13 August 2010

Hujung Minggu Nan Indah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua...

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. Hari ini merupakan hari Jumaat pertama dalam bulan puasa ini. Uniknya bulan puasa kali ini, kita akan berjumpa dengan 4 kali Jumaat. (Tahun sebelumnya tak tahu pulak. Tak sempat nak kira. Hehe.) Dan insyaAllah raya puasa juga akan jatuh pada hari Jumaat. (eh! baru 3 hari puasa dah bicara tentang raya? hehe. semangat nampak!) Dalam kesibukan melayari bahtera bulan Ramadhan ini, jangan dilupakan tentang amalan-amalan sunat yang digalakkan untuk dilakukan. Ayuh! Gandakan amalan kita bersama-sama. (Solat sunat terawih, bersedekah, membaca Al-Quran, qiamullail, dan sebagainya.)


Di kesempatan ini, aku tinggalkan teman-teman berhujung minggu dengan merenungkan akan kelebihan bulan Ramadhan ini sambil menggandakan usaha merebut kemanisan dalam beramal. InsyaAllah.

Keistimewaan Bulan Ramadhan:

1) Bulan diturunkan Al-Quran

2) Bulan diwajibkan berpuasa

3) Bulan kehidupan 

4) Bulan bersimpati

5) Bulan bertambahnya rezeki orang mu'min

6) Bulan pengampunan

7) Bulan rahmat

Istimewanya bulan Ramadhan ini diibaratkan seperti 1001 bulan.

Nur: Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih makna.....Amin~

4 comments:

¶A.K.I¶ said...

slmt menyambut ramadhan selama sebbulannn

Anonymous said...

moga amal kita diterima.. aminnn :)

Nur Qistina said...

aki:dan selamat hari2..hehe..

maCy: insyaAllah..amin~

Nur Qistina said...
This comment has been removed by the author.