24 May 2009

~Merisik~


Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk yang bakal menimbulkan kontroversi.Eceh! Sebenarnya kali ni aku nak ceritakan tentang satu isu yang agak hangat dibincangkan di kalangan rakan-rakanku ketika ini.Merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.


Dalam adat merisik, selepas gadis yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah gadis tersebut.Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah gadis tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada gadis tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum.

Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat gadis tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.




Nur: Ahli keluarga bakal bertambah..insyaAllah..tiba-tiba perasaan muda belia semakin sirna..enggan memikirkan apa yang akan berlaku di masa depan..fokus utama-Tamat pengajian..insyaAllah..

21 May 2009

~Presentation~


Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah,presentation bagi 2 subjek yang ku ambil pada semester pendek ini telah berakhir. Apa yang dapat aku simpulkan dari presentation ini, keyakinan untuk aku present makin bertambah. Mungkin hasil semangat yang ditiup masuk oleh pensyarah-pensyarahku sebelum ini.

Tapi, rasa gementar masih tak dapat dibuang dan aku percaya rakan sekelasku menyedari tentangnya. Apapun, tahniah! Sekarang apa yang perlu untuk aku lakukan adalah memberi tumpuan penuh pada Mid-Sem examination yang akan aku hadapi pada minggu hadapan. Fighting!

Nur: Rasa happy bercampur tak percaya..*wink*

20 May 2009

~Tag from Hanim~

1. If you can be an animal, what will u be? Why?

I wanna be bird that can fly freely at the sky..but birdhunter will kill me..
no..no..no.. i wanna be human being..

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?

Rob?Uish..this question..no..no..no..i don't wanna rob a bank..but i wanna rob...ehm..ehm..*wink*

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why?

I want to teleport myself to my home sweet home..because i miss my family..we're happy family..lalala..

4. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?

I don't want kill anyone..its cruel..cruel..cruel..right upin ipin?right..right..right..

5. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why?

Don't know how to answer..because i would never have a choice to choose..right?

6. If you can date celebrities, who is that person? why?

Celebrities?erm..don't know la..

7. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?

I don't want only one thing..i want many thing..can? because..i want more..i want more..
i want chipsmore..=)

8. i want to tag.....
I don't want tag anyone..because me myself don't like tag..so, why should i do thing that i don't like to others right?huhu..

Nur: Sori..Banyak jawapan yang entah pape..tak tau la nak jawab tag..

~Ucapan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Terasa lama sangat aku tak update blog ni. Untuk kesekian kalinya sengaja
aku membiarkan blog ni sepi tak berpenghuni. Aku kira, mungkin
pengunjung setiakusemakin jemu menanti aku mengupdate entry baru.
Sibukkah aku hingga tak punyai waktu langsung untuk mengupdate entry baru.Ku kira sibuk bukanlah satu alasan yang kukuh. Di kesempatan 'rajinnya' aku untuk
mengupdate ini, aku kumpul 5 ucapan sekaligus.

6 May 2009

Selamat ulangtahun kelahiran buat adikku Muhammad Muhsin bin Hamdan.
Semoga dengan pertambahan umur ni mematangkan lagi dirimu.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan ceria selalu.

1o May 2009

Selamat hari ibu buat mama.
Terima kasih kerana bersusah payah melahirkan,
membesarkan dan mendidik diri ini.
Maafkan diriku atas keterlanjuran kata dan kelepasan laku.
Takkan ada pernah insan yang dapat menggantikan dirimu di hatiku.
Mamalah ibu yang terbaik dunia dan akhirat.
Sayang mama...

16 May 2009

Selamat hari guru buat semua pendidik.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar kalian.
Terima kasih cikgu...

17 May 2009

Tahniah! Semoga di bawah lindungan rahmat Allah.
Peliharalah, jagalah dan batasilah hingga tiba saatnya.

20 May 2009

Selamat ulangtahun kelahiran buat adikku Ahmad Syahmi bin Hamdan.
Jangan nakal-nakal dan degil. Jaga adikmu yang sorang tu baik-baik.
Jadilah anak yang sentiasa menggembirakan hati mama dan abah.

~Santai~

Bismillahirrahmanirrahim..

Melompat dari satu blog ke blog lain terjumpa Speedtest ni.
Terasa menarik terus aku mencubanya. 40 perkataan sahaja seminit?
Lambatnya. Perlu rajin-rajin menaip dan mahirkan tanpa perlu untuk
melihat ke papan keyboard ni. Mesti!

Sekarang aku nak Ada Steadfast , Maya Uia, Hanim Steadfast dan Farra Steadfast mencuba tahap kepantasan kalian menaip. Selamat beraksi!

Nur: Rasa sakit tangan selepas menaip..=(