26 November 2010

Malaysia Capai Sasaran Emas

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman...

Wah! Malaysia telah berjaya capai sasaran 9 Emas dalam Sukan Asia 2010. Tahniah2x! ^__^ 

Tapi, huk. Huk. Hoki kita tewas di tangan Pakistan dengan 2-0. Oh my. My. Terlepas pulak aku untuk tengok perlawanan akhir hoki ni. Tapi, aku ada baca juga komen-komen tentang permainan yang mereka persembahkan dalam merebut emas ni. Katanya, pasukan kebangsaan seolah-olah tidak begitu bersungguh dalam menentang Pakistan.

Entahlah. Aku nak kome pun tak boleh sebab tak tengok siarannya. Mungkin ada yang boleh kongsikan barangkali? 

Apapun, tahniah kerana akhirnya berjaya merangkul jua pingat walaupun hanya pingat perak. Thumbs up buat pasukan hoki kebangsaan. Moga mutu permainan dipertingkatkan lagi di masa hadapan.

Nur: Mama dulu pemain hoki. ^__^

25 November 2010

Tumbuhlah Gigiku Sayang

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Apa khabar semua? Semoga sihat sentiasa. Hmm. Dah beberapa hari dan nak masuk seminggu dah badan rasa kejap panas, kejap sejuk. Ada sesiapa pernah mengalami gejala gigi bongsu tak? Kata orang tumbuh gigi geraham bongsu ni memang teruk. 

Mungkin aku tengah mengalami gejala seperti ini. Macam dalam entry aku sebelum ni pasal gigi bongsu, bila malam je mula nak rasa sakit. Masa makan memang sakit tapi kena tahan jugakla. Kalau tidak jawabnya tak makan. Bila jadi camni aku dok tumpu gigi belah kanan untuk kunyah. Nak nganga mulut pun tak boleh besar-besar. Bila kunyah kena tahan jugak sakit walau guna gigi belah kanan.

Tadi petang makan roti canai 2 keping. Best. Sebab teringin nak makan. Pelan-pelan je kunyah sebab sakit. Huhu. Sekarang ni bila perut rasa lapar je, pikir dua tiga kali. Makan memang best. Tapi, nak tahan sakit tiap kali kunyah pun best jugak. Nampaknya pasni kena makan bubur je la. Tak payah kunyah. Takpun minum oat je la. Tahan ke aku nak wat camtu? Ngee~

Kalau anda apa akan anda buat? 

Nur: Kau datang dan pergi, oh sakit gigi. Huk. Huk. Bertabah! Ya Allah, sembuhkanlah.

Bila Bicara Soal Hati & Jodoh

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Lama tak berbicara soal hati dan perasaan ni. Tiba-tiba muncul mood nak berjiwa-jiwa. Hmm. Bila menyoroti kisah yang berlaku di era 2008 kadang-kadang aku rasa nak tergelak sendiri ada. Termalu sendiri ada. Tidak percaya juga ada. Nak kata setuju dengan kata-kata 'cinta itu buta' mungkin hanya 20% sahaja berangkali. 

Kalau nak bicarakan soal hati dan perasaan ini, aku bukanlah yang layak. Sebab apa? Kerana pengalaman pun tiada. Eheh! Perlukan pengalaman ke? Rasanya cukuplah dengan 'kisah terlarang' yang pernah berlaku dalam diari hidup aku tahun 2008 dulu. Ups! Jangan salah faham. 'Kisah terlarang itu maksudnya bukan seperti yang anda fikirkan.'

Bila aku tengok balik entry-entry 2008 lama, jiwang jugak minah ni rupanya. Kata teman aku, jodoh tu terkadang datang bila kita tak bersedia. Bila kita langsung tidak mengkehendakinya. Bila kita langsung tidak memikirkannya. Tapi, bila mana kita sangat mengharapkannya, dan mencarinya, langsung tidak kunjung tiba. Aigoo. Mood apakah aku di kala ini?

Kahwin.

Uish! Advance sungguh aku ni. Hmm. Bercakap soal mendirikan rumahtangga ini bukan mudah sebenarnya. Seperti proses memilih teman hidup. Sebabnya, aku percaya semua orang mahukan jodohnya biarlah satu dan kekal hingga ke akhir hayat. 

Kahwin waktu belajar. Ada pros and cons nya. Ada juga blog yang aku ikuti dari saat dia berkawan dengan suaminya dan macam mana sukarnya nak minta izin keluarga untuk kahwin masa belajar. Macam mana nak tunaikan janji mereka bahawa bila dah kahwin bukan satu masalah untuk maintain belajar.

Kadang-kadang, aku kagum dengan pelajar yang berkahwin masa belajar ni. Mana nak manage hal rumahtangga lagi, manage assignments lagi, manage anak bagi yang dah ada zuriat.

Jodoh itu rahsia. Hanya Allah yang mengetahuinya. Siapa. Bila. Di mana. Bagaimana. Semua aturan-Nya.


Menolak jodoh.

Dah ada pilihan di depan mata, tapi buat tak endah. Buat tak faham dan tak mengerti. Aish. Susah betul la cakap pasal cintan-cintu dan soal hati ni.

Nak komen pasal couple sana couple sini. Clash sana clash sini. Aku pun tak tahu nak komen macam mana. Apa kata korang tanya pada yang pakar. Banyak article yang ditulis tentang isu-isu pilihan ramai ni. Aku percaya anda semua lebih arif bukan?

Ada orang jodohnya awal. Ada orang jodohnya lambat. Rezeki dan aturan setiap orang memang berbeza. Ada orang yang kita sangka kahwin awal tapi belum kahwin lagi. Yang kita sangka kahwin lewat sebaliknya. Ada yang bercinta bagai nak rak tapi kahwinnya dengan orang lain. Ada yang tak bercinta terus kahwin.


Kalau tanya aku? Nak jawab macam jawapan artis boleh tak? "No komen."


Apapun, selagi kita belum diakadkan jangan lupa jaga batas-batas pergaulan yang sepatutnya. Dekatkan diri kita dengan Allah Ta'ala, dan mohonlah jodoh yang baik untuk diri kita. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. 

Nota: Main tulis ikut suka je..Serabut je bila baca balik. Layan~

Nur: Oh. Oh, Banyaknya kenduri kahwin. ^__^

Gigi Bongsu, Gusi Bengkak, Terbelah Dua

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman...

Apa khabar anda semua? Moga sihat sentiasa di samping keluarga tercinta. 

Hmm. Hari ni tak berapa nak sihat sangat. Badan cam kejap sejuk panas sejuk panas. Tapi, tabah je buat tak layan sangat. Gagahkan jugak diri. So far, alhamdulillah tekak still tak rasa macam pahit-pahit takmo terima makanan. Makan masih rasa masam, manis dan semua rasa yang best.

Siapa yang pernah rasa tumbuh gigi bongsu? Macam mana rasanya? Oh. Oh. Sekarang aku dalam proses gigi bongsu nak tumbuh. Kat bawah belah kanan. Sebelum ni pernah gak rasa kejap sakit gusi kejap hilang. Adalah dalam 2 tahun dah rasa gitue. Syukur masa exam tak sakit camni. Kalau tak, tak tahu la macam mana nak jawap exam dengan tahan sakitnya.

Aku try rasa-rasa gusi guna lidah, rasa macam gusi terbelah dua. Sakitnya toksah cerita la. Kadang-kadang macam takde pape. Kadang-kadang rasa macam nak guling-guling je sampai hilang sakit. Nak makan pun kadang-kadang payah gak. Tak boleh nak nganga mulut besar-besar. Kalau tak, meraung la jawabnya. Bila gigi dah sakit ni, selera makan pun jadi tumpul. Bukan apa, nak makan kena tahan sakit. Kena tabah dan terus tabah untuk setiap suapan yang masuk dalam mulut.

Tak tahulah berapa lama keadaan nak jadi macam ni. Harapnya cepat-cepatlah gigi tu keluar. Sebelum ni, tak ingat bila. Tak silap aku dalam bulan 7 sebelum puasa, pernah gie check doktor gigi. Siap kena buat X-Ray lagi. Argghh. Mati abes sel-sel dalam badan aku. Huhu. Doktor cakap, gigi bongsu belah kiri memang nak tumbuh, tapi takde ruang untuk keluar. Cara nak selesaikan kes macam ni, melalui minor surgery. Tapi, doktor kata ada side effect. Means lambat nak sembuh luka operation tue. Kalau camni, mau tambah keding aku yang sememangnya tak cukup berat badan ni. Hmm.

Bila tanya abah, selagi boleh tahan sakit, tahan. Aku pun setuju cakap abah. Kadang-kadang sebelum ni, masa tidur rasa macam gigi ditolak-tolak dengan kuat. Kadang-kadang lagi, bila rasa sakit je, aku gigit gigi [ketap gigi] nak bagi hilang sakit. Setakat ni tak pernah amek painkiller lagi untuk tahan sakit. Tabah je. 

Harap sangat sakit ni hilang cepat. Gigi tumbuh dengan baik. Takmo nakal-nakal sampai aku terpaksa tahan sakit yang amat. Sakit gigi ni kadang-kadang bukan takat gigi je sakit, telinga dan kepala pun sakit. Pipi pun tak terkecuali. Apapun, moga dengan ni'mat sakit ni aku dapat muhasabah kembali diri ini. Bertabah!



Nur: Ya Allah, sembuhkanlah.

23 November 2010

Hoki Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Oh! Oh! Daku sungguh teruja mengetahui Malaysia berjaya ke final setelah mengalahkan India 4-3. Wosh! Mantap la skuad hoki kita ni. Petang tadi aku sempat tengok sikit. Wow! Haha.

Masa tu dah separuh masa kedua dan tinggal dalam 20 minit lagi. Uish! Gementar den tengok. Tapi den ternganga gak la tengok masa 2nd gol Malaysia. Cun betul jaringan itu. Ada style...Ngee~

Lagi 5 minit sebelum masa berkakhir terpaksa beransur dari depan TV. Kacau daun tol. Potong stim betul tengah masyuk tengok. Score masa ni 3-2. [India: Malaysia] Masa ni gua dah sedih tau kalau lu nak tahu. Aish! Asyik kena serang je Malaysia. Tapi, keeper Malaysia memang mantap beb! Wa tabik sama lu.

Tup. Tup. Tadi, aku baca status fb member aku kata Malaysia layak ke pusingan akhir. Wah! Happy gua. Ngee~ Senyum sampai telinga tau. ^_____^

Apa lagi, terus aku guna khidmat Datuk Google untuk sahkan berita ni. Yes! 4-3. Dalam masa tambahan berjaya tambah mata yang sebelum ni seri. Wah! Jom kita tengok sama-sama lusa [hari Khamis jam 7.30 malam] Malaysia menentang Pakistan. Ayuh! Hah! Tengok sukan tengok jugak. Solat Maghrib jangan terbabas pulak.



Hidup Malaysia. Malaysia boleh!

Nur: Apa pasal entry ni banyak benor kata ganti nama? Haha. Layan~

Makan dan Makan. Yay!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Dah makan? Hehe. Jangan makan lewat-lewat malam ni. Tak baik untuk kesihatan anda. Hari ni hari makan sedunia. Ngee. Tambah berat badan. Huk. Huk.

Seperti biasa, bangun pagi je terus masuk dapur siang bahan-bahan untuk masak menu tengahari. Stok daging masih ada. Oh! pening dah makan daging banyak sangat. Huhu. Aku hanya sediakan bahan-bahan saja. Yang masaknya mama.

Usai masak, makan. Yummy! Daging kicap + sayur kobis.

Petangnya konon-konon nak pie Jaya Jusco Bukit Tinggi. Last-last mama ajak pie makan kat Muara Ikan Bakar. Oh. Makan lagi. Penuh perut den dengan macam-macam juadah. Alhamdulillah.

Lepas habis makan, terus pie JJ seperti yang direncanakan. Syok gak JJ Bukit Tinggi ni. Besor bebenor. Tak dan nak round semua tempat. Pie round je la. Nak membeli lalu membelah enggak ada ongkosnya. Ah! Tak syok betul jadi penganggur kehormat ni. Ada kerja kosong untuk aku? Hehe.

Pastu makan lagi. Adik aku sorang lagi sibuk nak makan pizza. Order Dominos via phone. Pie amek kat kedai. Balik dan makan. Makan lagi dan lagi. Fuhh! Konyang den. Makan untuk hidup ke, hidup untuk makan? Hehe..=p

Erk. Malas nak taip dah. Sampai sini je. Tarak ada 'angin' nak taip panjang-panjang. Pasni nak masuk entry madah pujngga pulak la. Ngee~

Selit kisah adik Syamim..

Syamim: Abah, tak takut ke lalu kat sini. Amim nampak lembaga.

Hoho. Sejak dia mula baca buku cerita ni, banyak kosa kata baru yang dia belajar. Perkataan Lembaga tu hasil bacaan buku Lembaga di Kebun Sains. Ada siapa-siapa pernah baca buku ni? Ngee. Aku pernah!

Hah! Siapa tahu apa maksud lembaga? Ada berapa maksud yang boleh dimaksudkan. [apa jenis ayat da aku tulis ni. layan~]

Nur: Makan. Makan. Makan. Alhamdulillah...

21 November 2010

Kahwin Sana Sini

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Wah! Sibuknya orang musim cuti sekolah ni. Bila cuti sekolah bermula, maka ramailah orang akan mendirikan rumahtangga. Tak gitu. Asal cuti kahwin. Asal kahwin je cuti. 

Kalau tengok kad jemputan kat rumah tu, banyak bebenor. Dalam satu hari sampai 3 hingga 4 jemputan. Jenuh makan kenduri ni. Hehe. 

Semalam ada sorang member satu sekolah kahwin. Tapi, tak dapat pie. Maklumlah aku ni penumpang je. Kalau drebar tak dak tak pergi la jawabnya. Sebelum-sebelum ni aku dok ajak adik bawah aku jadi drebar pie kenduri kawen kawan-kawan aku. Bila dia tak dak, tak dapat la aku nak pie.

Next time aku kena jadi drebar untuk diri sendiri la pulak. Senang sikit. Betul tak? Arggh. Lesen dah 'besar', tapi stereng keta tak pernah pegang dah. Tensen. Tensen. Nanti bila nak mula pegang stereng dan memandu semula mesti susah kan? Tu la, lenkali pas dapat lesen bawak keta terus. Jangan dok wat pekasam lesen tu. Huk. Huk.

Minggu depan ada 2 majlis. Sorang akak kat tempat praktikal yang juga akak senior sekolah. Satu lagi jemputan, abang kepada kawan satu universiti. Moga-moga dapat penuhi undangan ini. Jom kita pie kenduri! ^__^

Nur: Ada sape-sape lagi nak jemput aku pie kenduri kawen?

Cuti Oh Sepang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua...

Wah! Sekarang dah mula cuti sekolah kan? Mesti ramai dah merencana nak pergi bercuti dengan keluarga masing-masing. Ada yang pie Cameroon, ada yang pie Langkawi, ada yang dalam negara, ada yang luar negara. Waaa. Jeles2x! Nak pie jugak. 

Ingat lagi tak entry aku sebelum ni? Nak Bercuti Tapi Kat Mana? Tiba-tiba dapat tau mama kena jaga exam SPM selama 14 hari. Kacau. Kacau. Baru je nak rancang bercuti dan dolan-dolan kat Malaysia ni. 

Agak-agakla kan, kalau nak bercuti, kat mana yang ada tempat shopping, makan best, pemandangan cantik. Pendek kata semua mantaplah. Dan juga jimat kos. Hehe. Wajib la jimat kos. Selaku rakyat Malaysia yang berhemah dalam berbelanja. Tak gitu?

Sekarang ni aku tengah lelepak kat Sepang. Oh. Oh. Hujung dunia sungguh daerah Sepang ni. Dari rumah nak ke sini hampir 2 jam. Kiri kanan jalan sangatlah bosan pemandangannya. Huk. Huk.

Kepada orang-orang Sepang, apa yang menarik tentang Sepang ni eh? Selain dari F1?

Nur: Brrr...Brr..Sejuknya...

20 November 2010

Badminton Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Tengah buat apa tu? Baru sudah tengok perlawanan akhir Malaysia menentang Indonesia ke? KALAH. Waa. Sedih. Sedih. First set menang. Second set sengit tapi kalah. Third set separa sengit tapi kalah juga. Hmm..

Takraw pun kalah dengan Thailand. Oh. Oh. Pingat perak yang banyak. Emas?? Hmm...

Kini harapan pada Datuk Lee Chong Wei. Bagaimana? Saksikan nanti.

Nur: Kecewa. Bawak diri.

Hari Jalan-Jalan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Tengah buat apa tu? Makan rendang daging ke? Hehe. Sebut pasal rendang daging, akhirnya daging-daging yang banyak itu dibuat rendang. Itu pun abah aku yang cadangkan. Sebab katanya nanti boleh makan dengan roti. Agak-agak nak lagi best, keringkan betul-betul buat serunding. Hah! Amacam? Dah kenyang makan daging semua? Ngee.

Korang ada dengar berita pasal Mekah banjir tak? Tak tahulah kan. Menurut abah aku masa nak balik rumah usai tamat waktu kerja, dia dengar radio ada kata pasal Mekah banjir. Harapnya para jemaah haji di sana selamat. 

Hari ni hari jalan-jalan sedunia. Yay! Suka2x. Dalam pukul 6.00 petang kami keluar rumah. Cadangnya nak ke 1 Utama. Entah nak buat apa kat sana aku pun tak tahu. Tup. Tup. Lepas je daripada flyover menghala ke Sunway Piramid jammed. Baca kat papan kenyataan [apa nama tah yang ada keluar-keluar tulisan] melaporkan jalan raya sesak hingga ke simpang Cheras. Terus cancel nak pergi 1 Utama.

Sudahnya abah masuk jalan menghala ke PJ. Masa ni dah nak hampir masuk waktu manghrib, terus kami menuju ke Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer. Menurut abah, masjid ni best sebab parkingnya ada bumbung. Hehe. Kebetulan hari nak hujan. Masa sampai kat masjid masih awal lagi. Baru 6.49 petang. 

Usai solat maghrib pergi makan A & W kat Petaling Jaya. Yuhuu. Best2x! Gendang-gendut tali kecapi. Kenyang perut senang hati. Lepas makan terus menuju pulang ke Shah Alam. Sampai je Shah Alam terus singgah Masjid Negeri dan tunaikan solat isya' di sana. Pastu abah tanya nak pergi mana lagi. Mulanya adik-adik semua nak pergi Shah Alam Mall. Tapi, dah pukul 8.50 malam. Dah nak tutup shopping complex. Last-last pergi Giant Seksyen 13.

Beli kobis, bendi, dan macam-macam lagi sayur-sayuran. Kata nak hidup dengan sihat. Mestlah makan sayur dengan banyaknya. Huahua. Lepas tu, balik rumah. Sekian hari jalan-jalan. Haha. Cam karangan budak nak UPSR je bila aku baca balik. Layan~

Isu daging lagi. Esok cadangnya nak masak daging goreng. Tapi, esok dan lusa ada kenduri kahwin di beberapa tempat. Terus cancel. Huahua. Sok pagi makan roti dengan rendang daging. Tengahari makan kat kenduri kahwin. Ada 3 tempat. Malam?? Makan angin je. Cukupla kan? Hehe. =p


Ni nak cerita pasal Adik Syamim.

Mama: Amim nanti bila besar agak-agak jadi apala ya?

Syamim: Jadi penggembara.

Mama: Bukan penggembara tapi pengembara. 

Oh.Oh. Sejak dia mula membaca ni, banyak perkataan-perkataan yang superb digunakan. Moga adikku ini menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Go Amim! Tomoi jom. =p

18 November 2010

Daging Masak Apa Ya?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Salam aidiladha. Wah! Sebentar cuma cuti Raya Haji ni kan. Masing-masing dah kembali bekerja, bersekolah dan menjawab exam. Kenapa tak macam Raya Puasa eh? 

Hah! Pasti kat rumah kalian tengah ada stok daging yang fresh. Bak kata orang 'terbaik dari ladang' kan? Jadi, menu daging apa yang kwan-kawan masak untuk daging korban tersebut? 

Daging kicap?
Daging singgang?
Daging masak merah?
Daging bakar?
Daging goreng?
Daging goreng berlada?
Daging kurma?
Sate daging?

Banyaknya masakan boleh buat dengan daging kan. Ni aku tengah cari resipi yang best nak masak daging korban ni. Ada cadangan tak nak masak apa daging ni selain masakan di atas?

Daging, daging jugak. Tapi, kesihatan jangan dilupa ya. Siapa yang ada darah tinggi tu, kolestrol yang tinggi dalam badan, beringat la makan ya. Jangan kerana daging kesihatan diabaikan.

Ni nak cerita pasal Adik Kecik aku Adik Syamim.

Semalam berhenti kat RnR Seremban dalam perjalanan pulang menghala ke rumah.

Abah nak pergi beli kacang kuda kat stall kecil berhampiran. Tiba-tiba adikku bersuara,

"Abah, kitorang dah makan la kacang kuda tu."

"Ceq ni. Sibuk je. Bukan abah beli untuk ceq pun," kata adikku sorang lagi padanya.

Macam-macam betul budak kecik sorang ni. Lepas dia makan kacang kuda je terus cakap macam ni.

" Amim nanti lari laju macam kuda. Tedekut. Tedekut. Tedekut."

Sekarang ni budak kecik ni tengah sibuk makan nasi. Semalam, tak berhenti-henti makan. Mula-mula makan bihun sup kat Melaka. Lepas tu, makan kacang kuda. Minum ice-blended. Makan kuew teow goreng. Makan kacang kuda lagi. Makan je kerjanya. Badan memang kus semangat.
" Hah! Jom kita tomoi," kata adikku sorang ni.


Soalan: Tomoi tu sukan apa eh?Ada ke iklan atau cerita kat TV yang dok sebut pasal tomoi ni? Heran aku mana budak kecik ni belajar.

17 November 2010

Sebuah Perjalanan Kini Bermula


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Wah! Akhirnya berjaya juga mengupdate entry baru. Rasa macam dah lama tinggalkan blog ini. Walhal baru sehari. Sehari bagai setahun lamanya. Aigoo. Bermadah pujangga pulak.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Hah! Bagi yang ada darah tinggi tu, janganlah makan daging banyak sangat tau! Makan daging memang nikmat, tapi bila darah naik nanti,err..err..nikmat jugak ke?

InsyaAllah, jika aku dapat belas ehsan wi-fi di kawasan sekitar, blog ini akan berupdate. Rumahku tiada jaringan internet. Huhu. Bila tiada ihsan wi-fi, terbiar sepilah blog ini tanpa tuannya. Tapi, harapnya janganlah terbiar sepi tanpa pengunjungnya.Ngee. 

Oh Ya! Lupa aku nak bagitahu. Kawan-kawan yang gemarkan akan Giveaway dan seumpamanya, bolehlah join GA daku yang pertama di GIVEAWAY BICARA KASIH. Moga anda bertuah! ^__^

Sekarang ni aku sedang bercuti-cuti Malaysia dan bermalas-malasan di rumah tercinta. Hehe. Sambil jadi 'bibik' sepenuh masa. Oh. Oh. Tak lupa juga sedang memantapkan skill masakan yang sebelum ni hanya tahu masak air, goreng telur dan juga masak Maggie.[Ini sedikit benar] =p

Lain-lain update, tunggu result exam akhir semester yang akan keluar awal bulan Disember. Berdebar-debar jantungku! Doakan aku ya kawan-kawan. Di samping itu juga, sedang mencari-cari kerja. Haruslah kena cari sumber pendapatan sendiri kan?. Takkan selamanya nak mengharapkan Pa & Ma. 

[Ada kerja kosong untuk aku? Hehe. ]

Selai itu, memenuhi undangan perkahwinan di kalangan jiran tetangga, rakan-taulan dan juga sahabat-handai. Majlis aku? Haha. Jangan ditanya. Sampai seru nanti aku undang kalian ya.Aigoo...

Oh. Oh. Sungguh tidak tersusun update kali ini. Tidak mengapalah kan? Sampai di sini sahaja. Hingga bertemu lagi dalam entry yang akan datang.


Nur: Sebuah perjalanan menuju destinasi yang abadi kini semakin mencabar. Moga terus teguh dalam prinsip sebuah kehidupan itu. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin~

15 November 2010

Alhamdulillah. Pengakhiran Di Sini.


Bismillahirrahmanirrahaim..

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman..

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di bumi bertuah ini. Taman Ilmu dan Budi akan tersemat di dalam hati. Menjadi memori tempat jatuh bangun dalam menggenggam segulung ijazah. Oh! Bakal merindui bumi bertuah ini.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat para pensyarahku yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu dan bakti demi melahirkan pemangkin masa hadapan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malahan juga dari segi sahsiah dan peribadi. 

Buat teman-teman yang tidak putus-putus menjadi pendorong semangat dan sentiasa berada di sisi apabila diri memerlukan. Terima kasih atas jalinan persahabatan ini. Atas aturannya kita bertemu, dan atas aturannya juga kita berpisah. Namun kenangan bersama kalian tersemat di hati hingga ke hujung hayat.

Khusus buat mama, abah, adik-beradikku dan ahli keluargaku seluruhnya, yang sentiasa menyokong apa jua keputusan yang aku ambil. Tak putus-putus mendoakan kejayaan anakmu ini. Terima kasih mama dan abah. 

Tidak lupa juga buat segala 'kisah kasih' yang menjadi warna-warni kehidupanku di Taman Ilmu dan Budi. 

Di sinilah aku belajar erti kehidupan yang sebenar dalam semua segi.

Akhir kalam, semoga kita sentiasa bersyukur dan menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Kejayaan adalah satu perjalanan dalam kehidupan ini menuju destinasi hidup yang abadi.

Salam sayang,

Nur Qistina
1.04 PM
Kamar sepi nan indah
(Selamat tinggal)


14 November 2010

Terima Kasih Laman Sosial Facebook

Bismillahirrahmanirrahim...

Update entry sepantas mungkin sebelum menapak ke library. Oh. Oh. Terima kasih Facebook. Awalnya aku mengajak temanku ke library untuk study di sana. Kemudian dia bertanya pada aku.

"Buka ke library hari Ahad?"

"Jap eh. Check kat website"

 Terus aku masuk website library Taman Ilmu dan Budi. Nampak sahaja join us at Facebook butang like ditekan.

Di wall page library 'These Saturday & Sunday are still within the exam week. So the Library will be opened until 10.45pm. We are still here for you..'

Buka! Lega. Terus aku mesej temanku.

Terima kasih laman sosial Facebook.

Baiklah. Sekarang mahu bersiap. Jumpa lagi esok hari. Doakan kejayaan aku kawan-kawan.

Hening Malam

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Sukar sungguh mata ini ingin lelap. Sudah dua jam bergolek ke kiri ke kanan sedari jam 11.00 malam. Ah! Ini tidak boleh jadi. Lantas aku buat keputusan menyambung kembali menelaah pelajaran. Satu kertas lagi yang tinggal. Ya. Perjuangan yang terakhir sebelum mengucapkan salam terakhir buat bumi Taman Ilmu dan Budi ini.

Sambil ditemani radio IKIM dengan lagu yang bertajuk Keheningan Malam nyanyian kumpulan nasyid tanah air Hijjaz, hati ini tiba-tiba terusik menghayati liriknya. Lirik yang cukup memberi makna. Agar diri ini sentiasa dalam pimpinan Allah s.w.t. Agar hati ini sentiasa di dalam rahmat dan redha-Nya.

Tadi, aku terbaca status seorang teman di laman sosial Facebook:-

Takut tengok kisah gunung merapi tu. Bayangkan,asap dan abu dari gunung tu je boleh membunuh. Tak tahulah nak imagine azab api neraka mcamana.hu. asap kat dunia pun dah seksa!Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu.

*Sekarang tengah hujan beserta guruh dentum2 dan kilat sabung menyabung. Takutla pulak...*


Teringat satu hari bumi Taman Ilmu dan Budi ini dilanda hujan yang lebat. Kilat sabung-menyabung. Awalnya langit yang kelihatan gelap sedari jam 3.30 petang itu, gayanya seperti mahu hujan. Namun, tidak jua turun. Sudahnya jam 4.45 petang mula-mula renyai dan lama-lama makin lebat. Langit yang awalnya sedia gelap bertambah hitam. Seolah-olah hari sudah malam. Kilat sabung-menyabung.

Siapa kat sini yang bila kilat sabung-menyabung tidak berasa takut walau sedikitpun? Mesti ada terselit rasa gentar itu walau sedikit cuma bukan?

Sebut tentang kisah Gunung Merapi di Indonesia, abu dan asap yang berterbangan itu mampu membunuh manusia. Itu baru abu dan asap di dunia. Jika di hari pembalasan nanti? Wallahua'lam.

Seharusnya kita bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus melalui kehidupan di dunia ini. Andai kita merasakan hari yang telah kita lalui ada keterlanjuran yang kita lakukan, segeralah bertaubat kepada-Nya memohon keampunan padanya. 

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Taubat
Opick - Taubat 

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

Sukar Tidur?

 Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca...

Kali ni nak berkongsi sedikit tips tentang sukar tidur malam..

RAMAI orang yang merungut kerana sukar untuk tidur. Telah puas mata cuba dipejamkan, namun masih tidak boleh terlelap juga. Kadang-kadang sehinggakan pening dibuatnya kepala kerana kegagalan untuk melelapkan mata. Apakah puncanya? Bagaimana langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini?

Terdapat beberapa sebab kesukaran untuk tidur. Antaranya:

1) Tidur yang berlebihan pada waktu siang.
2) Minum minuman yang berkafein secara berlebihan.
3) Memakan makanan berat sebaik sahaja sebelum tidur.
4) Masalah harian sehingga terbawa-bawa ke tidur.
5) Gangguan luar seperti bunyi bising e.g dengkur.
6) Keadaan persekitaran seperti cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk.

Beberapa langkah untuk mengatasinya:

1) Pastikan tidur pada waktu yang telah ditetapkan.
2) Jauhi minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam.
3) Tetapkan waktu yang sesuai untuk bangun pagi.
4) Berlatih untuk tidur dengan teratur setiap malam.
5) Pastikan tempat tidur adalah selesa (tidak terlalu sejuk atau terlalu panas)
6) Membaca adalah lebih baik daripada menonton televisyen.
7) Masalah sukar untuk tidur adalah masalah yang kerapkali berlaku. Oleh itu, cuba tidur hanya jika benar-benar mengantuk.
8)Terdapat juga sesetengah yang mengambil ubat tidur seperti alprazolam, clonazepam, midazolam dan banyak lagi. Pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat tersebut.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu kita semua. Salam muhibbah dari saya.

SUMBER

Teringat masa 2008 dulu, sir FIE aku pernah bagi beberapa sebab-musabab tentang kesukaran tidur. RUJUK SINI

Nota: Scheduled post.

13 November 2010

Lagu: Cinta Kain Putih


Putra II (Bob Ramada)
Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...
 
Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian

Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...

Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa

Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur

Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi

Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum ditaman hati
Kau hilang dan semakin jauh
hujung dunia kita berjumpa

Kuiz: Isi Tempat Kosong Anjuran PTS

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca...

Anda semua pasti kenal tentang PTS. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menerbit dan mengedar pelbagai kategori buku dalam bahasa Melayu.

Terdapat peluang untuk anda memenangi buku daripada PTS hanya dengan mengisi tempat kosong.

Kuiz: Isi Tempat Kosong

'Lebih Teruja, Lebih Ribut dan Mengocak Minda'

Cara-cara Menyertai
Jadi ahli Facebook PTS. Layari http://www.facebook.com/bukupts/
 Lengkapkan tajuk buku PTS yang dipaparkan di Wall Facebook PTS.
 Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan pantas.

Contoh Soalan
S_M_N_S   T_RT     _ER_
  Pembayang: Novel remaja. Penulis wanita.

Jawapan: SEMANIS TART CERI

Hadiah
1. Hadiah berupa sebuah buku terbitan PTS yang bernilai RM20.
2. Pemenang boleh memilih mana-mana tajuk buku untuk dipos.
3. Caj pos penghantaran ditanggung oleh Jabatan Pemasaran PTS.

Untuk maklumat lebi lanjut sila layari Kuiz: Isi Tempat Kosong.

Kuiz peraduan berlangsung selama 5 minggu bermula 25 Oktober sehingga 26 November 2010.

Semoga berjaya! ^__^

12 November 2010

Semakin Sunyi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Oh. Oh. Bumi Taman Ilmu dan Budi yang baru dibasahi air hujan ini semakin sunyi. Tadi, baru lepas dinner kat cafe. Tak ramai yang ada seperti selalu. Sekejap je dah siap order. Hmm. Ramai dah habis exam gamaknya. Oh. Oh. Semangat tolonglah hadir. Hanya satu lagi paper yang tinggal. InsyaAllah, you can do it! 

Dalam terang aku sembunyi
Dalam sembunyi aku menyepi
Dalam menyepi aku mencari
Dalam mencari aku ternanti
Dalam ternanti aku tersenyum

Oh! Indah sungguh caturan hidup ini. 

Ayuh! Semangat buka buku dan menelaah dengan jayanya. Sesungguhnya barangsiapa yang ingin mengecapi kejayaan haruslah berusaha dengan semaksima yang mungkin. Seterusnya serahkan segalanya pada Allah dan bertawakal kepada-Nya.

Untuk mereka yang bakal menduduki exam Mtest dan juga PTD, selamat maju jaya untuk anda. Berusaha!

Usaha tangga kejayaan.

 Gambar sekadar hiasan

Kenangan: Membantu Mangsa Banjir

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca...

Hari ini aku bersyukur kerana terus diberi ruang dan peluang menjalankan tanggungjawab selaku seorang khalifah di muka bumi ini. Merangkumi tugas selaku seorang anak, kakak, adik, sahabat dan juga pelajar. Ya Allah, terima kasih atas nikmat usia yang diberi ini. Sedikit terkilan bertapak di hati kerana tidak dapat bersama-sama dengan teman seprerjuangan untuk menabur bakti pada mangsa-mangsa banjir di Kedah. 
.
Tidak mengapalah. Mungkin peluang ini bukan milik aku. Berilah peluang pada adik-adik yang baru mengenal erti kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Aku percaya pasti banyak pengalaman dan kenangan akan ditimba oleh adik-adik yang berbakti pada mangsa-mangsa banjir di Kedah.Takziah aku ucapkan pada mereka yang terlibat dalam bencana banjir di Kedah baru-baru ini. 

Mengimbau kisah tentang banjir ketika berusia 10 tahun ke 12 tahun (aku kurang pasti usia ketika itu), yang mana kawasan taman perumahanku dilanda banjir berpunca dari hujan yang turun tidak berhenti-henti sedari pagi. 

Apa yang aku ingat, permainan Saidina yang mama dan abah hadiahkan rosak kena air banjir. Permainan Saidina itu merupakan hadiah atas kejayaan aku dalam peperiksaan. Sekarang semuanya tinggal kenangan. Saidina oh Sadina.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga tidak. Saidina ni ala-ala permainan Jutaria. Permainan yang mencabar kewibawaan anda sebagai seorang hartanah. Eceh! Hiperbola sungguh perumpamaan aku.

Mengimbau kembali kenangan menyertai pasukan Relief Team Taman Ilmu dan Budi bersama-sama rakan seangkatan yang lain. Seawal jam 4.00 pagi kami harus berkumpul. Awalnya merancang untuk bertolak seawal jam 4.00 pagi. Namun,  disebabkan  pemandu bas menanti pemandu bas yang tersesat perjalanan ditangguh ke jam 5.30 pagi. 

Disebabkan semangat yang berkobar-kobar untuk meyertai pasukan Relief Team ini, malam sebelum bertolak, aku sukar untuk melelapkan mata. Temanku, Fara turut serta dalam misi ini bermalam di kamar sepi nan indahku. Sekitar 1.00 pagi barulah aku berjaya melelapkan mata.

Memulakan perjalanan pada 5.30 pagi, akhirnya pemandu bas berhenti di Hentian Rehat dan Rawat Genting Sempah untuk menunaikan solat Subuh. Usai menunaikan kewajipan seorang hamba, perjalanan diteruskan. Destinasi yang ingin dituju adalah ke Maran, Pahang.

Selebihnya, biarkan gambar bercerita.






Sukarelawan mangsa banjir







11 November 2010

Nota Untuk Awak

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Waktu aku tengah taip entry ni, hujan turun dengan lebatnya di bumi Taman Ilmu dan Budi. Moga selepas hujan reda nanti pelangi akan muncul.

Tak tahu nak mulakan dari mana. Biarkan patah kata menari-nari tanpa rentaknya. Tak tahu la nak kata kalau-kalau aku yang terlebih 'rasa hati'. Tak tahu juga kalau-kalau nak kata aku terasa hati atau apa. Mungkin betul kata orang, kadang-kadang gerak laku kita tak sama dengan apa yang yang kita katakan. Kata hati tidak ada apa-apa yang berlaku. Tapi gerak laku jelas menunjukkan sesuatu sedang berlaku.

Hmm. Mungkin. Mungkin aku yang terlebih ambil hati. Kadang-kadang aku cuba jujur dengan perilaku diriku.


Kata abah:

Kalau aku marah atau terasa tentang sesuatu, aku banyak diam. Tapi, airmuka toksah cakaplah. Cemberut je memanjang. Muncung tu agak boleh kira mau panjang sedepa.

Entahlah. Tapi, betul juga. Kalau ada sesuatu yang terbuku di hati, kadang-kadang mampu menggugat ketenangan diri. Macam ada 'sesuatu' yang mengekori. 
Pada awak yang saya tahu akan baca nota ini, terima kasih atas mesej awak. Saya terusik dengan kata-kata yang awak nukilkan buat saya. Mungkin saya juga bersalah dalam hal ini. Tak mengapalah. Perkara kecil saja. Saya yang terlebih ambil hati. Walhal takde apa-apa pun sebenarnya. Saya pun minta maaf juga. Mungkin dua kali terserempak saya hanya mampu senyum tanpa berkata-kata apa-apa. Jujurnya saya marah dengan diri saya sendiri kerana tak mampu nak tegur awak seperti sebelum ni. Aneh bukan jika kita bicara soal hati ini. Terima kasih atas doamu itu. Semoga persahabatan kita takkan kurang walau sedikitpun malah bertambah erat dari sebelumnya. Terima kasih atas persahabatan ini.






Tiba-tiba aku teringat suatu masa dahulu. Satu surat pernah aku karang untuk seseorang. 



Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,

Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu.

Sahabatku,

Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.

Sahabatku,

Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.

Sahabatku,

Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?

Sahabatku,

Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.
Sekian dariku.

Al-Mukhlisah,
~Sahabatmu~




Sahabat, walau di mana pun berada, walau di zaman manapun dilalui takkan pernah berubah.


Nur: YA ALLAH, terima kasih atas anugerah sahabat disisiku.

10 November 2010

Ekspo Go Mobile 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

1 message received

Terus aku buka kotak mesejku.

SKMM- Datanglah beramai-ramai ke Ekspo Go Mobile 2010  yang akan berlangsung dari 12-14 November 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Amacam! Menarik bukan? Pastu aku terus Google tentang Ekspo ini. Dapat tentang berita ini dari Bernama Ekspo Go Mobile.

InsyaAllah kalau takde aral rasa-rasanya macam ingin turut serta meninjau-ninjau di sana. Pameran tentang telefon. Ada Muzium Telefon tak silap aku.


GoMobile  since 2008 is a unique mobile lifestyle event that caters both to consumers and the industry has been educating and inspiring Malaysians.

Since its launch, GoMobile has grown into the most exciting mobile lifestyle event in the region, one that celebrates the mobile lifestyle.


GoMobile is 3-events-in-1, namely the GoMobile Expo, the GoMobile Conference and the Mobile World Star Awards Party.


More than 100,000 people visited the GoMobile Expo in 2008 and 2009.


The expo saw the participation of all major phone brands and mobile service providers.


The GoMobile Conference was graced by Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.


The Mobile World Star Awards & Gala Dinner was graced by Deputy Information Communication and Culture Minister, Datuk Joseph Salang. Both events saw the full participation of the industry and regulators.


GoMobile 2010, like previous years has the support and endorsement of Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) and Multimedia Development Corporation (MDeC) as Strategic Partners of GoMobile.

Aku pun tak tahu sangat pasal apa event ini. Tapi, nampak menarik. Mungkin ada siapa-siapa yang tahu boleh kongsikan bersama.

Result UPSR Diumumkan Esok

Bismillahirrahmanirrahim...

Tadi aku tengok kalendar meja atas meja study aku. Esok 11 haribulan keputusan UPSR keluar. Mesti adik-adik tahun 6 sedang berdebar-debar menantinya. 


Maka debaran itu pun bermula.

Bagi adik-adik yang menduduki UPSR sejurus selepas cuti Raya Aidilfitri yang lalu, mesti tak putus-putus berdoa agar mencapai 5A. InsyaAllah. Usaha tangga kejayaan. Adik-adik telah berusaha. Nantikan jawapan atas usaha adik-adik esok.

Sebut pasal adik-adik darjah 6 ni, teringat aku pada adik-adik SK Seri Puteri Negeri Sembilan. Masa tu, aku turut serta dalam program Kem Smart Solat. Menariknya tentang sekolah ini semua pelajar adalah pelajar perempuan. Dah nama pun SK Seri Puteri bukan?



Tak lupa juga pada adik-adik hero akak kat SK Temenggong Abdul Rahman, Johor Bahru. Kat sekolah ni pulak, pelajarnya semua lelaki.



Untuk adik-adik akak, akak doakan adik-adik semua berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR. 

Oh! Tiba-tiba rindu nak turun program sekolah.

Dan akhirnya khusus buat adikku Ahmad Syahmi yang pastinya sedang berdebar-debar sekarang ni. Wish you GOOD LUCK my dear little brother.

Exam oh Exam

Bismillahirrahmanirrahim..

Petang satgi aku ada paper Quality Management. Paper yang ke-4. Maknanya lepas ni akan tinggal satu lagi paper dengan gap 4 hari. Paper akhir pada 15 November 2010. Kemudian, bakal pulang ke rumah. 17 November dah raya haji. Wosh! Kejap betul masa berlalu kan?

Aku rasa macam baru semalam je masuk tahun 2010. Baru semalam aku tiup semangat dalam diri untuk teruskan perjuangan di Taman Ilmu dan Budi ini. Bersedia atau tidak untuk exam petang nanti? Hmm. 90 % je kot. Yang lagi 10% tak tahu pergi mana. 

Semalam mama telefon. Aku tengah study. Habis Chapter yang ke-4. Tinggal lagi 2 Chapter untuk dikhatam. Aneh bukan bila nak exam mampu je nak khatamkan Chapter yang banyak itu. Kalau tidak. Jangan haraplah. Teringat kata-kata abah. Belajar untuk faham dan tahu. Bukan untuk exam. Tapi, nak buat macam mana. Dari kecik sampai besar dah kenal dengan exam. Jadi, tak boleh nak buat apa la kan. Tak baca tak boleh buat. Dah baca, insyaAllah mudah la nanti.

Bila aku mula baca satu demi satu bab. Makin menarik rasanya. Banyak term yang sebelum ni aku tak pernah dengar. Ada yang kelakar ada yang nak terbelit lidah pun ada. Kalau aku cakap macam baca novel mesti korang tak percaya punya kan?

Mesti pelik bukan? Nak exam petang nanti sempat lagi tulis entry. Blog ni dah jadi macam diary aku dah. Tumpang internet tengah okay dan laju ni, apa salahnya bukan? Nanti dah balik rumah, tak tahu boleh update ke tak. Maunya bersarang blog aku ni. Harapnya ada connection la kat rumah nanti.

Cerita pasal exam lagi. Ni exam yang terakhir aku duduki sebagai pelajar undergraduate. Berazam untuk buat yang terbaik. InsyaAllah. Nak kata tak sabar nak habis exam tak juga. Oh ya! Ni kali pertama aku habis exam lambat. Sebelum ni, aku la yang paling awal habis nak dibandingkan dengan roomateku yang lain. Tak apalah. Boleh aku hayati saat-saat terakhir bergelar pelajar bukan? 

Exam oh exam..
Doakan aku dipermudahkan dalam menjawab exam ya petang nanti. Terima kasih atas doa kalian.





Done, 

Nur Qistina
9.14 AM
Kamar sepi nan indah

09 November 2010

Bermain Dengan Kata

Bismillahirrahmanirrahim..

Tidak tahu tajuk apa yang harus aku namakan untuk hari ini. Lantas aku pilih 'Bermain Dengan Kata' sebagai tajuk entry.

Sayup-sayup kedengaran bacaan Imam dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah mengimami solat Isya' pada hari ini. 

Bacaannya yang sayu menusuk hatiku yang mendengarnya dari jauh. 

Hari ini, aku ingin bermain dengan kata. Kerana apa, dari kata-kata yang dicoretkan inilah yang menghubungkan aku dengan kalian.

Jujurnya, aku bukanlah seorang yang pandai mengarang apatah lagi menukilkan madah bicara yang indah. 

Apa yang aku coretkan di sini, semuanya terus dari hati kecil aku. Mungkin ada yang mengenaliku sebagai seorang yang sukar untuk bercerita. Mungkin juga yang mengenaliku sebagai seorang yang perahsia. Mungkin juga mengenaliku sebagai seorang yang periang dan ceria.

Ya. Itulah aku. Dalam satu-satu masa aku boleh menjadi seorang yang sukar bercerita, seorang yang perahsia dan juga seorang yang periang dan ceria. 

Kata temanku, hidup ini ibarat roda yang berpusing. Kadang kita di atas. Kadang kita di bawah. Tatkala berada di atas, harusnya bumi yang dipijak itu diperhati sejenak. Tatkala berada di bawah, pastinya langit yang di atas akan didongak. 

Esok hari aku bakal kembali berperang di medan perjuangan. Sebatang pen jadi senjata perjuangan. Tidak dilupa dengan segenggam azam dan secedok ilmu yang telah aku timba sepanjang semester ini berlalu. Juga sebakul doa yang dititipkan oleh mereka yang mendoakan kejayaanku.

Hanya itu sahaja kata-kata yang aku titipkan buat kalian untuk hari ini. Moga kalian sentiasa dalam kesihatan yang baik.

Ingin ku petik sebuah lagu yang bertajuk Semangat Yang Hilang by XPDC. Hayatilah liriknya. 



Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan


Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya


Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran


Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang


Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Nur: Moga semangat yang hilang itu kembali dengan gemilang. Berusaha! ^__^ 

Tutorial Komen Box

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Hari ni tiba-tiba aku nak buat satu tutorial tentang comment box. Aku tahu ada blogger-bloger hebat yang lain dah pernah buat tentang isu ini. Tapi aku nak buat versi aku. Boleh kan? Yuhuu.

Bukan apa sebenarnya, aku kalau pergi blog kawan-kawan kalau boleh nak tinggal komen kat setiap entry. Itupun kalau masa tu internet tak buat masalah la. Kadang-kadang internet lambat, faham-faham je lah kan. Dah tekan publish comment ingat dah okay lah kan. 

Tunggu loading punya lama. Eh! Macam tak post je. Pastu tekan sekali lagi publish your comment. Hah! Amek ko, sampai 3-4 komen keluar. Aku percaya kawan-kawan semua mesti pernah alaminya bukan?


Kalau aku berhadapan dengan komen box kat atas ni, nak tak nak aku kena guna browser Google Chrome. Tak tahulah kalau-kalau aku punya Mozilla ni je yang tak boleh nak komen.


Macam ni lah, aku cadangkan pada kawan-kawan semua, siapa yang rasa kotak komennya bermasalah boleh ikut step ini. Aku ni pun tidaklah hebat mana. Tapi, bolehlah juga merangkak-rangkak sikit pasal blog ni.

1. Okay mula-mula kawan-kawan pergi ke Settings.



2. Kemudian tekan Comments

  
3. Di Comment Form Placment check kan box pop up window. Jadi, lebih senang pada rakan-rakan anda untuk tinggalkan komen tanpa perlu me'refresh' balik jika nak sambung pembacaan mereka.

Okay tak step di atas ni? Ngee. Ni yang aku biasa buat la. Hope kawan-kawan berjaya buat juga. Mudah bukan?

08 November 2010

Visitor 1987

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua...

Yuhuu. I'm happy. Ngee~

Alamak! Tadi kata tunggu waktu lapang baru nak update kan? Takpelah. Kali ini je. Tengah lapang la sikit ni. Hehe. Hah! Masih ingat tentang contest Teka & Menang yang aku join sebelum ni? Kalau nak join pun masih sempat lagi. Last date is 30 November 2010. KLIK SINI. Jom join ramai-ramai! Hah! Dari situ la aku tahu pasal print screen visitor yang ke 1987 ni. Aigoo. Tak sangka aku berjaya capture.

Mulanya aku ingat nak hantar email immediately after dapat capture tu. Tapi internet sangatlah 'memberangsangkan' untuk aku berbuat demikian. Jadi, aku hantar la lepas maghrib tadi. Tadi aku tengok kat dashboard blogger ada entry tentang Visitor 1987 telah dijumpai. Terus aku klik dan lihat. Ada dua orang. Salah seorangnya aku. Yay!  Terima kasih Cik Zahidah atas perfume itu. Happy 2x!  ^___^



 

Coretan 6

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum  buat semua..

Rindukan aku? Hehe. Beberapa hari yang lepas, tak dapat internet connection di Taman Ilmu dan Budi. Aku membuat andaian wireless universiti ditutup untuk tujuan direhatkan selama 2 hari. Al-maklumlah hari Jumaat yang lalu cuti umum bersempena Deepavali. Takpe la sekurang-kurangnya aktiviti aku di depan laptop dapat dikurangkan. [macam la selama ni banyak sangat aku menghadap laptop ni kan? ngee]


Jadi, pada pengunjung yang ada menjenguk aku terima kasih banyak-banyak tolong jagakan 'rumah' aku ni baik-baik. Banyak yang aku nak ceritakan sebenarnya. Al-maklumlah 3 hari lebih tak bercoret-coretan di sini. Nantilah. Agak-agak dah lapang sedikit. Exam aku yang paling hampir hari Rabu ini bersamaan dengan 10 November 2010. Paper yang ke-4 bakal aku duduki. Oh ya! Cuba lihat ticker di atas ' 1 week dalam mencoretkan memori terindah'. Tak lama dah tu. InsyaAllah aku bakal menamatkan pengajian di Taman Ilmu dan Budi yang tercinta. Waa. Sedihnya. Sayu pulak hati ini. Minggu terakhir aku di sini sebagai pelajar.


Sebut pasal minggu akhir ini, cerita Chinta yang ditayangkan di TV3 telahpun masuk minggu akhir bukan? Tadi, semasa aku turun beli makanan di cafeteria hostel, sempat aku tonton sedikit. Sadatul dan Chinta. Rasul Iman. Lagi? Hehe. Aku tak tahu la cerita ini tentang apa. Dah lama tak mengikuti rancangan televisyen. Mungkin bila aku bakal bergelar 'penanam anggur' nanti boleh agaknya aku ikuti siri-siri yang akan ditayangkan. Ngee. Tadi waktu aku lepak kat rumah usai masak untuk makanan tengahari, bukak tv dan tengok sekejap. Sempat aku tengok ada iklan cerita yang bakal ditayangkan di TV3 tak ingat pulak aku apa tajuknya tapi yang ada lilin bentuk LOVE tu. Mungkin kalian tahu.


Rasanya, sampai sini sahaja update aku kali ini. Ada perkara yang menuntut lebih perhatian daripada aku. Buat yang sudi komen entry aku sebelum ini, terima kasih aku ucapkan. Moga persahabatan yang terjalin ini berpanjangan. InsyaAllah.

Oh ya! Sebelum aku menamatkan coretan kali ini, aku nak ajak kawan-kawan sertai contest yang dianjurkan IKEA. Hadiahnya cukup menarik.  RM500 IKEA Voucher. Nak tahu lebih lanjut:-


Mana tahu kalian bertuah, dapat voucher IKEA. Banyak tu RM500. Boleh tambah aksesori di rumah barangkali. Apapun, semoga berjaya! ^___^


Salam sayang,

Nur Qistina
8.47 PM
Kamar sepi nan indah

05 November 2010

Friendship





A friend should be

someone who will 

always be there;

to take time to listen

to help out to care.

A friend should be 

someone who makes 

you feel good;

Who is able to

cheer you when no

one also could.

A friend should be 

warm, understanding

and true;

Someone you trust

Who will let you

be you.