13 January 2012

Hectic Week

Bismillahirrahmanirrahim...

Fuh! Alhamdulillah. Menarik nafas lega dan hembus perlahan-lahan. Minggu ini berakhir juga walau pelbagai cabaran ditempuhi dengan awalnya penuh ke'terpaksaan' dan berakhir dengan redha dan pasrah. Kerja. Kerja. Kerja. Tidak pernah habis. Seolah-olah kini 'terpaksa' menjadi tabiat dan amalan minggu ini. Harapan semoga minggu mendatang tidak begini.

Jumaat. Hari ini.

Pertama kali.

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada pertama kalinya. Pertama kali aku memulakan perjalanan dari Bandaraya Anggerik menaiki bas U80 dengan berdiri dek kerana tempat duduk semuanya telahpun dipenuhi. Meraung sekejap dalam hati. Sekejapan cuma. Pantas bertukar pada redha dan pasrah. Bergoyang-goyang lutut menahan gegaran demi gegaran. 

Brek ditekan. Pedal minyak ditekan. Kembali pedal brek. Dengan jalan yang tersangatlah 'jammed' seolah-olah ada pesta keramaian di jalanraya. Fenomena biasa ditempuhi sekembalinya alam persekolahan dibuka.

Khamis. Semalam.

Pertama kalinya menapak dari ofis menuju ke stesen LRT selewat jam 8.30 malam. Pada asalnya perancangan begitu. Namun, perancangan bertukar. Menemani teman ofis mengambil kereta diparkir lantas ditumpangkan aku ke stesen LRT. Alhamdulillah.


Tiba di stesen komuter Bandaraya Anggerik hampir jam 10.00 malam. Tidak pernah aku tiba selewat ini. Dulu, pernah juga lewat, namun bukan dengan menaiki komuter. Itupun tiba di stesen bas hampir jam 9.00 malam. Cipta rekod. Mungkin biasa bagi orang lain. Tidak pada aku. Semakin 'workaholic' kah aku? Tidak sama sekali. Keadaan yang 'memaksa' aku dan mencipta rasa 'terpaksa' itu berlaku.


Bukanlah ingin menidakkan keadaan yang berlaku. Cuma, dengan keadaan-keadaan ini juga lah yang akhirnya mencipta pelbagai peristiwa pertama kali dalam kanvas kehidupanku. Selagi ada upaya dan daya, perjuangan akanku teruskan.

Minggu yang sangat 'ketat' dek kerana dateline yang mengejar. ATAU sebenarnya yang dikejar. Jua minggu yang banyak menahan 'rasa' hati. Mencuba untuk tidak 'amarah'. Lantas teruskan perjalanan kehidupan mencorakkannya dengan sebaiknya. Allah. Permudahkanlah.


Nur: 'Ya ALLAH, kurniakan aku kekuatan dalam menempuhi cabaran dan dugaan alam pekerjaan ini'

No comments: