22 January 2011

Yay! Mari Berdansa di Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Wow! Saya suka bila Sabtu dan Ahad. Eheh! Sebab apa? Sebab saya sayang rumah saya. Ngee~ Gurau ja. Ahaha. Tiber. Takde mengena pun kan? Ish. Ish. Apa kena dengan saya ni. Angau gamaknya. Hah! Nak dijadikan cerita hari ni adik aku Syamim makan dengan sangat banyaknya. Tak berhenti okay. Jeles I tengok selera makan dia.

Aku ni kalau ikutkan kategori underweight. Cuba nak naikkan berat past 3 years tapi berjaya. Maintain jek. Nape eh? Kenang orang jauh kot. Ngee. Takdelah. Dah xmo naik nak buat cane kan? Betul tak. Korang pulak macam mana eh?

Hari ni pie jalan-jalan Mydin Subang Jaya [tempat shopping complex feveret family aku. haha...]. Masa abah dok nak bayar kat kaunter, tiba-tiba ada bunyi yang sangat kuat. Bunyi gendang ala-ala yang Cina dok selalu main masa Chinese New Year tu. Mak aih! Nak pecah gegendang telinga aku dibuatnya. Cepat! Tutup telinga. Fuh! Selamat. Kalau tak, mau ada yang kena masuk hospital jumpa pakar telinga repair balik. Aip! Ni macam bukan gaya penulisan aku je. Layan~ Haha.

Pastu setel la hal-hal membeli stok adik no-6 yang dok kat asrama dekat je dengan rumah nun di Samttaj je. Kagum aku dia dah dok  tiga minggu lamanya. Ingat lagi dok 2 hari dah telefon suruh amek. Manja! Aku dulu sekolah jauh rileks je. Siap mama yang nangis. Eh! Ya ke? Ke aku mereka je ni. Ngee...

After lunch abah drop kami kat PKNS. Aku pun ronda-ronda dok cuci mata. Masyuk gak dapat shopping. Tapi, bila fikir-fikir needs and wants....Banyaknya wants...Terus CANCEL! Plus no money no talk okay. Ahaha. Betul la kan? Then, amek kesempatan cari buku Syarah Al-Hikam keluaran Telaga Biru. Alhamdulillah, jumpa. Takyah pie Alamanda yang jauh bebenor tuh kan. Jimat duit minyak abah.

Malamnya pulak, nak dijadikan cerita masa dok sibuk dinner kat kedai....secara tiba-tiba kedai tu BLACKOUT! Oh my! Terkejut aku. POYO je ni. Haha. Pastu ada sorang customer dok hidupkan balik. Bagus! Camni lah yang kita mahu. Tu je la kisah untuk hari ni bersamaan dengan 18 Safar 1432H. Sebut pasal kalendar Islam, ulangtahun kelahiran abah nak dekat dah. Nak bagi apa eh? ^^,

Nur: Awak  13 Rabiul Akhir kan? Nak dekat dah ni..=)

No comments: