Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...
Life is not easy. Tajuk entryku kali ini. Bukan mudah hidup yang telah aku lalui sebenarnya. Tapi, tidaklah bermakna selamanya sukar. Adakalanya suka menjelma. Adakalanya duka menemani diri. Adakalanya diri ini berada di tangga teratas dan adakalanya diri ini bagai tenggelam di dasar bumi bagai tidak kelihatan lagi.
Hidup. Tidak semudah yang dijangkakan. Yang hidup terus berusaha bagi meneruskan kehidupan. Demi sesuap nasi. Ada yang hidupnya hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang sudah cukup dan sentiasa dalam keadaan gembira. Ada yang hidupnya penuh dengan intan berlian dan emas permata, kereta mewah dan rumah besar, tidak sedikitpun merasakan ketenangan.
Jika tanya tentang aku? Hidup yang telah aku lalui ini, adakalanya di atas [gembira] dan adakalanya di bawah [berduka] yang mana ia normal bagi manusia biasa. Adakah manusia luar biasa di muka bumi ini? Entah. Aku tidak punya jawapan untuk itu.
Kadang-kadang kita merasakan bahawa hidup kita sudah tidak bermakna lagi. Namun, kita seringkali terlupa akan Pencipta yang mencipta kehidupan itu sendiri. Allah Ta'ala. Dia tidak akan bebankan kamu dengan sesuatu yang tidak kamu mampu memikulnya. Dia telah punya aturan yang sebaik-baiknya untuk diri kamu hingga kamu tidak menyedari betapa banyaknya ni'mat yang telah kamu perolehi tanpa disedari.
"Ya Allah, andai benar inilah aturan hidupku, Kau permudahkanlah jalan bagi aku dalam mengecapi erti kehidupan sebenar setelah tamat pengajianku ini. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolongan dan petunjuk dariMu Ya Allah."
Nur: Ya Allah, permudahkanlah dan perkenankanlah doa hambaMu ini...Amin~

No comments:
Post a Comment