Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca
28 Mac 2010 merupakan detik bersejarah bagi abang sulungku merangkap the only big brother yang aku ada. Ini kerana setelah berhempas-pulas dengan assignment, kuliah dan pelbagai lagi rutin selaku seorang pelajar, segulung ijazah berjaya dirangkul olehnya. Tahniah atas kejayaannya itu. Memulakan rentetan perjalanannya dalam menempuh kehidupan ini, setelah tamat SPM abangku ini mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Sains di UiTM Kota Kinabalu, Sabah.
Setelah rayuan dibuat, tempat pengajiannya bertukar ke UiTM Arau, Perlis. Genap sebulan memulakan pengajian sebagai mahasiswa, satu tawaran kunjung tiba. Memikirkan tentang masa depan dan kerjaya yang cerah, akhirnya abangku membuat keputusan menerima tawaran tersebut. Maka bermulalah gelaran baru dalam hidupnya sebagai penuntut institusi perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.yang kini lebih dikenali sebagai Institusi Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Genap dua tahun membuat persediaan di sana, abangku kemudiannya berpindah ke Institusi Perguruan Teknik Cheras.
Merupakan batch pertama bagi IPG yang mengambil ijazah pendidikan. Jika tidak, sebelum ini rata-rata guru lepasan maktab merupakan lulusan Diploma atau Sijil. Menyedari akan situasi ini, akhirnya Kementerian Pendidikan menaiktaraf guru lepasan maktab mempunyai lulusan ijazah sarjana muda pendidikan. Menariknya tentang IPG Teknik Cheras ini, sistem yang digunakan selari dengan sistem luar negara (Queensland University of Technology, Australia)
Tahniah diucapkan pada abangku ini atas kejayaannya menceburi dalam profesion perguruan (mengikut jejak langkah mama). Semoga ikhlas dan bersemangat dalam memartabatkan profesion perguruan ini di mata masyarakat. Guru ibarat lilin yang menerangi orang lain. Guru banyak berjasa dan merupakan titik-tolak dalam kejayaan anak muridnya yang bergelar doktor, jurutera dan arkitek. Semoga terus maju dan cemerlang sentiasa.
Nur: Merenung masa depan yang tidak pasti..

No comments:
Post a Comment