Bismillahirrahmanirrahim...
Masih ingat lagi dengan kisah yang lalu. Tentang dua perkara yang perlu aku hadiri? Alhamdulillah, dengan jayanya semuanya berakhir dengan baik. Terima kasih Ya Allah atas urusan yang dipermudahkan ini.
Baiklah, mari sini aku gitau apa yang sebenarnya berlaku.
Perkara 1: Pertama dan terakhir.
Ya. Pertama kali aku menjadi pengawas peperiksaan. Bukanlah pengawas peperiksaan sebenarnya. Hanyalah pembantu sahaja. Paginya aku hadir 30 minit lebih awal dari jam peperiksaan bakal bermula. Kalau sebelum ini, aku yang menjawab, tapi kali ini aku yang mengawasi mereka. Tak dapat dinafikan keadaan sedikit kelam-kabut mulanya. Manakan tidak, masih ramai di kalangan pelajar yang tidak tahu di mana tempat duduk mereka.
Mungkin ini merupakan semester pertama dan peperiksaan besar yang pertama mereka hadapi di bumi Taman Ilmu dan Budi ini. Ada yang menyangka duduk di mana sahaja. Kata lainnya 'free seating'. Alhamdulillah, berkat kerjasama antara pembantu peperiksaan yang lain, keadaan berjaya dikawal.
Seronok ada. Gementar ada. Sedikit kekok juga ada. Ya. Setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup ini pasti akan ada yang pertama. Kali pertama ianya berlaku. Bila semuanya yang pertama pasti ada kurangnya di sana sini. Tapi, berkat kerjasama semua, semuanya berjalan dengan lancar.
Tak dapat dinafikan lagi, ada kisah yang lucu berlaku. Pelajar mengadu tempat yang mereka duduki telah pun ada yang huni. Bukan seorang dua. Tapi ramai. Akhirnya, ketua pengawas mengizinkan duduk di tempat lain. Aku percaya, akan ada sedikit kesulitan yang berlaku nanti. Tapi, insyaAllah, setiap sesuatu pasti ada jalan keluarnya.
Ketika selesai kertas jawapan dikutip, sesi mengira kertas jawapan dimulakan. Jumlah kertas jawapan haruslah sama dengan jumlah slip kehadiran yang ada. Di sini, terdapat beberapa masalah yang timbul. Ada di antara kertas jawapan yang tiada no matrik. Yang tidak dihitamkan no matrik. Oh ya! Kertas jawapan OMR yang digunakan. Yang akan memeriksa nanti tentunya komputer. Pasti akan timbul lagi masalah di situ.
Apapun, ianya memang memberikan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Aku bersyukur kerana diberikan ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman berharga ini.
Kurang dari 3 hari lagi, aku bakal menghadapi peperiksaan akhir semester buat kali yang terakhir. Mohon segalanya dipermudahkan oleh Allah.
"Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau pasti boleh melakuka."
Ayuh! Mari bersama-sama kita hampiri kejayaan. Usaha tangga kejayaan. =)
Oh ya! Untuk perkara yang kedua aku akan update dalam coretan yang seterusnya. Sehingga bertemu lagi di masa hadapan. Ajal maut, jodoh pertemuan ketentuan Allah.