Bismillahirrahmanirrahim...
Aku tak ingat bila, tiba-tiba abah aku cakap pasal nak pergi bercuti. Tak silap aku, dulu aku adik-beradik ada dengar-dengar mama dengan abah bincang pasal nak pergi bercuti ni. Cadangnya masa tu nak pergi Sabah. Baru aku perasan yang last family aku pergi bercuti sebelum aku masuk Taman Ilmu dan Budi ni.
Sekitar tahun 2006. Dah lama dah tu. Hampir 4 tahun. Masa tu, aku rasa memang sangat puas hati coz memang boleh katakan jalan sakan. Mana taknya dari satu negeri ke satu negeri kitorang singgah. Mulanya transit kat Penang. Tidur semalam di sana. Hah! Time ni jugaklah first time aku jejak kaki masuk pusat bowling. Dengan family aku. Tapi, aku tak main sebab masa tu aku pakai baju kurung. Memanglah ada antara korang-korang yang pernah main bowling pakai baju kurung. Tapi, aku bukan korang. Hehe.
Lepas tu kitorang sambung perjalanan ke Kuala Kedah. Hah! Mesti dapat tahu destinasi yang kami tuju. Ya! Tepat sekali. Kami pie Langkawi. Nak kisah kan pasal kat Langkawi ni mau panjang berjela-jela. Nanti la bila aku punya waktu yang lapang sampai aku tak tahu nak buat apa, aku karang panjang-panjang macam assignment aku. Hehe.Yuhuu.
Berbalik pada tajuk asal. Nak bercuti, tapi kat mana?
Kawan-kawan ada tak cadangan tempat yang agak-agak best untuk dilawati. Yang kat situ boleh shopping, mandi-manda, berehat dengan santai dan aktiviti yang lain. Aku pun tak tahu nak cadangkan nak ke mana. Tarikhnya pun tak pasti lagi. Hope dapat pergi bercuti-cuti tahun ni. Kalau tak, mungkin tangguh lagi la jawabnya. Apapun, sebelum bercuti, jom kita sama-sama fokus untuk final exam yang akan menjelma tak lama je lagi.
Kalau kawan-kawan tengok ticker aku, tak lama dah aku nak say sayonara tu Taman Ilmu dan Budi. Waaa..Sedih pulak rasa hati ni. Doakan aku ya kawan-kawan semoga dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan dalam menjawab final exam nanti. Next entry la aku update pasal jadual final exam final semester aku.
Sampai bertemu lagi di entry yang akan datang. Jom kita fikir. Fikir. Fikir. Hmm...
Nur: Bestnya bercuti. Rehat minda. Rawat jiwa. Yay!
No comments:
Post a Comment