26 January 2012

Family Outing - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, akhirnya plan untuk bercuti beramai-ramai berjalan dengan lancar. Destinasi pilihan : Kuala Gula Sanctuary Resort, Perak. I come! Yuhuu~

Usai abah dan mama habis meeting  PIBG kat sekolah agama berdekatan rumah, perjalanan menuju ke Kuala Gula dimulakan. Keluar Shah Alam dan melalui highway Guthrie yang cekik darah. Tol. RM1.40. Tol. RM1.40. Lagi dan lagi. Bankrap woo. Awatla depa dok caj mahai bebenor tol ni. Keje dok kutip tol sampai berkali-kali. 

Sampai je dekat Rawang melepasi RnR Rawang, jalan dah mula jammed. Di sepanjang perjalanan toksah cerita la berapa ramai yang bersikap degil melalui lorong kecemasan. Abang polis pun menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. 

Saman! Yay! Sukanya aku tengok kereta-kereta yang degil kena saman. Siap doa lagi biar yang lalu situ pakat dok kena saman. Mana taknya, katalah betul-betul ada kecemasan macam mana? Takde kesedaran sivik betul.

Nak dijadikan cerita jammed yang bergerak lebih lambat dari siput dan kura-kura. Sudahnya sampai exit Bestari Jaya (Batang Berjuntai nama lama) abah buat keputusan lalu jalan dalam. Okay, walaupun dikira agak jauh patah belakang dalam 30km at least kereta still bergerak. Dalam pukul 5.00 p.m. sampai Tanjung Karang singgah masjid untuk solat Asar. Kemudian perjalanan diteruskan. 

Setibanya kami di Sungai Besar, singgah jap isi perut yang dah menyanyi riang. Manakan tidak, masing-masing tak makan tengahari lagi. Nasi putih dan tomyam ayam menjadi pilihan aku. Kata abah, order ikut selera masing-masing. Kebiasaannya, bila makan ramai-ramai akan order nasi putih dan lauk-pauk. 

Alhamdulillah. Masing-masing sudah lega kerana perut sudah kenyang. Gendang-gendut tali kecapi. Kenyang perut, suka hati. Yay! ^^,


Sampai rumah Tok Perak, singgah sembahyang. Kata abah pukul 8.00 gerak semula. Maunya pukul 8.00 gerak. 15 minit nak sembahyang. Bertuah! Dok sat. Bangkit sat. Dok balik. Dekat Isya' juga baru gerak semula. [Memandangkan sedang bermusafir, jama' siap-siap] 

 Bermulalah perjalanan di dalam kegelapan....


To be continued....on Part 2

Nur: Asyiknya cuti. ^^,

19 January 2012

Still Counting

Bismillahirrahmanirrahim...


Twinkle...
Twinkle...
Little star...



Bukan nak ajak semua suruh kira bintang. Cuma nak ajak kawan-kawan jom kira hari untuk cuti. Yay! Alhamdulillah. Siapa kat sini yang tak suka cuti sila angkat tangan! Haa. Tipu la tu kan. Takde orang yang tak suka bila datangnya cuti. Nak pulak cuti panjang pastu boleh pie cuti-cuti Malaysia. Waa. Jeles tau dengan depa yang dok asyik pie jalan-jalan 'lawat kawasan' je kerjanya. Nak jugak!

Sejak bergelar wanita berkerjaya ni (eceh tampak bergaya gitu =p) waktu-waktu cuti terutamanya bila mana cuti on 'public holiday' sangatlah berharga. Kerana dirimu sungguh berharga. Ececeh! 

Manakan tidak, waktu inilah nak meluangkan masa bersama keluarga. Nak 'buli' adik-adik. Tunjuk eksyen 'garang' sikit. Jadi super aum-aum kat rumah. Tak pun layan blues. Ops! Jangan salah faham na. Blues di sini bermaksud dok sorang-sorang a.k.a menyendiri di kamar sepi. Dalam makna kata akunya ialah membuta! Haha. Ala-ala qada' tidur gitu. Boleh la kan? 

Hmm.. Esok Khamis pastu Jumaat. Pastu....Yay! Jom berdansa~

Cuti 4 hari (Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa). Asyiknya. Boleh berehat-rehat sambil goyangkan kaki dari 'timbunan kerja' yang tak pernah habis. Sejak dua menjak ni aku semakin gigih bekerja. (Sungguhkah?Atau kerana terpaksa?) 

Walau apapun, tanggungjawab perlu ditunaikan. Nampaknya sejak umur menghampiri suku abad ni dah semakin matang dan rasional berfikir gayanya. Boleh kawen dah ni. Err.... Ada kena-mengenakah? =p

Sebut pasal kawen ni, waaaaaaah! Ramainya kengkawan yang nak kawen. Bahagianya mereka. Barakallahulakuma. Asal posmen datang rumah je dapat kad jemputan. Asal dapat kad jemputan je, posmen kena datang rumah. Mestilah kan? Ngee~

Okaylah. Nak masuk tidur. Nak kena kira biri-biri kat ladang dulu ni. Lupa nak halau masuk kandang. =p

Nur: 'Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah. Jika di bumi keluarkanlah. Jika sempit, luaskanlah. Moga segalanya Kau permudahkan bagiku."

13 January 2012

Hectic Week

Bismillahirrahmanirrahim...

Fuh! Alhamdulillah. Menarik nafas lega dan hembus perlahan-lahan. Minggu ini berakhir juga walau pelbagai cabaran ditempuhi dengan awalnya penuh ke'terpaksaan' dan berakhir dengan redha dan pasrah. Kerja. Kerja. Kerja. Tidak pernah habis. Seolah-olah kini 'terpaksa' menjadi tabiat dan amalan minggu ini. Harapan semoga minggu mendatang tidak begini.

Jumaat. Hari ini.

Pertama kali.

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada pertama kalinya. Pertama kali aku memulakan perjalanan dari Bandaraya Anggerik menaiki bas U80 dengan berdiri dek kerana tempat duduk semuanya telahpun dipenuhi. Meraung sekejap dalam hati. Sekejapan cuma. Pantas bertukar pada redha dan pasrah. Bergoyang-goyang lutut menahan gegaran demi gegaran. 

Brek ditekan. Pedal minyak ditekan. Kembali pedal brek. Dengan jalan yang tersangatlah 'jammed' seolah-olah ada pesta keramaian di jalanraya. Fenomena biasa ditempuhi sekembalinya alam persekolahan dibuka.

Khamis. Semalam.

Pertama kalinya menapak dari ofis menuju ke stesen LRT selewat jam 8.30 malam. Pada asalnya perancangan begitu. Namun, perancangan bertukar. Menemani teman ofis mengambil kereta diparkir lantas ditumpangkan aku ke stesen LRT. Alhamdulillah.


Tiba di stesen komuter Bandaraya Anggerik hampir jam 10.00 malam. Tidak pernah aku tiba selewat ini. Dulu, pernah juga lewat, namun bukan dengan menaiki komuter. Itupun tiba di stesen bas hampir jam 9.00 malam. Cipta rekod. Mungkin biasa bagi orang lain. Tidak pada aku. Semakin 'workaholic' kah aku? Tidak sama sekali. Keadaan yang 'memaksa' aku dan mencipta rasa 'terpaksa' itu berlaku.


Bukanlah ingin menidakkan keadaan yang berlaku. Cuma, dengan keadaan-keadaan ini juga lah yang akhirnya mencipta pelbagai peristiwa pertama kali dalam kanvas kehidupanku. Selagi ada upaya dan daya, perjuangan akanku teruskan.

Minggu yang sangat 'ketat' dek kerana dateline yang mengejar. ATAU sebenarnya yang dikejar. Jua minggu yang banyak menahan 'rasa' hati. Mencuba untuk tidak 'amarah'. Lantas teruskan perjalanan kehidupan mencorakkannya dengan sebaiknya. Allah. Permudahkanlah.


Nur: 'Ya ALLAH, kurniakan aku kekuatan dalam menempuhi cabaran dan dugaan alam pekerjaan ini'

03 January 2012

A New Journey Begin

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Kalendar 2011 telahpun berganti dengan 2012. Penamat 2011 menyaksikan penyatuan dua hati, teman yang dikenali tika di Taman Ilmu dan Budi dengan pasangannya. Seorang lagi teman melangkah ke alam rumahtangga. Syahdu dirasakan saat teman yang memegang status Cik bertukar menjadi Puan dalam sekelip mata. 

Tahniah wa barakallahulakuma Nabilah dan Fadhil.



Nur: Moga kedatangan 2012 membawa sinar kebahagiaan pada semua. 



Love, 
Nur Qistina 
03012012
12:12 A.M