Showing posts with label ::Family::. Show all posts
Showing posts with label ::Family::. Show all posts

25 June 2011

Penyeri Ikatan Kasih

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...
 
Wah! Seharian aku berulang-alik dari rumah ke Hospital Sungai Buloh. [Ceh! Gaya macam aku yang memandu je kan? Ahaha] Pssst. Jangan gitau orang lesen aku, dah dibingkaikan di muzium teratak nan indah. Ops! Kiddin' ja. Mana boleh masuk muzium lagi. Hehe.

Oh. Oh. Entah bila aku bakal pegang stereng ni? Takmo pegang boleh tapi kena ada drebar khusus yang sudi memanduku ke destinasi yang ingin ku tuju. Siapa mahu?! Beratur ambil borang. Cepat! Aku gajikan sorang-sorang. Pilih turn nak bulan yang mana. Eheh! Kiddin' again.

Back to story Sungai Buloh. Buat apa agaknya aku pergi ulang-alik Sungai Buloh tu? Apa aku dah tangkap cintan ngan doktor kat sanakah? Ahaha! Gatai no anak pak cik sorang ni. Aigoo. Dah. Dah. Serius! Kenapa? Jeng. Jeng. Jeng. Surprise! Hehe. Alhamdulillah, kak ipaq aku dah bersalin. HERO dalam rumah aku bertambah lagi. Tahniah! Abang dan kakak. Bergelar ibu dan ayah dah. 


Berat baby 3.25 kg. Alhamdulillah, sihat!


Jantina baby Lelaki. HERO!!


Waktu kelahiran 10.43 pagi.


Hari kelahiran 25 Jun 2011




Wajah baby nan putih mulus suci lagi murni.....




Nur: Anak buah pertama, cucu pertama dan cicit pertama. Anak pertama???=p

26 February 2011

Kisah Si Cerdik Bongsu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Rasanya dah lama aku tidak adakan entry bercerita tentang kisah riang gembira bersama-sama kanak-kanak ribena a.k.a Ahmad Syamim adikku yang bongsu itu. Oh.Oh. Budak itu sudah makin besar dan sudah pandai mintak macam-macam. Juga sudah semakin bijak ingin mengikut apa yang abang-abangnya lakukan. Tapi, satu yang aku kagum tentang budak kecik ini, kerja sekolah tak pernah disuruh untuk buat. Mesti akan buat sendiri tanpa diarahkan. Sedia tahu tugasnya sebagai murid.

Aku ingat lagi satu hari tu, dia beli gam, fail dan juga pembaris di Mydin Mart. Sengaja abah beli di sana dalam bentuk bundle. Tentunya harga lebih murah dari biasa. Lantas abah menyarankan agar bakinya dijual pada rakan-rakan sekolahnya dengan harga RM0.50 setiap satu barang.

Petang tu aku cari barang kat dalam bilik. Sebelum tu aku baru je tolong taip kerja mama kat komputer rumah. Elok aku habis cari barang, Amim pun selesai buat kerja meng'iklan' dia. Waktu tu aku masih tak perasan lagi 'iklan' yang dah siap dibuatnya. Aku terus menyambung kembali kerja menaip hingga selesai. Kemudian, aku turun bawah nak tengok Amim dok watpe. Owh! Tengah mencari sesuatu dalam begnya. 

Aku ternampak kertas 'iklan' itu. Wow! Hebat jugak adik aku ni. Lihat gambar di bawah untuk kertas 'iklan' yang dibuat.


Yang bestnya nak dijadikan cerita dia pergi print sampai 15 keping. Apa lagi aku pun 'berangin kus-kus' la sekejap. 

"Awat Amim pie print sampai 15 keping?" soal aku pada Ahmad Syamim.

"Kawan Amim ada 15 orang," perlahan dia menjawab.

"...." mati kata aku dibuatnya.

Ni keadaan selepas kena marah dengan aku. Tidur petang satu perkara yang amat 'sukar' dibuatnya. Mana taknya, ada je akalnya nak buat orang sebut nama dia. Aish. Adikku sorang ni.



Nur: Si Bongsu ini makin cerdik dan panjang akalnya. Moga jadi budak baik adikku sayang. ^^,

04 February 2011

Cuti Yang Panjang Memang Menyeronokkan!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Cuti. Cuti. Cuti. Yay! Siapa yang tak suka cuti sila angkat tangan sekarang! Bagi sini cuti kalian pada aku. Eheh! Alhamdulillah, aku kira beruntung sebab baru kerja beberapa hari dah dapat cuti yang panjang. CNY holiday. Tapi, yang tidak seronoknya sebab demam. Kurang sikit feel cuti tu. Tapi, tetap layan~

Bila cuti, mulalah masing-masing plan nak balik kampung. Pergi cuti-cuti Malaysia di dalam mahupun di luar negara. Walau apapun, harus diingat sesuatu, jangan sampai kita cuti semuanya. Yang fardhu tetap wajib ditunaikan. Jangan ditinggalkan walau sekalipun. Kelak natijahnya, di hari pembalasan.

Kat kampung ni, macam-macam dapat makan. ABC. Itik. [Korang makan ke? Aku tak cuba lagi. Petang satgie baru masak] dan macam-macam lagi. 



Gambar sekadar hiasan



Nur: Kerana cinta aku menjadi seorang pejuang....

18 November 2010

Daging Masak Apa Ya?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Salam aidiladha. Wah! Sebentar cuma cuti Raya Haji ni kan. Masing-masing dah kembali bekerja, bersekolah dan menjawab exam. Kenapa tak macam Raya Puasa eh? 

Hah! Pasti kat rumah kalian tengah ada stok daging yang fresh. Bak kata orang 'terbaik dari ladang' kan? Jadi, menu daging apa yang kwan-kawan masak untuk daging korban tersebut? 

Daging kicap?
Daging singgang?
Daging masak merah?
Daging bakar?
Daging goreng?
Daging goreng berlada?
Daging kurma?
Sate daging?

Banyaknya masakan boleh buat dengan daging kan. Ni aku tengah cari resipi yang best nak masak daging korban ni. Ada cadangan tak nak masak apa daging ni selain masakan di atas?

Daging, daging jugak. Tapi, kesihatan jangan dilupa ya. Siapa yang ada darah tinggi tu, kolestrol yang tinggi dalam badan, beringat la makan ya. Jangan kerana daging kesihatan diabaikan.

Ni nak cerita pasal Adik Kecik aku Adik Syamim.

Semalam berhenti kat RnR Seremban dalam perjalanan pulang menghala ke rumah.

Abah nak pergi beli kacang kuda kat stall kecil berhampiran. Tiba-tiba adikku bersuara,

"Abah, kitorang dah makan la kacang kuda tu."

"Ceq ni. Sibuk je. Bukan abah beli untuk ceq pun," kata adikku sorang lagi padanya.

Macam-macam betul budak kecik sorang ni. Lepas dia makan kacang kuda je terus cakap macam ni.

" Amim nanti lari laju macam kuda. Tedekut. Tedekut. Tedekut."

Sekarang ni budak kecik ni tengah sibuk makan nasi. Semalam, tak berhenti-henti makan. Mula-mula makan bihun sup kat Melaka. Lepas tu, makan kacang kuda. Minum ice-blended. Makan kuew teow goreng. Makan kacang kuda lagi. Makan je kerjanya. Badan memang kus semangat.
" Hah! Jom kita tomoi," kata adikku sorang ni.


Soalan: Tomoi tu sukan apa eh?Ada ke iklan atau cerita kat TV yang dok sebut pasal tomoi ni? Heran aku mana budak kecik ni belajar.

02 November 2010

Ruang dan Peluang, Hargailah


Bismillahirrahmanirrahim...

Saban hari yang aku lalui, aku bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang untuk menilai dan muhasabah kembali masa-masa yang aku lepasi ini. Suatu hari, aku telah diberi peluang untuk berada dalam kandungan ibuku. Setelah aku bertarung dengan mereka-mereka yang lain. Jumlah yang begitu banyak sekali. Dan akhirnya, akulah juara.

Hari demi hari, aku semakin enak berada dalam kandungan ibuku. Tilam yang empuk, cuaca yang dingin, aman dari segala gangguan. Genap sembilan bulan sepuluh hari, aku telahpun diberi ruang dan peluang untuk melihat dunia. Kesusahan dan kepayahan ibuku bertarung dan bergadai nyawa, semata-mata untuk memberi peluang agar aku dapat menyempurnakan tujuan diciptanya manusia ke dunia ini.


Dari kecil tapak tangan, aku mula membesar peringkat demi peringkat. Aku mula belajar untuk senyum. Perlahan-lahan aku mula memberi reaksi pada alam sekelilingku. Segalanya bagai rakaman gambar. Satu demi satu masuk ke retinaku. Dari mula meniarap. Bersusah payah aku belajar untuk merangkak. Mula mencapai satu demi satu objek yang menarik pada pandangan retinaku.

Langkah demi langkah aku mula belajar untuk bertatih. Jatuh bangun jatuh bangun dan terus begitu. Kerap aku menangis yang dikatakan orang sekelilingku kerana sakit. Tapi yang sebenarnya aku menangis kerana kecewa tidak berjaya untuk mengorak langkah dengan teguh. Akhirnya, dengan sokongan insan sekelilingku, ibu dan ayah, aku berjaya mengorak langkah dengan teguh. Tatih. Satu. Dua. Tiga. Sorakan ibu dan ayah melihat aku berjaya bertatih.

Hari demi hari, aku mula belajar dengan alam. Aku kenali ibu. Aku kenali ayah....Maa..ma..Ibu tersenyum gembira mendengar aku memanggilnya..Baa..baaah..Ayah tersenyum riang..Setahun selepas itu, aku makin teguh berdiri dan mula yakin untuk berlari. Pantang ada yang mengacah, aku sentiasa riang dan bebas berlari.


Melangkah ke umur 5 tahun, aku mula didaftarkan ke tadika. Belajar mengenal huruf. Belajar membaca doa. Belajar riang gembira bersama teman-teman. Tamat 6 tahun, aku naik pentas dan pertama kali menerima sijil tamat belajar. Wajah ibu dan ayah girang sekali. Aku mula masuk ke darjah 1. Mula belajar lebih lagi tentang hidup di dunia ini. Langkah demi langkah aku telahpun tempuhi. Adakah dengan sekelip mata aku berada di tahap yang membanggakan kini?


Wahai anak,


Kenanglah jasa ibu dan ayahmu.


Muhasabahlah,


Sejauh mana pengorbanan yang telah kau lakukan,


Penat lelah mereka mendidik kita,


Dari sekecil tapak tangan hingga sekarang,


Mereka tidak meminta untuk dibalas apa yang dilakukan,


Cukuplah sekadar menghormati mereka selayaknya.


Hargai ketika kita masih ada ruang dan peluang itu,


Kerana mereka tiada pengganti.....


"Ya Allah kasihanilah ibubapaku, sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil dahulu. Amin"

11 October 2010

Cuti Hujung Minggu- Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Sambung pula untuk Part 2.

Dipendekkan cerita berlalulah hari Sabtu dengan masak, makan dan jalan-jalan. [Gaya seorang yang 'rajin' untuk menaip]

Pada hari Ahad, beberapa aktviti direncana. Antara aktiviti yang sejak dua minggu lepas lagi direncana ialah memenuhi undangan perkahwinan rakan sekolah dan sekelas. Jemputan kahwin dari tuan empunya badan Umi Najua. Mesti pergi! InsyaAllah.

Selesai satu majlis penyatuan dua jiwa. Tahniah2x! Next will be who?

Buka Fb ada jemputan lagi. Balqis. 

Waah! Memang musim kahwin kan? Ada beberapa lagi kawan-kawan yang mengundang secara tidak rasmi. Lepas ni, aku kena update planner penuhi undangan kahwin je. Suka-suka. Ngee~

Selingan

Dalam kereta masa pergi jalan-jalan ambil angin di malam hari.



Syamim: Nanti Amim nak buat hadiah hidangan tiket  pergi ke Australia.

Aku: Hidangan tiket ke Australia?

Berfikir sejenak. Hidangan. Tiket. Australia. Apa kaitan? Pelik.

Aku: Hidangan tu apa che'? (aku menyoal Amim)

Mama: Che' tahu tak hidangan tu apa? Hidangan tu makanan. 




Beberapa saat kemudian, barulah aku dapat tangkap apa yang Amim cakap.

'Hadiah penerbangan tiket pergi ke Australia'

Aigoo. Adik aku sorang ni. Nakal. Tak reti dok diam. Tapi, kalau cakap takmo kalah. Dah macam orang besar je lagaknya. Moga jadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat. Amin~



Nur: Nak taip panjang lagi. Tapi, idea dah 'terbang'. Seperti camar yang pulang senja.

Cuti Hujung Minggu- Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad berada di rumah dan menghabiskan sisa-sisa usia hujung minggu sangat mendamaikan jiwa. Cewwah! Ko nak bersastera apahal pulak si Labu oii. Hehe. Saja nak ambil mood sedikit skema. Tak salah bukan?

Aktiviti pada hari Sabtu, usai sahaja sampai ke rumah, perutku sudah berbunyi. Pesan adik suruh makan tengahari awal-awal aku abaikan. Konon-konon nak diet la. Tak padan dengan 'papan sekeping' ada hati nak diet. Ehem! Diet di sini membawa maksud makanan yang seimbang ya kawan-kawan. Mana nak seimbang kalau hari-hari asal pukul 12.00-3.00 petang ko pergi melantak fast food. Ish3. Buanglah tabiat pemakanan yang tidak sihat ini.

Sudahnya, sebelum adik merangkap pemandu peribadi aku sampai di kolej aku [ahaha. pemandu peribadi tu. kau ingat kau siapa nak gajikan pemandu peribadi?nak gajikan diri sendiri tak mampu, ada hati nak gajikan orang lain. haha.], sempat aku menyambar sebungkus roti Sweetie bersama dengan teh ais di kafe kolej. Sudahnya hanya satu 'senggat' roti yang ku jamah. Tak ada selera.


Hah! Sambung balik cerita tadi. Sampai rumah je, aku tengok kat dapur ada sebungkus spagethi San Remo dan juga sebotol sos spagethi Kimball. Apa lagi, operasi dimulakan. Oh ya! Untuk resepi boleh rujuk Spagheti Bolognese. Setelah hampir sejam ber'asap'kan dapur di rumah. Siap! Sedia dihidang dan dimakan. Yummy!

Sila lihat dan tonton gambar dibawah untuk tatapan anda. Ngee~

 -Abaikan kualiti gambar-

Nota: Untuk cik Fara, entry ni untuk tatapan awak. Hehe..=)
Nota lagi: Untuk cik Fieda yang nun jauh di Sarawak, saya 'pos' spagethi ni untuk awak juga..

08 October 2010

Yay! Weekend Kembali Lagi

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Hari ni hari Jumaat. Esok Sabtu. Pastu Ahad. Wow! Aku suka hujung minggu bila mana tak ada assignment nak kena pikir untuk dibuat. Wallaaa... Ye la tu. Walhal ada assignment yang bertimbun-timbun kot. Mari sini aku senaraikan satu demi satu.

1. IA Stress!! (Done. Alhamdulillah. )
2. Bank Marketing Project- Ready for presentation next Thursday. Wish me luck!
3. Operation Management- Case and Islamic Perspectives
4. Quality Management- IKEA
5. Compensation Management- Review on company.


Hah! Hamek ko. Konon la nak berdansa hujung minggu ni. Berhujung minggu dengan assignment la jawabnya. Ofkos I do LOVE my assignment. Ayat pujuk hati. Jom! Sama-sama kita bertabah menyahut seruan 'Let's strive for the mission'. Hoyyeah!

Takpe. Takpe. Aku akan siapkan secepat mungkin supaya aku boleh fokus untuk the last final exam ever. Waa.. Sedih pulak bila pikir nak habis belajar ni. Pasni mesti kena pikir kerja, pastu kawen, pastu ada anak. Wallla. Tipikal minded betul la aku ni. Haha. 

Wah! Sebut pasal kahwin ni aku akan hadiri wedding kawan sekolah aku merangkap kawan sekelas. InsyaAllah, takde halangan sampai la aku kat majlis bahagianya. Aigoo. I'm Lovin' It!
Selingan...

Teringat time keluar makan dengan family hari Jumaat lepas.

Abah: Cepat siapkan assignment semua supaya boleh fokus untuk final exam.
Aku hanya mengangguk.

Tiba-tiba, 3 orang kanak-kanak kecil bersuara.
Adik Syahmi: Nanti dapat result power aku bagi coklat Hersheys banyak-banyak.
Adik Najihah: Aku pulak bagi Ferrero Rocher.
Adik Syamim: Amim bagi Porsche.

Wow! Menarik tawaran adik aku yang last tu. Mesti la aku SETUJU tanpa berdolak-dalih lagi. Ngee~

Ada-ada je adik aku yang bongsu ni. Ooh. Adik Amimku sayang, kenapa makin 'nakal' ni. Hari Rabu hari tu sekali lagi keluar makan dengan family aku area-area U aku. Tengah dok tunggu order sampai, pelik aku tengok kerusi adik aku sorang ni kosong, Mana pulak pergi budak kecik ni kata aku dalam hati.

Toleh punya toleh, ada kat sinki. Dok basuh tangan. Pastu dok basahkan rambut. Konon-konon nak wat remos la tu. Adoila, Amim. Awat makin 'nakal' ni.

31 March 2010

Graduation Day (^^,)

Bismillahirrahmanirrahim...


28 March 2010
Queensland University of Technology
Graduation Ceremony

** Not in picture my 4th brother- he used to work on that day

"Cangratulations Abang"

Nur: Yay! Akan graduate juga tahun ni..hip..hip..horrey!! ^^,

28 March 2010

Tahniah atas Hari Bahagia ( ^^,)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca

28 Mac 2010 merupakan detik bersejarah bagi abang sulungku merangkap the only big brother yang aku ada. Ini kerana setelah berhempas-pulas dengan assignment, kuliah dan pelbagai lagi rutin selaku seorang pelajar, segulung ijazah berjaya dirangkul olehnya. Tahniah atas kejayaannya itu. Memulakan rentetan perjalanannya dalam menempuh kehidupan ini, setelah tamat SPM abangku ini mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Sains di UiTM Kota Kinabalu, Sabah.

Setelah rayuan dibuat, tempat pengajiannya bertukar ke UiTM Arau, Perlis. Genap sebulan memulakan pengajian sebagai mahasiswa, satu tawaran kunjung tiba. Memikirkan tentang masa depan dan kerjaya yang cerah, akhirnya abangku membuat keputusan menerima tawaran tersebut. Maka bermulalah gelaran baru dalam hidupnya sebagai penuntut institusi perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.yang kini lebih dikenali sebagai Institusi Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Genap dua tahun membuat persediaan di sana, abangku kemudiannya berpindah ke Institusi Perguruan Teknik Cheras. 

Merupakan batch pertama bagi IPG yang mengambil ijazah pendidikan. Jika tidak, sebelum ini rata-rata guru lepasan maktab merupakan lulusan Diploma atau Sijil. Menyedari akan situasi ini, akhirnya Kementerian Pendidikan menaiktaraf guru lepasan maktab mempunyai lulusan ijazah sarjana muda pendidikan. Menariknya tentang IPG Teknik Cheras ini, sistem yang digunakan selari dengan sistem luar negara (Queensland University of Technology, Australia)



Tahniah diucapkan pada abangku ini atas kejayaannya menceburi dalam profesion perguruan (mengikut jejak langkah mama). Semoga ikhlas dan bersemangat dalam memartabatkan profesion perguruan ini di mata masyarakat. Guru ibarat lilin yang menerangi orang lain. Guru banyak berjasa dan merupakan titik-tolak dalam kejayaan anak muridnya yang bergelar doktor, jurutera dan arkitek. Semoga terus maju dan cemerlang sentiasa.

Nur: Merenung masa depan yang tidak pasti..

18 March 2010

Rindu Bertamu di Hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Rindu kembali bertamu di hati ini. Terasa lama sungguh aku tidak pulang ke rumah tercinta. Waa. Rindu akan mereka. Adik Amim yang nakal. Lama tak dengar celotehnya. Wahai hati bertabahlah. Kuatkan hati dan teruskan perjuangan ini. 

Esok, presentation akhir untuk semester ini. Doakan moga semuanya dipermudahkan. Ya Allah, aku memohon kekuatan dariMU. Teguhkan diri ini dalam perjuangan ini. 

Mama dan abah. 
Doakan agar urusanku di sini dipermudahkan. 
Rindu mama dan abah.
Loves both of you. 

 

Do your best and be the best!
Love you always...
Mama

Setiap hari bila mengadap softboard akan nampak kata-kata dari mama ini. Ucapan yang mama berikan tatkala menduduki peperiksaan SPM 6 tahun lalu masih terpahat kukuh dalam ingatan. I will love you always mama. Miss you. Hoping that you're doing well. Take care of your health.

Nur: Take care MAMA and ABAH

01 February 2010

Penutup Januari

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kawan-kawan semua..

Hari ni merupakan hari terakhir untuk bulan Januari. Cepat betul masa berlalu. Pastinya Januari 2010 tak akan pernah kembali buat selama-lamanya. Hanya pautan memori yang kukuh terpateri dalam ingatan kita semua. Hari ini 31 Januari beberapa berita yang sampai pendengaranku dan beberapa peristiwa yang berlaku. Biarlah yang gembira dan baik sahaja yang kucoretkan di sini. Yang duka itu biarlah aku menelannya sendirian. 

Pesan Abah dan Mama:

Utamakan pelajaran dan buat yang terbaik. Tumpuan itu penting. 

Kata aku: 

Ada tanggungjawab yang perlu dipenuhi

Kata mereka:

Rancangkan sebaiknya dan pilihlah jalan yang terbaik.

Terdiam aku. Monolog sendirian:

'Hanya aku yang mengerti kemampuan diri. Mereka hanya memberi nasihat. Tapi, aku jualah yang membuat keputusan. Aku harus positif dan yakin pada diri.'

Kata mereka lagi:

Kami sentiasa memberi sokongan tanpa dipinta.

Terdiam aku. Panjang fikiranku. Diam yang lama.

Kisah 1:
Berbakti di Zoo Negara buat komuniti haiwan.

Alhamdulillah, akhirnya perancangan yang sempurna membuahkan hasil. Ini merupakan pengalaman pertamaku merasai sendiri akan cara berkomunikasi dengan haiwan. Selama ini me'mudahkan cara' di kalangan manusia, kali ini aku menyelami akan kehidupan haiwan di sini. Kumpulan aku telah ditugaskan membersihkan kawasan Beruang dan juga Memerang. Pada mulanya, agak takut-takut memulakan langkah. Setelah keyakinan berjaya diperolehi dalam masa yang singkat, rasa itu memudar dan selesa itu wujud. Alhamdulillah. Peluang ini, memberi impak yang positif pada diriku. 


Hidupku yang disangka dikawal, rupa-rupanya hidup 'mereka' ini lebih ketat dikawal. Rutin harian yang dilalui, membuatkan aku terfikir, inikah dunia yang 'mereka 'kenal? Bersyukurlah aku kerana mempunyai dunia yang luas dan kebebasan yang diperolehi masih ada. Hidup 'mereka' hanya di kurungan itu dan jua lingkungan hutan kecil itu yang bagaikan dunia 'mereka'. Tapi aku? Masih banyak yang boleh aku perolehi dan pelajari dalam hidup ini. Insaf seketika, bermuhasabah kembali. Puji-pujian hanya padaMu Ya Allah.

**'Mereka' yang dimaksudkan adalah dunia Beruang dan Memerang.

Kisah 2:
Bertemu teman lama alam persekolahan menengah rendah (Tingkatan 1-3)

Alhamdulillah, peluang ini muncul. Kesempatan ini tiba. Bertemu dengan mereka, mengimbas kembali zaman persekolahan dulu. Zaman yang membentuk jati diri aku. Zaman yang mengajar aku tentang erti hidup. Zaman yang mungkin suatu ketika dulu adalah siksaan. Tapi kini, itulah yang dikenang, yang meninggalkan sejarah dan kesan lalu membentuk diri ini agar menjadi insan yang bergelar Khalifah.

**'Ampunkan aku Ya Allah, terkadang aku tersasar dari landasanMU. Alhamdulillah Ya Allah, kerana tatkala aku tergelincir sedikit, Kau menghantarkan teman-teman di sisiku, menegur dan membantu aku dalam memperbaiki diri ini.

Kisah 3:
Family kedua~STEADFAST


Terima kasih pada kalian kerana masih menganggap aku sebahagian dari kalian. Sesungguhnya aku beruntung kerana diberikan peluang untuk mengenali kalian.Di sini lah aku mempelajari tentang apa itu hidup yang sebenar. Suka dan duka kita kongsi bersama. Namun, andai aku tidak dapat memenuhi kemahuan kalian, maafkan aku ,kerana aku telah melakukan yang termampu yang juga terbaik. Andai ada kata-kataku dan jua teguranku yang membuatkan hati kalian gundah-gulana, menimbulkan dendam di hati, menimbulkan rasa benci bertamu di hati, ribuan kemaafan aku pinta. Kerana aku jua manusia. Tegurilah aku dalam jagaku.


Nur: Banyak yang menanti dan menuntu perhatian, aku mohon agar diri kuat dan tabah. 

"Ampunkan aku Ya Allah. Permudahkanlah urusan hambaMU ini."

29 January 2010

Masak-Masak


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua yang sayangkan saya (ngeh3)..

Hari ni saya masak-masak. Yay! Seronok sangat. Hehe. Mak lang saya me'derma'kan bahan mentah. Terima kasih mak lang. Sekitar jam 12.30 tengahari tadi saya memulakan aktiviti di dapur. Dimulakan dengan menjerang nasi (atas dapur kayu?haha.tipu je) menggunakan periuk eletrik. Selesai satu agenda.

Kemudian diteruskan dengan sesi potong-potong bawang, sayur-mayur dan juga sotong. Yippie~ Selesai semuanya saya mulakan dengan menggoreng ayam. Biasanya saya masak pedas. Tapi kali ni 'rajin' nak kisar cili lalu saya gorengkan saja. Janji masak. (Jangan contohi sikap ini)

Ayam dah siap masak, maka saya pun mulakan acara memasak sotong goreng kunyit. (Tak pernah masak pun masakan ni sebenarnya-Masih berguru lagi dengan sifuku-Mama tercinta). Selesai memasak sotong, saya pun masak dan campak-campak segala bahan untuk sayur campur. Adalah dengan ini tidak begitu menarik kerana cili merah tiada. Wuhuhu. Lain kali kita wat masakan ala-ala pengantin gitu. Mahukan? Eheh! Pengantin?? Hehe.. 

Baiklah saya dah makin ketandusan idea untuk mengarang. Enjoy saja gambar di bawah ini. Saya ni budak baru belajar masak. Nak kahwin pun tak lepas lagi. Hah?! Kahwin? Apa tu? Ngee~


Nur: Mahu pergi berguru dalam bidang masakan. Siapa mahu ikut? Angkat tangan!! ^_^

22 January 2010

Berkhidmat Untuk Negara

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Cuba anda lihat tajuk entry di atas. Apa agaknya yang mahu diberitakan kali ini. Ayuh! Mulakan pembacaan anda dengan gear 1. Pelan-pelan. Tarik nafas. Okay! Good. Baru nak update cerita minggu lalu. Betapa 'rajin'nya saya dalam hal ini. Owh~ I need my semangat back. Where are you? Ah! Sudah. Hentikan ke'mengarutan' anda itu. Jom kita jalan.

Pada 17 Januari yang lalu, aku dan keluarga telah bertolak ke negeri Perak membawa satu tujuan melawat 'askar' yang diarahkan pergi berkhidmat untuk negara. Huisyhoo~ Teruja betul aku. Tak sabar nak tengok wajah 'askar' itu. Haha. Siapakah agaknya? Teruskan pembacaan anda ya wahai 'pengikut-pengikut' ku ini. Ada yang menjadi silent reader akan kisah hidupku yang tak la begitu menarik ini. Terima kasih. Tanpa anda, siapalah saya. (Terharu tak? Bagus?! Nanti order Dominos untuk aku ya. Ehehe.)

Setelah melalui sign-sign yang diberikan akhirnya kami berjaya tiba di kem PLKN Segari, Manjung, Perak. Masyuk woo kem tepi laut. (Yang tak bestnya bila panas, anginnya panasnya lain sikit) Jadinya anda perlu bertahan! Hehe. Tapi, panas di dunia tak sama panasnya di akhirat. Insaflah wahai insan. (Aku hamba yang kerdil lagi hina..T_T) Tentu anda-anda mahu mengetahui akan sign yang diberikan oleh 'askar' ini merangkap adikku yang ke-4. Jom kita sama-sama hayati sign yang diberikan:-


1.  Sign board Kilang Tepung Dinding sebelah kiri tunjuk lagi 2km

-Sudahnya nak tahu apa yang terjadi? Kami belok ke simpang tersebut dan  agak-agak 500 meter, kami kembali berpatah balik. Sebab jalan tuh semacam pelik je.

2. Terus lagi ada sign board Kem Segari 7km.

- 7km? Jalan nak masuk tak usah cakaplah. Kena pakai 4 wheel drive kot. Bagi yang pernah pergi Janda Baik, anda tahu bagaimana keadaan jalannya, yang sempit, yang curam, yang selekohnya tajam. Begitulah rupanya jalan ini. Dan yang paling best jalannya tersangatlah berbatu-bata. Woo. Memang style la bagi mereka yang baru belajar kereta, lalulah jalan ini untuk test power anda.


3. Kat sebelah kiri ada Masjid Arfah..kecik je..masjid kampung kayu2 tu..

-Nampak jugak. Memang directionnya sangat tepat...

Masalahnya di sini adalah jalan nak masuk ke sini. Mesti lalu jambatan kata adikku. Bayangkan berapa banyak jambatan yang ada kat Manjung tuh. Salah satu jambatan yang kami lalu adalah jambatan yang menghubungkan ke stesen janakuasa elektrik. Dalam hati berkata, takkanlah kat sini pulak kem tuh. Begitulah ceriteranya. Aish~ Karangan aku makin bermasalah. Kena berguru balik ni. Baiklah kawan-kawan, aku nak pergi berguru dulu. Semoga ketemu lagi ya.





~ Kem Segari~

 
~Kami bersama 'askar'~


With Love,
Nur Qistina
21 Januari 2010
11.45 PM

Cyber Cafe

Nur: Teringat waktu kem BTN kat Besut, Terengganu dulu..

10 January 2010

Adikku Yang Ambil UPSR & PMR Tahun Ni

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua..

Lama tidak berjumpa bukan dalam seindah bicara kasih. Setelah entry 'Renungan' dipostkan beberapa hari yang lalu, dan berlaku satu insiden yang memberi kesan padaku, lantas kembali ku ingatkan pada diri, memberi kemaafan adalah mereka yang berjiwa besar. Lalu, aku maafkan tanpa bicara, lantas angin bayu membawa pergi kedukaan itu  pergi menjauh dari diriku. (Entah kenapa aku merindui laut~Bayu laut yang bertiup lembut..Wish to go to the beach)

Baiklah. Itu punya cerita sudah lari dari tajuk di atas. Mengikut kata cikgu Bahasa Melayu 'out of topic'. Kata teacher English 'keluar tajuk'. Haha. Aku ini jelas mau mengelirukan mereka-mereka (tatabahasa ini salah) yang bakal menduduki peperiksaan UPSR (Syahmi) dan PMR (Najihah). Jadi adalah dengan ini, aku kembali membetulkan. Aik? Perlu ke? Tak perlu rasanya. Biarkan mereka berdua ini yang betulkan. Kan adik-adik sayang akak? Haha. (Lalu mereka berkata: ' Zaman bila aku sayang kakak aku ni?' Uish adik-adik aku ini. Nak mengata pun janganlah depan aku. Sabar jela. (Menggelabah betul~kata-kata rasmi di rumah)

Adik-adikku sayang, (Syahmi dan Najihah)
Belajar rajin-rajin, dan mulakan dari sekarang. Jangan malas-malas. Nanti cikgu marah. Haha. Adakah mereka ini masih di tadika? Tidak bukan. Jadi, bukan kerana cikgu marah atau tidak, tapi kerana diri Syahmi dan Najihah sendiri.  Jadikan kejayaan abah, mama, abang-abang dan kakakmu yang comel ini sebagai pendorong untuk berjaya dalam kehidupan adinda berdua. Biarkan mama dan abah merasa bangga dengan kurniaan zuriat seperti adinda berdua. Perjalanan hidup adinda-adindaku ini telahpun bermula dan akan mula mengorak langkah dengan lebih jauh. Jadi, jadikan permulaan ini dengan penuh semangat dan keyakinan bahawa aku juga BOLEH BERJAYA. Semangat!!



Kami (Abah, Mama, Abang Muti'e, Kakak Najat, Abang Muhsin, Abang Syakir dan Adik Syamim) sentiasa mendoakan kejayaan adinda berdua. Jangan pernah mengalah sebelum berjuang. Kami sayang adinda berdua sepenuh hati. Kerana kita mempunyai hubungan kekeluargaan yang tak dapat dipisahkan oleh siapapun. Dan itu memang terbukti jelas. Darah yang mengalir adalah sama. Jadi, teruskanlah menjadi peneraju kejayaan keluarga kita, demi agama, bangsa dan negara. We ALL LOVE BOTH OF YOU. Salam maju jaya buat adinda berdua. 5A's UPSR dan 9A's PMR. InsyaAllah. Amin.. Bittaufiq wannajah!!~

Nur: Thanks Abah dan Mama. ^_^

Lots of LOVE,
Nur Qistina
10 Januari 2010
11.01 PM
Room

17 December 2009

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Yay!! It was the best word for this situation. Semuanya selamat. Saya gembira dan happy (bukankah ini translation? sila abaikan). Bertemu kembali dengan Mama n Abah setelah 1 bulan 2 minggu mereka berkampung di Tanah Suci. (Bilakah agaknya seruan aku pula? Eceh! Sudah bersedia ke? ). Menanti ketibaan mereka sejak dari jam 8.20 malam di KLIA. Setibanya di sana, mendapat khabar bahawa flight mereka delay. 9.19 malam mereka dijangka tiba. Setelah bersedia di zon menyambut kepulangan jemaah Haji Malaysia, sekitar jam 10.45 malam dari jauh kelihatan wajah Mama n Abah. Kami adik-beradik sibuk melambai-lambai ke arah mereka. Alhamdulillah, tergambar kegembiraan di wajah mereka berdua. Senyuman terukir di wajah masing-masing. Saya gembira! Alhamdulillah, puji-pujian hanya untukMu Ya Allah.

Done,
Lot's of LOVE
Nur Qistina
9.47 AM
17 Disember 2009

20 November 2009

Home Sweet Home

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Akhirnya setelah beberapa hari bertapa di tempatku menuntut ilmu, kembali pulang ke rumah yang tercinta. Pelbagai agenda yang bersarang di minda. Tentunya untuk menjalankan rutin harian sekembalinya ke rumah ini ketika cuti semester bermula. Berkebun. Mengemas segenap sudut dan inci rumah. Memasak. Dan kawasan yang sewaktu dengannya. Lazimnya aktiviti sebagai seorang 'bibik'. Entah kan mampu atau tidak mengikuti rencana yang disusun rapi sedari tamatnya peperiksaan akhir semester ini. Moga matlamat  yang dicitakan tercapai dan terlaksana dengan sepenuhnya. InsyaAllah.

Diari ini juga ditukar tirainya dengan langsir yang baru. Mengambil mood sebagai seorang yang feminin. Walaupun lazimnya tirai yang digunakan seringkali bercorakkan warna alam semulajadi. Dengan penukaran tirai yang baru ini juga, harapnya 'sifat' yang 'keras' itu dapat dilembutkan dan dineutralkan kembali.

Di kesempatan berada di rumah ini juga, akan digunakan sebaiknya untuk menebus kembali waktu berjauhan dengan insan tersayang. Sunyi seketika rumah ini, tanpa riuh-rendah dan 'gaduh-gaduh manja adik-beradik'. Mama dan abah di Tanah Suci, adik-adik di kampung. Bakal menyusuli mereka sekembalinya dari program 'keluarga' yang satu lagi. Merindui akan semua insan yang disayangi. Ingin berada bersama mereka sentiasa, namun apakan daya, aturan Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu, setiap dari hambaNya mempunyai tanggungjawab masing-masing. Bukanlah ianya timbul sebagai alasan untuk megecualikan dari bersama mereka. Di sebalik aturan itulah, antara kita melengkapi satu sama lain.

Di rumah inilah syurgaku,
Di rumah inilah aku dilahirkan,
Di rumah inilah aku dibesarkan,
Di rumah inilah aku dididik.
 

Done, 
Nur Qistina
19 November 2009
11.05 PM


Nur: Jangan gaduh-gaduh, nanti rindu. Jangan sayang-sayang, nanti terkenang. =)

17 November 2009

Got A Call

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

How all of you doing today? So bored and so gloomy today right? Eh! Cakap omputih ni tak boleh nak berpuitis. (Tak pandai sebenarnya). What for today? Alamak tersasul lagi. Hari yang sangat gembira dan mengasyikkan. Dapat panggilan dari orang yang tersayang dari jauh. Menanti khabar sedari 2 minggu yang lalu. Hanya doa dititipkan sebagai perantara kiriman rinduku dengannya. Dan akhirnya. Satu panggilan masuk ke telefon 'antik'ku ini.

**0301 calling**

Hati berkata, peliknya nombor yang menerjah masuk ini. Terus menekan butang hijau lalu bersuara memberi salam pada pemanggil. Cuba teka?! Siapa gerangan yang memanggilku itu? Mama kesayanganku. Waa..Sedih dalam gembira. Rindu teramat pada Mama dan Abah. Hampir dua minggu mereka berangkat menyahut jemputanNya ke tanah suci, baru hari ini aku menerima khabar dan mendengar suara mereka. Rindu. Seronok. Gembira. Oh!

Bercampur-baur akan rasa hati ini. Moga mereka bahagia dan gembira di sana menunaikan hajat yang sekian lama dinanti. 17 November 2009. 10 hari lagi sebelum Aidiladha menjelma. Merayakannya tanpa Mama dan Abah di sisi kami. Tapi, aku sentiasa merasakan mereka ada dekat denganku. Mengekori tiap langkah dan jejakku. Menemani akan setiap tindakanku dan mengawasi agar sentiasa tetap pada jalan yang satu.

Mama dan Abah,
Jangan bimbangkan kami anak-anakmu di sini,
Titipan doa kami kirimkan buat Mama dan Abah,
Moga mencapai hajat yang diimpikan sekian lama,
Sebagai tetamuNya di tanah suci itu.


Kami sayangkan Mama dan Abah.
Done,

Nur Qistina
17 November 2009
3.47 PM

15 September 2009

My Brother

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...
Hah! Apa tengok-tengok? Haha. Just kidding. Cool la. Ups.. Sorry gang. Mengarut pulak. Kesan bergosip malam tadi. Okies. Now aku nak share with all of you guys about my little big brother that i have. Siapa lagi kalau bukan si kecik yang nakal tu : Syamim @ Amim (konon-konon manjala tuh!) Haha. Cerita apa agaknya ya? Teruskan bacaan anda. Chaiyok!! Hehe..
Waktu : Berbuka puasa
Tempat : Meja makan
Suasana: Meriah
Watak: Amim, bla..bla..bla..
Haha. Tak boleh blah setting tempat. Alamak, takde pic nak show to you guys. Later la ye bila i dah update my handphone. (Bila agaknya tu?) My handphone just can received call, SMS and adalah sikit sound system yang agak-agak best bunyinya. Camera? Adeh! Tak mampu nak beli yang canggih-canggih ni. Maklumlah aku ni buta IT orangnya. Haha. Panjangnya mukadimah baru nak masuk isi kan. Okies, back to main point.
Cerita 1
Muhsin: Karang harimau gigit Amim baru tau.
Amim : Amim tak takut pun. Semua kawan-kawan Amim takut. Cikgu pun takut. Amim sorang je yang tak takut. Hari tu Amim pergi zoo.
Kami : Bila Amim pergi zoo?
Amim : Minggu depanla...
Kami : Ketawa masih ingat dunia. Haha..
Cerita 2
Syahmi : Kat sekolah tadi Amim makan apa?
Syamim : Roti John. (Tengah makan roti john time tu)
Syahmi : Cakap la betul-betul.
Syamim : Amim makan roti anggur.
Syahmi : Rasa apa roti tu?
Syamim : Strawberi.
Aku : Aik?? Haha...

18 June 2009

3 In 1




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum kawan-kawan..

Lamanya xupdate blog ni. Rindu plak nak menulis laporan harian. Jika sebelum ni entry lamaku berkisar tentang merisik. Seperti yang telah dijanjikan aku ingin jelaskan tentang siapakah gerangan insan yang dirisik. Pada bulan Mei yang lalu, kami sekeluarga memulakan perjalanan ke negeri Jelapang Padi (Kedah) dengan satu tujuan dan hasrat. Menyunting bunga di taman idaman. Eceh! Ayat sastera pulak.

Day 1

Seawal jam 8.00 pagi kami bertolak menuju ke Kedah dengan rombongan 2 buah kereta. Keseluruhan penumpang seramai..erm..kira jap..1..2..3..15 orang yang mengikuti rombongan ini. Mungkin pada anggapan ramai jumlah tersebut bukanlah satu jumlah yang besar. Tapi bagi keluarga kami yang mungkin sememangnya kecil jumlah tersebut agak besar.

Sekitar jam 11.30 pagi, kami sekeluarga tiba di Perak dengan tujuan untuk menziarahi atuk dan nenekku di sana. Perjalanan di sambung pada jam 1.00 tengah hari. Sepanjang perjalanan ke Kedah, kami terpaksa mengambil beberapa pit stop kerana ada di kalangan ahli keluargaku sakit perut. Nape agaknya dia orang sakit perut ye? Mungkin sebab sarapan pagi sebelum bertolak agaknya.

Alhamdulillah, perut aku tak pula meragam. Mungkin faham akan situasi diri yang penat. Mana taknya, sejurus selepas habis menduduki mid-semester exam, aku terus pulang ke rumah. Dengan tak cukup tidurnya (maklumlah pelajar cemerlang study last minute..=p) aku gagahkan jua diri untuk turut serta dengan rombongan ini.

Dalam jam 8.00 malam kami tiba di Alor Setar. Hampir sejam masa digunakan untuk mencari hotel tempat kami bermalam. Lupa nak bagitau. Malam kami tiba di Alor Setar, di stadium Alor Setar (tak tahu nama stadiumnya) menyaksikan perlawanan bola sepak antara negeri Kedah dan Perlis. Mata jaringan malam tu aku tak ingat. (Banyak sangat nak kena ingat)

Day 2

Morning semua. Aku 7 beradik turun bersarapan di caferia hotel. Maklumlah satu bilik dibekalkan voucher 3 orang untuk sarapan pagi. Memandangkan kami bermalam di 2 bilik ( Bilik bujang dan bilik keluarga), dapatlah 6 orang bersarapan di cafeteria. Yang sorang lagi adik aku yang bongsu tak dikira sebab masih bawah umur. Aku dengan adik-adikku lepak dekat sejam kat situ. Macam-macam yang kami makan. (Tak la banyak sangat pun yang di saji pada pagi tu) Tak silap aku, pagi tu aku makan nasi lemak sepinggan, honey star semangkuk, bubur nasi semangkuk, jus oren 3 cawan, air sejuk secawan...lain-lain tak ingat. Banyak kan aku makan? Time tu je. Tak makan banyak-banyak rugi tau. Dah la bayar mahal.

Selesai sarapan kami bersiap-siap untuk ke Tesco Alor Setar, tempat pertemuan family aku, family tok wan aku+ pak ngah mak ngah dan family kawan baik ayah aku. Kat Tesco juga kitorang setup untuk hantaran. Aku rasa sekarang memang orang biasa setup kat pasaraya terus agaknya. Senang. Agak- agak ada yang tak cukup boleh beli terus.(Ye ke?)

Jumlah dulang hantaran yang kami bawa adalah 5 dulang, dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan. 5 dulang tu merangkumi tepak sirih, buah, kain ela, tuala dan cincin. Hah! Mesti korang pelik kenapa tiba-tiba ada hantaran kan? Sebenarnya hajat family aku bertandang ada 3 (Bertandang/menziarah, merisik dan bertunang). Mudah bukan 3 in 1. Tambahan pula Kedah dengan Selangor jauh. Alang-alang datang jauh-jauh teruskan je 3-3. Jimat dan pantas.

Okay, rasanya dah selesai untuk isu hangat ni. Untuk abang dan kak awin, semoga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. Awal-awal bagi ucapan ni tak pe kan? =)

~Abang and Kak Awin~

~Majilis pertunangan Kak Awin~


Nur: Nanti nak kahwin cari calon dekat-dekat je. Tapi kata orang kalau dah jodoh, lautan api pun ku selam jua. haha.