Bismillahirrahmanirrahim..
Sedang saya melayari laman sesawang Facebook tadi, terbaca satu notes tentang 10 Sifat Calon Suami Yang Baik. Rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua. Bagi kawan-kawan yang seangkatan dengan saya, jom kita baca sama-sama ciri seorang imam yang boleh memimpin kita untuk membentuk keluarga yang diredhai Allah. [Ehem! doa-doa moga kita dapat suami yang seperti ini. InsyaAllah]
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

** Kenapa lihat time bersukan? Sebab biasanya seorang lelaki suka pakai seluar pendek. Bila ditanya kenapa, mudah untuk bergerak katanya. Tapi auratnya? Hmm..
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
** Kata-kata yang diucapkan mampu menusuk hati si pendengarnya. Bagai ada aura bila dia bercakap yang membuatkan untuk kita terus mendengarnya. Kata lainnya, hujah yang disampaikan memang bernas.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
** Berkunjung ke tempat yang sememangnya sedia maklum akan suasana hingar-bingar, hiruk-pikuk. Indahnya kalau masjid yang menjadi rutin tempat persinggahannya tiap kali tiba waktu solat. Dan majlis-majlis ilmu yang menjadi rutin mingguannya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
** Bila diberikan kuasa, dia merendah diri bukannya besar diri.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
** Kalau dia boros, macam mana dengan isterinya nanti? Sedia maklum sifat perempuan itu sendiri suka berbelanja pada hal-hal yang tak berapa nak penting.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
** Aip. Aip. Jangan pandang perempuan lain time bercakap-cakap. Fokus! =p
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
** Betul-betul. Hormat akan batas-batas yang perlu dijaga.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
** Kalau baik kawannya, maka sedikit sebanyak terkena la tempiasnya. Teringat kata-kata abah, kalau kawan dengan kawan-kawan yang suka tengok bola, 3-4 pagi pun sanggup nak pergi tengok bola. Hmm..
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
** Family man or friend man?
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
** Ni memang best. Tengok wajahnya tenang je. Kita pun turut merasai ketenangan itu. Aip. Aip. Tengok sekejap je. Jangan lama-lama. Hee..
Sources: http://wanwma.com/motivasi/kempen-aurat-saya-maruah-saya/
Nur: Siapa ada semua ciri-ciri kat atas, sila angkat tangan.Hehe..=p
No comments:
Post a Comment