16 March 2012

Sekadar Bicara Sebuah Rasa

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya, Jumaat menjelma. 


Sekadar ingin meluahkan bicara yang terbuku di hati. Teman-teman sibuk menceritakan kebahagiaan masing-masing. Jujurnya saya cemburu. Namun akhirnya saya menerima kerana ini waktu mereka malahan mendoakan agar kebahagiaan mereka itu berpanjangan.  Bahagia dan kegembiraan yang dikongsi bersama membuatkan sedikit sebanyak hati ini damai dan dipujuk. Moga bahagia dan kegembiraan itu bakal dipindahkan pada saya. Amin~



Mudah menutur bicara, mudah meluahkan rasa.
Namun, tidak mudah menahan sebak di dada.


Bahagia itu harus dicari dan di kemudian hari harus dikongsi bersama. Tidak semua berjaya mengecapinya dan tidak semua berjaya memilikinya. Moga sinar bahagia masih ada untuk kita.

Membina sebuah ikatan itu bukan mudah. Menerima berada dalam satu ikatan itu juga pastinya sukar. Namun, jika disulam dengan rasa yakin dan percaya, pasti ianya membuahkan hasil yang indah.


Kerana syurga itu manis pahit maung harus ku telan jua.


Jangan dicuit hati ini jika sekadar bemain di permukaan kerana kelak dasarnya tidak dapat ditembusi apakan lagi untuk diterokai. Biar digapai dengan keikhlasan kelak terbalas segala penantian.



Nur: Dalam manis terselit pahitnya....

No comments: