Showing posts with label ::Muhasabah::. Show all posts
Showing posts with label ::Muhasabah::. Show all posts

05 October 2011

Mana Milik Kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca...

Usai menunaikan solat Isya' di Masjid Negeri Shah Alam setelah tamatnya kuliah pengajian Syarah Al-Hikam oleh Dr Zulkifli Al-Bakri, aku menuju pulang ke rumah tercinta bersama ahli keluarga yang lain. Sebelum sampai ke selekoh di hadapan rumah, kedengaran lagu 'Mana Milik Kita' dendangan kumpulan Rabbani di corong radio yang disiarkan IKIM Fm. 

Jika dihayati liriknya, 

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Tidak ada satu di dunia ini milik kita. Hatta kehidupan yang kita jalani ini semuanya milik-Nya. Seharusnya kita selaku hamba harus bersyukur dan berterima kasih atas segala rezeki kurniaannya. Sekalipun diri diuji dengan segala bentuk ujian kita harus menerimanya dengan lapang dan redha. Kelak tiap satunya pasti ada ganjaran dari-Nya sama ada secara zahir mahu pun tidak.


Nur: Setiap insan mempunyai rezeki yang berbeza selaras dengan usaha mereka. Bersyukur dan hargailah atas apa yang dinikmati.

26 February 2011

Life Is Not Easy

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...


Life is not easy. Tajuk entryku kali ini. Bukan mudah hidup yang telah aku lalui sebenarnya. Tapi, tidaklah bermakna selamanya sukar. Adakalanya suka menjelma. Adakalanya duka menemani diri. Adakalanya diri ini berada di tangga teratas dan adakalanya diri ini bagai tenggelam di dasar bumi bagai tidak kelihatan lagi.

Hidup. Tidak semudah yang dijangkakan. Yang hidup terus berusaha bagi meneruskan kehidupan. Demi sesuap nasi. Ada yang hidupnya hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang sudah cukup dan sentiasa dalam keadaan gembira. Ada yang hidupnya penuh dengan intan berlian dan emas permata, kereta mewah dan rumah besar, tidak sedikitpun merasakan ketenangan.

Jika tanya tentang aku? Hidup yang telah aku lalui ini, adakalanya di atas [gembira] dan adakalanya di bawah [berduka] yang mana ia normal bagi manusia biasa. Adakah manusia luar biasa di muka bumi ini? Entah. Aku tidak punya jawapan untuk itu.

Kadang-kadang kita merasakan bahawa hidup kita sudah tidak bermakna lagi. Namun, kita seringkali terlupa akan Pencipta yang mencipta kehidupan itu sendiri. Allah Ta'ala. Dia tidak akan bebankan kamu dengan sesuatu yang tidak kamu mampu memikulnya. Dia telah punya aturan yang sebaik-baiknya untuk diri kamu hingga kamu tidak menyedari betapa banyaknya ni'mat yang telah kamu perolehi tanpa disedari.

"Ya Allah, andai benar inilah aturan hidupku, Kau permudahkanlah jalan bagi aku dalam mengecapi erti kehidupan sebenar setelah tamat pengajianku ini. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolongan dan petunjuk dariMu Ya Allah."

Nur: Ya Allah, permudahkanlah dan perkenankanlah doa hambaMu ini...Amin~

31 January 2011

Tazkirah zohor IKIM: La Tahzan, Masih Byk Nikmat yg ada pada Diri Anda (31/1/2011)

Lihat org yg sakit, baru kita akn hargai kesihatan. Lihat org yg x cukup mkn, baru kita akn hargai mknn yg kita ada.
Kita ini DIKELILINGI oleh NIKMAT!
Bila manusia x bersyukur, akan jadi lupa pd apa yg Allah berikan. Nikmat Allah memang xdpt hitung. So, kenapa perlu bersedih seolah2 tiada nkmt Allah bagi pd kita? Ada org xde mata utk melihat, sdgkn kita punyai mata yg sihat. Setakat problem kcil2, jgnlah terlampau wallow in self pity.

Apa saja pd dirimu yg berupa nikmat, ia adlh dari Allah.
Ucapkanlah Alhamdulillah - hati syukur dan yakin nkmt dari Allah.
Banyakkan memuji Allah dalam doa dan zikir.
Gunakanlah nikmat itu agar bermanfaat kpd org lain - harta,ilmu,tenaga, kesihatan. Gunakanlah apa yg kita ada utk membantu org lain --->tanda kita bersyukur.

Siapa yg x berterima kasih kpd manusia, dia x bersyukur kpd Allah.
Nabi sendiri membantu sahabat2 dan remind sahabat2 yg kaya untuk membantu shbt2 yg kurang mampu.

Jangana bersedih kalau ada nikmat yg Allah tarik, kalau ada nikmat yg kita x miliki sehingga kita lupa ada nikmat lain yg lebih banyak yg kita miliki.

Alhamdulillah, kerana Allah masih sayang pada kita dan melimpahkan nikmat yang tidak terhitung!

22 January 2011

The Chosen One

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Semalam petang dok elak mengantuk tengok tv. Tetiba entah macam mana terbuka siaran TV Al-Hijrah. Masa tu ditayangkan lagu Maher Zain yang bertajuk The Chosen One. Jom kita hayati sama-sama videonya di bawah. ^__^ Kisah dalam video ni reflek pada sikap Rasullah s.a.w yang baik dan sentiasa menolong orang dalam kesusahan. Moga kita sama-sama mencontohi baginda s.a.w.


In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah

Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah

Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you

On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Nur: Ya Rasullah, moga kita kan bertemu nanti. Sesungguhnya aku umatMu. ^^,

21 January 2011

Ketenangan Yang Ku Temui

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Baru je selsesai menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang berkisar tentang topik Solat-Solat Sunat. Banyak solat-solat sunat yang boleh kita pelajari. Antaranya:-

Sumber: HERE

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH


Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

 
أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala 
 
Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun  pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.


Doa Solat Istikharah 


اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،
 

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu." 

 SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya  :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.


عَنْ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ

Dari Ubadah bin Shamit RA dari Rasulullah SAW : Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap "Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah." Kemudian mengatakan ""Ya Allah Ampunkan Kami" atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam (tahajjud), maka solatnya akan diterima. Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap  malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Syaitan akan mengikat kamu dengan 3 simpulan pada belakang kepala ketika kamu tidur, Pada setiap simbpul dia berkata : Malam masih panjang, maka teruskan tidurmu. Apabila seseorang itu bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah satu simpul. Apabila dia berwuduk, terlepas pula  simpul kedua, apabila dia mengerjakan solat, maka terlepas pula simpul yang ketiga. Dan pada pagi harinya (Subuh) dia akan bangun dengan penuh semangat dan dalam keadaan hati yang baik; sebaliknya, jika dia tidak melakukan perkara tersebut (mengingati Allah, berwuduk dan solat malam), dia akan bangun pagi dalam keadaan hati yang buruk dan malas. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud
 

أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala 

عَنْ طَاوُسٍ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Dari Thaus, beliau mendengar Ibnu Abbas RA berkata bahawa setiap kali Rasulullah SAW  bangun pada malam hari untuk solat Tahajjud, Rasulullah SAW  mengucapkan : Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerajaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu adalah benar, dan nabi Muhammad saw, adalah benar, dan saat hari kiamat itu adalah benar, ya Allah, kepadaMulah kami menyerah diri, kepadaMulah kami beriman, kepadaMulah kami bertawakkal, kepadaMulah kami bertaubat, Dengan pertolonganMulah kami membantah (orang kafir), kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."  Hadis riwayat Bukhari

Nur: Tenang dalam sujud kepadaMU 

20 January 2011

Biodata Imam Syafie


Nama penuh: Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf.

Nasab keturunan dengan Nabi Muhammad S.A.W: melalui datuk baginda Abdu Manaf dan melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah binti Abdullah ibn Hasan ibn Hussin ibn Ali ibn Abi Talib. Hubungan nasab ini diakui jumhur ulamak.

Lahir: Tahun 150 H di Ghazzah, Palestin.

Kehidupan: Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal ketika Imam Syafie kecil lagi. Ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke Kota Makkah untuk berjumpa dengan saudara mara beliau dari keturunan yang dihormati.

Ketika Imam Syafie berumur 7 tahun, beliau telah pun menghafaz Al Quran dan selepas itu beliau menghafaz pula hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Imam Syafie juga menguasai ilmu bahasa Arab fushah. Di usia mudanya, beliau menuntut ilmu dari ramai fuqaha' di Makkah sehinggakan beliau diminta untuk memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah agama.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah di ceritakan bahawa setiap malam beliau membaHAgi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Imam Syafie kerap berhijrah ke luar negara untuk mengutip mutiara ilmu dari ramai ulamak yang tersohor pada masa itu. Beliau pergi ke Madinah Al Munawwarah untuk berjumpa dengan Imam Malik dan tinggal bersamanya sehingga ke penghujung hayat Imam Malik. Imam Malik meninggal dunia pada tahun 179 H.

Setelah itu Imam Syafie menyibukkan diri dengan ilmu agama dan beliau bertugas di Yaman. Ketika beliau di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Oleh kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Imam Syafie masuk ke Baghdad sebanyak 3 kali. Kali pertama pada tahun 183 H ataupun sebelum Khilafah Harun Ar Rashid. kali kedua pada tahun 195 H dan tinggal di Baghdad selama 2 tahun. Kali ketiga pada tahun 198 H.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu Khalifah Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, kerana golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Justru, di mana sahaja kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Satu kali datang surat khalifah dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya. Jika urusan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap kerana di dalam surat tersebut dinyatakan bahawa beliau termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan seorang demi seorang masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa soalan, mereka dibunuh dengan dipenggal leher tahanan tersebut. Agar darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berselerak ia dialas dengan kulit binatang.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, memohon dari Allah SWT. Beliau dipanggil ke hadapan khalifah. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap khalifah. Semua para pembesar memerhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amir al-Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Saya tidak mengucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas, Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang Tuanku telah menjadi khalifah, jawapan salam Tuanku tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan Tuanku dengan baik bila saya masih dirantai begini. Jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah al-Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada Tuanku itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan Tuankulah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana Tuanku adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid menundukkan kepalanya. Ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Beliau menjadi masyhur di kalangan umat Islam pada ketika itu. Setelah itu beliau berhijrah ke Mesir. Imam Syafie keluar masuk Mesir terlalu kerap sehinggakan tidak diketahui berapa kali.
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI iaitu: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT iaitu: mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
iaitu : membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) iaitu : menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) iaitu : menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) iaitu : redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W iaitu : berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT iaitu : mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sehingga pada tahun 199 H Imam Syafie masuk semula ke Mesir dan meninggal dunia di Mesir pada malam Jumaat yang penuh barakah. Beliau dikebumikan selepas Asar pada hari Jumaat bertarikh 29 Rejab 204 H bersamaan 19 Januari 820 M.

Sumber: HERE


Nur: Tokoh Ilmuwan Islam Yang dikagumi

Kewajipan Memberi Pendidikan Islam di Peringkat Awal (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim...

Sambungan dari isu yang lepas...

Rujuk Surah Al-Furqan ayat 35. Membawa maksud Al-quran dijadikan sebagai sampingan sahaja.Terdapat pelbagai cara Al-Quran dipandang enteng dan mudah oleh para ibubapa mahupun remaja di masa kini.Antaranya ialah dengan:-

1. Memboikot daripada membacanya.
Kita boleh menghabiskan novel dalam masa satu hari. Tapi, satu helai Al-quran belum tentu kita mampu menjenguknya yang memerlukan masa hanya sekitar 5 minit sahaja.

2.Membacanya dengan tajwid
Kita perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dalam membacanya. Bukan sekadar semborono membaca Al-Quran tanpa ilmu Tajwid.

3. Memahami istilah Al-Quran dengan adanya manual
Sebaia contoh: Mesin basuh yang telah dinyatakan hanya mampu menanggung berat 7kg jangan dimasukkan hingga 10kg kain ke dalamnya. Ini akan menyebabkan mesih itu rosak.

Al-Quran hendaklah dijadikan sumber rujukan utama dalam kehidupan harian.


Tiga konsep yang harus diingat. BACA, FAHAM & AMAL

BACA-FAHAM-AMAl

3 Amalan yang akan membantu kelak:-
1. Doa anak yang soleh
2. Sedekah jariah
3. Ilmu yang bermanfaat

 Nur: Renungan bersama...Moga kita lebih memahami indahnya Islam dan indahnya hidup ini. ^___^

18 January 2011

Kewajipan Memberi Pendidikan Islam di Peringkat Awal (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Hari Sabtu malam Ahad yang lalu, aku menghadiri forum perdana siri satu bagi tahun 2011. Isu yang dikupas adalah seperti di tajuk entry oleh Ustaz Hashim Yahya dan juga Ustaz Zamri (Mari Mengaji). Moderatornya ialah Ustaz Hassan Ali yang bertempat di Masjid Shah Alam yang tercinta. Oh! Mantop sekali pengupasan isu. Ayuh! Teruskan bacaan untuk sama-sama kita muhasabah kembali. ^___^

"Allah akan bertanya setiap orang yang di bawah pimpinan mereka" antara salah satu kupasan oleh Ustaz Hashim Yahya.

Hadis yang pernah aku pelajari, setiap kamu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan atas pimpinan kamu. Pemimpin yang baik yang mampu memimpin sesebuah institusi keluarga, masyarakat mahupun negara adalah baik dari segi agamanya. Luas pengetahuannya.

Pemimpin yang baik harus percaya tentang:-
1. Percaya adanya Allah
2. Percaya akan adanya akhirat

Kesalahan didikan agama bukan terletak pada anak-anak tapi ibubapa yang salah corak didikannya. Sebagai contoh: rancangan hiburan Idola Kecil.

Kelas Mengaji vs Tuisyen Pelajaran

Bersambung dalam edisi akan datang

14 November 2010

Hening Malam

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Sukar sungguh mata ini ingin lelap. Sudah dua jam bergolek ke kiri ke kanan sedari jam 11.00 malam. Ah! Ini tidak boleh jadi. Lantas aku buat keputusan menyambung kembali menelaah pelajaran. Satu kertas lagi yang tinggal. Ya. Perjuangan yang terakhir sebelum mengucapkan salam terakhir buat bumi Taman Ilmu dan Budi ini.

Sambil ditemani radio IKIM dengan lagu yang bertajuk Keheningan Malam nyanyian kumpulan nasyid tanah air Hijjaz, hati ini tiba-tiba terusik menghayati liriknya. Lirik yang cukup memberi makna. Agar diri ini sentiasa dalam pimpinan Allah s.w.t. Agar hati ini sentiasa di dalam rahmat dan redha-Nya.

Tadi, aku terbaca status seorang teman di laman sosial Facebook:-

Takut tengok kisah gunung merapi tu. Bayangkan,asap dan abu dari gunung tu je boleh membunuh. Tak tahulah nak imagine azab api neraka mcamana.hu. asap kat dunia pun dah seksa!Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu.

*Sekarang tengah hujan beserta guruh dentum2 dan kilat sabung menyabung. Takutla pulak...*


Teringat satu hari bumi Taman Ilmu dan Budi ini dilanda hujan yang lebat. Kilat sabung-menyabung. Awalnya langit yang kelihatan gelap sedari jam 3.30 petang itu, gayanya seperti mahu hujan. Namun, tidak jua turun. Sudahnya jam 4.45 petang mula-mula renyai dan lama-lama makin lebat. Langit yang awalnya sedia gelap bertambah hitam. Seolah-olah hari sudah malam. Kilat sabung-menyabung.

Siapa kat sini yang bila kilat sabung-menyabung tidak berasa takut walau sedikitpun? Mesti ada terselit rasa gentar itu walau sedikit cuma bukan?

Sebut tentang kisah Gunung Merapi di Indonesia, abu dan asap yang berterbangan itu mampu membunuh manusia. Itu baru abu dan asap di dunia. Jika di hari pembalasan nanti? Wallahua'lam.

Seharusnya kita bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus melalui kehidupan di dunia ini. Andai kita merasakan hari yang telah kita lalui ada keterlanjuran yang kita lakukan, segeralah bertaubat kepada-Nya memohon keampunan padanya. 

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Taubat
Opick - Taubat 

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

02 November 2010

Ruang dan Peluang, Hargailah


Bismillahirrahmanirrahim...

Saban hari yang aku lalui, aku bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang untuk menilai dan muhasabah kembali masa-masa yang aku lepasi ini. Suatu hari, aku telah diberi peluang untuk berada dalam kandungan ibuku. Setelah aku bertarung dengan mereka-mereka yang lain. Jumlah yang begitu banyak sekali. Dan akhirnya, akulah juara.

Hari demi hari, aku semakin enak berada dalam kandungan ibuku. Tilam yang empuk, cuaca yang dingin, aman dari segala gangguan. Genap sembilan bulan sepuluh hari, aku telahpun diberi ruang dan peluang untuk melihat dunia. Kesusahan dan kepayahan ibuku bertarung dan bergadai nyawa, semata-mata untuk memberi peluang agar aku dapat menyempurnakan tujuan diciptanya manusia ke dunia ini.


Dari kecil tapak tangan, aku mula membesar peringkat demi peringkat. Aku mula belajar untuk senyum. Perlahan-lahan aku mula memberi reaksi pada alam sekelilingku. Segalanya bagai rakaman gambar. Satu demi satu masuk ke retinaku. Dari mula meniarap. Bersusah payah aku belajar untuk merangkak. Mula mencapai satu demi satu objek yang menarik pada pandangan retinaku.

Langkah demi langkah aku mula belajar untuk bertatih. Jatuh bangun jatuh bangun dan terus begitu. Kerap aku menangis yang dikatakan orang sekelilingku kerana sakit. Tapi yang sebenarnya aku menangis kerana kecewa tidak berjaya untuk mengorak langkah dengan teguh. Akhirnya, dengan sokongan insan sekelilingku, ibu dan ayah, aku berjaya mengorak langkah dengan teguh. Tatih. Satu. Dua. Tiga. Sorakan ibu dan ayah melihat aku berjaya bertatih.

Hari demi hari, aku mula belajar dengan alam. Aku kenali ibu. Aku kenali ayah....Maa..ma..Ibu tersenyum gembira mendengar aku memanggilnya..Baa..baaah..Ayah tersenyum riang..Setahun selepas itu, aku makin teguh berdiri dan mula yakin untuk berlari. Pantang ada yang mengacah, aku sentiasa riang dan bebas berlari.


Melangkah ke umur 5 tahun, aku mula didaftarkan ke tadika. Belajar mengenal huruf. Belajar membaca doa. Belajar riang gembira bersama teman-teman. Tamat 6 tahun, aku naik pentas dan pertama kali menerima sijil tamat belajar. Wajah ibu dan ayah girang sekali. Aku mula masuk ke darjah 1. Mula belajar lebih lagi tentang hidup di dunia ini. Langkah demi langkah aku telahpun tempuhi. Adakah dengan sekelip mata aku berada di tahap yang membanggakan kini?


Wahai anak,


Kenanglah jasa ibu dan ayahmu.


Muhasabahlah,


Sejauh mana pengorbanan yang telah kau lakukan,


Penat lelah mereka mendidik kita,


Dari sekecil tapak tangan hingga sekarang,


Mereka tidak meminta untuk dibalas apa yang dilakukan,


Cukuplah sekadar menghormati mereka selayaknya.


Hargai ketika kita masih ada ruang dan peluang itu,


Kerana mereka tiada pengganti.....


"Ya Allah kasihanilah ibubapaku, sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil dahulu. Amin"

19 October 2010

Muhasabah

Bismillahirrahmanirrahim...


 TAUBAT SEORANG HAMBA

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,

Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,

Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,

Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,

Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Fenomena Akhir Semester

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua kawan-kawan..

Wah! Semester bakal sampai ke penghujungnya. Ketika minggu akhir ini jugalah satu fenomena akan menular seluruh kampus. SIBUK! Ya. Memang semuanya akan sibuk. Sibuk mengejar waktu yang semakin suntuk.

Sekarang masing-masing tengah sibuk menyiapkan tugasan yang semakin menghampiri tarikh akhirnya. Tidak dinafikan ketika ini ramai yang akan tertekan dan bertindak di luar kawalan. Ketika ini teruji dengan macam-macam karenah rakan sepasukan jika tugasan itu perlu dilaksanakan secara berkumpulan.


Tidak kurang juga dengan menularnya pelbagai jenis virus. Bayangkan, setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan tersebut sehingga mengabaikan waktu berehat, makan, tidur dan sebagainya, ketika ingin mencetak tugasan, dokumen tersebut hilang! Hilang tanpa dapat dikesan.


Kecewanya perasaan ketika itu. Terpaksa memulakan dari awal. Dan pastinya, kali kedua menyiapkan tugasan tidak akan sama seperti kali pertama. Pasti ada maklumat-maklumat penting yang tidak disertakan bersama kerana kesuntukan masa untuk mencari semula maklumat tersebut. Satu kata yang sesuai untuk menggambarkan situasi itu: PASRAH.


Tidur yang tidak cukup. Rehat yang cuma sedikit. Waktu makan yang diabaikan. Namun, jangan dilupakan waktu yang 5 itu. Peliharalah solat walau sesibuk manapun anda menyiapkan tugasan. Carilah ketenangan dalam solat itu sendiri. Mohonlah agar dipermudahkan segala urusan. 




Nur: Ketenangan itu harus dicari.

15 October 2010

Dari Dalam Diri

Bismillahirrahmanirrahim...


Sejak dua-menjak jiwa ini rasa KOSONG. Ibarat sebiji cawan yang zahirnya tiada air di dalamnya, tapi dek kerana pandangan mata yang sedikit 'songsang' melihat cawan itu penuh berisi air. Jika benarlah cawan yang kosong itu kelihatan penuh, alangkah indahnya rasa dahaga dapat hilangkan seketika. Penat lelah pasti terubat dengar mengalirnya air setitis demi setitis membasahkan tekak yang kering-kontang. 

Hidup. Kadang berasa di atas, kadang berada di bawah. Ibarat roda yang berputar dan terus berputar tanpa henti hingga suatu masa yang tidak pasti. Kadang merasa indahnya hidup ini bagai coretan pelangi di kanvas langit nan biru, kadang merasa bagai ingin 'pergi' dari kehidupan yang melelahkan. Begitu hidup manusia. Apabila bahagia datang menjengah pantas sahaja berhibur tanpa mempedulikan masa-masa yang dilalui dengan duka dan lara. Tanpa sedikitpun berhenti berseronok. 

Bila hadir masa susah dan sengsara barulah merasa akan dunia seakan telah berhenti berputar. Barulah tanpa segan-silu menadah tangan ke langit lalu berdoa mengharap derita dan sengsara diusir sejauh-jauhnya dari diari hidup mereka. Agar diganti dengan kebahagian tanpa penghujung. Kegembiraan tanpa penamat. 

Lupakah mereka bahawa ketika ujian menimpa diri barulah mereka menyedari akan kekurangan diri yang sentiasa berharap pada kuasa yang ABADI. Pada pendengar yang SETIA tanpa putus-putus memberi perhatian pada apa yang dipinta.

Dari dalam diri yang sebenarnya ingin meluahkan segala kekusutan. 
Dari dalam diri yang ingin memuntahkan segala kekesalan. 
Dari dalam diri yang ingin menghapuskan segala duka lara.

Tamak sungguh dari dalam ini yang berharap pada yang indah belaka. 
Tamak sungguh dari dalam diri ini yang sombong bongkak meninggi diri.

Rencana apa yang dimahukan oleh dari dalam ini yang sebenarnya?

Nur: Ya Alah, permudahkan urusan hambaMu ini....

31 August 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedang saya melayari laman sesawang Facebook tadi, terbaca satu notes tentang 10 Sifat Calon Suami Yang Baik. Rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua. Bagi kawan-kawan yang seangkatan dengan saya, jom kita baca sama-sama ciri seorang imam yang boleh memimpin kita untuk membentuk keluarga yang diredhai Allah. [Ehem! doa-doa moga kita dapat suami yang seperti ini. InsyaAllah]

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
** Kenapa lihat time bersukan? Sebab biasanya seorang lelaki suka pakai seluar pendek. Bila ditanya kenapa, mudah untuk bergerak katanya. Tapi auratnya? Hmm..

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
** Kata-kata yang diucapkan mampu menusuk hati si pendengarnya. Bagai ada aura bila dia bercakap yang membuatkan untuk kita terus mendengarnya. Kata lainnya, hujah yang disampaikan memang bernas.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
** Berkunjung ke tempat yang sememangnya sedia maklum akan suasana hingar-bingar, hiruk-pikuk. Indahnya kalau masjid yang menjadi rutin tempat persinggahannya tiap kali tiba waktu solat. Dan majlis-majlis ilmu yang menjadi rutin mingguannya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
** Bila diberikan kuasa, dia merendah diri bukannya besar diri.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
** Kalau dia boros, macam mana dengan isterinya nanti? Sedia maklum sifat perempuan itu sendiri suka berbelanja pada hal-hal yang tak berapa nak penting.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
** Aip. Aip. Jangan pandang perempuan lain time bercakap-cakap. Fokus! =p

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
** Betul-betul. Hormat akan batas-batas yang perlu dijaga.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
** Kalau baik kawannya, maka sedikit sebanyak terkena la tempiasnya. Teringat kata-kata abah, kalau kawan dengan kawan-kawan yang suka tengok bola, 3-4 pagi pun sanggup nak pergi tengok bola. Hmm..

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
** Family man or friend man?

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
 ** Ni memang best. Tengok wajahnya tenang je. Kita pun turut merasai ketenangan itu. Aip. Aip. Tengok sekejap je. Jangan lama-lama. Hee..

Sources: http://wanwma.com/motivasi/kempen-aurat-saya-maruah-saya/

Nur: Siapa ada semua ciri-ciri kat atas, sila angkat tangan.Hehe..=p

18 August 2010

Air Mata Duka


Bismillahirrahmanirrahim..

 Saya tidak OKAY! JIWA + RAGA.

Celaru

Serabut

Sedih

Buntu

Keliru


Resah


Gelisah

Tambah lagi dengan keadaan diri kejap sejuk kejap panas. Cuaca tak menentu di luar. Begitu juga dengan cuaca diri saya.



Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).



Nur: Ya Allah, jiwa ini keluh-kesah. Lorongkan aku agar menemui ketenangan itu.

13 August 2010

Hujung Minggu Nan Indah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua...

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. Hari ini merupakan hari Jumaat pertama dalam bulan puasa ini. Uniknya bulan puasa kali ini, kita akan berjumpa dengan 4 kali Jumaat. (Tahun sebelumnya tak tahu pulak. Tak sempat nak kira. Hehe.) Dan insyaAllah raya puasa juga akan jatuh pada hari Jumaat. (eh! baru 3 hari puasa dah bicara tentang raya? hehe. semangat nampak!) Dalam kesibukan melayari bahtera bulan Ramadhan ini, jangan dilupakan tentang amalan-amalan sunat yang digalakkan untuk dilakukan. Ayuh! Gandakan amalan kita bersama-sama. (Solat sunat terawih, bersedekah, membaca Al-Quran, qiamullail, dan sebagainya.)


Di kesempatan ini, aku tinggalkan teman-teman berhujung minggu dengan merenungkan akan kelebihan bulan Ramadhan ini sambil menggandakan usaha merebut kemanisan dalam beramal. InsyaAllah.

Keistimewaan Bulan Ramadhan:

1) Bulan diturunkan Al-Quran

2) Bulan diwajibkan berpuasa

3) Bulan kehidupan 

4) Bulan bersimpati

5) Bulan bertambahnya rezeki orang mu'min

6) Bulan pengampunan

7) Bulan rahmat

Istimewanya bulan Ramadhan ini diibaratkan seperti 1001 bulan.

Nur: Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih makna.....Amin~

25 July 2010

Maaf Untuk Bicaraku

Bismillahirrahmanirrahim..



Terlalu banyak rasanya berbicara. Menutur patah kata. Bait demi bait. Terangkum membentuk sebaris ayat. Yang bermaksud. Jua tidak bermaksud. Terasa lelah patah-patah kata itu diucapkan. Kerana kesannya banyak hati yang akan terluka.

Sungguh aku insan yang lemah. Tanpa sedar, banyak hati yang telah terluka. Benar kata pujangga, kata-kata itu ibarat pedang yang terhunus tajam, silap langkahnya pasti ada yang terluka. Benar juga pepatah hati-hati mengeluarkan bicara. Kerana santan, pulut binasa. Kerana mulut, badan binasa.

Wajarnya diam yang harus dipilih. Mengalah tak beerti kalah. Dan yang kalah itu tak semestinya dipandang hina. Cukuplah sekadar penerimaan baik buruk akan seseorang itu. Diri bukan sempurna. Dari hari ke hari, mencuba untuk menjadi seorang yang lebih baik. Enggan berpaling pada kisah lalu yang menyakitkan.

Kata-kata itu, terkadang lahir dari hati yang sakit. Dan sakitnya hati itu terkadang tidak dipinta datangnya. Barangkali, kurangnya kesedaran terhadap fitrah asal kejadian dicipta. Terus terbuai dengan asyiknya hiburan duniawi. Mudah menuturkan. Sukar melaksanakan.

Entah berapa banyak hati yang pernah 'terluka', 'dilukai' dan 'disakiti' hasil kata-kata yang dikeluarkan. Mudah sungguh mulut mengata itu dan mengata ini. Bersorakan Syaitan menyaksikan umat Adam terus dalam berbalah-balahan. Berat rasanya untuk melafazkan maaf. Ibarat jatuhnya ego barangkali. Mungkin rendah martabat barangkali. Ah! Manusia. Dan aku juga tergolong dalam manusia. 

Berubahlah wahai diri. Renungkan kata-kata nasihat yang tak putus-putus dari insan yang menyayangi dirimu. Biarkan mereka yang membencimu, yang mengatamu itu hanyut. Namun. kau doakan mereka agar menjadi seorang yang mahukan perubahan itu. 

Sikap seseorang sukar diubah apabila ianya telahpun menjadi tabiat. Terimalah baik buruknya kejadian itu. Bantulah selagi termampu. Ketuklah pintu hati mereka dan bukalah pintu hatimu sendiri untuk melakukan perubahan itu. Dan kerana kau manusia yang dipilih untuk terus diuji, bukan bermakna kau kalah menghadapi ujian itu. Renungkanlah kisah kekasih agung Rasullah s.a.w. Walau dikeji dan dihina terus tegar dalam melaksanakan tugasnya.


Penyanyi: In-Team
 
Tajuk Lirik Lagu: Bicara Kata

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara 

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata 

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita 

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna 

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti 

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata 

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Nur: Serulah dirimu dan sucikanlah dirimu untuk melakukan perubahan dan ajaklah yang lain bergerak seiiringan denganmu. 


Maaf untuk bicaraku yang  telah melukai hati-hati kalian.....