Bismillahirrahmanirrahim...
Tadi aku tengok kalendar meja atas meja study aku. Esok 11 haribulan keputusan UPSR keluar. Mesti adik-adik tahun 6 sedang berdebar-debar menantinya.
Maka debaran itu pun bermula.
Bagi adik-adik yang menduduki UPSR sejurus selepas cuti Raya Aidilfitri yang lalu, mesti tak putus-putus berdoa agar mencapai 5A. InsyaAllah. Usaha tangga kejayaan. Adik-adik telah berusaha. Nantikan jawapan atas usaha adik-adik esok.
Sebut pasal adik-adik darjah 6 ni, teringat aku pada adik-adik SK Seri Puteri Negeri Sembilan. Masa tu, aku turut serta dalam program Kem Smart Solat. Menariknya tentang sekolah ini semua pelajar adalah pelajar perempuan. Dah nama pun SK Seri Puteri bukan?
Tak lupa juga pada adik-adik hero akak kat SK Temenggong Abdul Rahman, Johor Bahru. Kat sekolah ni pulak, pelajarnya semua lelaki.
Untuk adik-adik akak, akak doakan adik-adik semua berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
Oh! Tiba-tiba rindu nak turun program sekolah.
Dan akhirnya khusus buat adikku Ahmad Syahmi yang pastinya sedang berdebar-debar sekarang ni. Wish you GOOD LUCK my dear little brother.
