31 March 2010

Graduation Day (^^,)

Bismillahirrahmanirrahim...


28 March 2010
Queensland University of Technology
Graduation Ceremony

** Not in picture my 4th brother- he used to work on that day

"Cangratulations Abang"

Nur: Yay! Akan graduate juga tahun ni..hip..hip..horrey!! ^^,

30 March 2010

Rasa Hati


Penantian 

Resah menanti hari
Gelisah mencengkam diri
Hari semakin hampir
Perjuangan bakal bermula

Bukan diri terlalu memilih
Tapi pengalaman mengajar
Tidak mengulangi kisah lalu
Kelak hati terusik kembali

Hari berlalu terasa lambat
Masa yang pergi ingin ditebus
Diri semakin jauh
Tatkala mereka tiada lagi

Mata semakin layu
Satu kelihatan dua
Dua kelihatan tiga
Akhirnya diri terlena


~Nur Qistina 31122009 03:32~

Nur: Tegakah diri berhadapan dengan penantian ini?

29 March 2010

Aiskrim

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Siapa yang tak suka aiskrim sila angkat tangan? Pastinya semua orang suka aiskrim kan. Nak pulak aiskrim yang lazat berkrim seperti Cornetto mahupun Drumstick itu. Apa yang buat aku dok sibuk nak cerita pasal aiskrim ni? Meh sini aku nak cerita kat korang yang suka sangat dengar cerita lipur-lara aku ni. (Perasan je kan) Hehe.

Aiskrim ada macam-macam jenis. 

Ada aiskrim 'pong' (sekupang je time aku kanak-kanak ribena dulu) 
Beli satu 'kepak' dua bagi satu kat kawan, 
ada aiskrim kon,
ada aiskrim yang disalut dalam roti, 
ada aiskrim cup, 
ada aiskrim cokelat, 
ada aiskrim vanila, 
ada aiskrim strawberi dan 
macam-macam lagi aiskrim.
Ada jugak yang panggil aiskrim Malaysia.
Pendek kata sebut je nak aiskrim apa, 
dari semahal-mahal aiskrim 
hingga la semurah-murah aiskrim. 
Semua ada...

Sebut pasal aiskrim, teringat aku zaman muda-mudi dulu. Time aku sekolah rendah. Setiap hari mesti bawak aiskrim dan jual kat kawan-kawan. Pernah sekali ustazah beli semua aiskrim dan belanja satu kelas. Pastinya aiskrim yang aku jual hanyalah aiskrim Malaysia yang mempunyai pelbagai perisa (Milo, sarsi, bandung, sirap, dan lain-lain). Yang jadi tukang buatnya dan tukang bancuh, ikat segala tentulah my mama. Syok woo bila kenang-kenangkan balik.

Kadang-kadang tu pernah aku tak bawak aiskrim, kawan-kawan aku sibuk tanya ada aiskrim tak hari ni. Aku dengan berat hati cakap tidak. Kesian tengok kawan-kawan aku yang kempunan dengan aiskrim dua kupang aku. Dengan mata berkaca-kaca, penuh dengan sinaran manik jernih (penyedap cerita dengan kata lain hiperbola ..hehe..) mereka mengingatkan aku untuk bawak keesokan harinya. Aku pun dengan pantas menjawab..BAIK!! Begitulah ceritera aku dan aiskrim. 

Apa lagi jom layan aiskrim. Nak yang macam mana? Sila pilih di bawah:



Gambar di atas credit to Mr Google

Member aku cakap ada kedai aiskrim yang best kat Nilai. Tapi aku tak pernah gie. Tengok gaya aiskrimnya memang menggugat iman abes woo. Macam-macam ada. Satu hari nanti, aku pasti akan sampai juga. Wuhuuu.. Mau pergi...T_T


Gambar kat atas ni pulak credit kat skolmate aku Kome..(psst, bila ko nak bawa aku pie makan aiskrim kat sini?)

Bila sedih je aku cari ko
Bila bosan je aku cari ko
Bila panas je aku cari ko
Bila gembira pun aku cari ko

Bila dengan ko selalu kena cepat
Bila dengan ko selalu kena jaga-jaga
Bila dengan ko mesti tak boleh leka
Bila dengan ko mesti terbaik wok!!

Kadan-kadang payah nak cari ko
Nak-nak pulak yang jadi feveret
Cepat je habis
Cepat je kena sambar
Semua nak cari ko
Semua nak telan ko
 

Okay, sekian terima kasih. Harap maklum.

Nur: Apa la yang aku merepek ni...Hmm..

28 March 2010

Tahniah atas Hari Bahagia ( ^^,)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca

28 Mac 2010 merupakan detik bersejarah bagi abang sulungku merangkap the only big brother yang aku ada. Ini kerana setelah berhempas-pulas dengan assignment, kuliah dan pelbagai lagi rutin selaku seorang pelajar, segulung ijazah berjaya dirangkul olehnya. Tahniah atas kejayaannya itu. Memulakan rentetan perjalanannya dalam menempuh kehidupan ini, setelah tamat SPM abangku ini mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Sains di UiTM Kota Kinabalu, Sabah.

Setelah rayuan dibuat, tempat pengajiannya bertukar ke UiTM Arau, Perlis. Genap sebulan memulakan pengajian sebagai mahasiswa, satu tawaran kunjung tiba. Memikirkan tentang masa depan dan kerjaya yang cerah, akhirnya abangku membuat keputusan menerima tawaran tersebut. Maka bermulalah gelaran baru dalam hidupnya sebagai penuntut institusi perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.yang kini lebih dikenali sebagai Institusi Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Genap dua tahun membuat persediaan di sana, abangku kemudiannya berpindah ke Institusi Perguruan Teknik Cheras. 

Merupakan batch pertama bagi IPG yang mengambil ijazah pendidikan. Jika tidak, sebelum ini rata-rata guru lepasan maktab merupakan lulusan Diploma atau Sijil. Menyedari akan situasi ini, akhirnya Kementerian Pendidikan menaiktaraf guru lepasan maktab mempunyai lulusan ijazah sarjana muda pendidikan. Menariknya tentang IPG Teknik Cheras ini, sistem yang digunakan selari dengan sistem luar negara (Queensland University of Technology, Australia)



Tahniah diucapkan pada abangku ini atas kejayaannya menceburi dalam profesion perguruan (mengikut jejak langkah mama). Semoga ikhlas dan bersemangat dalam memartabatkan profesion perguruan ini di mata masyarakat. Guru ibarat lilin yang menerangi orang lain. Guru banyak berjasa dan merupakan titik-tolak dalam kejayaan anak muridnya yang bergelar doktor, jurutera dan arkitek. Semoga terus maju dan cemerlang sentiasa.

Nur: Merenung masa depan yang tidak pasti..

27 March 2010

Time with Family

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum to all readers..

How are you guys doing right now? How do you feel? Happy? Stress? Bored? Wokeh! Don't be bored with your stressful and don't go overboard okay? Haila. Apa yang aku merepek ni. Nape tak hapdet blog ni? Huk. Huk. Sebenarnya aku tak tahu nak tulis entry apa. What?! Seorang blogger ketandusan idea untuk merepek? Ini adalah masalah serius. Ini SERIUSS (gaya Ada menyebutnya). Nak tau camne sila jumpa tuan empunya badan sendiri okay? 

Berbalik pada tajuk topik pada hari ini. Malam semalam bersamaan dengan 26 Mac 2010 aku mendapat satu panggilan HANGIT..Haha okay, aku sudah mula mengarut ini. Gaga. Aku dapat panggilan daripada my mama. Tapi aku tak sempat angkat. Sob.sob. Mana taknya aku takde kat bilik time tu. Sedang mengambil wudu' untuk solat Maghrib. Tapi takpe, kerana aku seorang bijak bestari lalu aku menyangkakan pasti akan ada yang gitau aku berita tergempar. Guess?Who did tell me about it? Ofkos la my brother yang budget cool tu. Huh! Ngee. Rileks bro. Gaga.

To make it short tanda aku seorang yang berjimat-cermat dengan masa,(padahal xtau nak ngarut apa dah) aku pun keluar makan dengan family aku. Kami makan BESAR! Hehe. Sebab my big brother gaji after three months dia bekerja as cikgu. And aku apa lagi, mengambil kesempatan untuk melantak okay. Habis hilang segala keayuan aku. Hadoi. Jatuh saham I. Ngeh3. Antara santapan aku ialah: Daging Black Pepper, Telur Bistik, Kailan Goreng, Ikan Tiga Rasa, Tom Yam Seafood, Udang Goreng Tepung, & Sambal Belacan with Timun. Cukup ke? Ke ada yang tertinggal? Hmm.. Tu je kot. I think so. Eheh! 

Apa? Nak tanya mana picture la tuh. Huh! Menci tol la ngan korang ni. Kan aku dah cakap, aku tak upgrade lagi handphone aku. Aku masih pakai telefon bimbit zaman tok kadok okay. Yang cuma boleh call and mesej. Tu pun inbox mampu tampung dalam 40 mesej je sekali masuk. Tu sebab kalau korang hantar mesej kat aku asyik kuar 'not delivered'. Kena bagi kosong dulu inbox. Ngerti kamu! Hah! Ada sape-sape nak hadiahkan aku handphone era millenium tak? Hehe. Ngarut ja kan. 

Dah-dah. Tau la exam lambat lagi. Yang suka sangat ngadap blog aku ni nape? (Perasan je kan) Pie bukak buku and baca okay. To my sayang, selamat menempuh exam buat kali terakhir okay. Jom berusaha untuk tidak menjadi senget okay? Hehe. Sekian terima kasih. Harap maklum.

Nur: Family first..^^,

25 March 2010

Doakan Kejayaan Bersama - Usaha Tangga Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Kata orang, jika ingin berjaya jangan 'ragu' untuk berkongsi kejayaan itu. Kerana semua orang inginkan kejayaan dalam hidup. Tak akan ada orang yang mahukan hidupnya gagal. Kata orang lagi, jika kita gagal untuk merancang, maka kita merancang untuk gagal sebenarnya.

Rata-rata temanku masih dalam tempoh revision period lagi. Sedang aku bakal menempuhi exam ke-2 pada jam 9.00 pagi nanti. Cemburu rasanya mengenangkan mereka masih dalam tempoh bersenang-lenang dan bersuka-ria. Sedang aku, sibuk bergelumang dengan nota-nota. Tapi, tak mengapa kerana perjalanan bagi sebuah kejayaan kami telah lama bermula. Sejak kami dilahirkan ke muka bumi ini. Mengenal apa itu kehidupan.

Kejayaan adalah Perjalanan

Masih ingat lagi kalian pada catatan aku yang berkisar tentang kejayaan? Semua orang ingin berjaya, semua orang inginkan kejayaan sentiasa mewarnai kehidupan mereka. Berjaya dalam pelajaran, pekerjaan, percintaan, perkahwinan, mendidik anak-anak dan 1001 kejayaan yang ingin dimiliki. Tapi, dalam sibuknya kita mengejar dan mengecapi semua itu, jangan kita lupa mencari kejayaan yang sebenar dalam hidup ini.

"Marilah menuju kejayaan"

Seruan azan lima waktu sehari semalam. Menyeru kita untuk menuju kejayaan. Dalam mengecapi kejayaan dalam hidup, niat harus diperbetul dan fahami akan erti hidup ini yang mana untuk beribadah pada-Nya. Selaku khalifah yang ditaklifkan dengan tanggungjawab yang besar di muka Bumi ini, seharusnya kita sedar dan fahami tujuan sebenar kita dijadikan.

Fitrah manusia inginkan sesuatu yang indah. Gembira. Bahagia. 

Kerana itu bahagia perlu dicari bukan dinanti.

Tapi, semua itu takkan datang tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa kita mencarinya. Kerana itu, dalam seruan azan kita diajak menuju kejayaan. Kejayaan yang hakiki ialah bila mana kita mampu menjadi Muslim yang sejati. Amal ma'ruf dan nahi mungkar. Kedua-duanya perlu bergerak seiringan. Tidak boleh ada yang terkedepan dan ada yang terkebelakang. 

Pelajari dari Sejarah

Sesuatu yang berlaku punyai sebab. Renungkan dan insafi akan kisah-kisah terdahulu yang pernah menjadi sebahagian dari kisah hidup kita. 

Hidup manusia ini ibarat roda yang berputar. Adakala kita berada di atas (puncak kejayaan) dan adakala kita berada di bawah. Terimalah setiap yang berlaku itu dengan redha. Setiap yang berlaku itu seolah-olah satu rahmat yang menyedarkan kita dari terus merasa megah akan hidup yang sentiasa di puncak. Pelajari kisah umat terdahulu dan jadikan sebagai benteng, agar diri tidak mengulangi kegagalan dan kesilapan lalu.



Nur: Berbahagialah mereka pada hari ini yang tidak mengulangi kesilapan lalu.

24 March 2010

Deleted Memory

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum to all readers..


Deleted from memory..
Deleted ALL..

No more turning back..
No more regrets..
No more stress..
No more pain..
No more pretending..

Now,
Begin new life..
Starting new phase..
Step by step..
To achieve happiness in life..

Thanks Allah..
For the strength that i have..

Nur: Treasure for the happiness now begin. Thanks Allah..

23 March 2010

Kala Cinta & Wahyu Bersatu

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Teruja rasanya untuk dapatkan buku ini. Mana taknya,  nak mengikuti sambungan kisah Amir Mukhlis dan juga Wardah. Di samping itu tidak dilupakan pada teman rapat Wardah iaitu Tasnim. Dalam novelnya pertama Warkah Cinta Berbau Syurga, di penghujung ceritanya, Amir Mukhlis menjalani pembedahan dan Wardah ditahan di wad. Ini yang mampu aku ingat setelah hampir setahun berlalu membacanya.


Aku sendiri tak sangka yang novel ini ada sambungannya. Thank to Imah coz bersusah-payah memenuhi permintaan aku padanya ketika dia berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Aku hanya tahu tentang novel ini apabila aku melayari blog penulisnya. Sungguh tidak sangka akan ada pengakhiran pada kisah Amir Mukhlis ini. Dek kerana tanggungjwab sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester ini, aku menangguh dulu untuk meneruskan pembacaan novel Kala Cinta & Wahyu Bersatu. Tak sabar rasanya untuk mengetahui kisah mereka.

Lagi satu yang aku nak kongsikan di sini. Buku ni yang pada asalnya berharga RM 18 setelah discount 30% (diskaun pelajar IPTA) menjadi RM 12.60

Jadi, pada teman-teman yang berhasrat untuk memiliki buku keluaran PTS, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Gunakan kelebihan anda sebagai pelajar dengan diskaun 30%. Jom berkunjung ke PABKL 2010!!

"Membaca jambatan ilmu. "


Nur: Pengakhiran bukan noktah segalanya...

22 March 2010

Sejuk Macam Ais = Beku

Bismillahirrahmanirrahim...


Aku sekarang tengah seram sejuk macam ais dan hampir beku. Kenapa? Hah! Tu yang aku nak story kat sini. Tak pernah-pernah aku cuak macam nak demam jawab exam tetiba hari ni aku jadi cuak. Pastu badan pulak seram sejuk beku macam dalam peti ais dah. Itu la, padan ngan muka aku yang mata dah macam panda sebab baca buku sampai lebam. Orang suruh ready awal-awal aku pulak sibuk nak merewang tak tentu hala. Bukan aku tak nak baca buku, tapi buku tu pun dah jemu tengok aku ngadap dia hari-hari. Entah apa yang aku baca aku pun tak tahu. 

Nak tahu nanti kena la tengok aku jawab exam cane nanti. Aku sedar sesuatu, aku dah tak skema tulis dalam blog ni. Aku dah mula pakai ayat rojak. Nak tahu sebab apa? Aku nak makan rojak passembor. << betul ke eja ni? Sangat mahu okay. Teringat aku time dolu-dolu masa aku masih belia remaja. Sekarang ni aku bukan belia remaja dah tapi muda belia. Selalu odw hantar adik aku balik sekolah dia, [manja betul] nak kena hantar balik sampai depan pintu bilik kat sekolah dia tu. Sibuk nak tahu la tu sape adik aku tu. Sape lagi kalau bukan si dua singgit tu. Menci!
 
Owh! Rojak passembor kan? Lupa pulak aku tengah sibuk cakap pasal rojak ni. Aku suka makan okay. Cuba korang bayangkan dengan cucuq nya yang sedap, kuah kacangnya yang buat aku tangkap meleleh ayaq liuq tak hengat orang depan mata, sedapnya! Jom! Teman aku pie makan kat sana. Tak la jauh mana, dalam 4 hari perjalanan naik bukit turun bukit redah hutan belantara kat daerah yang ada kelip-kelip Kg Kuantan tu. Tak pun korang nak kenalkan aku ngan passembor baru? Aku layan je. Tolak batu kayu dan segala macam benda pelik-pelik yang orang tak makan aku hentam aci kromo je. Maklumlah aku tengah lapaq kot sekarang ni.

Mana taknya, sape suruh bangun awal-awal pagi ngadap buku. Konon rajin la tuh. Konon dah ready la nak melakukan jurus ala-ala Dragon Ball tu nak jawab exam pagi yang tak berapa nak pagi nanti. Sementara aku tunggu mata ni segar sikit, baik aku sambung mengarut lagi kan? Ahaha. Yang korang ni tak habis-habis nak ikut sama apa yang aku mengarut ni nape? Dah takde keja sangat nak buat ke? Apa kata korang tolong aku jawab exam jap lagi. Biar aku bersenang-lenang berguling-guling dengan teddy aku tanda sayangkan Cik Lam lebih. Hah! Tau takmo. Abestu apa lagi?

Tak faham-faham bahasa ke? Gie bukak buku nun. Bukan muka buku kay? Okay la korang semua. Aku nak adiossa sayonara tata dulu. Sambung baca buku. Doakan aku kawan-kawan. 

" Tenang, damai dalam siraman cahaya keimanan dariMu Ya Allah"

P/s: Baru aku perasan. [Bukan perasaaan kay?] yang entry-entry aku ni, semua aku susun skema-skema. Lepas ni aku tak nak jadi skema. Aku nak jadi. You're rock kewl beb! Ngeh3. Rosak nusa bangsa. Adeh. Adeh. [ Aku terngiang-ngiang suara cikgu BM aku cikgu MJ yang lantang itu]Cikgu, saya budak skema. Ngee~

20 March 2010

Oh Happy Day! Surat ooo Exam...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Semalam yang pergi takkan kembali, 
Hari ini yang semakin berlalu jangan dipersiakan,
Esok yang mendatang harus positif. 
Bayu bertiuplah membawa segala kedukaan ini pergi kerana perjalanan akan ku teruskan..


Surat ooh surat. Risau aku mengenangkan surat practical training tak kunjung-kunjung tiba. Itu la. Siapa suruh tak nak call tempat practical tu. Sendiri yang susah. Ke tak nak amek aku keje kat tempat tu. Adeh. Bisa gawat ni. Tiba-tiba ada kawan aku cakap 'Tenang aja kamu. Kok bisa gawat gini.' Aku pun menjawab 'Waduh. Kok bisa gini?' Kejap-kejap. Ni apa kes yang ikut sinetron kat TV3 nun? Adehla. Ngah serabut dan busy ni memang macam-macam ada. 

Hah! Ni yang tak reti-reti nak buka buku lagi ni apahal? Apa ingat baca blog aku ni boleh jawab exam yang kunjung tiba minggu depan? Hehe. Rileks la bro. Aku sudah mula mengarut. Angin kus-kus dah hilang. Yay! I like this. Semalam (Jumaat) seperti yang aku beritakan dalam BERNAMA, final presentation of EOP. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Cuak tak hengat kot. Biasalah. Neves tu normal bagi insan normal seperti aku. Karang cakap senget maghah pulak. Kan faghah? Owh dia takde kat sini. Orang dok sibuk baca buku, dia sibuk nak pie kenduri kawen. Hangin satu badan aku tak dapat makan nasi minyak. Hehe. Sukati je. Bukan aku kenal pun kawan dia yang kawen tuh. Kan faghah? Tahniah Ummu! Moga bahagia hingga ke akhir hayat. 

Pssst, sayang...kita bila pulak? Ngeh3. Gatai!

Sudah je aku present ala-ala eksekutif yang pro tapi takde apa-apa sijil lagi, terus aku cabut gie PWTC. Sudahnya aku 'ralat' sebab tak dapat join kawan-kawan EOP amek gambar. Sape suruh kan? T_T Takpela kan. At least dapat jugak aku 'rebut' tawaran istimewa HLOVATE bagi 1000 orang yang terawal beli buku VERSUSnya itu akan dapat hadiah istimewa darinya berupa percutian 3 hari 2 malam di Jeju Island. [Oh! Tolong jangan nak perasan okay?] Zaman bila pulak ada orang beli novel dapat hadiah berupa percutian gini. Kalau ada serius. 1000 novel pun aku sanggup beli. Jap. Tapi bila aku kira balik (1000 x RM 15 = RM 15000) buat apa aku nak beli kan? Baik aku beli tiket cabut terus gie Jeju Island. Takde la nak kena pusing tawaf hampir 3000m [ jauh tu, RIBU kot] baru nak jumpa tempat 1000 terawal tu. Takpelah 1000 punya pasal sanggup. 

Aku takde la semangat sangat nak kejar 1000 terawal tuh. Tapi, memandangkan semangat Cik D yang berkobar-kobar aku pun turut mengada-ngada bersemangat sekali. Hehe. Kan Cik D? ^^, . Sampai je kat PWTC aku ingat tak la ramai sangat umat manusia kat situ. Sekali  HAMEK ko. Jalan macam siput. Siput pun lagi cepat. Time kat Book Fair ni melayang la duit aku. Nasib baik aku ni berjimat orangnya. Habis semua buku RM 5 aku sambar. Dekat 5 buah kot. Jimat apa. Kalau tak harga semua buku ni dekat RM 100 kot. Walaupun buku lama kira okay la gak coz bukunya masih baru kot. Siap berplastik dan bereben lagi. Apa ingat aku nak buat perasmian pelancaran apa? Hehe. 

Sibuk je korang ni nak tahu aku beli buku apa. Ye la. Aku nak gitau la ni. Cuba bawak-bawak bertenang jap. Haila. Ni list bukunya [ VERSUS- 1000 terawal tuh, Suzana, Tunjukkan Aku Satu Bintang, Seindah Rindu, Dakapan Asmara & Kerana Kau Lelakiku] Semua novel cintan-cintun kot. Adehla. Aku ingat aku dah tobat tak baca dah. Novel-novel ni pun aku tak tau zaman bila aku nak sentuh. Ada yang aku beli tahun lepas, dekat 6 buah lebih aku tak sentuh. Bosan la baca ovel cintan-cintun ni. Tukar selera jom! Bagi cadangan sikit..^^,

Sekarang ni aku tengah aim nak beli beberapa buah buku. Tak tahula nak beli tahun ni ke tahun depan. Tapi, kalau ada orang hadiahkan lagi best. ^^, Tengok tu! Berangan! Buku La Tahzan yang abah aku bagi tahun 2005 pun aku tak habis baca dan khatam-khatam lagi. Cemerlang kan? Tapi ada buku yang adik aku bagi, dah habis baca - Jadilah Wanita Paling Bahagia.  Sob. Sob. Amin...Tu la kan. Buku-buku camni  tak habis baca lagi, macam mana dengan buku pelajaran aku. WAJIB kot habiskan. Kalau tak exam nanti aku nak jawab apa? Takkan aku nak karang sinopsis novel cintan-cintun yang aku baca pulak. Nak cari pasal la tuh.

Dah. Dah. Jom kita baca buku sama-sama. Toksah nak ngarut tak tentu hala kat sini. Hehe. Ayuh! Bestari tetap bestari, pada nama. Bestari tetap bestari, pada realiti. 

Kawan-kawan, kalau aku ada buat salah silap, sakitkan hati korang ke, pukul korang ke [ganasnya aku.. tak pernah kot], aku nak salam minta maaf. Doakan kita sama-sama berjaya tau. Tak best la kalau sorang-sorang berjaya kan. Ma'attaufiq binnajah. Sayang korang! ! Mmmmuah...^^,

Nur: Alhamdulillah..^^,

Hati Terusik

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua..

Aku tak tahu kenapa sejak dua hari ni aku sangat la moody dan cepat terasa. Owh! Pliz. I really hate this kind of feeling. Mixed feeling. All out comes to mind. Feel scared, anxious. Hate it! Every time when final exam come, this kind of feeling exist. Ya Allah, berikan aku ketenangan dan ketabahan. 

Macam-macam yang aku fikirkan.Semuanya bercampur-baur. Yang tak tahu pokok-pangkalnya. Cemas! Risau! Resah! Gelisah! I HATE THIS KIND OF FEELING! Hampir airmata ini mengalir tanpa mengerti bahawa diri ini sudah lelah dan harus fokus. Tapi aku berjaya menahan dari empangan airmata ini pecah. Kerana aku harus KUAT dan TABAH juga FOKUS. Mengerti hati ini. Fahami diri ini.

Sukarnya untuk aku berterus-terang dan mengatakan TIDAK. Mengertilah aku hanyalah manusia yang punyai kudrat yang terbatas. Tenaga yang kadang-kala voltannya naik mendadak dan kadang-kala bagai putus bekalan elektrik. Jika enggan fahami aku, tolong jauhkan diri dariku kerana aku tak mahu menjadi beban masalah pada kalian. 

"Ya Allah, hati ini kuat dan tabah dalam menempuhi dugaan hidup ini. Hati ini bertabah dengan liku perjalanan hidup ini. Hati ini redha dengan segala ketentuanMu."

Tolong. Tolong jauhkan diri dari aku kala emosi yang turun-naik ini. Aku enggan melukakan sesiapa kerana kelak aku yang terluka. Andai ada yang terluka dan terasa dengan tindakanku, khabarkan padaku agar aku dapat menjelaskan akan letak duduknya perkara ini. Susahnya untuk aku luahkan 1001 rasa ini. Aku ingin  benar meluahkannya tanpa selindung bahawa aku sebenarnya sangat penat dan letih dengan rasa yang bercampur-baur ini.

"Ya Allah, terasa diri ini semakin jauh dariMu. Pimpinlah kelemahan hati ini agar kembali kepadaMu. Pimpinlah hati ini agar kembali tenang dari segala macam dugaan ini."

Maafkan aku. Ini luahanku. Ini rasa hatiku. Ini coretanku. Tidak melibatkan sesiapa. Aku ingin benar menangis dan meluahkan segala rasa yang terpendam di hati ini. Rasa yang bercampur-baur. Rasa pahit, kelat dan 1001 rasa ini.

"Ya Allah, aku memohon kekuatan dariMu. Tabahkan hati ini. Kuatkan hati ini. Jauhkan dari segala kesedihan dalam hidup ini. Betapa diri ini merindui kasih dariMu."

Nur: Aku KUAT!!

18 March 2010

Rindu Bertamu di Hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Rindu kembali bertamu di hati ini. Terasa lama sungguh aku tidak pulang ke rumah tercinta. Waa. Rindu akan mereka. Adik Amim yang nakal. Lama tak dengar celotehnya. Wahai hati bertabahlah. Kuatkan hati dan teruskan perjuangan ini. 

Esok, presentation akhir untuk semester ini. Doakan moga semuanya dipermudahkan. Ya Allah, aku memohon kekuatan dariMU. Teguhkan diri ini dalam perjuangan ini. 

Mama dan abah. 
Doakan agar urusanku di sini dipermudahkan. 
Rindu mama dan abah.
Loves both of you. 

 

Do your best and be the best!
Love you always...
Mama

Setiap hari bila mengadap softboard akan nampak kata-kata dari mama ini. Ucapan yang mama berikan tatkala menduduki peperiksaan SPM 6 tahun lalu masih terpahat kukuh dalam ingatan. I will love you always mama. Miss you. Hoping that you're doing well. Take care of your health.

Nur: Take care MAMA and ABAH

5 Years Be With All of You

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum aku mula menduduki final exam bagi semester ini. Masa yang tinggal berbaki 3 minggu sahaja lagi sebelum teman-teman seangkatan ku pergi meninggalkan aku keseorangan meneruskan perjuangan di bumi bertuah ini. Mereka melangkah pergi dahulu dariku memasuki alam yang baru. Sedang aku bakal meneruskan perjalanan dengan sisa-sisa kekuatan yang masih ada dalam diri ini. Pelbagai kisah suka dan duka pernah aku kongsikan bersama dengan mereka. Pahit manis kehidupan ini aku tempuhi tanpa jemu dengan kehadiran mereka di sisi.

Oh airmata! Berhentilah mengalir menuruni pipi ini. Aku harus kuat dan tabah! Biarkan mereka pergi dengan hati yang terbuka. Biarkan mereka terlebih dahulu menempuh alam yang baru. Perginya mereka tak bermakna mereka meninggalkan diri ini keseorangan. Doa mereka mengiringi tiap langkah yang ku tempuhi. 

Teman-teman, 

Andai pernah aku menyakiti hati kalian, tanpa aku sedar. Mengabaikan tanggungjawab seorang teman, menidakkan hak kalian selaku seorang teman, izinkan aku menyusun jari memohon seribu kemaafan. Aku tidak sempurna. Tapi, kehadiran kalian telah membuatkan aku seolah-olah seorang sempurna. Kalian tutupi kelemahan aku dengan kekuatan kalian. Tak pernah dan tak putus-putus kalian memberi nasihat, menaikkan semangat yang terkadang lelah dalam menghadapi cabaran hidup ini.

Andai pernah diri ini terlanjur bicara, terlepas laku, sepanjang hampir 5 tahun kita bersahabat sedari zaman matrikulasi lagi, maafkan dan lupakanlah kisah lalu. Terima kasih buat kalian yang sentiasa menganggap diri ini sebahagian dari kalian. Secara jujurnya terkadang diri ini pernah terasa hati dengan kalian. Namun, cepat-cepat segala rasa itu kuusir jauh-jauh dari hati ini lalu kukuburkan rasa itu  kerana ianya bakal merosakkan ikatan persahabatan kita. Ingatan bersama, berbuka puasa, bermandi-manda, bergurau-senda, dan sebagainya, akan kuabadikan dalam memori terindah dalam diri ini. Group 11 Matriculation IIUM in Memory.



Terima kasih buat: Cak, Hajar, Alia, Neesah, Azah, Along, Syidah, Kim, Fakhrina, Azimah, Ainul, Maryam 

Nur: Friendship Forever

16 March 2010

Strive For the Mission!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua kawan-kawan..

Final exam makin hampir. Ayuh! Kita persiapkan diri meghadapinya. Ada di kalangan kalian merupakan semester yang akhir. Tahniah! Aku bakal menyusul kalian pada hujung tahun ini. InsyaAllah. Doakan kita sama-sama berjaya dalam bidang yang diceburi. Di kesempatan ini, aku ingin kongsikan beberapa tips dengan kalian untuk kita sama-sama memecut. 

1. Fokus pada topik-topik yang ditekankan oleh lecturer anda. 
(Percaya pada apa yang mereka katakan)

2. Buat soalan-soalan semester-semester yang lepas.
(Biasanya akan ada soalan yang mungkin sebijik dan mungkin juga hampir sama)

3. Kongsikan hint bersama-sama teman anda. 
(Jangan kedekut, kerana dengan bertukar-tukar hint anda akan lebih yakin)

4. Yang paling penting dekatkan diri dengan ALLAH Ta'ala.
(Sentiasa memohon yang terbaik untuk diri dan teman-teman anda)



Jadual Final Exam Semester 2 2009/2010


22 Mac 20010  (Consumer Behavior)
25 Mac 2010   (Multimedia Technology)
26 Mac 2010 (Corporate Finance)
29 Mac 2010 (English for Occupational Purposes)
8 April 2010 (Marketing Management and Strategy)

Waa..gap hampir 9 hari baru ada next paper. Diminishing of marginal motivation begini. [adakah] Tolong, tolong, siapa boleh naikkan semangat saya dalam tempoh 9 hari ini. Bertabah! FOKUS!!

Nur:"Ya Allah, kurniakan kejayaan pada kami." Amin...

12 March 2010

For the Rest of My Life

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum..

Ke hadapan si 'dia',

Apa khabar dirimu di sana? Hampir 10 tahun kita tak bersua muka. Bertentang dua mata melihat wajah satu sama lain. Hanya alam maya yang masih menghubungkan kita berdua. Mungkin dirimu tidak pernah menyedari kehadiran diri ini yang saban waktu sentiasa mengikuti perkembangan dirimu yang jauh di sana. Terkadang aku tertanya kenapa dirimu yang aku kenangkan tiap waktu. Walau dalam jangka masa itu beberapa insan pernah datang dan mengetuk pintu hati ini. Namun, pada akhirnya ingatan ini tetap pada dirimu.

Kali terakhir kita bersua muka tika keputusan UPSR diumumkan. Dirimu dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah. Dalam erti kata lain kau merupakan pelajar mithali. Pada aku, selayaknya gelaran itu kau pegang. Masih teringat lagi kenangan lalu yang tersimpan kukuh di laci memoriku. Seolah-olah kisah itu baru saja berlaku.

Setiap kali tiba waktu untuk pulang ke rumah sejurus selepas waktu persekolahan tamat, kita menunggu di tempat yang sama menantikan kenderaan yang menjemput kita pulang. Dan pastinya kau akan pulang sebelum aku dengan menaiki van sekolah. Tinggallah aku menantikan kedatangan ayahku. Dari jauh aku menghantar kau pergi sehinggalah kau hilang dari pandangan.

Petang harinya, kau akan pulang dengan van sekolah yang sama. Pastinya aku pulang dengan berjalan kaki. Jarak rumahku hanyalah 300 meter dari sekolah. Sebaik sahaja van sekolahmu tiba, barulah aku memulakan langkah pulang menuju ke rumah. Dan kau akan duduk di tepi tingkap van sekolah sambil bergurau-senda dengan temanmu.

Ah! Kenangan lalu menggamit lagi. Aku cuba untuk melupakan dirimu. Dan akan terus mencuba. Hingga kini aku tertanya, apakah yang menyebabkan kau sentiasa kukuh dalam ingatan ku. Sejurus lepas SPM aku mula berhubung denganmu secara terang.

Biarlah. Biarlah semuanya tersimpan kemas dalam memoriku. Hingga saatnya diri ini menjadi milik orang, aku akan membuang segala kenangan tentang dirimu. Aku sentiasa mendoakan kau berjaya dalam bidang yang diceburi.

Kau akan pulang ke Malaysia sebaik sahaja tamat pengajianmu
di sana pada bulan Jun ini. Dan dalam bulan Jun itu juga, aku bakal menerima kedatangan ahli keluarga yang baru secara rasmi. Dalam bulan Jun juga merupakan hari lahir mamaku yang tercinta.


Your sincerely,

Nur Qistina


For the Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say



For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you



I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say



For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you



I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally



For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you



I know that deep in my heart

05 March 2010

Carilah Ketenangan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Kebelakangan ini, kesibukan sebagai pelajar universiti semakin bertambah-tambah. Assignment masing-masing memerlukan perhatian tanpa putus-putus. Terkadang aku terasa lelah dan letih seketika. Jika hidup manusia ini diberikan hatta 36 jam sehari pun belum tentu ianya mencukupi. Kerana masa itu emas. Masa yang lalu meninggalkan kita takkan kembali. Kisah silam biarkan ianya luput dalam ingatan. Hanya yang indah dan manis sahaja yang dikenangkan. Jika diingatkan segala kisah yang lalu yang boleh menimbus semua kegembiraan dan kebahagiaan yang bakal dikecapi di masa ini dan hadapan, mengapa tidak dilupakan sahaja? 
Hari ini, genap 5 Mac 2010. Semakin pantas masa berlalu. Alhamdulillah, beberapa 'perkara' yang memberatkan fikiran telah temui jalan penyelesaiannya. Secara rasminya, aku akan bergelar t'rainee' di salah sebuah 'tempat'  12 April 2010. InsyaAllah. Di mana? Akan kuberitakan bila sampai waktunya. Tanpa aku sedar juga, minggu ke-12 bakal melabuhkan tirai hari ini. Minggu ke-13 dan ke-14 bakal menjengah. Pejam celik pejam celik, 'final exam' bakal menjelma. 
Sempat aku menghadiri beberapa majlis ilmu yang diadakan dari 27 Februari 2010 hingga 3 Mac 2010. 

Chicken Soup for the Soul



Kem Ibadah telah diadakan di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang. Kisah suka dan duka tercatat pada tarikh 27-28 Februari 2010. Alhamdulillah, sedikit sebanyak 5 sasaran yang digariskan penganjur, aku cuba untuk terus istiqamah mengamalkannya. (Solat Jamaah, Solat Sunat Rawatib, Memorization of Al-Ma'thurat, Surah Al-Mulk & Qiamullail) Walaupun adakalanya 'tertinggal' dengan alasan lapuk seperti 'penat', 'malas' dan sebagainya, itulah dugaan yang 'berat' harus dihadapi dalam mendidik diri ke arah yang lebih baik. Moga dipermudahkan dalam setiap urusan mendidik diri ini. Amin~

Forum on Women: "BALANCE INTELLIGENCE & EMOTION"


Satu forum yang membincangkan tentang pentingnya seimbang antara akal, hati dan nafsu. Tiga orang panel yang mengupas isu ini (Mdm Zaleha-IKIM, Ustaz Pahrol- Penulis dan Bro Saiful-CSD IIUM)
**Isi perbincangan yang dikupas akan aku bawakan dalam entry khas. InsyaAllah, jika peluang dan ruang itu ada.

Forum Cinta

Oleh Ustaz Che Abdul Majid  
Awas melafaz kalimah cinta
Nanti berendam si air mata
Hancur luluh remuk sejuta
Menyangka kaca rupanya permata
Dari dua menjadi tiga
Tahan digoda sabar diduga
Ni'mat bahagia di dunia dan akhirat

"Pakaian bagi seorang wanita itu adalah sabar"

CCHS 1012

Chief Facilitator memberi tugasan pada adik-adik halaqah untuk mendatangkan isu yang hangat dibincangkan masa kini baik di dalam lingkungan universiti, negara mahupun secara global. Alhamdulillah, persembahan yang menarik oleh 5 kumpulan yang mana masing-masing punyai gelagat tersendiri dalam menyampaikan isu yang mereka pilih. 

Antara isunya adalah: Pembunuhan kanak-kanak 3 tahun yang didera, Nikah koboi, Kisah realiti KAEDIANS, Kisah dadah dan Kisah peperangan. Chief Facilitator menyimpulkan mempelajari teori tidak sama dengan pelaksanaannya, jangan hanya tahu men'judge' orang tanpa kenali mereka lebih dahulu dan jangan sesekali meniru 'culture' orang lain yang mampu merosakkan diri kita.
**Mulakan dari diri kita sendiri dengan melakukan sesuatu perkara yang kecil. Sebagai contoh: Buang sampah.


"Ya Allah, permudahkan urusan sehari-harianku." Amin~
 
Nur: Update secara ringkas. Banyak yang perlu diberi tumpuan.

04 March 2010

Aigoo

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Apa khabar kawan-kawan semua? Aigoo.. Macam mana ni? Masalah besar ni bila ada orang dah salah faham. Siapa yang ada terasa salah faham tu angkat tangan cepat-cepat. Meh sini nak terang sikit, entry dalam 'Seindah Bicara Kasih' ni tak ada kena-mengena dengan sesiapa pun melainkan dinyatakan dengan jelas. (Betul ke?) Aku yakin ianya betul. Semua yang ditulis adalah secara umum kerana nature aku yang suka nak 'layan' ni. Aduh! Bikin ribut ni. Gi mana mau terang sama kalian ya? Kok bisa gini? Waduh. Pusing ni.

Aigoo. Tolong aku. Tolong jangan salah-faham dengan entry-entry yang pernah di'post'kan dalam ini. Melainkan aku ada nyatakan nota kaki. Mintak tolong! Jika ada yang terasa telah salah-faham, sila bersemuka dengan saya untuk diselesaikan semuanya secara total. Secara terangnya biar aku nyatakan bahawa blog ini adalah blog peribadi merangkap diari maya aku yang aku punya suka la nak tulis ke apa. Walaupun ada pembaca yang mengikuti penulisan aku ini, tolong jangan masukkan dalam hati kalian. 

Aku tak nak ada orang yang 'perasan' dan 'perasaan' yang di kemudian hari akan mem'beban'kan hidup mereka dan keluarga mereka. Aduh! Berapa kali udah aku mengaduh. Ini tidak bagus dan tidak sihat. Tapi, aku harus jelaskan supaya tiada yang coba-coba untuk bersalah-faham dengan apa yang ku tulis dan ku bicarakan. Memang benar, saat kita tidak bertemu, biarkan tulisan berbicara. Namun, ianya hanya dimaksudkan apabila ada 'taukid' di situ. Sebagai contoh 'taukid' yang aku buat adalah: Maaf, maaf, dan maaf. Bila mana tiga kali dinyatakan ianya membawa maksud aku benar-benar maksudkan. Ngerti kamu?

Nur: Jangan salah-faham, 'perasan' juga 'perasaan'.