Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Wow! Dah hampir berakhir minggu ke-3 Januari. Sekelip mata dan tanpa sedar. Aku ingat lagi bahawa seolah-olah baru semalam masuk tahun baru 2011 yang mana menyebabkan usianya menginjak 1 angka lagi. Oh! Umur yang makin bertambah, adakah amalanku jua bertambah?
Mama cakap aku ni perasan muda lagi. Ahaha. Biarlah kan. Ngee. Mama umur cam aku dah 2 org anak. Aku? Erk! Rileks ar mama. Bagi la Najat stabil dan berseronok dulu untuk hidup ni. Bak kata orang 'Ada kehidupan sendiri'. Takkan selamanya nak berharap pada mama dan abah apabila dah mampu menggunakan tulang empat kerat sendiri dan berdikari. Usaha itu perlu. Seiiring dengan perjalanan usaha itu pasti kejayaan akan menjadi natijahnya.
Dalam Al-Quran sendiri Allah ada menyebut tentangnya. Rujuk pada yang pakar surah apa dan ayat berapa
.
.
"Allah takkan merubah sesuatu kaum, melainkan dirinya merubah kaum mereka sendiri."
Indah bukan. You want. You get. You don't want. You don't get.
Tak salah kita meletakkan harapan pada seseorang, namun kita harus ingat tempat harapan yang penting adalah pada Allah Ta'ala. Jangan pernah putus asa dan berhenti berharap pada Allah Ta'ala. JanjiNya itu pasti akan dipenuhi. Jangan pernah berhenti berdoa, jangan pernah berhenti mencari ketenangan yang diimpikan.
Nur: Allah, kini aku kembali tenang....
No comments:
Post a Comment