12 March 2012

Bahaya Datang Tanpa Diduga

Bismillahirrahmanirrahim...

Sabtu yang lalu aku diajak temanku, Cik Farah menghadiri majlis pernikahan salah seorang daripada saudara jauhnya. Setibanya kami di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam, temanku menerima panggilan telefon daripada kakaknya memberitahu bahawa majlis pernikahan telahpun selesai. Sudahnya kami di'paksa' mengikut hingga ke rumah pihak lelaki. Usai majlis makan-makan, temanku mendapat satu lagi panggilan telefon daripada teman kami berdua, Cik Ada. 

Dipendekkan cerita, selesai urusan Ada, kami dipayungkan olehnya di Pizza Hut! Yummy~ Makan ditaja sepenuhnya oleh Cik Ada. Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati. Alhamdulillah. Moga murah rezeki Cik Ada kita dan dipermudahkan dalam segala urusan. ^__^

Bermula kisah yang aku tidak dapat lupakan sampai bila-bila.Sewaktu dalam perjalanan pulang, ketika jalan dalam keadaan jammed (traffic light), sementara menanti kenderaan di hadapan bergerak, masing-masing kami mengelamun sebentar. Tiba-tiba, aku hairan seketika dengan tidak semena-mena jalanraya yang pada awalnya bersih dipenuhi kaca berselerakan di permukaannya.

'Najat, kenapa dengan orang depan tu ya?' kata Farah. Sesuatu yang menimbulkan tanda tanya menyebabkan temanku bersuara.

Aku diam. 

'Eh! Cermin kereta depan tu pecah ya Najat?' kata Farah lagi.

Aku baru tersedar. 

'Ya Allah, Farah! Cermin kereta depan tu pecah dan motor yang himpit tadi dah hilang.' kataku.

Pemandu wanita di hadapan kami disamun! Ya Allah. Jantungku berdegup kencang. Seakan tidak percaya kejadian begini berlaku di depan mata kami berdua. Ya Allah, lindungilah kami daripada kejahatan manusia.

Aku tidak menyangka perkara sebegini berlaku sekelip mata. Bahaya datang tanpa diduga.

Mulanya aku ingatkan motor yang menghimpit kereta di hadapan kami itu inginkan laluan. Rupa-rupanya mereka mempunyai niat keji yang sangat-sangat tidak diduga. Sayang sekali aku dan Cik Farah langsung tidak sempat mengambil nombor pendaftaran penyamun yang tidak berhati perut itu. Yang aku ingat cuma nombor pendaftaran mangsa.

Beringatlah wahai kawan-kawan. Bahaya datang tanpa diduga. Wahai pemandu wanita terutamanya, jangan sesekali meletakkan beg tangan anda di kerusi co-pilot jika memandu bersendirian. Juga jangan sesekali meribanya. Saling mengingatkanlah sesama kita. 


Nur: 'Ya Allah, lindungilah kami dari musuh-musuhMu yang berniat keji ini.'

No comments: