10 August 2010

Ramadhan Menjelma Kembali

Bismillahirrahmanirrahim..


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Kini kau menjelma kembali
Membawa sinar-sinar kebahagiaan
Buat mereka yang sedia bersamamu


" Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna."

Bagaikan terngiang-ngiang lirik lagu nyanyian kumpulan nasyid tanahair Kumpulan Raihan itu. Bermakna sekali maksud yang cuba disampaikan pada pendengarnya

Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga Ramadhan kali ini dapat melengkapkan rukun Islam yang ke-3. Berpuasa bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga bermula terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari. Kita harus menahan nafsu amarah , menahan mata, menahan hati dan menahan seluruh anggota dari melakukan perkara-perkara yang tidak seharusnya dilakukan yang boleh mengurangkan keberkatan ibadah puasa itu sendiri.

Nur: Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 makna dan kesan pada diri..

No comments: