14 November 2010

Hening Malam

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Sukar sungguh mata ini ingin lelap. Sudah dua jam bergolek ke kiri ke kanan sedari jam 11.00 malam. Ah! Ini tidak boleh jadi. Lantas aku buat keputusan menyambung kembali menelaah pelajaran. Satu kertas lagi yang tinggal. Ya. Perjuangan yang terakhir sebelum mengucapkan salam terakhir buat bumi Taman Ilmu dan Budi ini.

Sambil ditemani radio IKIM dengan lagu yang bertajuk Keheningan Malam nyanyian kumpulan nasyid tanah air Hijjaz, hati ini tiba-tiba terusik menghayati liriknya. Lirik yang cukup memberi makna. Agar diri ini sentiasa dalam pimpinan Allah s.w.t. Agar hati ini sentiasa di dalam rahmat dan redha-Nya.

Tadi, aku terbaca status seorang teman di laman sosial Facebook:-

Takut tengok kisah gunung merapi tu. Bayangkan,asap dan abu dari gunung tu je boleh membunuh. Tak tahulah nak imagine azab api neraka mcamana.hu. asap kat dunia pun dah seksa!Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu.

*Sekarang tengah hujan beserta guruh dentum2 dan kilat sabung menyabung. Takutla pulak...*


Teringat satu hari bumi Taman Ilmu dan Budi ini dilanda hujan yang lebat. Kilat sabung-menyabung. Awalnya langit yang kelihatan gelap sedari jam 3.30 petang itu, gayanya seperti mahu hujan. Namun, tidak jua turun. Sudahnya jam 4.45 petang mula-mula renyai dan lama-lama makin lebat. Langit yang awalnya sedia gelap bertambah hitam. Seolah-olah hari sudah malam. Kilat sabung-menyabung.

Siapa kat sini yang bila kilat sabung-menyabung tidak berasa takut walau sedikitpun? Mesti ada terselit rasa gentar itu walau sedikit cuma bukan?

Sebut tentang kisah Gunung Merapi di Indonesia, abu dan asap yang berterbangan itu mampu membunuh manusia. Itu baru abu dan asap di dunia. Jika di hari pembalasan nanti? Wallahua'lam.

Seharusnya kita bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus melalui kehidupan di dunia ini. Andai kita merasakan hari yang telah kita lalui ada keterlanjuran yang kita lakukan, segeralah bertaubat kepada-Nya memohon keampunan padanya. 

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Taubat
Opick - Taubat 

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

2 comments:

Anonymous said...

betul.. kenapa xterfikir? ya Allah.. lalai dan leka~

CIK TOM said...

betul..kita selalu pndg ke arah kekurangan..tp xpernah pndg pd kelebihan yg telah kita miliki..sehingga yg kita kdg2 terlupa nak bersyukur..