21 January 2011

Ujian DariMu Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Bertubi-tubi ujian yang kau turunkan padaku ya Allah. Sungguh aku tidak mampu menanggung ujian sebegitu rupa. Tapi, aku sangat terharu dan berterima kasih kerana Kau menjagaku dengan baik. Menjauhkan aku dari azab api neraka. Andai itu yang ditakdirkan ya Allah, izinkan aku menutupnya buat seketika hingga ada yang berjaya menembusinya semula. Bukan aku menolak atau enggan menerima, tapi, cukuplah untuk waktu dan ketika ini. Kerana aku percaya dengan janjiMu ya Allah...

Hmm..Terjaga lebih awal dari semalam dan lebih segar. Sekarang pukul 3.29am. Kalau masa study dulu aku akan buka buku dan selak sikit-sikit. Tapi, sejak dah habis study ni, aku tak tahu nak selak apa. Hah! Teringat naskhah Al-Quran yang abah bagi, dan buku La Tahzan yang belum habis dibaca. 2-2 dari 2005 dah dapat, tapi tak khatam-khatam. Aigoo...Apa nak jadi aku ni. Lagha je banyak.

Maaf ya pembaca sekalian, mood penulis kejap up down. Ala-ala eight down [kata Amin bila nampak lori yang ada pengorek tu]. Hah! Lama tak cite pasal Amim. Ingat tak yang aku bawak jalan-jalan pie Taman Tasik tue. Aigoo. Semangat dan happy je budak kecik itu. Aku ada citer tak aku kena tunggu sampai 3.45 petang [habis waktu rehat] sekolah agama sebab dia majuk tak nak pie sekolah. Amim, sejak dah pie sekolah ni, makin pandai.

Malam tadi pun, dok 'puk-puk' dia soh tido coz mama n abah tak tido lagi. Manja tol adik akak sorang ni. Amin bila besar nanti jadi Dr Haiwan yang baik tau. Jadi yang beriman, taat perintah Allah, dsbnya.

Nur: Biarlah ia terberhenti buat seketika. Terima kasih ya Allah...

No comments: