07 March 2021

Blighted Ovum Part 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Fuh. Fuh. Habuk banyak betul kat sini. Lama betul nak sambung cerita Blighted Ovum hari tu.

Dalam tempoh dua minggu yang doktor bagi takde apa yang berlaku. Setitik darah pun akde yang keluar. Penat menunggu kantung kosong tu keluar sendiri. Seolah-olah tidak sudi berpisah dari rahimku. Ada yang bagi petua minum air soda gas, ada yang bagi petua makan nenas banyak-banyak. Tapi satu pun aku tak berani nak cuba. Takut apa-apa berlaku yang mampu menjejaskan kesihatan diriku. Hanya nasihat doktor yang aku turuti.

Masih ingat lagi tentang hajat aku nak ke Bukit Tinggi semasa preggy yang lepas? Akhirnya Encik Suami tunaikan juga. Unplanned trip nak ke sana. Awalnya planning nak booking hotel Colmar Tropicale, tapi penuh. Last-last amek keputusan untuk balik hari. Pergi pagi balik petang. Langkah penjimatan di situ.

Hampir satu jam perjalanan, akhirnya sampai juga ke tempat yang diidamkan untuk pergi. Dah sampai rasa macam, oh! Beginikah tempatnya? Hihi. Tidak seperti yang terbayang di fikiran.

Pergi menuju ke taman ala-ala di Jepun dahulu. Panjat anak tangga yang agak banyal dan fefeeling ada kat Jepun. Nak sharecgambar takde la pulak kat dalam handphone ni. Oh ya! Aku update hanya menggunakan phone sahaja. Nantilah aku buat entry khas tentang trip ke Bukit Tinggi. Hehe. Bila la agaknya tu?

Back to story title on blighted ovum.

Genap dua minggu masa yang doktor berikan. Akhirnya aku kena serah diri juga untuk prosed DNC. Ikutkan term yang digunakan bukan DNC tapi ERPOC. Proses yang hampir sama tapi berbeza la jugak.

Masa yang dinanti akhirnya tiba. Waktu yang ditetapkan pada 7.30 pagi mesti dah ada di depan bilik operasi.

Setelah mengepilkan kad hospital bersama borang yang diberi, aku menanti namaku dipanggil.

No comments: