Showing posts with label ::Family::Life::. Show all posts
Showing posts with label ::Family::Life::. Show all posts

26 January 2012

Family Outing - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, akhirnya plan untuk bercuti beramai-ramai berjalan dengan lancar. Destinasi pilihan : Kuala Gula Sanctuary Resort, Perak. I come! Yuhuu~

Usai abah dan mama habis meeting  PIBG kat sekolah agama berdekatan rumah, perjalanan menuju ke Kuala Gula dimulakan. Keluar Shah Alam dan melalui highway Guthrie yang cekik darah. Tol. RM1.40. Tol. RM1.40. Lagi dan lagi. Bankrap woo. Awatla depa dok caj mahai bebenor tol ni. Keje dok kutip tol sampai berkali-kali. 

Sampai je dekat Rawang melepasi RnR Rawang, jalan dah mula jammed. Di sepanjang perjalanan toksah cerita la berapa ramai yang bersikap degil melalui lorong kecemasan. Abang polis pun menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. 

Saman! Yay! Sukanya aku tengok kereta-kereta yang degil kena saman. Siap doa lagi biar yang lalu situ pakat dok kena saman. Mana taknya, katalah betul-betul ada kecemasan macam mana? Takde kesedaran sivik betul.

Nak dijadikan cerita jammed yang bergerak lebih lambat dari siput dan kura-kura. Sudahnya sampai exit Bestari Jaya (Batang Berjuntai nama lama) abah buat keputusan lalu jalan dalam. Okay, walaupun dikira agak jauh patah belakang dalam 30km at least kereta still bergerak. Dalam pukul 5.00 p.m. sampai Tanjung Karang singgah masjid untuk solat Asar. Kemudian perjalanan diteruskan. 

Setibanya kami di Sungai Besar, singgah jap isi perut yang dah menyanyi riang. Manakan tidak, masing-masing tak makan tengahari lagi. Nasi putih dan tomyam ayam menjadi pilihan aku. Kata abah, order ikut selera masing-masing. Kebiasaannya, bila makan ramai-ramai akan order nasi putih dan lauk-pauk. 

Alhamdulillah. Masing-masing sudah lega kerana perut sudah kenyang. Gendang-gendut tali kecapi. Kenyang perut, suka hati. Yay! ^^,


Sampai rumah Tok Perak, singgah sembahyang. Kata abah pukul 8.00 gerak semula. Maunya pukul 8.00 gerak. 15 minit nak sembahyang. Bertuah! Dok sat. Bangkit sat. Dok balik. Dekat Isya' juga baru gerak semula. [Memandangkan sedang bermusafir, jama' siap-siap] 

 Bermulalah perjalanan di dalam kegelapan....


To be continued....on Part 2

Nur: Asyiknya cuti. ^^,

24 January 2011

Tidak Mampu Sepi ^__^

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Ceh! Konon nak dibiar sepi. Tapi, aku tak mampu memandangkan ini antara cara-cara untuk aku menghilangkan stress. Stresskah aku? Haha. Taklah. Hah! Ni aku nak cerita, semalam pas Maghrib tertido direct sampai kol 4.30 pagi. Tak tahu nape penat sangat semalam. Buat kerja banyak tak jugak. Tapi, yang pasti memang penat okay. Huhu. 

Semalam petang kan cakap nak hantar adik yang kat Samtaj tu balik asrama. Aish! Jammed. Nak dijadikan cerita, dalam dok tengah beratur tu, ada jugak orang potong barisan. Macamlah dia sorang je nak cepat. Grrr. Tak baik tau buat macam ni. Orang tak suka.

Sampai je hantar dia, dia tertinggal baju sekolah yang dah siap iron. Aish budak ni. Entah ingat apa aku pun tak tau. Kenalah patah balik dan hantar semula.

Semalam, kat sini, hujan lebat sangat3. Bersih dah langit kat sini. Boleh basuh baju dengan banyaknya hari ni. Tapi, aku dah basuh semalam.Ngee~

Nur: Andai kau tahu......Andai ku tahu...Ya Allah, perkenankanlah...

23 January 2011

Cendol & Rojak

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..


Hmm.. Baru je balik dari Seksyen 16. Baru je sudah makan dan minum cendol yang yummy! Alhamdulillah...Tapi hatiku tak se'yummy' yang sepatutnya. Aish! Dah la tu marahku pada diri sendiri. Closed story. 

'Berpeganglah pada tali Allah, nescaya kamu tidak akan sesat buat selamanya.'

Tajuk entry tak kena dengan isi. Ngee. Layan saja. Takpe kan? Mood menulis lari. Lari jauh. Japgie nak hantar adik balik sekolah dia. 

Andai dapat ku putar masa, satu yang takkan aku lakukan adalah mengikat janjiku dengan Allah untuk teguh pada 'dia' yang mendekatkan aku padaNya. Ya Allah, aku hambaMu yang lemah Ampunkan dosa-dosaku. T__T

RINTIHANKU

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba

Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi

Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku

Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti

Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini

Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan

Nur: Aku tersungkur lagi dalam dakapanMU Ya Allah. Airmata ini kembali merajai pipiku ini.....Hati, tabah dan teguhlah...

22 January 2011

Yay! Mari Berdansa di Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Wow! Saya suka bila Sabtu dan Ahad. Eheh! Sebab apa? Sebab saya sayang rumah saya. Ngee~ Gurau ja. Ahaha. Tiber. Takde mengena pun kan? Ish. Ish. Apa kena dengan saya ni. Angau gamaknya. Hah! Nak dijadikan cerita hari ni adik aku Syamim makan dengan sangat banyaknya. Tak berhenti okay. Jeles I tengok selera makan dia.

Aku ni kalau ikutkan kategori underweight. Cuba nak naikkan berat past 3 years tapi berjaya. Maintain jek. Nape eh? Kenang orang jauh kot. Ngee. Takdelah. Dah xmo naik nak buat cane kan? Betul tak. Korang pulak macam mana eh?

Hari ni pie jalan-jalan Mydin Subang Jaya [tempat shopping complex feveret family aku. haha...]. Masa abah dok nak bayar kat kaunter, tiba-tiba ada bunyi yang sangat kuat. Bunyi gendang ala-ala yang Cina dok selalu main masa Chinese New Year tu. Mak aih! Nak pecah gegendang telinga aku dibuatnya. Cepat! Tutup telinga. Fuh! Selamat. Kalau tak, mau ada yang kena masuk hospital jumpa pakar telinga repair balik. Aip! Ni macam bukan gaya penulisan aku je. Layan~ Haha.

Pastu setel la hal-hal membeli stok adik no-6 yang dok kat asrama dekat je dengan rumah nun di Samttaj je. Kagum aku dia dah dok  tiga minggu lamanya. Ingat lagi dok 2 hari dah telefon suruh amek. Manja! Aku dulu sekolah jauh rileks je. Siap mama yang nangis. Eh! Ya ke? Ke aku mereka je ni. Ngee...

After lunch abah drop kami kat PKNS. Aku pun ronda-ronda dok cuci mata. Masyuk gak dapat shopping. Tapi, bila fikir-fikir needs and wants....Banyaknya wants...Terus CANCEL! Plus no money no talk okay. Ahaha. Betul la kan? Then, amek kesempatan cari buku Syarah Al-Hikam keluaran Telaga Biru. Alhamdulillah, jumpa. Takyah pie Alamanda yang jauh bebenor tuh kan. Jimat duit minyak abah.

Malamnya pulak, nak dijadikan cerita masa dok sibuk dinner kat kedai....secara tiba-tiba kedai tu BLACKOUT! Oh my! Terkejut aku. POYO je ni. Haha. Pastu ada sorang customer dok hidupkan balik. Bagus! Camni lah yang kita mahu. Tu je la kisah untuk hari ni bersamaan dengan 18 Safar 1432H. Sebut pasal kalendar Islam, ulangtahun kelahiran abah nak dekat dah. Nak bagi apa eh? ^^,

Nur: Awak  13 Rabiul Akhir kan? Nak dekat dah ni..=)

21 January 2011

Ujian DariMu Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Bertubi-tubi ujian yang kau turunkan padaku ya Allah. Sungguh aku tidak mampu menanggung ujian sebegitu rupa. Tapi, aku sangat terharu dan berterima kasih kerana Kau menjagaku dengan baik. Menjauhkan aku dari azab api neraka. Andai itu yang ditakdirkan ya Allah, izinkan aku menutupnya buat seketika hingga ada yang berjaya menembusinya semula. Bukan aku menolak atau enggan menerima, tapi, cukuplah untuk waktu dan ketika ini. Kerana aku percaya dengan janjiMu ya Allah...

Hmm..Terjaga lebih awal dari semalam dan lebih segar. Sekarang pukul 3.29am. Kalau masa study dulu aku akan buka buku dan selak sikit-sikit. Tapi, sejak dah habis study ni, aku tak tahu nak selak apa. Hah! Teringat naskhah Al-Quran yang abah bagi, dan buku La Tahzan yang belum habis dibaca. 2-2 dari 2005 dah dapat, tapi tak khatam-khatam. Aigoo...Apa nak jadi aku ni. Lagha je banyak.

Maaf ya pembaca sekalian, mood penulis kejap up down. Ala-ala eight down [kata Amin bila nampak lori yang ada pengorek tu]. Hah! Lama tak cite pasal Amim. Ingat tak yang aku bawak jalan-jalan pie Taman Tasik tue. Aigoo. Semangat dan happy je budak kecik itu. Aku ada citer tak aku kena tunggu sampai 3.45 petang [habis waktu rehat] sekolah agama sebab dia majuk tak nak pie sekolah. Amim, sejak dah pie sekolah ni, makin pandai.

Malam tadi pun, dok 'puk-puk' dia soh tido coz mama n abah tak tido lagi. Manja tol adik akak sorang ni. Amin bila besar nanti jadi Dr Haiwan yang baik tau. Jadi yang beriman, taat perintah Allah, dsbnya.

Nur: Biarlah ia terberhenti buat seketika. Terima kasih ya Allah...

17 January 2011

Peluang Untuk Update

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Waa...Rindunya untuk update blog setelah sekian lama update yang ringkas je. Ambil peluang dan gunakan sebaiknya. Banyak yang ingin dikongsikan..

1. Kisah adik bongsu pergi sekolah hari pertama

Al-kisah disebutkan cerita, dia balik sekolah abah janji nak ambil kat bus stop. Dia pun beria la tunggu kat bus stop yang kat atas seksyen 6. [sape tau tu tahu la kan] tempat aku tunggu masa kecik2 dulu dan kadang2 kena balik jalan kaki. Allah, tabahkan hati ini menghadapi kenangan lama ini. Last-last dia balik jalan kaki dengan sendirian berhad dengan beg yang berat dengan berani dan semangat wajanya. Owh! Adikku Amin sayang. Half way ada orang hantar balik. Kemain lagi dia sorang ni. Abah dok call umah tanya dah sampai belom adikku sorang ni. Waa. Stress i tau! Haha. Guro jek. Sudahnya sampai bukan kat umah, tapi umah Mak Lang okay [adik mak no.3]. Aigoo.. Amim. Amim [sambil gelengkan kepala tanpa henti]

2. Kisah aku di'tipu' konon ada interview.

Aish! Tahu la aku fresh graduate, tapi tolonglah jangan men tipu-tipu pasal ada keje kosong. Mulanya aku cam agak dan sangat berat hati nak pie coz dah rasa sumting. Tapi, at last pie gak atas nasihat mama kata ccuba je pie interview. Kat KL kay. Agakla jammed dan banyak keretanya. Nak keje kat KL ke? Takmo! Aku sayang tempat aku tinggal sekarang lebih sangat2 tau! Haha.Pergi tengok. OMG! Ramainya orang. Ada apa ni? rupanya just TAKLIMAT okay! Tipu. Tipah tertipu la bang. Huk. Huk.



3. Kisah Cinta

HOT! Haha. GAGAL. Sila cuba lagi. Ngee~

Nur: Ketahuilah, saya xpernah berubah awak. ^^,

25 December 2010

Pening Kepala

Bismillahirrahmanirrahim...

Argghhhh...Kesan dos ubat yang banyak daku pening kepala...

Harus tabah dan tegar...

Ujian itu ni'mat...

InsyaAllah akan sembuh dengan cepat...

Rindu nak gie AGM STEADFAST....tapi, apakan daya terpaksa pulang ke kampung....Hm....

Daa~ Jaga diri yach semua! ^______________^

Nur: Kuatkan Ya Allah....

23 November 2010

Makan dan Makan. Yay!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Dah makan? Hehe. Jangan makan lewat-lewat malam ni. Tak baik untuk kesihatan anda. Hari ni hari makan sedunia. Ngee. Tambah berat badan. Huk. Huk.

Seperti biasa, bangun pagi je terus masuk dapur siang bahan-bahan untuk masak menu tengahari. Stok daging masih ada. Oh! pening dah makan daging banyak sangat. Huhu. Aku hanya sediakan bahan-bahan saja. Yang masaknya mama.

Usai masak, makan. Yummy! Daging kicap + sayur kobis.

Petangnya konon-konon nak pie Jaya Jusco Bukit Tinggi. Last-last mama ajak pie makan kat Muara Ikan Bakar. Oh. Makan lagi. Penuh perut den dengan macam-macam juadah. Alhamdulillah.

Lepas habis makan, terus pie JJ seperti yang direncanakan. Syok gak JJ Bukit Tinggi ni. Besor bebenor. Tak dan nak round semua tempat. Pie round je la. Nak membeli lalu membelah enggak ada ongkosnya. Ah! Tak syok betul jadi penganggur kehormat ni. Ada kerja kosong untuk aku? Hehe.

Pastu makan lagi. Adik aku sorang lagi sibuk nak makan pizza. Order Dominos via phone. Pie amek kat kedai. Balik dan makan. Makan lagi dan lagi. Fuhh! Konyang den. Makan untuk hidup ke, hidup untuk makan? Hehe..=p

Erk. Malas nak taip dah. Sampai sini je. Tarak ada 'angin' nak taip panjang-panjang. Pasni nak masuk entry madah pujngga pulak la. Ngee~

Selit kisah adik Syamim..

Syamim: Abah, tak takut ke lalu kat sini. Amim nampak lembaga.

Hoho. Sejak dia mula baca buku cerita ni, banyak kosa kata baru yang dia belajar. Perkataan Lembaga tu hasil bacaan buku Lembaga di Kebun Sains. Ada siapa-siapa pernah baca buku ni? Ngee. Aku pernah!

Hah! Siapa tahu apa maksud lembaga? Ada berapa maksud yang boleh dimaksudkan. [apa jenis ayat da aku tulis ni. layan~]

Nur: Makan. Makan. Makan. Alhamdulillah...

21 November 2010

Cuti Oh Sepang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua...

Wah! Sekarang dah mula cuti sekolah kan? Mesti ramai dah merencana nak pergi bercuti dengan keluarga masing-masing. Ada yang pie Cameroon, ada yang pie Langkawi, ada yang dalam negara, ada yang luar negara. Waaa. Jeles2x! Nak pie jugak. 

Ingat lagi tak entry aku sebelum ni? Nak Bercuti Tapi Kat Mana? Tiba-tiba dapat tau mama kena jaga exam SPM selama 14 hari. Kacau. Kacau. Baru je nak rancang bercuti dan dolan-dolan kat Malaysia ni. 

Agak-agakla kan, kalau nak bercuti, kat mana yang ada tempat shopping, makan best, pemandangan cantik. Pendek kata semua mantaplah. Dan juga jimat kos. Hehe. Wajib la jimat kos. Selaku rakyat Malaysia yang berhemah dalam berbelanja. Tak gitu?

Sekarang ni aku tengah lelepak kat Sepang. Oh. Oh. Hujung dunia sungguh daerah Sepang ni. Dari rumah nak ke sini hampir 2 jam. Kiri kanan jalan sangatlah bosan pemandangannya. Huk. Huk.

Kepada orang-orang Sepang, apa yang menarik tentang Sepang ni eh? Selain dari F1?

Nur: Brrr...Brr..Sejuknya...

20 November 2010

Hari Jalan-Jalan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Tengah buat apa tu? Makan rendang daging ke? Hehe. Sebut pasal rendang daging, akhirnya daging-daging yang banyak itu dibuat rendang. Itu pun abah aku yang cadangkan. Sebab katanya nanti boleh makan dengan roti. Agak-agak nak lagi best, keringkan betul-betul buat serunding. Hah! Amacam? Dah kenyang makan daging semua? Ngee.

Korang ada dengar berita pasal Mekah banjir tak? Tak tahulah kan. Menurut abah aku masa nak balik rumah usai tamat waktu kerja, dia dengar radio ada kata pasal Mekah banjir. Harapnya para jemaah haji di sana selamat. 

Hari ni hari jalan-jalan sedunia. Yay! Suka2x. Dalam pukul 6.00 petang kami keluar rumah. Cadangnya nak ke 1 Utama. Entah nak buat apa kat sana aku pun tak tahu. Tup. Tup. Lepas je daripada flyover menghala ke Sunway Piramid jammed. Baca kat papan kenyataan [apa nama tah yang ada keluar-keluar tulisan] melaporkan jalan raya sesak hingga ke simpang Cheras. Terus cancel nak pergi 1 Utama.

Sudahnya abah masuk jalan menghala ke PJ. Masa ni dah nak hampir masuk waktu manghrib, terus kami menuju ke Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer. Menurut abah, masjid ni best sebab parkingnya ada bumbung. Hehe. Kebetulan hari nak hujan. Masa sampai kat masjid masih awal lagi. Baru 6.49 petang. 

Usai solat maghrib pergi makan A & W kat Petaling Jaya. Yuhuu. Best2x! Gendang-gendut tali kecapi. Kenyang perut senang hati. Lepas makan terus menuju pulang ke Shah Alam. Sampai je Shah Alam terus singgah Masjid Negeri dan tunaikan solat isya' di sana. Pastu abah tanya nak pergi mana lagi. Mulanya adik-adik semua nak pergi Shah Alam Mall. Tapi, dah pukul 8.50 malam. Dah nak tutup shopping complex. Last-last pergi Giant Seksyen 13.

Beli kobis, bendi, dan macam-macam lagi sayur-sayuran. Kata nak hidup dengan sihat. Mestlah makan sayur dengan banyaknya. Huahua. Lepas tu, balik rumah. Sekian hari jalan-jalan. Haha. Cam karangan budak nak UPSR je bila aku baca balik. Layan~

Isu daging lagi. Esok cadangnya nak masak daging goreng. Tapi, esok dan lusa ada kenduri kahwin di beberapa tempat. Terus cancel. Huahua. Sok pagi makan roti dengan rendang daging. Tengahari makan kat kenduri kahwin. Ada 3 tempat. Malam?? Makan angin je. Cukupla kan? Hehe. =p


Ni nak cerita pasal Adik Syamim.

Mama: Amim nanti bila besar agak-agak jadi apala ya?

Syamim: Jadi penggembara.

Mama: Bukan penggembara tapi pengembara. 

Oh.Oh. Sejak dia mula membaca ni, banyak perkataan-perkataan yang superb digunakan. Moga adikku ini menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Go Amim! Tomoi jom. =p

27 October 2010

Nak Bercuti, Tapi Kat Mana?

Bismillahirrahmanirrahim...



Aku tak ingat bila, tiba-tiba abah aku cakap pasal nak pergi bercuti. Tak silap aku, dulu aku adik-beradik ada dengar-dengar mama dengan abah bincang pasal nak pergi bercuti ni. Cadangnya masa tu nak pergi Sabah. Baru aku perasan yang last family aku pergi bercuti sebelum aku masuk Taman Ilmu dan Budi ni. 

Sekitar tahun 2006. Dah lama dah tu. Hampir 4 tahun. Masa tu, aku rasa memang sangat puas hati coz memang boleh katakan jalan sakan. Mana taknya dari satu negeri ke satu negeri kitorang singgah. Mulanya transit kat Penang. Tidur semalam di sana. Hah! Time ni jugaklah first time aku jejak kaki masuk pusat bowling. Dengan family aku. Tapi, aku tak main sebab masa tu aku pakai baju kurung. Memanglah ada antara korang-korang yang pernah main bowling pakai baju kurung. Tapi, aku bukan korang. Hehe.

Lepas tu kitorang sambung perjalanan ke Kuala Kedah. Hah! Mesti dapat tahu destinasi yang kami tuju. Ya! Tepat sekali. Kami pie Langkawi. Nak kisah kan pasal kat Langkawi ni mau panjang berjela-jela. Nanti la bila aku punya waktu yang lapang sampai aku tak tahu nak buat apa, aku karang panjang-panjang macam assignment aku. Hehe.Yuhuu. 

Berbalik pada tajuk asal. Nak bercuti, tapi kat mana? 

Kawan-kawan ada tak cadangan tempat yang agak-agak best untuk dilawati. Yang kat situ boleh shopping, mandi-manda, berehat dengan santai dan aktiviti yang lain. Aku pun tak tahu nak cadangkan nak ke mana. Tarikhnya pun tak pasti lagi. Hope dapat pergi bercuti-cuti tahun ni. Kalau tak, mungkin tangguh lagi la jawabnya. Apapun, sebelum bercuti, jom kita sama-sama fokus untuk final exam yang akan menjelma tak lama je lagi.

Kalau kawan-kawan tengok ticker aku, tak lama dah aku nak say sayonara tu Taman Ilmu dan Budi. Waaa..Sedih pulak rasa hati ni. Doakan aku ya kawan-kawan semoga dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan dalam menjawab final exam nanti. Next entry la aku update pasal jadual final exam final semester aku.

Sampai bertemu lagi di entry yang akan datang. Jom kita fikir. Fikir. Fikir. Hmm...

Nur: Bestnya bercuti. Rehat minda. Rawat jiwa. Yay!

19 September 2010

Belajar dan Mengenali

Bismillahirrahmanirrahim..

Puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t. Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku kembali dengan JIWA + RAGA yang bersemangat. Emosi yang sihat. Benar kata orang, kadangkala kita perlukan waktu untuk memanjakan diri sendiri.

Mungkin ada antara anggota badan kita yang terlalu lama beroperasi menyebabkan letih dan kurang rehat. Apapun yang penting sebenarnya adalah kesihatan fizikal dan mental. Gabungan kedua-dua ini membentuk emosi. Emosi yang sihat akan menjana kehidupan yang sihat dan riang gembira.

Jangan kedekut untuk memberi masa untuk menggembirakan diri sendiri. Kerana hanya kita yang tahu apa yang kita mahu dan apa yang kita inginkan. Dengan kata lainnya, kunci kebahagiaan terletak pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanyalah diri apa yang kita mahukan.



Kadang-kadang, kita telah tetap dengan matlamat dan halatuju kita. Namun, semakin kita menghampiri matlamat dan halatuju itu, semakin goyah pendirian kita. Pentingnya prinsip memainkan peranan. Prinsip untuk dituruti dan dipertahankan. Namun, harus diingat janganlah prinsip yang dicipta akhirnya memakan diri sendiri.

Tak dinafikan terkadang, kita merasa apa yang kita inginkan itu sukar dicapai. Lalu, terciptalah satu perkataan yang membunuh semangat untuk mencapai cita-cita itu. MUSTAHIL katanya.

Dalam dunia ini, kata orang tiada yang mustahil. Semuanya terletak pada apa yang kita fikirkan dan impikan. Dari fikiran dan impianlah yang membentuk angan-angan dan akhirnya menjadi realiti. Di sini, ternoktahlah kata-kata MUSTAHIL itu. Biarkan ianya berkubur kerana impian dan cita-cita itu berjaya dicapai.

Gantungkan impian setinggi bintang di langit. Namun, iringkan dengan usaha seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk menyembah bumi. Jangan jadi seperti lalang yang terbuai-buai mengikut tiupan angin. Angin bertiup ke kiri, ke kirilah ia. Jika ke kanan, ke kananlah ia.

Selingan

Cerita 1

Amim: Jat, amekkan Amim cicap. Amim nak makan nasi dengan cicap.
Aku:  Bukan cicap la Amim. Che' ingat cicak apa. Kicap la. K.I ki, C.A.P, cap..Kicap.
Amim: Cepatlah Amim nak cicap tu. 
Aku: 'Haish adik aku ni. Orang sebut tak nak ikut.'

Cerita 2

Teringat ada satu hari tu, adik Amim ni sibuk nak pergi perpustakaan.

Amim: Abah, Amim nak pie pustakan.
Abah: Cuba sebut. Per. pus.ta.ka.an Perpustakaan.
Amim: Per.pus.ta.ka.an. Pustakan.
Abah: Cuba sebut lagi. Ikut abah. Per.pus.ta.ka.an.
Amim: Pustakan.
Setelah hampir 10 kali disebut akhirnya Amim berjaya menyebut perpustakaan.

Moral 1:  
Belajarlah dari orang yang mengetahui. Tahu bukan beerti setakat tahu, tetapi memahami apa yang diajarkan.

Moral 2: 
Bersabarlah dalam memberi tunjuk ajar pada orang yang tidak tahu.

Nur: Tiba-tiba teringat cerita Sabar tayangan TV3 pagi Syawal ke-berapa tah. 'Sikit punya.'

27 March 2010

Time with Family

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum to all readers..

How are you guys doing right now? How do you feel? Happy? Stress? Bored? Wokeh! Don't be bored with your stressful and don't go overboard okay? Haila. Apa yang aku merepek ni. Nape tak hapdet blog ni? Huk. Huk. Sebenarnya aku tak tahu nak tulis entry apa. What?! Seorang blogger ketandusan idea untuk merepek? Ini adalah masalah serius. Ini SERIUSS (gaya Ada menyebutnya). Nak tau camne sila jumpa tuan empunya badan sendiri okay? 

Berbalik pada tajuk topik pada hari ini. Malam semalam bersamaan dengan 26 Mac 2010 aku mendapat satu panggilan HANGIT..Haha okay, aku sudah mula mengarut ini. Gaga. Aku dapat panggilan daripada my mama. Tapi aku tak sempat angkat. Sob.sob. Mana taknya aku takde kat bilik time tu. Sedang mengambil wudu' untuk solat Maghrib. Tapi takpe, kerana aku seorang bijak bestari lalu aku menyangkakan pasti akan ada yang gitau aku berita tergempar. Guess?Who did tell me about it? Ofkos la my brother yang budget cool tu. Huh! Ngee. Rileks bro. Gaga.

To make it short tanda aku seorang yang berjimat-cermat dengan masa,(padahal xtau nak ngarut apa dah) aku pun keluar makan dengan family aku. Kami makan BESAR! Hehe. Sebab my big brother gaji after three months dia bekerja as cikgu. And aku apa lagi, mengambil kesempatan untuk melantak okay. Habis hilang segala keayuan aku. Hadoi. Jatuh saham I. Ngeh3. Antara santapan aku ialah: Daging Black Pepper, Telur Bistik, Kailan Goreng, Ikan Tiga Rasa, Tom Yam Seafood, Udang Goreng Tepung, & Sambal Belacan with Timun. Cukup ke? Ke ada yang tertinggal? Hmm.. Tu je kot. I think so. Eheh! 

Apa? Nak tanya mana picture la tuh. Huh! Menci tol la ngan korang ni. Kan aku dah cakap, aku tak upgrade lagi handphone aku. Aku masih pakai telefon bimbit zaman tok kadok okay. Yang cuma boleh call and mesej. Tu pun inbox mampu tampung dalam 40 mesej je sekali masuk. Tu sebab kalau korang hantar mesej kat aku asyik kuar 'not delivered'. Kena bagi kosong dulu inbox. Ngerti kamu! Hah! Ada sape-sape nak hadiahkan aku handphone era millenium tak? Hehe. Ngarut ja kan. 

Dah-dah. Tau la exam lambat lagi. Yang suka sangat ngadap blog aku ni nape? (Perasan je kan) Pie bukak buku and baca okay. To my sayang, selamat menempuh exam buat kali terakhir okay. Jom berusaha untuk tidak menjadi senget okay? Hehe. Sekian terima kasih. Harap maklum.

Nur: Family first..^^,

06 June 2009

~Merisik-sambungan~


Bismillahirrahmanirrahim...

Elok saja lepas aku letak gambar cincin dalam entry sebelum ni sebagai primary picture di fs, teman-teman yang amat jarang menghubungiku menghantar mesej.

"Sampai hati tunang tak bagitau."

Dalam hatiku berkata 'Bila masa pulak aku bertunang ni?'

Nur: Sampai masa nanti akanku khabarkan berita gembira ini pada kalian teman-temanku..=)


24 May 2009

~Merisik~


Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk yang bakal menimbulkan kontroversi.Eceh! Sebenarnya kali ni aku nak ceritakan tentang satu isu yang agak hangat dibincangkan di kalangan rakan-rakanku ketika ini.Merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.


Dalam adat merisik, selepas gadis yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah gadis tersebut.Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah gadis tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada gadis tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum.

Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat gadis tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.




Nur: Ahli keluarga bakal bertambah..insyaAllah..tiba-tiba perasaan muda belia semakin sirna..enggan memikirkan apa yang akan berlaku di masa depan..fokus utama-Tamat pengajian..insyaAllah..