07 March 2021

Tidak Semudah Bicara

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang budiman...

5 December 2014

Aku terdengar abah memanggil untuk makan Dominos Pizza secara beramai-ramai di ruang tamu. Aku langsung tidak sedar jam telah menunjukkan pukul berapa. Seingat aku, tidak ada sebutir nasi pun yang masuk ke dalam perut aku pada hari itu.

Dengan langkah longlai aku melangkah ke ruang tamu ingin menjamah pizza makanan yang sememangnya menjadi kegemaran aku. Setelah dua gigitan aku meletakkan kembali pizza dan terus berada di pembaringan aku menanti suamiku pulang ke rumah. Tiada siapa yang menyedari perubahan aku pada hari itu. Jenis aku jika sakit akan berlagak kuat, I am superwoman. =)

Suamiku pulang dari kerja. Usai menunaikan solat Maghrib kami makan dulu di Tam Nasi Ayam. Aku pun tidak berapa ingat jika ingin dikisahkan semula kerana ketika itu badan aku memang sangat-sangat lemah. Tapi apa yang suamiku khabarkan ketika itu aku hanya makan bihup sup kosong. Itu pun hanya beberapa suap kemudian aku menolak mangkuk yang berisi bihun sup. Puas suamiku memaksa aku makan tapi sikap degilku hanya membiarkan paksaan itu berlalu pergi.

Aku terlupa ketika itu aku sedang berbadan dua. Aku mengabaikan tanggungjawabku pada anak yang dikandungku ketika itu. Maafkan ummi. Ummi bersalah dalam hal ini.

No comments: