Bismillahirrahmanirrahim...
Sejak kebelakangan ini, aku rasakan semakin sibuk dengan kerja. Kerja. Kerja. Kerja. Tanpa henti. Memetik kata seorang teman rapat 'Tidak ada apa yang tinggal untuk kita kecuali keluarga dan kerja.' Hanya dua benda ni menjadi tunjang kehidupan aku sekarang. Soal membina keluarga? Tolak ketepi sebentar. Mungkin 'seru' belum sampai lagi. Walhal bila tengok kawan-kawan sana-sini post gambar kahwin dan bayi yang comel, sedikit sebanyak terusik juga ketenangan hati yang berpura-pura menidakkan semua itu.
Berat mata memandang berat lagi bahu dipikul.
Mungkin belum sampai masanya lagi untuk aku mengecapi semua itu. Teringat kata-kata abah, 'Dalam sepuluh orang lelaki yang kamu kenal, sebelas orang yang dikenali hanya mahu mengambil kesempatan'. Sejenak aku mengiakan kata-kata abah. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan dan sepuluh. Mungkin yang ke-sebelas itu adalah yang sebenar-benarnya serius untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin sebuah keluarga.
Sejenak aku terfikir, sepuluh orang? Ya mungkin hampir sepuluh sudah yang aku kenal sepanjang perjalanan kehidupan ini. Namun, tidak ada satu pun yang benar-benar serius.
Teringat perbualan aku dengan abah suatu masa dulu tatkala adikku yang lelaki ingin menikah. Aku sedikit pelik mengapa abah begitu mudah memberi izin walhal adikku masih lagi belajar. Satu kata-kata abah yang aku ingat 'Lelaki ni, mudah je. Kalau dia dah tidak sabar untuk memikul dan menunaikan tanggungjawab, jangan dihalang.'
Fahamlah aku mengapa abah akhirnya mengizinkan adikku berumahtangga walaupun masih belajar. Walaupun adikku telah lebih dahulu mengecapi alam perkahwinan, tidak sedikitpun aku menghalang malahan turut memberi sokongan. Jika ada jalan yang halal, mengapa ingin dihalang.
Nur: Moga kebahagiaan mereka Allah akan pindahkan pada aku kelak. Amin~
No comments:
Post a Comment