17 August 2010

Oh Happy Day! ^_~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Kini aku kembali...Cewwah!

Dengan mood yang lebih ceria dan happy. Happykah? Ngee~

3 Hari yang lepas aku pulang ke rumahku yang tercinta. Dapatlah aku berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga tersayang. Fewwit! Hehe. [overexcited] Di rumah tak perlu untuk aku fikirkan tentang juadah berbuka puasa. Tak seperti 2 hari pertama aku berpuasa di kampus. Owh! Sangat pusing fikir nak buka apa. Masalahkah? Yes! Masalah BESAR!

Malam harinya, usai berbuka puasa dan solat Maghrib, bersiap-siap ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah [Masjid Negeri]. Waktu keluar dari rumah, hampir masuk waktu Isya'. Oh! Parking. Parking. Sangat susah nak cari parking okay. [Ceh! Gaya macam aku yang jadi drebar. Hehe.]

Imam terawih pada malam itu, menurut sumber-sumber yang aku perolehi, katanya Imam Masjid Madinah. Oh! Sangatlah masyuk bacaannya. Cumanya, hampir semput nafas kerana pantas sekali. [Harus bersenam setiap hari menguatkan stamina. Ayuh!]

Lama aku tak cerita tentang adik Syamim. Dia sudah besar dan makin 'nakal'. Aigoo. Makin besar makin panjang akalnya. Mestilahkan? Hehe.

On the wat pergi ke bazar Ramadhan sibuk tanya kami semua.

Syamim: Hah! Siapa tahu nama kawan Amin 6 Tahun.

Kami: Amar Mukhlis, Danial, bla.bla.bla.

Belum sempat habis nama kawan-kawannya yang kami sebut Syamim dah bersuara dulu.


Syamim:  Amar Mukhlis, Danial, Rais, [lain-lain aku tak ingat dah. hehe.]


Hari Ahad sebelum pulang ke Garden Knowledge and Virtue, adik aku ajak pergi ronda-ronda di PKNS. Usai solat Zohor, kami menuju ke destinasi yang dituju. [macam jauh je lagaknya dari rumah. Hehe.] Hampir 3 kali tawaf di sana. At first nak beli a.k.a shopping sepasang baju kurung pahang yang cantik menarik lagi da bomb! Tapi, nasib baiknya bila aku cuba test try, oh! Sangatlah tidak menarik jadinya. CANCEL!

At last aku shopping juga sehelai jubah. Pening juga asalnya nak pilih warna jubah tersebut. Hasil dari pandangan nasihat orang yang hebat dan mantap lagaknya, 'adik aku la. sape lagi.' Muktamad! Akhirnya, aku beli warna HITAM! Senang. Untuk emergency kalau-kalau bangun lambat gie kelas. Ups! Kantoi di sini. [Rejected. Kurang satu kriteria untuk jadi isteri mithali =p].

Nur: Jangan tinggal terawih yach!

No comments: