Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...
Rasanya dah lama aku tidak adakan entry bercerita tentang kisah riang gembira bersama-sama kanak-kanak ribena a.k.a Ahmad Syamim adikku yang bongsu itu. Oh.Oh. Budak itu sudah makin besar dan sudah pandai mintak macam-macam. Juga sudah semakin bijak ingin mengikut apa yang abang-abangnya lakukan. Tapi, satu yang aku kagum tentang budak kecik ini, kerja sekolah tak pernah disuruh untuk buat. Mesti akan buat sendiri tanpa diarahkan. Sedia tahu tugasnya sebagai murid.
Aku ingat lagi satu hari tu, dia beli gam, fail dan juga pembaris di Mydin Mart. Sengaja abah beli di sana dalam bentuk bundle. Tentunya harga lebih murah dari biasa. Lantas abah menyarankan agar bakinya dijual pada rakan-rakan sekolahnya dengan harga RM0.50 setiap satu barang.
Petang tu aku cari barang kat dalam bilik. Sebelum tu aku baru je tolong taip kerja mama kat komputer rumah. Elok aku habis cari barang, Amim pun selesai buat kerja meng'iklan' dia. Waktu tu aku masih tak perasan lagi 'iklan' yang dah siap dibuatnya. Aku terus menyambung kembali kerja menaip hingga selesai. Kemudian, aku turun bawah nak tengok Amim dok watpe. Owh! Tengah mencari sesuatu dalam begnya.
Aku ternampak kertas 'iklan' itu. Wow! Hebat jugak adik aku ni. Lihat gambar di bawah untuk kertas 'iklan' yang dibuat.
Yang bestnya nak dijadikan cerita dia pergi print sampai 15 keping. Apa lagi aku pun 'berangin kus-kus' la sekejap.
"Awat Amim pie print sampai 15 keping?" soal aku pada Ahmad Syamim.
"Kawan Amim ada 15 orang," perlahan dia menjawab.
"...." mati kata aku dibuatnya.
Ni keadaan selepas kena marah dengan aku. Tidur petang satu perkara yang amat 'sukar' dibuatnya. Mana taknya, ada je akalnya nak buat orang sebut nama dia. Aish. Adikku sorang ni.
Nur: Si Bongsu ini makin cerdik dan panjang akalnya. Moga jadi budak baik adikku sayang. ^^,


No comments:
Post a Comment