Bismillahirrahmanirrahim...
Terasa lama sangat aku tak update blog ni. Untuk kesekian kalinya sengaja
aku membiarkan blog ni sepi tak berpenghuni. Aku kira, mungkin
pengunjung setiakusemakin jemu menanti aku mengupdate entry baru.
Sibukkah aku hingga tak punyai waktu langsung untuk mengupdate entry baru.Ku kira sibuk bukanlah satu alasan yang kukuh. Di kesempatan 'rajinnya' aku untuk
mengupdate ini, aku kumpul 5 ucapan sekaligus.
6 May 2009
Selamat ulangtahun kelahiran buat adikku Muhammad Muhsin bin Hamdan.
Semoga dengan pertambahan umur ni mematangkan lagi dirimu.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan ceria selalu.
1o May 2009
Selamat hari ibu buat mama.
Terima kasih kerana bersusah payah melahirkan,
membesarkan dan mendidik diri ini.
Maafkan diriku atas keterlanjuran kata dan kelepasan laku.
Takkan ada pernah insan yang dapat menggantikan dirimu di hatiku.
Mamalah ibu yang terbaik dunia dan akhirat.
Sayang mama...
Maafkan diriku atas keterlanjuran kata dan kelepasan laku.
Takkan ada pernah insan yang dapat menggantikan dirimu di hatiku.
Mamalah ibu yang terbaik dunia dan akhirat.
Sayang mama...
16 May 2009
Selamat hari guru buat semua pendidik.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar kalian.
Terima kasih cikgu...
17 May 2009
Tahniah! Semoga di bawah lindungan rahmat Allah.
Peliharalah, jagalah dan batasilah hingga tiba saatnya.
20 May 2009
Selamat ulangtahun kelahiran buat adikku Ahmad Syahmi bin Hamdan.
Jangan nakal-nakal dan degil. Jaga adikmu yang sorang tu baik-baik.
Jadilah anak yang sentiasa menggembirakan hati mama dan abah.
No comments:
Post a Comment