Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...
Sejak akhir-akhir ini, aku seringkali rasa sedih dan asyik rasa macam nak menangis je. Tak tahu nak luahkan masalah ni kat siapa. Mujurlah aku ada tempat untuk mencurahkan rasa sedih, pilu dan duka ini di blog ini. Menyesalkah aku atas keputusan yang dibuat? Sedikit. Tapi, aku percaya ada hikmahnya.
Tadi, dapat panggilan mengenai job interview. Kerja still bab calling-calling, tapi kali ni berbeza. Aku yang kena buat outbound call. Call customer minta diorang bayar hutang. Tak tahulah mudah atau tak kerja ni. Takde benda kat dunia yang mudah. Semuanya memerlukan pembelajaran yang mampu memudahkan sesuatu pekerjaan itu. Kata orang yang call aku tu, intakenya bulan April. Means lagi 2 bulan baru aku akan start kerja if aku berjaya dalam interview itu. Only shorlisted je yang akan dipanggil. Akukah antara mereka itu?
Aku sendiri tak punya perancangan untuk kerja sebagai apa. Cita-cita? Aku ingin menjadi seorang pensyarah. Mungkin jalan itu masih belum terbuka untukku. Matlamat dan halatuju aku masih samar-samar lagi. Aku sendiri masih tidak pasti apa yang aku inginkan dalam hidup ini. Ya! Ketenangan dan kebahagiaan itu satu perkara yang pasti bagi semua orang. Tiada siapa mahukan hidupnya dilanda huru-hara.
Soal jiwa yang sedikit kacau sejak kebelakangan ini, aku cuba untuk hindarkannya dengan banyakkan zikir. Mungkin aku terlupa sejenak bahawa aku masih ada Allah s.w.t tempat untuk aku mengadu domba.
Ya Allah, janganlah Kau pikulkan beban yang tidak terdaya aku menanggungnya. Sungguh aku tidak mampu menghadapinya lagi Ya Allah. Hanya Kau yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati hambaMu ini. Perkenankanlah Ya Allah.
Nur: Mood tak menentu. Nak kata hujan tak pulak. Bantulah dan pimpinlah kelemahan hati ini Ya Allah....

No comments:
Post a Comment