Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, akhirnya plan untuk bercuti beramai-ramai berjalan dengan lancar. Destinasi pilihan : Kuala Gula Sanctuary Resort, Perak. I come! Yuhuu~
Usai abah dan mama habis meeting PIBG kat sekolah agama berdekatan rumah, perjalanan menuju ke Kuala Gula dimulakan. Keluar Shah Alam dan melalui highway Guthrie yang cekik darah. Tol. RM1.40. Tol. RM1.40. Lagi dan lagi. Bankrap woo. Awatla depa dok caj mahai bebenor tol ni. Keje dok kutip tol sampai berkali-kali.
Sampai je dekat Rawang melepasi RnR Rawang, jalan dah mula jammed. Di sepanjang perjalanan toksah cerita la berapa ramai yang bersikap degil melalui lorong kecemasan. Abang polis pun menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
Saman! Yay! Sukanya aku tengok kereta-kereta yang degil kena saman. Siap doa lagi biar yang lalu situ pakat dok kena saman. Mana taknya, katalah betul-betul ada kecemasan macam mana? Takde kesedaran sivik betul.
Nak dijadikan cerita jammed yang bergerak lebih lambat dari siput dan kura-kura. Sudahnya sampai exit Bestari Jaya (Batang Berjuntai nama lama) abah buat keputusan lalu jalan dalam. Okay, walaupun dikira agak jauh patah belakang dalam 30km at least kereta still bergerak. Dalam pukul 5.00 p.m. sampai Tanjung Karang singgah masjid untuk solat Asar. Kemudian perjalanan diteruskan.
Setibanya kami di Sungai Besar, singgah jap isi perut yang dah menyanyi riang. Manakan tidak, masing-masing tak makan tengahari lagi. Nasi putih dan tomyam ayam menjadi pilihan aku. Kata abah, order ikut selera masing-masing. Kebiasaannya, bila makan ramai-ramai akan order nasi putih dan lauk-pauk.
Alhamdulillah. Masing-masing sudah lega kerana perut sudah kenyang. Gendang-gendut tali kecapi. Kenyang perut, suka hati. Yay! ^^,
Sampai rumah Tok Perak, singgah sembahyang. Kata abah pukul 8.00 gerak semula. Maunya pukul 8.00 gerak. 15 minit nak sembahyang. Bertuah! Dok sat. Bangkit sat. Dok balik. Dekat Isya' juga baru gerak semula. [Memandangkan sedang bermusafir, jama' siap-siap]
Bermulalah perjalanan di dalam kegelapan....
To be continued....on Part 2
Nur: Asyiknya cuti. ^^,
No comments:
Post a Comment