Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Teruja rasanya untuk dapatkan buku ini. Mana taknya, nak mengikuti sambungan kisah Amir Mukhlis dan juga Wardah. Di samping itu tidak dilupakan pada teman rapat Wardah iaitu Tasnim. Dalam novelnya pertama Warkah Cinta Berbau Syurga, di penghujung ceritanya, Amir Mukhlis menjalani pembedahan dan Wardah ditahan di wad. Ini yang mampu aku ingat setelah hampir setahun berlalu membacanya.
Aku sendiri tak sangka yang novel ini ada sambungannya. Thank to Imah coz bersusah-payah memenuhi permintaan aku padanya ketika dia berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Aku hanya tahu tentang novel ini apabila aku melayari blog penulisnya. Sungguh tidak sangka akan ada pengakhiran pada kisah Amir Mukhlis ini. Dek kerana tanggungjwab sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester ini, aku menangguh dulu untuk meneruskan pembacaan novel Kala Cinta & Wahyu Bersatu. Tak sabar rasanya untuk mengetahui kisah mereka.
Lagi satu yang aku nak kongsikan di sini. Buku ni yang pada asalnya berharga RM 18 setelah discount 30% (diskaun pelajar IPTA) menjadi RM 12.60. Jadi, pada teman-teman yang berhasrat untuk memiliki buku keluaran PTS, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Gunakan kelebihan anda sebagai pelajar dengan diskaun 30%. Jom berkunjung ke PABKL 2010!!
"Membaca jambatan ilmu. "
Nur: Pengakhiran bukan noktah segalanya...
2 comments:
k.najat,sme2...hehe...
sy da curi bce novel ni ckit2...
x sabar nk tau cternyer..hehe
ape alamt blog a.ubaidillah 2??
nk tgk jgk la...
~imah~ (^_~)
yay!! jom kita baca buku ni..
xsabar nak tau apa yang terjadi
pada balqis yang ditinggalkan,
amir yang semakin sembuh,
tasnim dll..
http://cairostudent.blogspot.com
Post a Comment