Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...
Apa khabar kalian pada hari ini? Moga sihat dan ceria-ceria selalu. Sedar tak sedar kita telah melangkah ke bulan Mac. Satu perempat daripada tahun 2011 telahpun berlalu. Apakah hari-hari yang telahpun kita lalui itu terisi dengan aktiviti yang berfaedah? Apakah hari-hari tersebut berjaya menambahkan rasa keimanan dan taqwa dalam diri kita pada Allah s.w.t? Renung-renungkan dan muhasabahlah kembali.
Ujian dari Allah. Tajuk entry kali ini. Ujian apakah yang menyebabkan aku terkedu dan terkesima sebentar? Ingat lagi tak dalam entry aku sebelum ini aku mendapat panggilan interview yang ke-2 untuk bertemu dengan big boss? Ya! Perjalanan pergi kami alhamdulillah dipermudahkan Allah. Tiada apa yang berlaku. Aku bersyukur kerana Allah melindungi perjalanan pergi kami.
Kami yang dimaksudkan adalah aku dan teman karibku di waktu sekolah rendah Hiisma. Aku berterima kasih padanya kerana sudi menemani aku ke tempat interview di KL. Bukanlah aku tidak berani untuk pergi seorang diri. Tapi, jika ada yang dapat menemani lebih baik dan kekuatan itu akan berganda. Al-maklumlah seorang perempuan.
Alhamdulillah, interview berjalan dengan lancar. Beberapa soalan yang ditanya menyebabkan aku sekali lagi terkedu. Namun, rasa kagum dengan soalan yang diajukan. Kerana belum pernah lagi aku diinterview dengan soalan sebegitu rupa. Harusnya aku jua menarik nafas lega kerana berada dalam komuniti yang mana mementingkan apa yang disuruh dan apa yang dilarang. Moga-moga aku bakal terpilih untuk menjadi sebahagian daripada komuniti itu.
Ditakdirkan masa pulang dari KL, kereta temanku 3 daripada 4 tayarnya pancit. Ya Allah. Ujian apakah ini yang Kau cuba berikan pada kami. Mungkin ada jua silap kami di situ yang mana pakcik-pakcik teksi di situ mengatakan kamu parking kereta 'bersepah-sepah'.
Awalnya, temanku kata nak bawa jugak kereta ke stesen minyak berdekatan untuk pam tayar. Tapi, pak cik teksi di situ memanggil-manggil kami dan mengarahkan kami berhenti. Bahaya katanya. Sedih dan pilu. Rasa bersalah juga ada. Tapi, bila memikirkan balik dah takdir Allah perkara itu nak berlaku.
Setelah hampir 30 minit cuba untuk menghubungi kenalan-kenalan yang ada, akhirnya temanku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pak ciknya yang berdekatan untuk pinjam kereta sekaligus mencari jalan penyelesaian. Habis satu kota PJ kami pusing untuk mencari kedai tayar yang boleh menyelesaikan masalah yang kami hadapi.
Di tengah-tengah kesibukan mencari kedai tayar, sekali lagi kami diuji. Temanku baru menyedari kunci keretanya ini hilang. Ya Allah. Apakah ujianMu seberat ini yang Kau pikulkan kepada kami? Aku cuba mengingati balik antara tempat-tempat yang mungkin ada kemungkinan untuk kuncinya tercicir. Di rumah pak ciknya tiada. Di kedai tayar yang disinggah juga tiada. Aku teringat sesuatu. Mungkin dalam teksi yang kami naiki semasa pergi ke rumah pak ciknya.
Kami kembali ke LRT Taman Jaya setelah tidak berjaya menemui kedai kunci yang dikatakan itu. Terus aku bertanya pada pak cik- pak cik teksi yang semakin ramai berkumpul di situ. Lega! Satu perkataan yang aku mampu ucapkan. Ada pak cik yang mengenali pak cik teksi yang kami maksudkan. Terus diberikan nombor telefonnya.
Ketika ini, abang aku dah sampai. Awalnya temanku ini menyuruh aku pulang dahulu. Aku enggan pada awalnya kerana risau meninggalkannya sendirian. Tapi, akhirnya aku mengalah apabila dia memberi jaminan bahawa dia akan pulang ke rumah pak ciknya dahulu sementara menanti jam 5.00 petang yang mana ada kedai tayar yang boleh selesaikan masalah tayar pancit itu. [cuma pukul 5.00 available]. Ditakdirkan waktu tu hujan dah mula turun. Mahu tidak mahu, aku turuti jua kata temanku ini.
Sekitar jam 6.00 petang aku menghantar SMS pada temanku ini. Dia reply kata Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Kunci keretanya juga dijumpai oleh pak cik teksi yang kami naiki semasa ke rumah pak cik temanku ini. Lega! Tapi, aku masih risau kerana dia seperti belum pulang ke rumah.
Jam 10.00 malam sekali lagi aku mesejnya bertanya berada di mana. Katanya baru sampai di muka pintu rumah. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusannya. Sedikit sebanyak rasa bersalah semakin berkurangan. Namun, aku bersyukur kerana aku menghadapi dugaan ini dengan temanku yang berjiwa kental dan mempunyai ketenangan yang tinggi. Jika aku ditempatnya, dah mati kutu dibuatnya.
Nur: Moga segala urusanku dan urusannya dipermudahkan....
Nota untuk awak:
Semakin jauh awak dari ingatan saya. Saya lega. Awak dekat tapi jauh sebenarnya. Saya tahu dan sentiasa tahu, jawapannya tetap sama. Tapi, saya percaya dan akan terus percaya dengan ketentuan Allah s.w.t.














