Showing posts with label ::Nothing::. Show all posts
Showing posts with label ::Nothing::. Show all posts

16 March 2012

Sekadar Bicara Sebuah Rasa

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya, Jumaat menjelma. 


Sekadar ingin meluahkan bicara yang terbuku di hati. Teman-teman sibuk menceritakan kebahagiaan masing-masing. Jujurnya saya cemburu. Namun akhirnya saya menerima kerana ini waktu mereka malahan mendoakan agar kebahagiaan mereka itu berpanjangan.  Bahagia dan kegembiraan yang dikongsi bersama membuatkan sedikit sebanyak hati ini damai dan dipujuk. Moga bahagia dan kegembiraan itu bakal dipindahkan pada saya. Amin~



Mudah menutur bicara, mudah meluahkan rasa.
Namun, tidak mudah menahan sebak di dada.


Bahagia itu harus dicari dan di kemudian hari harus dikongsi bersama. Tidak semua berjaya mengecapinya dan tidak semua berjaya memilikinya. Moga sinar bahagia masih ada untuk kita.

Membina sebuah ikatan itu bukan mudah. Menerima berada dalam satu ikatan itu juga pastinya sukar. Namun, jika disulam dengan rasa yakin dan percaya, pasti ianya membuahkan hasil yang indah.


Kerana syurga itu manis pahit maung harus ku telan jua.


Jangan dicuit hati ini jika sekadar bemain di permukaan kerana kelak dasarnya tidak dapat ditembusi apakan lagi untuk diterokai. Biar digapai dengan keikhlasan kelak terbalas segala penantian.



Nur: Dalam manis terselit pahitnya....

14 February 2012

Jika Benar, Tapinya

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Jika benar kasih
Jika benar rindu
Jika benar sayang
Jika benar cinta

Mengapa ada tapinya?

Memang benar kasih
Memang benar rindu
Memang benar sayang
Memang benar cinta


Nur: Seringkali beralasan...

17 January 2011

4000 Orang Sayang Saya! Yay!

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Bestnya...Dah 4000 kiraan kasihku sejak entah la....Hehe...Pernah ada hari tu tereset balik. Tapi, tak mengapalah. Layan jek. Tol kan? Aigoo...

Jom layan picca bawah ni. ^^,


Nur : Awak tak sayang saya biar diorang sayang saya. Jangan jeles. Bluwek! =p

05 November 2010

Warkah Rindu Untukmu

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan kau yang sentiasa dalam ingatan,

Apa khabar kau di sana? Merantau jauh ke negara orang, demi menimba sebuah kehidupan. Aku di sini baik-baik dah sihat sentiasa. Sudah lama bukan kita tak berutus khabar? Kau di sana menyepi tanpa khabar. Aku di sini menanti penuh sabar. Dengarnya kau telahpun selamat bergelar seorang graduan. Oh! Iri sungguh hati ini melihat dirimu memakai topi empat segi itu.

Sebut tentang topi empat segi itu, mahu tahu tidak kenapa graduan-graduan layaknya memakai topi empat segi itu? Kata profesorku pemikiran mereka masih di dalam kotak. Lawak betul kata-kata beliau. Tambah beliau lagi, jika dilihat, profesor-profesor semuanya memakai topi yang bulat. Apa ertinya itu? Hah! Apa lagi, kau fikirkan sendiri jawapannya.

Oh ya! Pastinya kau terkejut dengan kehadiran warkah yang tidak diundang ini bukan? Jangan gusar. Aku mengutusnya hanya untuk bertanya khabar. Hairan aku tiba-tiba putus berita darimu. Mungkin sibuk barangkali berada di tahun akhir. Sibuk dengan pelbagai kerja kursus yang menanti waktu untuk dibentang. Tidak mengapa. Aku faham akan situasi tersebut kerana saat ini aku jua sepertimu suatu masa lalu. Sedar tak sedar, dah lama bukan kita meninggalkan zaman hingusan kita. Rindu. Sungguh aku rindu masa itu.

Hmm. Nampaknya aku terpaksa menoktahkan di sini warkah ini. Ikutkan rasa hati yang menggunung ini, berkajang-kajang banyaknya mampu aku karang. Namun, aku faham akan kesibukanmu kini, cukuplah sekadar mengutus bertanya khabar. Jika sudi, seperti pantun-pantun lalu. Zaman masih sibuk berutus surat dan kad, pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Tambah lagi satu. Sorong papan tarik papan, sudah baca harap simpan.

Sampai bertemu lagi dalam warkah berikutnya. Jaga diri ya. 


Salam rindu dari jauh,

Nur Qistina
10.00PM
Kamar sepi nan indah

04 November 2010

Bintang




Tika siang hari menjengah

daku mendongak ke langit

Mencari sealur garis pelangi

Namun bayangnya tidak kelihatan

Siang pun melangkah pergi

Perlahan-lahan senja merangkak

Terbias warna merah di kaki langit

Menandakan hari ini telah berlalu

Membiarkan memori tercatat lagi

Tika malam hari menjelma

Daku mendongak ke langit

Mencari bintang yang bersinar terang

Namun sekali lagi aku hampa

Hanya bulan purnama yang kelihatan

I Wish That One Day




When the time passed by, I feel relieved.

I wish that one day, I could really see you.

Could really face with you without any leftover memories.

Time past by so fast that I don't ever realized it.

It has been four years since we've really keep in touch. 

I'm glad that I could be as who I am now. 

One day, I wish to see you again. 

I believe that one day would really come. 

You won't ever know that until today, I still remembering you

30 October 2010

Catatan Hati 1


"Qistina, apa yang direnungkan dalam gambar itu," soal ibunya yang kebetulan lalu membetulkan langsir yang terbuai-buai ditiup angin lantas mematikan kenangan lalu .

Pantas sekali diseka airmata yang mengalir setitis demi setitis menuruni pipi mulus itu. 'Kenangan, sangat menikam laman hati ini.'

Masih tengiang-ngiang lagi kata-kata 'Kita kawan selamanya' yang kerapkali diucap oleh temannya itu. Ya! Benar kita kawan selamanya. Berita yang diterimanya lewat petang tadi, benar-benar mengocak ketenangan tasik hatinya itu. Bukan dia enggan menerima khabar itu. Tapi, ada sesuatu yang tak pernah dia sangka Langsung tidak pernah dia menduga khabar itu .


Resah, gelisah, gusar dan risau
Tatkala diulit bahagia masih ada derita menjengah
Bagai bulan dipagari bintang 
Kadang muncul kadang menghilang

Sukar dituruti kata yang berkalung dusta
Di depan bermanis muka
Di belakang menarik muka
Ah! Aneh sekali ragam manusia.

15 October 2010

Kelu Tanpa Bicara

Bismillahirrahmanirrahim...

Kelu lidah ini ingin berbicara. Ingin meluah rasa sebak di dada. Rasa yang bercampur baur yang sukar dimengerti oleh si pemilik bicara. Ingin pergi jauh dari lembah sepi yang penuh duka ini. Jauh dari duri yang menikam sukma. 



Andai boleh membawa diri hingga ke hujung dunia, sudah pasti dibawa pergi dari kemelut jiwa yang tak berkesudahan ini. Tapi, di manakah penghujung dunia yang sebenarnya? Adakah di sana tiada duka dan lara? Tiada sepi yang mencengkam jiwa?



Ingin mencoret tapi terhalang dek rasa sebak di dada. Ingin meluah tiada yang sudi mendengar menadah telinga. Ingin berbicara tiada yang sudi berkongsi mengusir pilu di hati. Ah! Andai bisa keluar dari semua kemelut yang melanda diri ini, pasti ingin pergi jauh buat selamanya. Pasti sudah dinoktahkan segala sendu bicara. Tangis duka yang meraja dalam diri ini.



Sekadar mencoret tanpa rencana. Diluah apa yang mendatang di fikiran. Sukar. Susah. Hidup penuh dengan ranjau yang berduri. Pura-purakah dalam menempuhinya selama ini. Ah! Makin difikirkan makin sesak dada ini. Sukarnya menghirup udara dengan penuh ketenangan.



Ingin pergi jauh dari semua ini. Noktah! Tiada lagi duka. Tiada lagi sepi. Tiada lagi pilu.



**Satu bulan lagi. Benarkah? Enggan menerima. Harus terbuka. 

12 October 2010

Kelas- Berjaya

Bismillahirrahmanirrahim..

Nak jugak update entry baru. Walau takde mende nak tulis.

Malam ni aku ada kelas malam.

Okay, itu saja.

Takpe kan tulis macam ni? =p




Kata-kata semangat:

 Successful people always,
Dream higher than anyone else,
Work harder than anyone else,
Take action more than anyone else,
Walk longer than anyone else,
Be more persistent than anyone else,
And take bigger risk than anyone else,

THEY ARE CHAMPION!


Nur: Mari menuju kejayaan. ^^,

08 October 2010

-Sticky Post-

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Lama aku tak update story tentang diri aku. Mesti ada yang dah rindu nak baca karangan  cerita tentang aku. Ya. Aku memang agak sibuk sejak kebelakangan ni. Mungkin ada di kalangan kawan-kawan aku perasan atau buat-buat tak perasan. Takpe, aku tak kesah semua tu. Mungkin juga sebab tiap kali diorang masuk 'rumah' aku, asyik tukar langsir je kerjanya buat diorang dah tak cam. Mungkin jugak sebab aku dah tak update tentang  kata-kata pujangga aku, dan mungkin juga kata madah berhelah aku buat diorang tak nak jenguk aku kat sini. Takpe, aku tak kesah. Sebab aku tahu korang pun busy jugak.

Macam mana aku nak mula ya.

Takpe. Aku karang je macam mana pun, yang penting korang baca atau tak, aku lega sebab aku dapat luahkan apa yang aku rasa. Ada orang cakap, blog ni tempat luahkan perasaan. Kata lainnya, diari harian. Ada orang berblog sebab nak jumpa kawan-kawan baru, nak tukar-tukar cerita, nak kongsi nasihat dan sebagainya. Walau apapun tujuan kita berblog, yang penting niat kena betul dan cara kena benar. Betul atau tidak, korang nilai sendiri.

Dulu, waktu mula-mula aku buka blog ni, lama jugak terdampar sepi tanpa aku update entry langsung. Dekat 3 tahun dah usia blog ni. Tak silap aku, aku mula kenal dunia blog ni sebab assignment yang lecturer IT aku suruh buat. Aku pun dah tak ingat apa URL nya. Berzaman dah. Bila lecturer aku suruh aku buat blog tu, aku pun sibuk try bukak blog sendiri. Sudahnya, terdampar begitu saja hampir 8 bulan lamanya. Masuk bulan 8 tahun 2008, aku pun start menulis entry yang pertama pasal ucapan hari lahir.

Setiap kali aku rasa STRESS ke, sedih ke, gembira ke, aku mesti nak tulis kat blog. Bila aku baca balik entry-entry lama aku, aku pun tak percaya aku pernah tulis kata-kata ngarut tu. Blog ni memang penuh dengan kenangan. Macam-macam kenangan ada. Dari aku neves nak wat presentation, cerita tunggu nombor kat bank, cerita gie bercuti, dan macam-macam lagi. Semua ada. Semua aku rangkum sekali. Cerita Family, Kawan-kawan, Adik-adik Mentee, Kisah Student U, Kisah hati aku, semua ada.

Masuk bulan 8 tahun ni tak silap aku, aku mula kenal apa itu blogwalking dan lain2. Kalau tak before ni, golongan pembaca kawan-kawan aku je. Ni semua bermula bila blogger start buat function follower. Dari satu blog, aku jump gie blog orang lain. Macam-macam kisah aku baca. Ada yang happy, sedih dan lain-lain. Pastu, tengok orang sibuk join Giveaway, aku pun mula kemaruk nak join Giveaway. Alhamdulillah, rezeki aku dapat apron kuning dari Miss Kelly. Baru-baru ni, aku dapat hadiah saguhati dari Sis Ellen pula.

Banyak cerita yang aku nak catat kat blog ni supaya satu hari nanti aku pernah tahu itu semua ada dalam sejarah lipatan memori aku.

Aku nak karang panjang-panjang lagi, aku rasa semua aku dah rangkum dalam ayat kat atas ni. Jadi, aku harap, kawan-kawan aku yang tahu tentang asal penubuhan blog ni, yang kongsi kisah suka-duka, mengertilah, tanpa korang takkan wujud blog ni. Terima kasih atas sokongan yang korang semua berikan. Tak kisah la kawan-kawan yang aku kenal secara maya pun. Semua aku sayang dan hargai.Mana tahu, satu hari nanti aku dah takde kat dunia ni, korang lah yang akan tolong doakan aku.

Kalau ada salah-silap aku buat, maafkanlah ya. Jangan simpan dalam hati. Mana tahu, aku ada hutang korang ke, tuntutlah selagi aku mampu tunaikan, insyaAllah aku akan cuba. Kalau aku tak mampu, mintak korang halalkanlah ya.


Lots of Love,
Nur Qistina
2.07PM
Kamar sepi.

18 September 2010

Don't Read! I'm READ myself..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tak tahu kenapa dan kenapa, 'rasa' itu menjengah kembali. Oh! I'm really hate this kind of me. Can I just be myself and don't even bother what other peoples said? Really, it does not about what people said that I care so much but it is about what I think that I care too much.

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati yang resah gelisah akan kembali tenang."

Otak ni dah berselirat dan berserabut dengan macam-macam. And suddenly I feel LOST. Really this was just not like me. Sukar untuk buat keputusan. Just a simple matter that I make it complicated. What happened to me actually? What are in my mind? 

If me myself cannot answered the question, will others know what to say? CONFUSED. 

You guys out there, why bother about me and why do you said that you care about me? Just leave me alone! Really, leave me alone was not a solution for my matters and problems. Do I only have a problem? You guys don't have it? Must kidding me if no one haven't face any problems.

Tiba-tiba aku rasa LOST. Lost sense of.....??

This was really like me. When I'm stressed, I throw out all things OUT. 

Ini memang aku. Bila aku tengah serabut dan serabai habis semua benda aku nak luahkan. Thanks coz aku ada Seindah Bicara Kasih yang boleh jadi tempat aku nak luahkan apa saja tanpa perlu risau apa orang kata. Again 'apa orang kata'. Tired of this word.

Aku rasa aku perlu cari titik tolak untuk usir rasa 'Lost' itu pergi sebelum parah. Come on! Only less than 2 months left. Aku perlu tetapkan hala tuju dan matlamat aku. Bukan baru nak tetapkan, tapi teguh dengan pendirian aku. 

I need support from all of you guys. Do help me. Be with me whenever I am in need. Be my listener. Be my friends. And be my SOUL. Hidup untuk terus menikmati apa erti hidup. Bukan untuk mengeluh kehidupan. Tapi mengolah kehidupan dan melakar kanvas-kanvas kosong itu menjadi corak pelangi yang indah. 

Nur: Away to READ myself...

I wanna be a butterfly that freely fly


23 August 2010

Hati Terusik

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah. Hati ini terusik lagi. Jauhkan aku dari segala rasa keluh-kesah ini. Moga suatu hari nanti ketenangan itu bakal menjadi milikku. Sering aku menafi. Sering aku menidakkan. Namun, jauh di sudut hati aku memerlukannya. Moga tiada lagi yang menekan. Aku yakin akan janjiMu. Sesekali aku takkan pernah berhenti berharap. Moga ianya akan berakhir dalam sebuah kemanisan yang berpanjangan. Wahai diri. Tabahlah!

Nur: Hate this feeling!!

18 August 2010

Gerimis Mengundang


Bismillahirrahmanirrahim..

Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh...
Dalam tak sedar ku menangis

Nur: Nostalgia 1999-2009 [10 years] *sigh* 

10 May 2010

Berlalu Sebuah Mimpi Indah


Selamat Malam - Faizal Tahir

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam

Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu

Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang

Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang

Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam

Tidurlah sayangku

09 May 2010

Bila Sakura Mula Berbunga

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Sudah lama aku beralasan untuk menghiasi Seindah Bicara Kasih ini dengan coretan yang baru. Coretan hati yang mungkin mampu menyentuh hati si pembacanya. Mungkin. Atau coretan yang mampu menggugat ketenangan si penulisnya. Indah jika dilihat bunga-bunga sakura berguguran. Warnanya yang pudar itu, mampu memikat hati yang memandang. Di kejauhan kelihatan seperti kapas-kapas yang berterbangan mampu menenangkan hati yang melihatnya. Mampu membuat hati terpegun sambil memuji keindahan ciptaan alam ini oleh Yang Maha Mencipta.

Kata orang, bunga sakura itu hidupnya seketika cuma. Walau sekejap hayatnya namun indah dipandang. Lalu jadilah seperti bunga sakura, walau hidup di dunia cuma pinjaman, jadilah orang yang mampu berbakti pada orang lain.

Bila sakura mula berbunga
Hatiku mula berbicara
Hati yang sering terluka
Berhakkah menerima bahagia?


 **Pic credit to my fren**

Nur: Bahagia itu milik bersama...

06 May 2010

Tak Sempat Nak Update

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kawan-kawan..

Makin busy sekarang ni. Sampai tak sempat nak update. [Alasan je tu] Nanti la ya aku update blog ni. 

Oh Ya! Hari ni ulangtahun kelahiran adikku no 3. Selamat Hari Lahir. Moga panjang umur, rezeki melimpah-ruah dan cepat KAWEN. Hehe. Paling penting menjadi hambaNya yang sentiasa amal ma'ruf dan nahi munkar.

 Apapun, korang enjoy je la ngan gambar kat bawah ni ya. 


Tak berapa jelas. Maklumlah hp aku zaman Tok Kaduk je. Ngee~

25 April 2010

Tiada Penamat Bagi Bahagia

Tiada Penamat Bagi Bahagia 


 
Mata itu tertutup apabila dipejam. 
Tapi belum terlena kerana terkenang.
Masa itu berlalu terlalu pantas. 
Hingga semput diri bernafas.
Terkadang memori terlayar kembali.
Mengetuk hati memberi ruang
. Peluang nan satu diminta dua. 
Yang dua terus diminta tiga. 
Hinggalah empat masih meminta. 
Apa tiada titik penamatnya? 
Apakah mungkin harus dicpta 
' Cukuplah satu sebagai peneman' ? 
Kelak berdua tidak berdaya. 
Sedangkan bertiga muncul bahagia.
Apabila empat semakin gembira. 
Mana mungkin ada penamatnya?  

Nur Qistina 20100425 231723

21 April 2010

Aku Rindu Sayang Kamu

Oh NO! Trouble. Trouble.
I'm in LOVE..
With who?
Like this..

'Do well and be good my LOVE'



Really?
Auw.. Auw..

Aigoo..
How sweet..
Like this..

Nur Qistina 20100421 232254

20 April 2010

Karutan Lipurlara - Derita Bahagia

Karutan Lipurlara-Derita Bahagia

Hari demi hari yang berlalu
Aku cuba menilai kembali
Menoleh akan suatu masa dahulu
Saat semuanya bagaikan angin lalu

Andai tak pernah aku temui derita
Pasti bahagia takkan menjelma
Andai tak pernah gagal mengulit diri
Pasti kejayaan takkan berharga


Mereka hanya mendabik dada
Aku yang hebat
Aku yang berkuasa
Akulah raja

Mereka bagai tak ingin menyelami
Apa jua kisah yang disingkap
Suatu masa mereka akan mengerti
Saat itu tidak beerti

Perit hidup yang dilalui
Penat lelah yang ditempuhi
Mengajar apa itu derita
Menghargai apa itu bahagia

Nur Qistina 20100419 232748

05 April 2010

Sepi

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Ingin mencari pelangi,
ingin menggapai bintang.
Ingin dibiar sepi,
ingin kosong tidak berpenghuni.
Ingin pergi tanpa jejak.

Selamat Tinggal...

Nur Qistina 1714 20100405