Daging goreng berlada?
Daging kurma?
Sate daging?

Banyaknya masakan boleh buat dengan daging kan. Ni aku tengah cari resipi yang best nak masak daging korban ni. Ada cadangan tak nak masak apa daging ni selain masakan di atas?

Daging, daging jugak. Tapi, kesihatan jangan dilupa ya. Siapa yang ada darah tinggi tu, kolestrol yang tinggi dalam badan, beringat la makan ya. Jangan kerana daging kesihatan diabaikan.

Ni nak cerita pasal Adik Kecik aku Adik Syamim.

Semalam berhenti kat RnR Seremban dalam perjalanan pulang menghala ke rumah.

Abah nak pergi beli kacang kuda kat stall kecil berhampiran. Tiba-tiba adikku bersuara,

"Abah, kitorang dah makan la kacang kuda tu."

"Ceq ni. Sibuk je. Bukan abah beli untuk ceq pun," kata adikku sorang lagi padanya.

Macam-macam betul budak kecik sorang ni. Lepas dia makan kacang kuda je terus cakap macam ni.

" Amim nanti lari laju macam kuda. Tedekut. Tedekut. Tedekut."

Sekarang ni budak kecik ni tengah sibuk makan nasi. Semalam, tak berhenti-henti makan. Mula-mula makan bihun sup kat Melaka. Lepas tu, makan kacang kuda. Minum ice-blended. Makan kuew teow goreng. Makan kacang kuda lagi. Makan je kerjanya. Badan memang kus semangat.
" Hah! Jom kita tomoi," kata adikku sorang ni.


Soalan: Tomoi tu sukan apa eh?Ada ke iklan atau cerita kat TV yang dok sebut pasal tomoi ni? Heran aku mana budak kecik ni belajar.

11 October 2010

Cuti Hujung Minggu- Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Sambung pula untuk Part 2.

Dipendekkan cerita berlalulah hari Sabtu dengan masak, makan dan jalan-jalan. [Gaya seorang yang 'rajin' untuk menaip]

Pada hari Ahad, beberapa aktviti direncana. Antara aktiviti yang sejak dua minggu lepas lagi direncana ialah memenuhi undangan perkahwinan rakan sekolah dan sekelas. Jemputan kahwin dari tuan empunya badan Umi Najua. Mesti pergi! InsyaAllah.

Selesai satu majlis penyatuan dua jiwa. Tahniah2x! Next will be who?

Buka Fb ada jemputan lagi. Balqis. 

Waah! Memang musim kahwin kan? Ada beberapa lagi kawan-kawan yang mengundang secara tidak rasmi. Lepas ni, aku kena update planner penuhi undangan kahwin je. Suka-suka. Ngee~

Selingan

Dalam kereta masa pergi jalan-jalan ambil angin di malam hari.



Syamim: Nanti Amim nak buat hadiah hidangan tiket  pergi ke Australia.

Aku: Hidangan tiket ke Australia?

Berfikir sejenak. Hidangan. Tiket. Australia. Apa kaitan? Pelik.

Aku: Hidangan tu apa che'? (aku menyoal Amim)

Mama: Che' tahu tak hidangan tu apa? Hidangan tu makanan. 




Beberapa saat kemudian, barulah aku dapat tangkap apa yang Amim cakap.

'Hadiah penerbangan tiket pergi ke Australia'

Aigoo. Adik aku sorang ni. Nakal. Tak reti dok diam. Tapi, kalau cakap takmo kalah. Dah macam orang besar je lagaknya. Moga jadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat. Amin~



Nur: Nak taip panjang lagi. Tapi, idea dah 'terbang'. Seperti camar yang pulang senja.

Cuti Hujung Minggu- Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad berada di rumah dan menghabiskan sisa-sisa usia hujung minggu sangat mendamaikan jiwa. Cewwah! Ko nak bersastera apahal pulak si Labu oii. Hehe. Saja nak ambil mood sedikit skema. Tak salah bukan?

Aktiviti pada hari Sabtu, usai sahaja sampai ke rumah, perutku sudah berbunyi. Pesan adik suruh makan tengahari awal-awal aku abaikan. Konon-konon nak diet la. Tak padan dengan 'papan sekeping' ada hati nak diet. Ehem! Diet di sini membawa maksud makanan yang seimbang ya kawan-kawan. Mana nak seimbang kalau hari-hari asal pukul 12.00-3.00 petang ko pergi melantak fast food. Ish3. Buanglah tabiat pemakanan yang tidak sihat ini.

Sudahnya, sebelum adik merangkap pemandu peribadi aku sampai di kolej aku [ahaha. pemandu peribadi tu. kau ingat kau siapa nak gajikan pemandu peribadi?nak gajikan diri sendiri tak mampu, ada hati nak gajikan orang lain. haha.], sempat aku menyambar sebungkus roti Sweetie bersama dengan teh ais di kafe kolej. Sudahnya hanya satu 'senggat' roti yang ku jamah. Tak ada selera.


Hah! Sambung balik cerita tadi. Sampai rumah je, aku tengok kat dapur ada sebungkus spagethi San Remo dan juga sebotol sos spagethi Kimball. Apa lagi, operasi dimulakan. Oh ya! Untuk resepi boleh rujuk Spagheti Bolognese. Setelah hampir sejam ber'asap'kan dapur di rumah. Siap! Sedia dihidang dan dimakan. Yummy!

Sila lihat dan tonton gambar dibawah untuk tatapan anda. Ngee~

 -Abaikan kualiti gambar-

Nota: Untuk cik Fara, entry ni untuk tatapan awak. Hehe..=)
Nota lagi: Untuk cik Fieda yang nun jauh di Sarawak, saya 'pos' spagethi ni untuk awak juga..

23 August 2010

Riang Ria Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke-13 kita berpuasa. Begitu cepat masa berlalu tanpa kita sedari. Ramadhan telahpun masuk ke fasa yang ke-2. Moga fasa yang pertama yang berlalu itu telah kita manfaatkan sebaiknya. 

Sabtu dan Ahad yang lepas aku telah ber'kampung' di rumah selama 2 hari 2 malam. Hoyyeah! 2 hari ini juga time berbuka puasa akhirnya dapur kami berasap juga. (Ahaha. Mesti tertanya kenapa before ni tak berasap kan?) Hah! Meh sini aku cerita. Kalau kami sibuk nak berasapkan dapur kami juga, pak cik mak cik kat bazar yang jual ayam golek, ayam percik, ayam berempah, ayam goreng (eh?! Nape semua ayam kan? hehe) sape yang nak beli? Betul tak? Kalau ada penjual, mestilah ada pembeli bukan? Bertuahnya aku fikir macam tu kan? Aku lah antara pembeli yang paling supportive sekali. Cewwah!

Setelah kami (adik-beradik) bermesyuarat, kami sepakat untuk berasapkan dapur kami pada hari Sabtu. Akhirnya pasaraya Tesco a.k.a Stecko (sebutan adik Syamim zaman dolu-dolu) dituju. Adik aku yang no 3 ni sibuk dok cari udang. Malang sekali udang sold OUT! Rakyat Malaysia ni memang suka makan udang eh? Akhirnya, ikan merah dan ikan bawal hitam jadi pilihan kalbu. Oh! Ni satu lagi perkara yang menggugat ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Untuk menunggu ikan disiang, sangat panjang beratur kay! Bukan takat orang je yang beratur, ikan-ikan pun turut beratur amek turn nak kena siang.

Hah! Aku tau korang nak cakap apa. Nape tak siang ikan kat rumah je. Alaa..Korang tu macam pandai siang ikan. Haha. Ops. Jangan emo kay! Actually, ikan tu besar, dan kat umah aku takde pisau yang panjang selalu orang guna time raya korban nak siang daging tu (Alasan je ni. Padahal malas. Cakap je la. Haha). Lagi satu, taknak la bagi pekerja yang memang tugasnya siang ikan tu takdak keja. Kang makan gaji buta je. Jadi, apa salahnya aku gunakan servis yang ada bukan? Hah! Puas hati aku dah terangkan ni? Tak puas hati pie men jauh-jauh. Heee...

So, siaplah sesi berasapkan dapur. Hasilnya menu pada hari itu adalah:
1. Ikan merah masak pedas
2. Ikan bawal masam manis
3. Cendawan goreng
4. Air blackcurrant
5. Air bandung

Petang tu, family aku invite family mak lang n pak lang aku yang rumah selang tiga buah je berbuka bersama-sama kami. Mak lang aku pun bawak menu tambahan:
1. Ayam masak kicap
2. Bayam + Udang

Hah! Gambar takde. Akunya hp takdak kat tangan time tu. Sibuk masak. Hehe.

Lupa pulak, dan kami ada menu tambahan special created by my abah: FRUIT SALAD. Ada 5 jenis buah yang digunakan. 
1. Epal hijau
2. Epal merah
3. Mangga
4. Belimbing
5. Mangga muda depan umah
Extra: Asam prune.

Hah! Amacam? Meriah tak? Alhamdulillah, seronok berbuka beramai-ramai petang tu.

Hari Ahad pada mulanya nak support pak cik mak cik bazar. Entah tiba-tiba plan berubah. Usai solat Zohor di Masjid SSAAS Shah Alam, kami menuju ke MYDIN Subang Jaya. Wah! Ramainya olang. Ada apa ni? Polis pun manyak ramai. Rupa-rupanya ada kempen Balik Kampung Dengan Selamat. Hoho. Tips nya? Nanti aku update kalau rajin eh?! Hee..

Dipendekkan cerita, menu pada hari Ahad:
1. Cendawan goreng tepung
2. Ikan merah + ikan tenggiri goreng
3. Udang goreng tepung
4. Sotong masak kicap
5. Air bandung
6. Air soycau (soya+cincau)

Nur: Alhamdulillah....

17 August 2010

Oh Happy Day! ^_~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Kini aku kembali...Cewwah!

Dengan mood yang lebih ceria dan happy. Happykah? Ngee~

3 Hari yang lepas aku pulang ke rumahku yang tercinta. Dapatlah aku berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga tersayang. Fewwit! Hehe. [overexcited] Di rumah tak perlu untuk aku fikirkan tentang juadah berbuka puasa. Tak seperti 2 hari pertama aku berpuasa di kampus. Owh! Sangat pusing fikir nak buka apa. Masalahkah? Yes! Masalah BESAR!

Malam harinya, usai berbuka puasa dan solat Maghrib, bersiap-siap ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah [Masjid Negeri]. Waktu keluar dari rumah, hampir masuk waktu Isya'. Oh! Parking. Parking. Sangat susah nak cari parking okay. [Ceh! Gaya macam aku yang jadi drebar. Hehe.]

Imam terawih pada malam itu, menurut sumber-sumber yang aku perolehi, katanya Imam Masjid Madinah. Oh! Sangatlah masyuk bacaannya. Cumanya, hampir semput nafas kerana pantas sekali. [Harus bersenam setiap hari menguatkan stamina. Ayuh!]

Lama aku tak cerita tentang adik Syamim. Dia sudah besar dan makin 'nakal'. Aigoo. Makin besar makin panjang akalnya. Mestilahkan? Hehe.

On the wat pergi ke bazar Ramadhan sibuk tanya kami semua.

Syamim: Hah! Siapa tahu nama kawan Amin 6 Tahun.

Kami: Amar Mukhlis, Danial, bla.bla.bla.

Belum sempat habis nama kawan-kawannya yang kami sebut Syamim dah bersuara dulu.


Syamim:  Amar Mukhlis, Danial, Rais, [lain-lain aku tak ingat dah. hehe.]


Hari Ahad sebelum pulang ke Garden Knowledge and Virtue, adik aku ajak pergi ronda-ronda di PKNS. Usai solat Zohor, kami menuju ke destinasi yang dituju. [macam jauh je lagaknya dari rumah. Hehe.] Hampir 3 kali tawaf di sana. At first nak beli a.k.a shopping sepasang baju kurung pahang yang cantik menarik lagi da bomb! Tapi, nasib baiknya bila aku cuba test try, oh! Sangatlah tidak menarik jadinya. CANCEL!

At last aku shopping juga sehelai jubah. Pening juga asalnya nak pilih warna jubah tersebut. Hasil dari pandangan nasihat orang yang hebat dan mantap lagaknya, 'adik aku la. sape lagi.' Muktamad! Akhirnya, aku beli warna HITAM! Senang. Untuk emergency kalau-kalau bangun lambat gie kelas. Ups! Kantoi di sini. [Rejected. Kurang satu kriteria untuk jadi isteri mithali =p].

Nur: Jangan tinggal terawih yach!

09 April 2009

~mIss mY hOme~


Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sangat tak balik rumah. Hampir sebulan rasanya. Atau mungkin lebih. Apa dah jadi agaknya kat rumah tercinta ku itu agaknya. Beberapa hari yang lepas, adikku yang ke-3 menghantar SMS padaku.

"Jumaat, Sabtu atau Ahad ni free tak?"

Apa kena pulak adikku ni. Aku terus menelefon rumah. Lalu aku bertanya padanya kenapa?

"Aku nak keluar jalan-jalan."
"Aku tak habis exam lagi la. Jaga la adik-adik kamu yang nakal tu elok-elok."

Rupa-rupanya tujuan dia adalah untuk meminta aku menjadi tukang jaga adik-adikku dan dia pergi berjalan-jalan. Banyak cantik! Haha..

Sori la adikku, kakakmu ini tak habis exam lagi. Dudukla kat rumah diam-diam ye. Layanlah adik-adikmu yang nakal itu.=)

~Miss my Home...T_T~