Bismillahirrahmanirrahim...
Tajuk yang bakal menimbulkan kontroversi.Eceh! Sebenarnya kali ni aku nak ceritakan tentang satu isu yang agak hangat dibincangkan di kalangan rakan-rakanku ketika ini.Merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.
Dalam adat merisik, selepas gadis yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah gadis tersebut.Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah gadis tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada gadis tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum.
Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat gadis tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.

Nur: Ahli keluarga bakal bertambah..insyaAllah..tiba-tiba perasaan muda belia semakin sirna..enggan memikirkan apa yang akan berlaku di masa depan..fokus utama-Tamat pengajian..insyaAllah..
No comments:
Post a Comment