26 February 2011

Kisah Si Cerdik Bongsu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Rasanya dah lama aku tidak adakan entry bercerita tentang kisah riang gembira bersama-sama kanak-kanak ribena a.k.a Ahmad Syamim adikku yang bongsu itu. Oh.Oh. Budak itu sudah makin besar dan sudah pandai mintak macam-macam. Juga sudah semakin bijak ingin mengikut apa yang abang-abangnya lakukan. Tapi, satu yang aku kagum tentang budak kecik ini, kerja sekolah tak pernah disuruh untuk buat. Mesti akan buat sendiri tanpa diarahkan. Sedia tahu tugasnya sebagai murid.

Aku ingat lagi satu hari tu, dia beli gam, fail dan juga pembaris di Mydin Mart. Sengaja abah beli di sana dalam bentuk bundle. Tentunya harga lebih murah dari biasa. Lantas abah menyarankan agar bakinya dijual pada rakan-rakan sekolahnya dengan harga RM0.50 setiap satu barang.

Petang tu aku cari barang kat dalam bilik. Sebelum tu aku baru je tolong taip kerja mama kat komputer rumah. Elok aku habis cari barang, Amim pun selesai buat kerja meng'iklan' dia. Waktu tu aku masih tak perasan lagi 'iklan' yang dah siap dibuatnya. Aku terus menyambung kembali kerja menaip hingga selesai. Kemudian, aku turun bawah nak tengok Amim dok watpe. Owh! Tengah mencari sesuatu dalam begnya. 

Aku ternampak kertas 'iklan' itu. Wow! Hebat jugak adik aku ni. Lihat gambar di bawah untuk kertas 'iklan' yang dibuat.


Yang bestnya nak dijadikan cerita dia pergi print sampai 15 keping. Apa lagi aku pun 'berangin kus-kus' la sekejap. 

"Awat Amim pie print sampai 15 keping?" soal aku pada Ahmad Syamim.

"Kawan Amim ada 15 orang," perlahan dia menjawab.

"...." mati kata aku dibuatnya.

Ni keadaan selepas kena marah dengan aku. Tidur petang satu perkara yang amat 'sukar' dibuatnya. Mana taknya, ada je akalnya nak buat orang sebut nama dia. Aish. Adikku sorang ni.



Nur: Si Bongsu ini makin cerdik dan panjang akalnya. Moga jadi budak baik adikku sayang. ^^,

Life Is Not Easy

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...


Life is not easy. Tajuk entryku kali ini. Bukan mudah hidup yang telah aku lalui sebenarnya. Tapi, tidaklah bermakna selamanya sukar. Adakalanya suka menjelma. Adakalanya duka menemani diri. Adakalanya diri ini berada di tangga teratas dan adakalanya diri ini bagai tenggelam di dasar bumi bagai tidak kelihatan lagi.

Hidup. Tidak semudah yang dijangkakan. Yang hidup terus berusaha bagi meneruskan kehidupan. Demi sesuap nasi. Ada yang hidupnya hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang sudah cukup dan sentiasa dalam keadaan gembira. Ada yang hidupnya penuh dengan intan berlian dan emas permata, kereta mewah dan rumah besar, tidak sedikitpun merasakan ketenangan.

Jika tanya tentang aku? Hidup yang telah aku lalui ini, adakalanya di atas [gembira] dan adakalanya di bawah [berduka] yang mana ia normal bagi manusia biasa. Adakah manusia luar biasa di muka bumi ini? Entah. Aku tidak punya jawapan untuk itu.

Kadang-kadang kita merasakan bahawa hidup kita sudah tidak bermakna lagi. Namun, kita seringkali terlupa akan Pencipta yang mencipta kehidupan itu sendiri. Allah Ta'ala. Dia tidak akan bebankan kamu dengan sesuatu yang tidak kamu mampu memikulnya. Dia telah punya aturan yang sebaik-baiknya untuk diri kamu hingga kamu tidak menyedari betapa banyaknya ni'mat yang telah kamu perolehi tanpa disedari.

"Ya Allah, andai benar inilah aturan hidupku, Kau permudahkanlah jalan bagi aku dalam mengecapi erti kehidupan sebenar setelah tamat pengajianku ini. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolongan dan petunjuk dariMu Ya Allah."

Nur: Ya Allah, permudahkanlah dan perkenankanlah doa hambaMu ini...Amin~

24 February 2011

Hari Ini Punya Cerita

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Hari ini punya cerita. Hari ni aku ada interview di Eon Bank. Aigoo. Interview lagi dan lagi. Entah bila mahu sangkut kerja." Ya Allah, kurniakanlah rezeki yang baik buat hambaMu ini. Permudahkanlah jalanku dalam mencari rezekiMu yang halal di dunia ini. Tunjukilah aku jalan yang memudahkan semuanya. Perkenankanlah permintaan hambaMu ini Ya Allah..."

Sekali lagi abah yang hantar ke tempat interview. Mulanya, ingat nak pie sendiri. Cet! Konon la berani sangat dengan jalan KL ni. Konon-konon dari agent yang gitau nampak macam senang je cara nak pie Eon Bank yang kejap kata Jalan Raja Chulan, pastu Jalan Raja Laut dan akhirnya Jalan Sultan Ismail. Entah mana satu aku pun tidak pasti. Haila.... Lega! Abah yang hantar pie sana. Kalau tak mahu terkulat-kulat aku dibuatnya. Mau tercabut kaki jalan.


Aku sampai kat bangunan Eon Bank tu dekat jam 9.45 pagi. Dok tawaf cari pintu masuk utama nak pie tingkat 16 (bahagian Sumber Manusia). Tak jumpa. Akhirnya mengalah juga tanya guard kat situ. Sebenarnya, bukan tak jumpa, cuma agak was-was sedikit keadaan di situ. Cuak pun ada. Gerun pun ada. Waaaaa....Berani ke aku nak kerja kat KL ni? Cam tak caya je. Huk.Huk.

Ting. Tong. Naik lif sampai tingkat 16. 

Wow! Ramainya orang. Terkesima sekejap. Terus aku tegur seorang gadis yang ayu berbaju kurung tersandar di tepi pintu. Ngee. Bahasa. Nak bunga aja kan! Hehe. Aku pun tanya la ni tempat interview ke? Dia nak pie interview sebagai apa semua. Dari mana. Course apa dulu. Eh! Aku pulak yang interview diorang. Hehe. Alamak! Baru ingat, gambar pasport aku dah tak dak. Means habis! Aigooo.. Tiber~

Tak berapa lama tu ada seorang Chinese, staf di situ tanya pasal kami mohon jawatan apa. Aku pun cakap la Collection Officer. Huh. Huh. Cuaknya nak kena interview. Then, dia mintak resume sijil dan sebagainya untuk dibawa masuk ke dalam. Kemudian bermula sesi interview. I'm the last person been interviewed at that time. Kesian kat abah tunggu lama.

Abah cakap siap dah round 2 kali dan perhatikan cara orang KL bawak kereta macam mana. Aigoo. Sampai camtu sekali abah tunggu aku habis interview. Pastu, abah kata last-last masuk parking dan pergi lunch dulu kat Food Court Jalan Raja Laut. Waktu abes interview, abah cakap abah ada kat sana. Mujur. Mujur aku dah round satu bangunan jadi tak la rasa pelik dan tahu katne food court tu. 

Agak-agak, dengan keadaan tukar LRT dua tiga kali, sanggup ke aku nak kerja kat situ. Mau penat dan stress dibuatnya. Hmm...Think. Think. And think again Najat! 

Berita gembira hari ni, dapat call from Ambank for second interview. Might be this time meet the big boss. Waaa......SERAMNYA...Kawan-kawan, doakan daku berjaya dalam interview kali ni. Moga Allah permudahkan jalan bagiku dalam mencari halatuju kehidupan yang dicari. Amin~

Nur: Ya Allah, padaMu aku memohon. PadaMu aku meminta. Perkenankanlah....Amin~

22 February 2011

Cerita Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Yay! Akhirnya aku update juga blog ini. Tajuk pada entry kali ini adalah cerita hari ini. Aigoo. Cerita apakah yang aku nak khabarkan pada kalian gamaknya. Macamlah aku ni artis ataupun selebriti yang hari-hari orang nak tahu updates. Tak perlulah rasanya kan? Siapa setuju, angkat tangan! Hah! Siapa angkat tangan, cepat! Derma sorang seringgit kat aku. Al-maklumlah aku sekarang kan penganggur kehormat. Eheh!

Hari ni, aku ada interview di Menara Ambank yang bertempat di Kuala Lumpur melalui sebuah jalan yang telah dinamakan Jalan Yap Kwang Seng. Aigoo. Ni karangan budak darjah berapa ni? Hehe. Hah! Sebut perihal karangan, aku baru je lepas tanda karangan surat kiriman rasmi anak-anak didik tuisyenku. Macam-macam gaya bahasa yang aku jumpa. Aish. Ponin kepalo eden dibueknya. [ups! orang negeri 9 takmo marah ya I speaking nogori. Eheh!]

Kembali ke cerita asal. Cerita hari ini. Seawal jam 12.15 abah dah amek kat rumah. Mama pun join sama sebagai penguat semangat. Kebetulan mama masih lagi dalam MC. Jadi, dapatlah teman anak bujang perempuannya ini pie interview. Cuak daku! Dok asyik call salah sorang dari teman matrikku yang me'refer'kan aku pada ex-bosnya itu.Kalau ikutkan, sepatutnya, interview ini untuk department lain. Tapi, memandangkan ada kekosongan jawatan di situ, tu yang aku dipanggil interview. 

Sampai kat Menara Ambank sekitar jam 1.00 tengahari. Wow! Sangatlah awal. Menunggu hampir 1 jam. 5 minit lagi sebelum pukul 2.00 petang, aku dipanggil masuk ke department yang berkenaan. Duduk dan isi borang maklumat pekerja. [normal bagi mana-mana tempat interview] Oh! isi borang adalah kelemahan aku. Banyak dan macam-macam yang aku tidak berapa nak tahu. Jadi, hentam sajalah labu. Mujur. Mujur staf yang memanggil aku masuk tu cakap kalau ada apa-apa yang tidak faham boleh tanya. Dua kali gak la aku merebut peluang itu.

Usai aku mengisi borang, aku diberi satu helai kertas dan disuruh membuat karangan. Aigoo. Aku bab-bab karangan ni sedikit lemah. Aku pun men taram je la current issues yang aku agak minat untuk discuss iaitu isu kenaikan harga minyak disebabkan pergolakan di Asia Barat. [thanks to Kak Aida coz sedikit sebanyak memberi idea pada saya dengan perbincangan malam tu. Alhamdulillah] 

Elok habis 10 minit, satu lagi kertas soalan menyusul. Analytical question. Waa. Rasa cam nak nangis je jawab soalan yang susah dalam masa 15 minit. Sempat baca sekali lalu dan terus pilih betul atau salah.Terketar-ketar tangan jawab soalan. Tamat 15 minit, 3 soalan tak habis jawab. Apa lagi men taram je la konon-konon dah baca soalan itu. Oh! Pengalaman ini sangat baru bagi diriku.

Habis jawab semua soalan, tibalah sesi interview. Ni pun cukup lama. Soalan demi soalan bertubi-tubi diajukan. Abes berbelit lidah aku jawab dalam Bahasa Inggeris. Ada sekali aku tercakap Melayu, terus say sorry and salah sorang dari interviewer cakap takpe. Oh! Memang aku harus mempraktiskan Bahasa Inggeris yang dipelajari dari segi pertuturan. Kalau tak, habis tergulung-gulung lidah ni hah dibuatnya.

Ada la dalam 30-40 minit aku diinterview. Rasa cam stress sangat bila kena interview dengan 3 orang ahli panel serentak. Sebelum ni hanya 2 orang je yang interview. Sampaikan interviewer sendiri perasan yang aku agak stress dengan situasi semasa diinterview. At the end of interview session, kena jual diri kenapa company kena memilih anda sebagai salah seorang dari employee mereka. Wah! Terkedu aku seketika. Tak tahu camne nak buat. Fikir. Fikir. Fikirrrrrrr!! Terus aku jawab 'saya boleh memberikan 300% komitmen pada company'. Entah ayat siapa aku pinjam.

Bila time kena 'jual diri' tu, tiba-tiba teringat satu masa aku diinterview untuk join Steadfast. Yakinkan kami kenapa anda yang harus kami pilih sebagai ahli Steadfast. Wah! Sebijik! Tapi, tu adalah alam persatuan. Yang aku kena buat tadi adalah alam pekerjaan. Dua situasi yang berbeza. Apapun, semoga keputusan interviewnya baik-baik aja. Akan teruskan aktiviti pengangguran selama 2 minggu lagi. [tempoh jawapan diberikan]

Nur: Ya Allah, perkenankanlah...

17 February 2011

Memerlukan Kekuatan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Sejak akhir-akhir ini, aku seringkali rasa sedih dan asyik rasa macam nak menangis je. Tak tahu nak luahkan masalah ni kat siapa. Mujurlah aku ada tempat untuk mencurahkan rasa sedih, pilu dan duka ini di blog ini. Menyesalkah aku atas keputusan yang dibuat? Sedikit. Tapi, aku percaya ada hikmahnya.

Tadi, dapat panggilan mengenai job interview. Kerja still bab calling-calling, tapi kali ni berbeza. Aku yang kena buat outbound call. Call customer minta diorang bayar hutang. Tak tahulah mudah atau tak kerja ni. Takde benda kat dunia yang mudah. Semuanya memerlukan pembelajaran yang mampu memudahkan sesuatu pekerjaan itu. Kata orang yang call aku tu, intakenya bulan April. Means lagi 2 bulan baru aku akan start kerja if aku berjaya dalam interview itu. Only shorlisted je yang akan dipanggil. Akukah antara mereka itu?

Aku sendiri tak punya perancangan untuk kerja sebagai apa. Cita-cita? Aku ingin menjadi seorang pensyarah. Mungkin jalan itu masih belum terbuka untukku. Matlamat dan halatuju aku masih samar-samar lagi. Aku sendiri masih tidak pasti apa yang aku inginkan dalam hidup ini. Ya! Ketenangan dan kebahagiaan itu satu perkara yang pasti bagi semua orang. Tiada siapa mahukan hidupnya dilanda huru-hara.

Soal jiwa yang sedikit kacau sejak kebelakangan ini, aku cuba untuk hindarkannya dengan banyakkan zikir. Mungkin aku terlupa sejenak bahawa aku masih ada Allah s.w.t tempat untuk aku mengadu domba. 

Ya Allah, janganlah Kau pikulkan beban yang tidak terdaya aku menanggungnya. Sungguh aku tidak mampu menghadapinya lagi Ya Allah. Hanya Kau yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati hambaMu ini. Perkenankanlah Ya Allah.




Nur: Mood tak menentu. Nak kata hujan tak pulak. Bantulah dan pimpinlah kelemahan hati ini Ya Allah....

15 February 2011

Semangat Yang Hilang

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Hari ni takde apa pun yang nak diceritakan. Cumanya aku sejak akhir-akhir ni rasa berbolak-balik je hati. Rasa cam nak menangis je kerjanya. Hate this feeling. Aku dah benti keje. Aku sendiri pelik dengan diri aku yang ambil keputusan yang mendadak itu. Tak tahulah. Tiba-tiba rasa hilang semangat. Rasa macam ada benda yang kurang dari dalam diri ini.

Adakah sebab perkara 'itu' lagi? Come on lah Najat. You've promise that you won't said it again right? So, what's wrong now?!

Kadang-kadang aku rasa seperti tindakan berhenti kerja secara mendadak tu salah. Tapi, aku kena tetapkan hati dan pendirian aku bahawa itu yang terbaik untuk diri aku. Mungkin tempat aku untuk mencurah keringat tulang empat kerat bukan di situ. Bertabah! 

Aku sekarang dalam proses mengembalikan semangat yang hilang dalam diri ni. Aku perlukan semangat itu untuk teruskan hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran ni. 

Sebut tentang hilang, Alhamdulillah, barang yang hilang yang aku cari tu dah jumpa. Terima kasih buat kawan-kawan yang tolong doakan agar aku jumpa kembali barang itu. Kali ni, aku pohon doa kawan-kawan untuk semangat yang hilang pula. Tak salah kan?

Nur: Ya Allah, kembalikanlah....T__T

10 February 2011

Sejuta Cinta



Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya
Mungkin ini sudah suratan
Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpamu
Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Nur: Salahkah jika menyintainya??

05 February 2011

Sebuah Kemaafan Darimu Sahabat [Entry Lama]

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,

Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu.

Sahabatku,

Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.

Sahabatku,

Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.

Sahabatku,

Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?

Sahabatku,

Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.
Sekian dariku.

Al-Mukhlisah,
~Sahabatmu~

04 February 2011

Makan Yang Yummy!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Yay! Dah siap masak itik. Bukan aku yang masak tapi tok [panggilan nenek bagi belah mak aku] yang masak. Mulanya cet konon xmo makan. Tapi, setelah ditimbang-tara nak jumpa bukan senang, aku try and error gak la. Ok gak. Sedap la jugak. Boleh tahan. Lembut je isinya. 

Siang tadi dok bersiang itik. Cabut bulu-bulunya yang halus. Last-last aku surrender, mak lang aku yang amek alih. Super power mak lang aku ni. Dok rumah tok ni keje dok makan je. Pagi sarapan bihun goreng. Tengahari makan nasi lauk pajeri nenas, sup ayam, ikan goreng, sayur brokoli campur dengan cendawan dan macam-macam lagi. Aigooo...


Hah! Tengok gambar kat atas tu. Itik yang perlu dicabut bulunya. Halus sungguh bulunya itu. Aigooo. Tu yang aku angkat bendera putih.



Ni setelah selesai dimasak. Amacam? Jemput makan semua....^__^


Nur: Awak dah makan? 

nota: Ya Allah, permudahkanlah...Amin~

Inspirasi Hati


Tajuk Nasyid : Inspirasi Hati
Artis : DeHearty
Album : Di Hati (DeHearty)

Kasih kaulah inspirasiku
Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku

Hatiku sayu bertambah pilu
Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku


Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya, o ho…

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku…

Nur: Hanya awak sumber inspirasi saya......

Cuti Yang Panjang Memang Menyeronokkan!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Cuti. Cuti. Cuti. Yay! Siapa yang tak suka cuti sila angkat tangan sekarang! Bagi sini cuti kalian pada aku. Eheh! Alhamdulillah, aku kira beruntung sebab baru kerja beberapa hari dah dapat cuti yang panjang. CNY holiday. Tapi, yang tidak seronoknya sebab demam. Kurang sikit feel cuti tu. Tapi, tetap layan~

Bila cuti, mulalah masing-masing plan nak balik kampung. Pergi cuti-cuti Malaysia di dalam mahupun di luar negara. Walau apapun, harus diingat sesuatu, jangan sampai kita cuti semuanya. Yang fardhu tetap wajib ditunaikan. Jangan ditinggalkan walau sekalipun. Kelak natijahnya, di hari pembalasan.

Kat kampung ni, macam-macam dapat makan. ABC. Itik. [Korang makan ke? Aku tak cuba lagi. Petang satgie baru masak] dan macam-macam lagi. 



Gambar sekadar hiasan



Nur: Kerana cinta aku menjadi seorang pejuang....

03 February 2011

Not Feeling Well

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Dah dua tiga hari badan macam seram sejuk je. Mungkin sebab cuaca yang tidak menentu. Kadang rasa cam dah okay badan ni. Macam dah kebah je demam. Tak lama tu panas balik. Aish! Orang kata demam ni sebagai penyahtoksin dalam badan dan juga penyah dosa-dosa kecil. Moga-moga pasni kurang dah toksin dalam badan aku. Amin~

I'm just happy today coz got a reply from him. Hmm. Sometimes bila kita 'treasure' someone kita hope sangat dia akan reply apa yang kita rasa. Aku? Tipu lah kalau aku tak terusik sedikitpun dengan kata-kata dia. Entahlah, sometimes, sampai satu tahap aku tak nak tipu dah apa yang aku rasa sebenarnya. 

Hanya dia yang aku doa siang dan malam. Tiada yang lain. Dari kerana dia jugalah yang menjadi sumber inspirasi aku untuk terus berjaya. I'm happy yang dia dah berjaya dalam bidang dia. Aku pula baru nak mula perlahan-lahan dalam karier aku.

Dia kata kat offshore sampai next week. Means by minggu satu lagi dah ada kat atas darat. Hmm... Wish that i'm really can see him. Moga Allah makbulkan doaku sekian lama ini.

Nur: Awak, saya rindukan awak....Ya Allah permudahkanlah...Amin~

02 February 2011

Andai Ku Bisa Memilikinya

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Kebelakangan ni aku kurang sihat dan hilang mood untuk update blog. Tapi, memandangkan blog ni ada pengunjung yang tetap, aku update juga supaya kalian tetap memberi sokongan rakan blogger padaku. Tanpa kalian, siapalah aku.

Aku tak nafikan ini mungkin gara-gara cuaca Malaysia yang tidak menentu ni. Kejap panas kejap sejuk. Macam tu juga hati aku. Kejap panas, kejap sejuk. Aku tidak suka keadaan bila mana aku dalam keadaan panas. Biarlah aku sentiasa sejuk. Seperti mana aku tidak tahan sejuk bekerja di dalam aircond. Kena biasakan diri lepas ni.

Banyak yang aku ingin coretkan. Nantilah. Bila masa yang sesuai akan ku update..


Nur: Awak, mengertilah....